Salam 3laikum
Sallou 3la nabiyy
Alhamdulillah, tadi baru lepas habis exam Genetics
Walaupun soalan ada yg agak mengancam esp soalan Dr Nabil
Alhamdulillah juga, markah Pharma dah keluar
Walaupun bukan seperti mereka-mereka yg carry marknya 52, 54 out of 60
Tapi, yg terbaik utk diri x semestinya yg terhebat, yg terbnyk, yg tertinggi, yg tercantik, yg terbesar. Kerana Allah tahu apa yg terbaik utk kita. (Pinjam senior pnye status fb)
Lagi-lagi hidup dalam keterseksaan disebabkan demam berjangkit dr Rif'ah yg bermula dr Ilyana. Nak rehatkan diri lebih-lebih, exam dah dekat.. Kena juga paksa-paksa diri. Nak biar sakit baik sendiri, ntah nnti akn melarat.
Tapi, itulah kata abah, "Baru tahu langit tinggi ke rendah. Bila dah sakit baru tahu nikmatnya sihat."
Nak kata, Allah boleh tarik macam tu je nikmat sihat walaupun buat plan makan buah tiap hari, minum susu dan lain lagi (bertahan hny seminggu je plan ni. erk)
Tapi, bnyk juga sy dpt belajar dr tragedi seksa.
1) Bila sakit, kita dpt tgk jiwa kita cenderung kpd yg mana. Kalau cenderung kpd hiburan lagha, kita akn cari itulah walaupun tgh sakit. Kalau kita suka buat amalan kebaikan, kita akan nak juga buat kebaikan walaupun tgh terseksa
2) Kita dapat tahu keperluan seseorg bila tgh sakit. Atau kata lain, adab-adab dan bantuan-bantuan utk org sakit. Biarpun tgh periksa, tapi still kne consider. Ujian yg agak kuat tu.. Lagi-lagi bila exam berderet.
3) Sakit dapat ajar ingat mati. Terutama bila temperature dah high sgt, badan pun lesu. Pastu, telinga berdesing. Kata org, tu tandanya, daun org lain yg gugur tergesel kat daun kita, takut-takut daun kita pula yg gugur (dah gugur maksudnya dah ajal). Tapi, tak tahulah kesahihannya tahap mana. Sbb tu bnykkan berzikir, biarlah mati sdg berzikir bukan buat kerja yg tak best utk hadap Tuhan.
4) Bila jumpa doktor, dpt belajar recall ubat dan therapeutic use. Dapat juga aplikasi microbiology. Jadi, kena makan antibiotik biar habis. Nanti tak perlu cakap kat doktor yg diri dah resistant dgn antibiotik itu ini sbb makan tak habis.
Kat sini, nak share 18 pintu terhapusnya dosa. Pintu-pintu ni mungkin selalu je kita alami, tapi mungkin juga jarang kita ambil sbg peluang. Ambil peluang atau melatah atau biarkan ia berlalu tanpa manfaat? Pilihan kita..
1) Bertaubat
2) Berbakti dan Berbuat baik kpd Org Tua
3)Mengikut petunjuk, wasiat Rasulullah dan memuliakannya
4) Mendapat balasan atas perlakuan buruk di dunia
“Apabila Allah menghendaki kebaikan atas seseorang hamba maka Allah segerakan balasannya di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki keburukkan atas seorang hamba maka ditundalah balasannya sehingga ia mendapatkannya di Hari Qiyamat.”
5) Sabar atas ujian hidup
6) Musibah
7) Siksa kubur di alam barzakh
8) Penyakit
9) Kesedihan
10) Kesusahan dalam mencari nafkah
11) Taqwa, Kejujuran, Perbuatan baik dan Amal Salih
12) Akhlaq yg baik
13) Memperbanyak sujud
14) Haji dan Umrah
15) Beristighfar, berzikir, berdoa
16) Memperbanyak salawat
17) Berhijrah, Berjihad di jalan Allah
18) Kematian
kalau nk tgk, hadith.. boleh buka dr sumber asli http://kekisruhan.wordpress.com/2009/12/21/18-pintu-terampuninya-dosa/
Terima kasih utk ahli byt Nusaybah, Kak Rah2, Thiyah, Waa, Nihayah walaupun ada jugak yg berjangkit...
Ganbatte pula utk exam akan dtg
Moga Allah mudahkan kalian~~
Wallahu a3lam
paksa, seksa, peksa
i.d.e.a.l
Salam maal hijrah
Hari ni bukak buku nota
Tulis apa hijrah
Buat muhasabah
(Tetiap hari kena muhasabah senanye..)
Seorang Muslim..
Kalau nak buat sesuatu
Dia nak pastikan sempurna
Dan kalau boleh dia nak ambil semua kebaikan yang ada
Tapi, keinginan ni hanya timbul bila seseorang ada ilmu ttg itu..
Contohnya,
Kalau seseorang tu dapat jawatan, seperti BADAR
Dia hanya akan betul-betul laksanakan tanggungjawab tu kalau dia betul-betul tahu apa yg dia kena buat dan dia rasa zouq dgn tugas tu
Dan nak rasa zouq dan penuh tanggungjawab tu perlukan ilmu juga
Baru boleh buat perkara yg boleh katakan ideal dr segi teknikal dan kejiwaan (x tau apa perkataan yg sesuai utk kejiwaan ni)
Bercerita ttg ideal..
Tiba-tiba, saya teringat waktu program tahfiz Az-Zikr
Kami membentangkan tentang permasalahan, cara-cara dalam menghafaz (dan lain-lain lagi)
Kumpulan saya membentangkan ttg cara-cara organize masa utk Al-Quran ketika musim persekolahan
Sungguh, jawapan saya sungguh ideal. Terlalu ideal bg saya! (bg org yg hebat, mngkin ni x cukup ideal lagi)
"Sebelum pergi jamiah, hafaz satu mukasurat. Dalam bas nak ke jamiah, boleh tilawah bbrp page atau mengulang ayat yg baru hafaz pg tadi. Di jamiah, sambil menunggu doktor masuk, boleh mengulang lagi. Lepas maghrib, boleh mengulang setengah juzu yg dah hafal sblm ni. Sblm tidur, baca dulu ayat yg nak hafaz esok, tgk-tgk makna. Lepas tu, pasang alQuran sblm tidur"
Kemudian, ada senior yg dah habis hafal satu alQuran yg mmg pastinya sgt banyak asam garam yang beliau dah rasa, "Konfirm ke dapat buat semua ni?"
Saya pun menjawab, "InsyaAllah, kalau susun masa boleh. Memang boleh. Kena disiplinlah"
Ketika tu, rasa pelik. Kenapa tak boleh? Cuma kena mujahadah sikit-sikit. Korban masa tidur pagi kalau suka tidur pagi. Korban masa main-main internet sikit-sikit.
Tapi, saya dah berada di alam realiti sekarang. Terasa apa yang dicakapkan terlalu ideal bagi seorang yang study medik, terlalu banyak exam (boleh kata tiap-tiap minggu), sibuk dgn bnda-bnda lain, kena uruskan hal-hal rumah. Kadang-kadang pulak jatuh, berhari pulak tu.
Tapi, nak kata..
Al-Quran tu Allah yang rezekikan kepada manusia
Even orang yang cacat mental pon boleh dapat alQuran
(tak caya cuba klik sini -tapi, video ni dalam bhsa arab)
Lagilah Allah boleh sahaja menghilangkan Al-Quran walaupun sekejap dari orang yang terkenal dgn kehebatan hafazannya
Sungguh, Al-Quran itu Dia yang menjaganya
Tapi.. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui
Dia tahu kesungguhan kita utk dapatkan sesuatu kebaikan (tak kiralah apapun)
Dia juga tahu kemampuan kita
Bila terdengar ayat ni..
Allah mengingatkan saya dgn satu perkara yg baru juga saya fahami walaupun dah lama tahu
(faham dan tahu itu berlainan)
Sungguh!
Terasa luas sungguh nikmat Allah
Banyak peluang yg Dia bagi pada kita semua
Islam, Al-Quran, Medik, Dentist, Bumi Anbiyaa, DnT dan mcm2 lagi
Tapi adakah kita bersungguh utknya?
Hayya bina nu'min saa3ah
Allah, rezekikan kami AlQuranMu dari segala sudut kehidupan kami
Kesempurnaan itu hanya milik Dia
Kata-kata ini hanya utk dikongsi
Semoga dgn menulis menjadi peringatan yang lebih tajam utk si penulis
Mode : Teringat ummi, abah dan lain2 kat umah..Teringat Nabihah, Nu'man, Na'imah, Nabhan.. nak sangat mereka rasa seronok hafaz Al-Quran.. Teringat juga Nu'aim yg tgh berjuang SPM..Teringat juga buku Microbiology yang baru je tgk index utk second exam.. Allah yusahhil umuurana
Wallahu a3lam
Lemah vs Kuat
Salam 3laikum...
Saya teringat satu kata-kata ni...
"Manusia memang lemah, tapi kita perlu kuat untuk orang yang memerlukan kita"
Memang benar...
Sungguh tepat dengan slogan Islah Nafsak, Wad3u Ghairak
Untuk Wad3u Ghairak iaitu mengajak yang lain
Kita perlu kuat untuk Islah nafsak iaitu mengubah diri
"Kita perlu kuat untuk Islam"
Tapi bukanlah kerana Islam memerlukan kita
Tapi sebaliknya kita yang memerlukan Islam
Dan untuk mencapai tahap jiwa kita benar-benar sebati dengan Islam
Ada banyak filter
Sebab tu kena kuat
Sebab filter tu tak memuatkan orang yang lemah..
Hanya kerana 'Kemahuan
Bismillah dan selawat...
Salam 3laikum...
Untuk kali ini..bukanlah lagi 'a copied and pasted entry'
Kali ini 'my original writing' : )
Sebenarnya...
post kali ini nak cerita sikit sahaja pasal Jordan..
Yang selebihnya ialah...
tentang kemusykilan saya (yang saya susah nak terima) dengan masyarakat Muslim (Melayu khususnya) yang mungkin tahu tapi tak faham... dan mungkin juga yang tahu dan faham tapi tiada tindakan...
**Ini kisah tentang Jordan**
Jordan telah menandatangi perjanjian damai dengan Israel pada tahun 1994
Yang menyebabkan negara ini di'barat'kan atau di'westernized'kan secara mendadak
Dan barangan-barangan Israel dan Amerika khususnya banyak dibawa masuk ke bumi Syam ini
Baik dari segi fashion, makanan dan barangan lain
Kalau cakap pasal produk ni....
Banyak yang dijual ialah barangan-barangan Israel dan menjadi produk utama di sini
(yang paling ketara Pepsi... air mineral pun ada keluaran Pepsi..Nestle pon ada..ish3)
Dan barangan nilah yang murah sikit
Yang halal (halal dari menjadi senjata pembunuhan) mahal-mahal sikit
[Alhamdulillah..ada lagi produk Turkey yang best...saya suka Ulker]
**Ini tentang kemusykilan saya**
Inilah masalahnya...
Bila negara ni dah menjadikan barangan Israel dan barang boikot yang lain sbg produk utama...
Ramai yang jadikan alasan...
"Negara ini memang kebanyakannya jual produk Israel lah..nak buat macam mana...susahlah nak boikot.." ~hah!! memang senang nak beli peluru kat orang Palestin sana tu... dahlah dekat jer....
"Takpelah..kat Malaysia je gua boikot....Sini susahlah..." ~Itulah mujahadah namanya
"Barang tak boikot mahal-lah... Barang boikot mahal sangat-sangat... Lagipun currency kat sini tinggi..habislah duit" ~ketahuilah..kalau beli barangan tu... benda tu jadi haram...saya merujuk pada Sheikh Yusuf AlQardawi...tak kisahlah guna duit scholar atau PaMa"
"Each riyal, dirham..etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the heart of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (enemies of ISlam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and agression." Syeikh Yusuf AlQardawi
20 Muharram 1423H 4 April 2002
Tapi yang saya lagi musykil tu...
Barangan-barangan boikot tu (saya berani kata semua)... adalah untuk memenuhi 'kemahuan' bukannya untuk 'keperluan'
Kalau nak bagi contoh barang.... banyak!!
Bukankah benar ini semua hanya untuk memenuhi kemahuan??
Dan jika dilihat...banyak lagi alternatif yang ada...
Restoran Abu Mahmud, Abu Hilal, Maks Burger, 2Mama..banyak lagilah
(sedap jer makanan-makanan Arab ni ala western..)
Kalau barangan boikot yang merupakan keperluan pun...
saya tak rasa tiada alternatif lain...
(apa ya barang keperluan tu?? barangan memasak Maggi...(boleh ditukar dengan Knorr)..macam tiada jer...)
Tapi..itulah!!
Sebenarnya..
Bukan masalah terlalu banyak barang Israel dan barangan boikot yang lain...
Tapi isu kemalasan atau ketidak mahuan mencari alternatif lain
Inilah jadinya... bila Israel dan Barat menguasai ekonomi dunia...
Semua nak beli barang mereka sebab branded dan ada class
Bukankah malas dan ketidak bijaksanaan dalam mencari alternatif itu satu kerugian??
Anda yang memilih sama ada mengikut mahu atau mengenepikan nafsu.
Mungkin ada sesetengah yg memikirkan...“ Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal Allah belum mengetahui siapakah dari kamu yang berjihad dan siapa pula yang sabar. Padahal) sebelum ini kamu pernah bertekad untuk berjuang (sebelum pertempuran). Kini setelah terluang kesempatan, kamu masih teragak-agak” Surah Ali ‘Imran:142-143
untuk apalah isu-isu boikot ni
sedangkan Palestin tetap tak bebas-bebas sampai sekarang
dan ramai je orang yg tak boikot lagi
(walaupun mereka mengetahui isu tentang ini)...
tetapi ingatlah!!
ini adalah isu yg besar...
kalau Sheikh (beliau ketahui hukum hakam dalam agama!! anda berani membantah??)terkemuka pon dah suarakan...
bermakna ini bukanlah isu yg kecil...
dan yang utamanya ialah...
INI ISU JIHAD KITA DAN MEREKA
Allah tentukan Palestine dicerobohi mereka la'natullah
Pastinya ada hikmah dan ujian di sebaliknya...
Hikmah dan ujian untuk mereka dan KITA
Soal diri kita... apa SUMBANGAN kita?? Atau yang sebenarnya..apa JIHAD kita??
Bagi ceramah?? Kalau buat, Alhamdulillah!!
Bagi derma?? Antara benda senang nak buat. Tapi.. kalau tolak campur dengan pembelian barangan boikot tu...tenggelam juga duit derma tu
Perang?? Jauh sekali!!
Jadi buat apa yang termampu!! Saya yakin semua mampu untuk guna jihad harta... sebab ini bukan soal fizikal semata..tapi soal fizikal yg sebenarnya berkait dgn soal hati..soal nafsu.. antara mahu atau tidak!!
(saya tak kata orang yg berjihad secara mampu sudah sempurna imannya..tapi mereka ini telah menyempurnakan antara bahagian iman...)
Berdasarkan hadith: "Tidak sempurna iman seseorang hingga ia mencintai untuk saudara-nya apa yang dicintai untuk diri-nya." Hadith Bukhari dan Muslim...
semangat Palestine saya membara lagi!!
klik sini untuk mengetahui pengalaman Dr. Fauziah wakil Mercy ke Gaza Januari lalu
Wallahu a3lam
TeLah kuJejaKi buMi iTu
Salamun 'alaikum....
Segala puji bagi Allah dan selawat junjungan buat nabi tercinta, Muhammad s.a.w
Jam lebih kurang 5 pagi....
Pada tarikh 13 hb September 2009, Sabtu
dengan langkah kanan,
dengan semangat yang berbara,
dengan niat yang kukuh,
dengan jantung yang berdegup,
dengan doa di dalam hati,
saya keluar dari pesawat ROYAL JORDANIAN
melangkah berpijak ke Queen Alia International Airport, Amman, Jordan
buat pertama kalinya...
Saya yakin...
Hidup baru akan bermula
Dengan tarbiyah terhadap jiwa ini...
Apapun, saya tahu..
Saya perlu ada permulaan yang baik
"Futur (lemah semangat) selepas bersungguh-sungguh adalah disebabkan buruknya permulaan"
............................................................
Tenang..
Sungguh tenang Jordan hari itu
Cuma kehadiran kami yang seramai 43 orang
membuatkan suasana agak kurang tenang
Tapi tidak kelam kabut
Tapi dasarnya, suasana itu memang tenang
Namun, tenang itu tidak seperti hati saya sebelum saya ke Bumi Anbiya' itu
Ada sedikit rasa gembira
Ada secebis rasa sedih
Yang pasti ada sedikit getaran
Ada juga rasa takut
Beberapa hari sebelum saya ke Jordan
Saya membaca buku Rindu Bau Pohon Tin karya Ustaz Hasrizal yang sebelum ini pernah belajar di Bumi Jordan
Buku itu merupakan buku tarbiyah sedikit sebanyak kehidupan beliau di Jordan
Banyak juga yang saya pelajari dari buku itu
Lagi-lagi...
Pada waktu yang genting itu
Kegembiraan dan kesibukan boleh menutup NIAT saya untuk ke Bumi Anbiya'
Oh! Peringatan amat diperlukan dan amat berguna saat itu.
Kadang-kadang buku sebegitu perlu dibaca
Mungkin ada yang berpendapat
'we don't have any idea of what other's life likes'
Tapi dasarnya, tujuan hidup kita sama
Kita sepatutnya menuju ke arah yang sama
Kita sepatutnya mempunyai niat asal yang sama
Cuma menggunakan kenderaan yang berbeza
Kalau kenderaan sama...
Mungkin jenis yang berbeza
So, siapa kata kita tiada kaitan dengan hidup orang lain?!
Lagi? Kenapa perlu baca?
Supaya kita belajar dari pengalaman orang lain
Supaya kita lebih jelas
perasaan gembira itu untuk apa...
sedih untuk apa...
takut untuk apa...
Sebab..
Kadang-kadang kita tak nampak apa yang orang yang lain nampak
Dan kadang-kadang orang tak nampak apa yang kita nampak
...............................................................
Suatu hari...
Saya berfikir sejenak
Niat (atau dengan kata lain matlamat) perlu dipasang awal-awal
Dan perlu jelas
Sebabnya...Takut-takut.. kalau tiada niat atau matlamat...
Tak nampak mana jalan yang betulnya...
Sebab saya tahu...Kat dunia ni banyak cabang jalannya...
Jalan hiburan...
Jalan glamour...
Jalan ilmu...
Dan macam-macam lagi
Yang akhirnya membawa kepada 2 jalan utama
JALAN KEBENARAN atau JALAN KESESATAN
Kemudian...saya berfikir lagi..
Tiba-tiba..
Perasaan takut mula menguasai diri
Takut sungguh!!
Kenapa?
Sebabnya..Saya takut..
Kalau saya tak dapat apa yang saya patut dapat di Bumi Anbiya' ini..
Terfikir lagi...InsyaAllah saya akan dapat kalau saya mencari
Tapi... saya takut lagi..
Sebab saya takut kalau saya tak tahu saya perlu cari 'itu'...
Namun begitu,
Ketakutan itu semakin reda...
Kerana saya yakin Allah akan membantu saya selagi niat saya betul
Maksudnya memang kena selalu beringatlah
Dan bersangka baik dgnNya...
Sebab Allah kata...
"Aku adalah seperti apa yg hamba aku fikirkan"
Semoga tarbiyah di bumi Jordan dapat mengajar saya serta kawan-kawan yang lain erti sebenar hidup ni
Wallahu a'lam