Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa
Hanya dua puncak ini yang tinggal, tetapi pokok ara di atasnya tetap bertahan. Mengapa dua puncak ini tidak diratakan? Batu Luang tetap menyimpan cerita masa lampau. Rahsia tetap ada disebalik apa saja kejadian. Puncak ini kekal bertahan. Hempasan ombak ganas selama ribuan tahun gagal meranapkannya. Begitu juga terpaan arus zaman dan pemodenan, masih tidak berupaya melenyapkan kewujudannya. Kita biarkan ia terus bertahan sebagai monumen pergerakan zaman. Tebing ini dulu curam, menampan di depan pantai. Saya perlu merangkak untuk memanjatnya. Hari ini ianya masih tersisa, menyimpan sisa-sisa cerita rakyat yang ada di sini, sebagai kenangan dan nostalgia. Esok 31 Disember 2010, PM Datuk Najib mengumumkan cuti umum seluruh negara sebagai merayakan kejayaan Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki, mengalahkan pasukan Indonesia dengan aggriget 4-2. Esok juga adalah hari terakhir bagi tahun masehi 2010. Bagi Sabah, esok adalah hari terakhir perkhidmatan TYT Yang Dipertua Negeri Tun Datuk Hj Ah
Ulasan
Catat Ulasan