klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Showing posts with label fotografi. Show all posts
Showing posts with label fotografi. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

fotografi: mari bermain dengan HDR

Salam. Dah lama aku tak tulis entry pasal fotografi. Selalu duk main letak gambar je. So hari ni aku nak sambung balik pasal fotografi. Kang kena tukar nama pulak kang blog ni. Hehe.

HDR?

HDR atau high dynamic range ialah satu teknik fotografi di mana beberapa gambar yang berlainan exposure digabungkan atau ditindan (secara digital) bagi menghasilkan gambar dengan exposure optimum. Gambar yang terlalu cerah atau terlalu gelap akan menghilangkan detail pada gambar. Maka, teknik HDR ini digunakan bagi memelihara detail dalam gambar.

Sebagai contoh, mari kita lihat gambar di bawah.


Pic 1: Gambar ini diambil dengan bacaan exposure bernilai 0


Kita dapati pada gambar di atas, terdapat kawasan yang terlalu gelap atau underexpose (contoh: kawasan bawah kanan gambar), yang perlu dicerahkan. Terdapat juga kawasan yang terlalu cerah atau overexpose (contoh: kawasan sekitar jam di menara jam), yang perlu digelapkan.

Melalui teknik HDR, sekurang-kurangnya 3 gambar berlainan exposure iaitu 0 (normal), +ve (cerah) dan -ve (gelap) diambil melalui feature exposure bracketing pada camera. Jika anda menggunakan kamera Nikon, feature ini boleh digunakan dengan menekan butang 'BKT'. Sila rujuk buku manual kamera anda bagi mengetahui cara menggunakannya.

Tujuan mengambil gambar dengan exposure +ve (cerah) ialah bagi mencerahkan kawasan yang terlalu gelap dalam gambar supaya mencapai kecerahan normal. Sebaliknya bagi mengelapkan kawasan yang terlalu cerah dalam gambar bagi mencapai kecerahan normal, gambar dengan exposure -ve (gelap) diambil.

Untuk artikel ini, saya tidak menggunakan gambar yang diambil menggunakan feature tersebut. Sebaliknya, saya menggunakan hanya satu gambar dan menyunting kecerahan gambar secara digital lalu menggabungkan kesemua gambar tersebut. Teknik ini dikenali sebagai pseudo HDR.


Pic 2: Gambar ini disunting daripada gambar asal, Pic 1.


Perhatikan gambar Pic 1 di atas. Walaupun setelah disunting, kawsan jam masih terlalu cerah manakala kawasan bawah kanan gambar masih terlalu gelap. Maka, saya menyunting kecerahan gamba tersebut kepada 10 kecerahan berbeza (+150, +120, +90, +60, +30, -30, -60, -90, -120, -150). Termasuk gambar di atas (Pic 2), dengan exposure 0, jumlah gambar yang akan digabungkan ialah 11.


Pic 3: 11 gambar dengan exposure berlainan.


Seterusnya, bagi menggabungkan gambar-gambar tersebut, saya menggunakan software Photomatix 3.0 dan Photomatix 4.0.2. Photomatix 4.0.2 adalah yang lebih terkini berbanding Photomatix 3.0. Maka tak hairanlah Photomatix 4.0.2 lebih mudah digunakan dan mempunyai lebih banyak feature. Photomatix 3.0 memerlukan anda menyunting segalanya secara manual. 


Untuk muat turun Photomatix 4.0.2, sila klik SINI.


Setelah menggunakan Photomatix 3.0, inilah hasilnya...


Pic 4: Gambar dengan smoothness 5



Pic 5: Gambar dengan smoothness 4.


Dengan menggunakan Photomatix 4.0.2 pula, ini hasilnya...


Pic 6: Gambar dengan setting compressor - deep.



Pic 7: Gambar dengan setting compressor - default.



Pic 8: Gambar dengan setting enhancer - auto.



Pic 9: Gambar dengan setting enhancer - B&W (black and white).



Pic 10: Gambar dengan setting enhancer - default.



Pic 11: Gambar dengan setting enhancer - grunge.



Pic 12: Gambar dengan setting enhancer - painterly.



Pic 13: Gambar dengan setting enhancer - smooth



Pic 14: Gambar dengan setting fusion - 2 images.



Pic 15: Gambar dengan setting fusion - adjusted.



Pic 16: Gambar dengan setting fusion - default.



Pic 17: Gambar dengan setting fusion - intensive.


Perlu diingat, suntingan yang melampau akan menyebabkan gambar kelihatan seolah-olah sebuah lukisan atau kartun seperti beberapa caontoh di atas. Walaubagaimanapun, tiada gambar yang salah asalkan itulah yang dimahukan oleh si jurugambar.


"The right photo is the photo which is produced as pictured in one's head."


Secara peribadi, saya suka setting fusion-intensive dan enhancer-B&W.
Selamat mencuba =)


p/s: nak sambung edit gambar weekend baru ni.

Friday, February 25, 2011

Gilo murah!~

Salam. Skang ni DFChannel Photography duk buat promosi portraiture photoshoot. Korang dapat 1 sesi outdoor photoshoot selama 45 minit, sekeping gambar bersaiz 8R dan 1 CD softcopy gambar-gambar korang. Harga? RM42 je! (harga biasa RM135....so korang jimat 69%)

Promosi ni hanya untuk tempoh 1 March 2011 - 31 May 2011. So, kalau korang tengah kurang berduit dan perlukan photographer untuk tangkap gambar outdoor portraiture korang, tak kira la korang ni pasangan baru bertunang ke, pengantin baru ke, nak buat family portrait ke, hatta nak buat outdoor portraiture of diri korang sorang-sorang je pun, takde hal.

Kalau berminat, boleh tempah sesi photoshoot korang. Sila call 014-6690145 or emailkan kepada dfchannel.fit@gmail.com



Untuk maklumat lanjut, sila klik iklan nuffnang kat sebelah kanan tu. Kalau korang baik hati nak menderma kat aku la. Itu pun kalau iklan tu masih ada. Kalau tak pun, sila la klik.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ala...klik la iklan tu... (kalau iklan tu still ada la)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ye la...ye la...klik miLKADeAL



p/s: Kalau aku ada kat Malaysia dalam tempoh tu, rasa macam nak tempah je dua sesi. Satu dengan mak aku....satu lagi dengan makwe aku....kui3~ =p

Photographer untuk project Hanis Zalikha


Anda tahu siapa Hanis Zalikha? Tak tahu? Takkan tak tahu kot. Dia tu blogger famous kat Malaysia nih. Pernah satu masa (a few months back tak silap aku) sibuk orang bercakap pasal Hanis ni kalahkan Datuk Siti Nurhaliza dalam ranking carian Google terbanyak. Maknanya, lebih banyak orang duk cari pasal dia kat Google berbanding pasal Datuk Siti Nurhaliza. So, kalau Datuk Siti nak naikkan ranking dia, dia kena bagi Datuk K pasang Hanis jadi madu dia. Baru la sama-sama naik. Haha. Tapi takkan la Hanis berminat dengan suami orang kot. Datuk K pulak tu. Kalau sultan Brunei takpe la jugak. Hensem. Jangan salah faham. Aku bukan gay. Huhu~ =p

Baik. Jangan melalut. Berbalik kepada topik asal. Aku duk baca blog Hanis ni tadi. Dia tengah cari kot la ada mana-mana event photograper yang perlukan publisiti atau nak dipromotekan atau featured kat blog dia, boleh la join project dia yang akan datang. Ye la kan, berkerja dalam project orang yang ada nama, sikit sebanyak boleh buka lebih banyak peluang kepada project yang akan datang. Kot la ada orang berminat dengan hasil kerja korang. Murah rezeki, dapat project baru. Ye dok? ;)

Tapi, bukan boleh join camtu je. Kena hantar resume (portfolio korang la kot) kat email dia,




So, kalau korang ni merupakan seorang yang baru menceburi perniagaan dalam bidang fotografi ni, dan berhajat nak bergerak dengan serius, mungkin korang boleh consider peluang ni. Cuba la. Tuah ayam nampak di pinggan KFC, tuah manusia Allah je yang tahu. Huhu~ ;)

Kalau nak baca entry pasal ni kat blog dia, klik SINI


Sunday, December 5, 2010

satu hari satu foto (episod 19)


Photo shot at MAHA 2010.



p/s: tak puas hati pulak aku ngan shot ni. dah lama tak shoot bunga~

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Sempena hari raya haji esok, aku nak post gambar-gambar raya haji. Ni gambar-gambar masa majlis korban kat surau kat kawasan perumahan aku. Ayah aku tolong orang melapah daging. Abang aku tolong orang sembelih. Aku? Aku just duduk tepi main rubics cube (time tu baru pandai main benda alah tu) dan tangkap gambar. Lalalala~ =p

Aik? Raya nye esok, gambar dah ada? Hoho...ni gambar raya haji tahun lepas. Punye la pemalas aku ni. Genap setahun baru la sibuk nak edit dan post kat blog ni. Aaaahh....peduli apa aku. Nak jugak post entry ni. Layankan aje la yek. Huhu~ =p






Gambar potong kek tu bukan takde kena-mengena dengan raya haji tahun lepas. Ada. Sebab birthday adik aku jatuh pada hari raya haji tahun lepas, 27 November 2009. Huhu~;)

So, Dengan ini aku ucapkan,

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA~ =)


p/s: selamat bercuti dan bagi sesiapa yg drive blk kampung tu, pandulah dengan berhemah...amalkan pemanduan cermat...baca doa sebelum mulakan perjalanan. InsyaAllah, selamat pergi dan selamat kembali=)

Tuesday, November 9, 2010

dSLR Show : 24-28 november 2010, subang parade

Salam. Ni ada satu event berkaitan photography & camera. So bagi shutterbug & gearhead, kalau free pada tarikh hari kejadian, boleh la jenguk-jenguk event ni.



Bagi yang ada masa terluang sikit dan nak tambah ilmu fotografi, boleh la join workshop yang dianjurkan secara PERCUMA. Saje shout sikit percuma tu. Sebab orang kite memang suke benda-benda free ni....aku pun same. Huhu~ =p




Dan bagi sesiapa yang berminat nak join photo contest, jangan risau, sebab ada photo contest dianjurkan. Hadiah nye pun tak kurang gak menarik ;)




Tarikh tutup photo contest ni ialah Jumaat, 19 November 2010, pukul 12 tengah hari.

Untuk maklumat lanjut, sila klik SINI


So, selamat mencuba~ ;)

p/s: aku juz share je info ni. aku tak dapat apa-apa bayaran pun;)

Saturday, November 6, 2010

convo part finale: outdoor photoshoot

Baik. Ni part akhir. Lpas ni tak cerita pasal convo dah. Kalau ikutkan angan-angan aku dulu, aku nak wat photobook batch aku. Tapi memandangkan ramai yang dah kerja and susah nak setkan hari photoshoot, ditambah lagi dengan last minute punye plan, so tak tercapai la angan-angan aku tu.

So aku just contact dalam 7-8 orang member untuk jayakan photoshoot ni. Alang-alang nak pulangkan robe, boleh la tangkap gambar sama-sama dulu. Tapi a few days prior to the photoshoot day, aku belum dapat cari photographer lagi. Masing-masing ada job. At last dapat gak aku pujuk sorang member untuk jadi photographer. Kebetulan dia pun dah lama tak pegang camera sebab di dah jual nikon D1 dia. So disebabkan tangan dia dah gatal, dia setuju untuk jadi photographer kitorang. TQ afif~ =)

So ni la sedikit-sebanyak gambar photoshoot tu ;)


Saje mengarut jap =p

Nazihah 'convo'

Macam dia pulak yang convo.

Ewah-ewah~

Amek ko~

Akhirnye mengaku jua~

Layankan aje la~

Ni kalo student dia tengok ni, jatuh saham. Kui3~ =p

Senyuman ala-ala Datuk K

Dari bawah, lubang hidung kelihatan~

Kak Suwaibah & her son, Adam.

Ilmam & his family.

Hentam je la~

Blakon xleh blah...wat gaye kumpulan nasyid...hoho~ =p

Baling~

Ni bukan kantoi berdua-duaan yek~

Kungfu Tangan Buddha

Kanak-kanak riang~

Tetiba jadi serius bila bergambar dengan aweks econs =p

Cliche....baling mortar board & tangga besar

Tajuk lagu band Death Cab for Cutie

Cubaan bermain dengan curve.

Pasangan suami isteri muda.

Kat gate UIA

Ade kembar rupenye aku ni...huhu~

Muhaimin kembar tiga~

Multiple me~

Si kembar 3 bermain-main

Masing-masing jumpe kembar masing-masing

Acap takde sebab time ni dia tengah busy bersembang ngan awek ALLHS.

Kage bushin no jutsu.

Afif - the photographer



Baiklah. Dah nak muntah tengok gambar convo? Haha...ok...ok...Maka dengan ini berakhirlah siri entry-entry convo. Takde dah lepas ni. Daaa~ ;)

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...