Salam...
Baru tadi hati saya terlintas untuk membuat kata-kata ini (tak macam puisi kot)
Sengaja mahu luahkan apa yang terbuku di hati dari seorang yang masih belajar tentang kehidupan
=)
Jangan kita merungut kerana kita tidak memperoleh apa yang kita mahukan
Kerana ia mengajar kita mencari kea rah kesempurnaan
Kadang-kadang kita tidak perlu mengutamakan kemahuan kita berbanding kemahuan orang lain
Kerana ia mengajar erti pengorbanan
Kadang-kadang kita tidak tahu mengapa ia berlaku kepada diri
Tapi itulah yang akan mengajar kita mencari sesuatu pengertian
Kadang-kadang sesuatu yang berlaku tidak seperti apa yang kita harapkan
Tapi ia mengajar kita melaksanakan perubahan
Kadang-kadang kita berada di saat kelemahan
Namun, sebenarnya..ia mengajar kita mencari apa yang perlu untuk menambah kekuatan
Kadang-kadang kita sedih setelah melakukan kesalahan
Biarlah! Biarlahia berlalu kerana ia mengajar mencari pembetulan
Kadang-kadang kita ego untuk mangakui kesalahan
Namun, rasailah manisnya kemaafan seseorang
Kadang-kadang seseorang berperilaku seperti yang tidak disangka-sangka
Tapi memang benar setiap manusia melakukan kesalahan
Dan mengajar kita menilai kesalahan supaya kita dapat mengubah keadaan
Bukannya kita yang terkena tempias kesalahan tersebut
Apatah lagi simbahan kesalahan
Ingatilah diri…
Bahawa setiap perkara yang berlaku..
Mengajar kita mengenali kehidupan
Mengajar kita mengenali Tuhan
Ingatilah diri…
Masakan perkara-perkara tersebut akan menjadi pengajaran
Andai kita tidak mahu belajar
Kerana tidak memandang ia sebagai satu pelajaran…
Ingatilah diri ini dan dirimu...
Hayatilah kata-kata di atas dengan mata hati iman
Wallahu a3lam..
(Ya Allah berikan kami kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat)