klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Thursday, April 28, 2011

puasa blog lagi


Salam. Lama benar tak update blog ni hah. Busy sket sejak balik dari Liverpool hari tu. Elok je balik dari Liverpool, kelas baru dah start. Then minggu depannya (minggu lepas) ada dua exam. Satu dah lulus, Alhamdulillah. Juz nak tunggu official result exam yang satu lagi. Minggu ni pulak sibuk dengan eurotrip. Urus tiket, beli buah tangan untuk saudara kat europe (ye la kan, duk menumpang kat rumah orang, takkan tak bagi buah tangan pulak kot) packing barang.

So aku akan puasa blog lagi. 21 hari kot. Paling kurang la tu. Dah balik kang nak rest 2-3 hari dulu, then baru ngadap blog balik. So akan terus sunyi la blog ni macam 2-3 minggu yang lepas ni. Sori yek. Baca la entri-entri yang lepas buat pengubat rindu. Hehe =p

Ok la. Nak sambung packing. Kena off laptop ni dulu baru boleh packing. Sebab nak bawak laptop ni hah. Hehe. Jumpe lagi semua. Doakan aku selamat dalam perjalanan.

Salam =)


p/s: terbang~


Thursday, April 14, 2011

satu hari satu foto (episod 92)


Ungu II

Tarikh: 7 April 2011
Lokasi: Ferham Park, Ferham Road, Rotherham


Haritu, Kak Liza ada komen gambar aku kat entri 1H1F: episod 91. Dia cadangkan supaya bagi warna ungu tu jadi lagi terang. So aku edit la sikit. Tak tau la ok ke tak. Hehe ;)


p/s: esok hari kedua terakhir kelas...hehe;)


Dari Penjuru Ini

Segmen ni dianjurkan oleh Kak Liza. Aku baru teringat nak join. Padahal semalam dah siap-siap dah bukak entri dia yang pasal segmen ni. Kira kalau semalam tu sempat lagi la. Sekarang ni dah hampir sehari dah terlewat sebenarnya. Lantak la labu. Join je. Huhu~ =p


Tajuk segmen:

DARI PENJURU INI

Anjuran:



(sila klik gambar untuk ke entri segmen ni)


Sebelum pape, aku nak bagitau, yang kat atas tu bukan header blog yang anjurkan segmen ni. Sebab segmen ni bukan pasal blog penganjurnya, Kak Liza, tapi pasal blog pilihan Kak Liza iaitu Dari Penjuru Ini. Kak Liza ni memang suka promote blog orang lain. Selalu je dia letak link ke blog or entri orang lain dalam entri-entri dia. 

So bila aku join segmen ni, baru la first time aku pergi kat blog Dari Penjuru Ini. Duk baca satu-satu entri kat situ. Dari yang latest ke yang sebelumnya. Then aku sampai kat entri yang buat aku ketawa. Kelakar pulak rasa. Sebab dia cikgu. Sempoi je. Haha.


"Must 'ware' what, teacher?"


^______^


Tuesday, April 12, 2011

satu hari satu foto (episod 91)


Ungu

Tarikh: 7 April 2011
Lokasi: Ferham Park, Ferham Road, Rotherham


Aku pun tak tau apa nama bunga ni. Tapi suka tengok bunga ni. Kena pulak lagi warna ungu tu dipancar dengan sinaran matahari di kala petang. Hehe ;)


p/s: nanti-nanti la aku update pasal Liverpool...huhu =p

p/s/s: terima kasih kepada semua yang sudi singgah blog ni sepanjang ketiadaan aku...siap ada yang komen lagi...terima kasih :)


Saturday, April 9, 2011

Puasa blog 2 hari

Salam. Seperti yang aku dah bagitau masa letak gambar tiket keretapi aku dalam entri sebelum ni (belum baca? klik SINI), aku akan ke Liverpool selama 2 hari bermula esok pagi. So tak dapat la aku nak update blog ni (walaupun takde siapa yang ternanti-nanti aku update blog) mahupun blogwalking dalam tempoh dua hari ni. 

Maka aktiviti-aktiviti tersebut akan aku sambung semula hari Isnin. Doakan aku selamat pergi dan kembali. Daaa~ *sambil melambai-lambai ala Aznil Nawawi*


p/s: baiklah...sambung kemas barang...


satu hari satu foto (episod 90)


The Ticket

Tarikh: 8 April 2011
Lokasi: 182, Ferham Road, Rotherham


Gambar tiket keretapi ke Liverpool esok. Doakan aku selamat pergi dan kembali :)


p/s: kemas barang sket...


Dan follower lensajingga yang ke-200 ialah.....

Salam. Malam tadi (pagi kat Malaysia) blog aku ni dah ada 200 orang follower. Terima kasih aku ucapkan kepada korang yang sudi followe blog aku yang banyak kekurangan ni. Aku akan cuba improve lagi penulisan aku dan content blog ni. Terima kasih sekali lagi. Dan siapakah follower ke-200 lensajingga? Jeng...jeng...jeng!~




intanafis


So mari kita review sikit pasal intanafis ni. Nama sebenar beliau (seperti yang tertulis kat profile beliau) ialah Intan Morsalin. Berumur 32 tahun. Ibu kepada dua orang anak perempuan yang comel. Beliau merupakan pemilik blog




PERHATIAN:

Aku adalah follower blog kak intan ni yang terbaru (pada masa aku taip entri ni) iaitu yang ke-98. So mari la terjah blog kak intan dan follow. Kita tengok, siapa yang jadi follower bertuah yang ke-100. Hehe ;)



Terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepada semua pembaca blog ni terutamanya kepada my follower sekalian =)

Friday, April 8, 2011

Sungguhlah aku tak fit...hadui la~



Salam. Dah lama tak menaip entri yang membolehkan para pembaca sekalian lebihkan membaca daripada tengok gambar kat blog ni. Ye la kan, mana ada kata-kata 'tengok jambatan ilmu'. 'Membaca jambatan ilmu' ada la. Tapi aku 95% sure entri ni tak bersifat ilmiah pun. Kesian korang kan. Tak bertambah pun ilmu bila baca entri nih. Hoho =p

Tadi aku tengok cuaca baik. Cerah je. Dah la asar masuk lewat (5.30pm), masuk maghrib lagi la lewat (7.55pm). So memang sesuai sangat la aku nak merasmikan seluar trek aku tadi. Aku dah beli dalam 2-3 minggu lepas kot. Tapi asyik malas je nak jogging. Selalu menggunakan cuaca mendung sebagai alasan untuk terus memeruk dalam rumah sambil mengadap laptop. 

Tak boleh jadi. Kena keluarkan peluh. Bukan la pasal nakkan body ketul-ketul macam body builder pun. Asal dapat kurangkan sikit kebuncitan aku ni ok la kan. Aku tak minat sangat badan berotot-otot sangat ni. Sebab aku lebih suka fit dari segi jantung dan pernafasan aku. Biar stamina tinggi sikit. Sebab tu la aku prefer jogging or sprinting berbanding angkat dumbbell. Entah la. Maybe sebab dulu aku main taekwondo. So tak perlu nak berotot sangat, sebab bila berotot sangat badan akan jadi berat. Bila berat, pergerakan lambat. Bila lambat, susah nak menyerang lawan dan susah nak mengelak atau membalas serangan lawan. Itu apa yang kami diberitahu la kan. Aku bukan expert pasal sport science nih. Huhu.

So tadi aku jogging la depan rumah. Kat depan rumah kitorang ni ada taman untuk beriadah. Ada taman permainan untuk kanak-kanak, padang bola, tempat main skateboard, dua gelanggang futsal/basketball dan kawasan padang rumput yang lapang dihiasi pokok-pokok bunga. So di samping budak-budak bermain, bayak la orang dewasa duduk lepak-lepak kat bangku-bangku kat taman tu.



Ferham Park


Aku jogging pusing taman tu. Aku tak sure la berapa distance satu pusingan tu. Aku agak dalam 500-600m kot. So jogging la dengan kelajuan konsisten. Baru dua pusingan dah pancit. Hampeh betul. Bila tengok handset, Rupanya tak sampai 15 minit pun aku jogging. Teruk betul fitness aku ni. Tu la akibatnya dah 3 tahun tak training taekwondo. Sejak tak pergi training tu, aku tak main apa-apa sukan pun. Tu pasal la fitness teruk gini. Hadui la~

So lepas jogging tak boleh la duduk terus kan. Kena la jalan dulu. So sambil jalan tu aku tengok la alam di sekitar. Cewah. Macam banyak la pulak subjek menarik untuk aku shoot. So aku balik rumah, amek camera, then keluar semula untuk shoot. Salah satunya gambar kat entri sebelum ni hah. Nak tengok, boleh  scroll ke bawah atau klik SINI.

Dalam beberapa hari akan datang, entri-entri 'satu hari satu foto' akan aku letakkan gambar-gambar yang aku shoot petang tadi. Hehe ;)


Harap-harap la boleh maintain jogging gini hari-hari...perlu merajinkan diri...hoho~



p/s: dah confirm tarikh retest...tiket pun dah beli...hanya menunggu masa...


satu hari satu foto (episod 89)


Spring: Not Quite Yet

Tarikh: 7 April 2011
Lokasi: Ferham Park, Ferham Road, Rotherham


Cuaca petang tadi baik. Sambil-sambil jogging, ternampak beberapa subjek yang menarik untuk dishoot. So ni la salah satu daripadanya. Sekarang ni baru nak masuk musim bunga. Pokok-pokok baru nak keluar daun dan bunga. Tak sabar nak tunggu bila dah betul-betul musim bunga. Mesti penuh je bunga kat pokok ni kan. Hehe ;)


p/s: malas nye la yang teramat...haih~


Thursday, April 7, 2011

satu hari satu foto (episod 88)


Art vs Vandalisme IV

Tarikh: 19 March 2011
Lokasi: Meadowhall Road, Rotherham


Kelihatan seperti tempat penagih dadah ber'mesyuarat'. Tapi sekarang masih sejuk. Mungkin sebab tu la kot takde sorang pun yang melepak kat situ. Mmmm...


p/s: nak setelkan hal retest...pening...pening...


Wednesday, April 6, 2011

satu hari satu foto (episod 87)


Art vs Vandalisme III

Tarikh: 19 Marh 2011
Lokasi: Meadowhall Road, Rotherham


Ni laluan underground untuk pejalan kaki dan penunggang basikal. Kat sebelah atasnya ada bulatan (roundabout). So untuk memudahkan pejalan kaki dan penunggang basikal, dibuat la laluan ni. Juga supaya lebih selamat. Tapi betul ke selamat? Macam port untuk orang mengepaw (peras ugut) je. Huhu =p


p/s: liverpool? mmmm....


Tuesday, April 5, 2011

satu hari satu foto (episod 86)


Out Of Focus

Tarikh: 19Marzch 2011
Lokasi: Brightside Lane, Sheffield


Tak tau nak tulis apa pasal gamba ni. Ia cuma gambar yang tak sharp atau out of focus (oof) sebuah jambatan kat Brightside Lane. Layankan aje la. Huhu =p


p/s: wayang start


"Alamak! Entry dia ni memang best!"

Salam. Sejak kebelakangan ni asyik join segmen je aku ni kan. Haha. Ni pun nak join lagi ni.


"Alamak! Entry dia ni memang best!"

Anjuran:



(sila klik gambar untuk sertai segmen ni)


So aku dikehendaki share 3 entry yang aku suka daripada blog-blog yang berlainan. Agak susah jugak sebenarnya. Sebab aku tak ingat mana entry yang best-best. So aku juzt letak mane yang terlintas kat kepala je la yek. Hehe. So ni la 3 entry yang aku suka:



Sebuah puisi daripada Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali dengan Dr. Asri atau Dr. MAZA. 



Aku suka entry ni. Sweet je. Hehe ;)



Aku suka sebab aku setuju dengan dia. Aku pun terfikir benda yang sama. Islam menuntut penganutnya supaya mengamalkan kebersihan. Tapi surau macam apa je. Ish3~



So ni la antara entry yang aku suka. Jom la join segmen ni. Share entry yang korang suka. kot la memang lagi best, boleh la aku tukar list entry kat atas ni. Haha~ =p




p/s: Tadi dah tidur 3 jam. Boleh la layan movie lama sikit malam ni. Hohoho~ ;)


Monday, April 4, 2011

ALL IN ONE - GEGAR 1 RIBU BLOG

Salam. Nak join segmen lagi. Kali ni nakjoin segmen ni pulak:


ALL IN ONE - GEGAR 1 RIBU BLOG

Anjuran:



(sila klik gambar untuk menyertai segmen ni)

Ok. Tak tau nak tulis apa. Just nak ajak korang join jugak segmen ni.
Boleh tambah kenalan. Tak bersua muka pun, at least jumpa kat alam blog pun jadi la kan.
Hehe ;)


PENGORBANANMU BUATKU TERHARU



Salam. Tadi dah join segmen encik Ben. Sekarang nak join segmen kak Liza pulak. Hehe.


PENGORBANANMU BUATKU TERHARU

Anjuran:



(sila klik gambar untuk menyertai segmen ni)


Hmmm...Sebenarnya tak tau nak pilih kisah yang mana satu. Kisah pasal mak aku lahirkan akudah pun aku ceritakan kat blog ni. So kena cari kisah lain. 

Ok la. Cerita pasal mak aku lagi. Masa aku darjah 5, ada satu hari tu aku pergi mandi kat kolam renang. Lama gila la aku duk berenang kat sini walaupun aku tak reti berenang. Ok je. Sepanjang kat siru, takde apa-apa pun terjadi. Then bila balik rumah (rumah arwah atuk aku), aku terbongkang tidur. Ye la kan, biasanya lepas kita berenang, kita akan letih dan lapar kan. Sebab tu la aku terbongkang tidur. Aku tidur kat sofa kat ruang tamu. 

Bila terjaga, aku nampak saudara mara aku tengah makan buah rambutan. Dek kerana lapar pasal berenang lama sangat tadi, aku pun bangun la nak koin orang makan rambutan. Tapi, elok je aku nak berdiri aku terus rebah. Tak boleh diri, apatah lagi nak jalan. Kejang je sebenarnya. Tapi sebab time tu aku tak tau apa-apa, aku tak reti nak explain. 

Mak aku punye la cemas. Terus dia bawak aku pergi klinik. Takut la ada apa-apa yang kritikal ke kan. Bila dah sampai, siap dukung aku sambil berlari-lari anak masuk ke klinik tu. Nak lari pecut memang tak dapat la. Aku bukannya ringan.Kalau ayah aku boleh la kot. Tapi ayah aku outstation time tu.

Bila doktor check, ok je. Cramp je rasanya. Aku pun tak ingat. Yang aku ingat, aku diberikan satu suntikan kat bontot. Damn. Malu sungguh. Tapi tu la, bila kenangkan balik betapa cemasnya mak aku time tu, terharu aku. Siap dukung aku semua.

Mmmmm...mak, Faiz sayang mak =)


Ok. Selesai. Korang join la sekali. Share kisah pengorbanan ahli keluarga korang yang buatkan korang terharu ;)

Nak join, klik banner kat atas tu. join jangan tak join :)


GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Salam. Encik Ben buat segmen lagi. So, tengah takda idea nak taip apa ni, aku pun join la.
Ni segmen nye hah:


GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Anjuran:



(nak join? sila klik gambar untuk ke entri segmen ni)


Takde soalan yang perlu dijawab. So, selesai.


p/s: Nak join segmen kak Liza pulak...mari2~ ;)


satu hari satu foto (episod 85)


Art vs Vandalisme II

Tarikh: 19 March 2011
Lokasi: Meadowhall Road, Rotherham


p/s: esok start kelas smula...wuwu~


Sunday, April 3, 2011

Hari Ahad pun tak best jugak sebenarnye...mmm...

Hehe...kenapa bunyi macam tak happy je hari Ahad ni kan? Bukan apa. Duit tengah takde. So tak dapat la nak keluar jalan-jalan. Terperap kat rumah je la nampaknya weekend ni. 

Satu lagi, bila hari Jumaat, orang happy sebab esoknya Sabtu. Cuti la kan hari Sabtu (tapi ada sebahagian orang yang berkerja 6 hari seminggu, Sabtu kena kerja jugak...malang sikit la...huhu). So, macam tu jugak la dengan hari Ahad. Dah mula pikir pasal kelas/kerja esoknya (Isnin).

So macam tu la aku sekarang nih. Dah la busan terperap kat rumah, esok pulak dah mula start kelas setelah 3 minggu bermalas-malasan kat rumah. Hadui~ T_T

Mmmmm...memandangkan aku baru nak tidur lepas solat subuh tadi, so aku dah nampak dah aktiviti apa yang akan aku buat untuk mengisi separuh daripada hari Ahad yang berbahagia ni. Tidur sampai zohor~

Selamat 'malam' semua~ =p


p/s: zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~


FSTS 10: National Cleavage Day

(image from ettf.net)

Salam. Semalam waktu aku pergi amek result exam tu, aku ada lepak-lepak kat lobby training centre tu untuk baca newspaper. Sampai kat satu page tu, aku tertarik ngan artikel kat situ. Yang tu page tengah. So dua mukasurat penuh la. Tak lain dan tak bukan, artikel pasal National Cleavage Day (NCD).

Terkejut aku. Ada jugak sambutan macam ni. Mesti korang tertanya-tanya kan, apa benda NCD ni? Aku pun tak berapa sure. So aku check la kat wikipedia. Maka dapat la jawapan dia. malas la aku nak taip kat sini. Nak kopi pasta pun malas jugak. So klik je la link INI.



(image from politifake.org)

So dalam newspaper tu, dia kata, salah satu tujuan NCD ni untuk galakkan wanita yakin dengan tubuh diorang sendiri, dalam kes ni, buah dada diorang. So diorang duk kempen, tak payah la susah-susah buat pembedahan nak bagi besar. Beli je bra yang sesuai. Baik punye kempen. Ye la, salah satu sponsor nye ialah pengeluar bra, La Senza. Nak suruh orang beli produk dia la tu. Hoho~

Sempena NCD tu, newspaper tu buat la macam peraduan. Pembaca-pembaca perempuan boleh hantar gambar diorang tunjukkan cleavage diorang kat newspaper tu. Then diorang akan pilih gambar-gambar terbaik. Bila aku cari pasal ni kat internet, banyak rupanya event/contest berkaitan NCD ni. Hadui la. Pelik.

So apa pendapat korang? Perlu ke ada sambutan macam ni? Kalau nak sedarkan perempuan supaya berkeyakinan terhadap bentuk badan sendiri, perlu ke ada NCD ni? Macam mana agaknya kalau Malaysia pun buat sambutan macam ni? Mana aci untuk perempuan je. Kang lepas tu buat sambutan untuk lelaki pulak. National '?' Day pulak la agaknya nama sambutan tu nanti? Haha~ =p

So, Mesti korang nak tengok cleavage kan?Yang kat ats semua dah kena censored. So aku bagi la korang tengok. Nah. Nak sangat....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

(image from funnyoldplanet.com)


p/s: busan duk rumah di hujung minggu...wuwu~


satu hari satu foto (episod 84)


Sheffield Forgemasters

Tarikh: 19 March 2011
Lokasi: Brightside Lane, Sheffield


Orang tanya pada aku, best ke tak Sheffield ni. 
Entahlah. 
Sheffield ni bandar perindustrian.
Banyak kilang kat sini. Bangunan kat belakang jambatan tu salah satu kilang perusahaan besi kat sini.
Kalau anda suka besi-besi, mungkin anda sukakan Sheffield.
Tapi kalau anda sukakan Ironman, sila pergi Hollywood. Keh3~ =p

Tapi Sheffield bukan sekadar kilang-kilang dan besi-besi :)


p/s: dah lama tak layan movie...esok la baru bw ;)


Saturday, April 2, 2011

FSTS 9: 1 dah setel, 2 more to go~

Salam. Dulu aku pernah cerita pasal kursus yang aku ngan lagi 3 orang kawan aku tengah amek sekarang. Kalau korang belum baca, dan nak baca, sila klik SINI. So sekarang ni dah habis minggu ke-12 kitorang kat UK ni. Maknanya dah setengah daripada tempoh keseluruhan kitorang duk di perantauan ni. 

Sepanjang tempoh ni, aku dah masuk kelas untuk ketiga-tiga kursus yang aku amek. Dua daripadanya (Painting Inspection & Welding Inspection), dah exam dah pun. Dua-dua ade paper sangkut. Hadui. Untuk Welding Inspection, aku sangkut satu paper je (practical pipe) daripada 5 paper (general theory, specific theory, macro test, practical plate, practical pipe). Mesti lulus semua. Sayang betul la. So nak tak nak, kena resit untuk paper yang fail tu dulu baru layak dapat lesen.

Untuk Painting Inspection pulak, aku sangkut paper theory (general theory 63%, specific theory 60%). Markah lulus ialah 70%. Practical test aku score la pulak (Part 1 97%, Part 1b 88%, instruction writing 90%). So Rabu minggu lepas aku dah resit semula paper yang aku sangkut untuk Painting Inspection tu. 

Tadi aku pergi amek result. Berkayuh la aku 1km. Tapi dia belum semak. Aiseh. Penat je aku mengayuh. Dah la belum semak, kertas jawapan aku kat bangunan satu lagi yang dekat dengan rumah aku. Kalau tak ingat yang mana satu, klik SINI. So takpe la. Aku lepak-lepak dulu kat situ, pekena hot chocolate free, then baca newspaper. Dah habis, aku pun gerak la balik. 

Bila nak sampai rumah, aku terserempak dengan Mr. David Griffith, penyemak kertas aku. Memang dia sorang je yang menyemak kertas. Agaknya sebab dia kesian aku penat mengayuh basikal ke sana tadi, so dia suruh la aku tunggu dia kat bangunan yang dekat dengan rumah aku tu. Sebab dia nak semak kertas aku. Dia suruh aku lepak-lepak kat lobby sementara tunggu dia semak. So macam biasa, aku pekena la hot chocolate free. Hehe. Then....

"Mr. Razim...Mr. Razim," dia panggil aku. 

Nama ayah aku sebenarnya tu. Dia ingat kita macam diorang kot ade surname siap.

"Congratulation!" dia hulur tangan untuk salam aku.

Dalam hati, aku syukur gila. Alhamdulillah. Pastu aku sambut tangan dia untuk salam sambil ucap thank you.

Lepas tu dia cerita la kat aku, mana bahagian yang aku lemah sikit. Pastu dia nasihatkan aku untuk jumpa dia kalau nak tanya apa-apa yang aku tak faham or nak tau lebih lanjut. Macam tu la semangatnya dia mengajar. Dia nak kita betul-betul kuasai bidang ni. Dia nak kita power macam dia kot...huhu. 

Well, dia memang otai pun dalam bidang ni. Dia dah bekerja as a painting inspector sejak berumur 22 tahun. Sekarang umur dia dah nak dekat 70 tahun kalau aku tak silap. Dia dah bersara 2 kali. Lepas pertama kali dia bersara, dia amek keputusan untuk kembali bekerja kat site. Lepas tu bila dah umur dah bertambah dan dah tak larat nak turun ke site, dia ambil keputusan untuk bersara kali ke-2. Dia kata dia terlalu cintakan bidang ni. Sebab tu dia taknak tinggalkan bidang ni. Sekarang dia mengajar bidang ni dalam kursus yang aku amek ni untuk terus kekal dalam bidang painting inspection ni.

So, untuk aku pulak, perjalanan aku dalam bidang ni baru je bermula. Aku harap aku boleh jadi macam dia. Tapi jauh lagi perjalanan aku untuk sampai tahap macam tu. For the time being, I'm a certified ICorr Level 2 Painting Inspector. Alhamdulillah~ =)

1 dah setel, 2 more to go ;)



Tidur sambil senyum la malam ni. Hehe~ =p


satu hari satu foto (episod 83)


The Spring Has Come III

Tarikh: 31 March 2011
Lokasi: 182, Ferham Road, Rotherham


Semalam masa keluar rumah, ternampak bunga ni betul-betul kat pintu belakang. Bunga pertama yang tumbuh dalam halaman rumah kitorang menjelang musim bunga ni. Kat area sekitar rumah, pokok-pokok dah mula berbunga especially bunga-bunga atas tanah macam dalam gambar ni. Kebanyakannya berwarna kuning ngan putih. Yang kat atas pokok pulak berwarna pink ngan purple cair. Tak sabar nak tunggu bunga-bunga penuh kat pokok-pokok tu nanti =)


p/s: gumbira~ =)


Friday, April 1, 2011

ENTRY INILAH YANG PALING AKU SUKA

Salam. Aku nak join segmen baru kak Liza nih. Ni hah segmen nye.


ENTRY INILAH YANG PALING AKU SUKA

Anjuran:



(sila klik gambar untuk ke entri segmen ni)


Ok. Ni entri kegemaran aku.




Beberapa hari lepas, aku ada join segmen yang lebih kurang macam ni. Kalau korang belum baca, klik SINI. Tapi time tu aku dalam dilema sama ada nak pilih entri yang aku letak dalam segmen tu atau entri yang aku letak dalam segmen ni. Nasib baik kak Liza buat segmen ni. So boleh la aku letak link ke entri kat atas tu. Hehe. Dua-dua entri tu aku suka. Sebab keduanya berbentuk tutorial yang boleh kita sama-sama praktikkan. Macam mini projek budak sekolah rendah pulak rasanya. Hehe ;)


p/s: Nak sambung edit gambar =)


satu hari satu foto (episod 82)


Art vs Vandalisme

Tarikh: 19 March 2011
Lokasi: Meadowhall Road, Rotherham


p/s: Dah dapat beli tiket eurotrip...alhamdulillah~ ;)


Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...