Sebelum aku sampai ke UK ni, aku dah bagitau kat sorang kawan aku yang belajar kat UK ni, Zul, yang aku akan pergi ke UK. So dia pun siap-siap la bagi nombor telefon dia, pastu pesan supaya contact dia bila sampai nanti. Ye la, tempat aku ni (Rotherham, Sheffield) tak jauh dari tempat dia (Manchester). In fact, flight aku akan turun kat Manchester pun.
So lepas a few weeks aku kat sini, dia call aku. Dia excited nak jumpa. Seboleh-boleh ajak aku pergi tempat dia. Nak bawak aku pergi Old Trafford katanya. Kebetulan masa dia call aku tu, 2 minggu before Manchester Games (MG). Bagi yang tak tau, kat UK ni, hampir setiap bulan ada dianjurkan acara sukan oleh student Malaysia yang belajar kat sini. Kawan aku (bukan Zul) yang bagitau la. Bukan aku yang reka sendiri fakta ni. Huhu. So, Zul ajak la kitorang attend MG tu. Boleh jugak jumpa Malaysians yang lain. Boleh buat kawan. Kalau mantap sikit, boleh buat awek sekali. Oops....marah akak tu kang...huhu~ =p
So aku beli la tiket train secara online. GBP13 (RM65) untuk tiket pergi balik. Tiket ni aku beli 2 minggu lebih awal. Bila seminggu kemudian aku check balik, harga tiket dah naik jadi GBP16.50 (RM82.50) sehala. Gilo punye mahal. Nasib baik la aku beli awal. Alhamdulillah~ :)
Tips:
Beli tiket secara online. Beli awal-awal. Makin lambat, makin sikit tiket murah. So dapat tiket mahal je la kalau lambat beli tiket.
Hari pertama (11 February 2011)
Sampai je kat Manchester Piccadilly (nama stesen), Zul ajak aku makan kat rumah kawan dia. Makcik kawan dia datang melawat. Dia masak 6 lauk untuk dinner tu. Tu la first time aku makan meal dengan lebih daripada 2 lauk sejak aku sampai kat UK ni. Nak lagi best, tu la first time aku makan ikan sejak sampai kat UK. Makcik tu masak asam pedas ikan apa ntah, ayam goreng, ikan kering goreng, ulam, ikan goreng dengan apa ntah lagi. Memang aku makan dengan muka tak malu nye la. Balun kaw-kaw. Mengambil peluang sepenuhnya. Ntah bila lagi la aku dapat makan macam tu. Sebab tu la aku balun habis. Haha~
Then Zul bawak aku pergi ke hall dia. Light off. Tidur.
Hari ke-2 (12 February 2011)
Hari ni MG berlangsung. So aku gerak dengan Zul pagi-pagi lagi. Event sepatutnya start pukul 8.30am. Tapi, macam biasa, budaya Malaysia masih menebal dalam diri student Malaysia ni, so jadi lambat. Bila dah start event, Zul suruh aku n house mates aku pergi kat tempat Malaysian Food Fair (MFF) sebab dia tak dapat nak entertain kitorang. Dia main squash. So aku n house mates aku pergi la ke MFF. Sempat la kitorang pekena nasi lemak, nasi kerabu n laksa johor. Dah lama tak makan benda ni semua. Melepas rindu. Hehe ;)
Opening ceremony
Bergambar kenang-kenangan bersama akak-akak penjual kat salah satu gerai kat MFF
Then kitorang singgah University of Manchester. Tangkap gambar sikit. Bangunan kat situ cantik. Senibina dia style bangunan lama. bangunan pulak sederet dengan muzium Manchester. Bangunannya bersambung pulak siap. So kitorang tangkap gambar la sikit kat situ.
Pintu gerbang University of Manchester
Tak tau la apa nama bangunan ni.
Pastu lalu depan muzium Manchester. Tengok kat pintu tu tertulis 'Free entrance'. Benda-benda free ni jangan ditolak. Hehe. Kalau ikutkan, benda kat muzium lebih kurang sama je dengan muzium kat mana-mana pun. Mungkin disebabkan dana diorang ni banyak, so diorang mampu bawak artifak dari serata dunia untuk dipamerkan kat muzium tu. Even mumia ori yang dari mesir pun ada kat situ. Kalau kat Malaysia, mesti replika je, huhu. Selain tu, kat sini, pihak muzium benarkan pengunjung tangkap gambar dalam muzium. Aku tak tau la kat tempat lain kan. Tapi dulu time aku pergi muzium Kuching, pihak muzium tak benarkan pengunjung tangkap gambar dalam muzium. Tak ke bodoh tu. Bagi orang Malaysia mungkin takpe la kot. Tapi bayangkan pengunjung luar negara yang datang ke situ. Dah datang dari jauh, terbang separuh bumi nak datang ke Kuching, pastu tak dibenarkan tangkap gambar benda yang takde kat tempat diorang. Konpem diorang bengang punye. Ada satu lagi benda yang menarik pasal muzium ni. Biasanya, kita tak dibenarkan sentuh barang-barang pameran kat muzium. Tapi kat muzium ni, ada sudut untuk kita pegang bahan pameran. Siap ada papan tanda 'Please Touch'. Tu belum lagi aku cerita pasal ada nursery dalam muzium ni. Ye la kan, budak-budak mana la minat benda-benda sejarah ni. So, diorang sediakan nursery kat dalam muzium dan bahan mainannya pun ada kaitan dengan bahan pameran dalam muzium tu. Bagus =)
Kat sudut untuk pegang bahan pameran.
Kat pintu masuk muzium Manchester.
Petang tu ada match bola. Manchester United lawan Manchester City. Derby match. Tapi kitorang kat sport centre. Cane nak tengok? Terpaksa la pergi ke pub. Ni first time aku masuk pub. Pub tau. Bukan disco. Disco tu yang ada orang menari terkinja-kinja. Pub takde gitu. Tapi still budak bawah umur tak dibenarkan masuk. Ade tukang check ID kat pintu masuk pub tu. Tapi maybe disebabkan aku tak cukur janggut n misai, nampak tua la kot. So dia biar je aku masuk. Tak check pun. Kalau check pun takpe. Aku dah 24.
Wisel penamat; Manchester United 2 - Manchester City 1
Malam tu Zul bawak kitorang makan kat Al-Jazeera, pekena nasi arab. Sedap tak ingat. Relatively murah la untuk harga makanan kat UK ni. Dah la portion nye banyak. Memang puas hati. Hehe ;)
Al-Jazeera, Rusholme, Manchester,
Nasi arab + 1/2 ayam. GBP4 (RM20)
Nasi arab + daging kambing. GBP5.40 (RM27)
Hari ke-3 (13 February 2011)
Destinasi hari ni cuma satu. OLD TRAFFORD!
Kitorang naik bas je la. Nak naik teksi pun boleh tapi mahal la. Lagipun kitorang gerak pagi, so jalan tak jam. Bas kat UK ni pulak punctual. Takde la macam StupidKL RapidKL.Bikin panas hati aku je. Huhu.
Tips:
Kalau nak tanya pemandu teksi, jangan bukak pintu teksi n tanya macam yang kita selalu buat kat Malaysia. Kalau buat macam tu, automatik dia caj GBP5. Dengan berbuat macam tu, kita dah dikira terima servis dia. So kalau nak tanya, just ketuk cermin tingkap pemandu teksi supaya dia turunkan cermin. Then korang boleh tanya.
Then kitorang sampai ke Old Trafford. Tiket untuk stadium tour kat Old Trafford berharga GBP11.50 (RM57.50).
Bahagian depan Old Trafford
Kat dalam The Red Cafe
Kat dalam muzium Old Trafford
Kat padang Old Trafford
Kat players' changing room.
Kat tempat interview.
Kat tunnel masuk padang.
Jadi benchwarmers =p
Kat kedai souvenir.
Lepas puas jalan-jalan kat Old Trafford, kitorang balik hall Zul n kemas-kemas nak balik. Train aku pukul 2.20pm. Gerak dari hall Zul pukul 2pm. Zul relax je. Dia kata sempat punye. Masalahnya, nak dah sampai ke stesen keretapi, nak kena cari platform mana nak naik. Dah la baru first time naik kat sini. Aku sampai kat stesen pukul 2.18pm. Gelabah gila dah aku time tu. Ada dua sebab. Satu, kat UK ni, diorang punctual gila. Takde delay-delay macam KTM. Dua, Kalau terlepas train, nak beli tiket baru bapak la mahal. So, sampai je kat stesen, aku terus pergi cari info screen, tengok kat mane platform yang aku patut pergi. Aku naik je train, train gerak. Nasib baik sempat. Phew~ =)
Tips:
Sila berada kat tempat korang nak naik public transport tu before masanya. Public transport kat UK sangat reliable. Punctual. Tak kira la sama ada public bus, train, tram, teksi or even kereta upah. Kat bus stop ada jadual ketibaan public bus. Dan jadual tu bukan setakat perhiasan. Bus akan betul-betul tiba pada masanya.
Untuk tengok lagi banyak gambar-gambar kat sana, klik
SINI
p/s: esok pagi banyak benda nak kena setel....adui~
p/s/s: aku follow blog ni tadi...