klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Wednesday, March 31, 2010

terima kasih

Ini adalah testimoni daripada pelanggan pertama lensajingga. Beliau merupakan abang ipar kepada pengantin lelaki, Mohd Salman bin Othman. Kami mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan beliau kepada lensajingga.


"Bro, tahniah! Superb! Cun bro... Good business with you..."

                                                                        -En. Azli-

Monday, March 29, 2010

try jap

tadi aku baca satu blog ni. dia bagi tutorial macam mana nak post gamba supaya jadi besar. sebab selalunya 'large' dalam setting upload photo dalam entry kita takde la besar pun. so aku pun try la. dan memang berhasil. sebab tu la aku tukar template. aku amek 'minima stretch'. supaya gambar yang aku post boleh dimaksimakan sizenye. hehe~ ;)

ni link ke blog tu. aku malas nak tulis sendiri. so korang ikut je la tutorial yang dia bagi tu.

http://flipsnap.blogspot.com/2010/03/easy-way-to-post-bigger-picture-in-your.html?showComment=1269836890016_AIe9_BFjTN7EmlZUHJfVZwmAfbYISECENjXCHTWhyu2OMnALPww__6lsGg41MS_5rkA4wxZs4zinh_pGUG4HrTztvMRhTnMxBvX0-06f2VrEM2Q_rN5PZGJRzj3grI8Idp0XierNmOV05rEr4PLnXDXFZjzynkaTi9IvqPbrpD4R_OIuwMZc6fJmZRND6rd6lrlfZZXsRVNjfWFHLOHpcRAG1cgTKRiDdlGsCzPicWNmR5-ISM9XdsSdI7KA8F3xgQJ7EVqMDVvv#c4459113852634176637

selamat mencuba=)
 
p/s: gamba size biasa macam yang kat dalam entry aku sebelum ni. gamba yang sama dengan gamba kat atas ni hah.

Saturday, March 27, 2010

business card & print gambar


di kala sibuk nak exam. di kala kelam-kabut nak siapkan FYP. di kala itu jugalah kita digalakkan meng'update' blog. *malaun mana la yang ajar ko ni faiz?...haih~*


baiklah. biar entry kali ni straight to the point dan ringkas. jumaat lepas aku ke Gaga kat danau kota. Gaga ni ialah kedai print gambar. tujuan aku ke situ sebab nak mintak quotation harga untuk print album gambar perkahwinan. actually bukan for wedding album je. kedai ni terima apa saja jenis album yang korang nak print. tapi dalam kes aku ni, wedding album la. aku tanya harga untuk album biasa (120 4R photos + custom-made-cover sticky album) and storyboard.


aku tanya la akak staf kedai tu pasal harga cuci gambar and beberape soalan relevan yang lain. bila aku tanya pasal size story board, dia tanya aku,


"biasanya adik buat macam mana?"


"biasanya? ni first time kak. ni first job saya." aku bagitau. pastu dia pun bagitau la size nya. lepas tu aku tanye pasal harga album biasa pulak.


"harga kalau print gambar sekali dengan sticky album berapa kak?"


"adik biasa buat macam mana?" dia tanye aku lagi. soklan sama pulak tu.


dalam hati aku kata gini "aik? kan tadi aku dah kata ni first time aku buat benda-benda macam ni". tapi tu dalam hati je la. aku jawab bebaik.


"kak, ni first time. ni first job saya ni."


nasib baik soalan-soalan aku lepas tu dia tak jawab dengan "adik biasa buat macam mana?". kalau tak panas jugak aku. huhu.


tapi ada satu point penting dia bagitau. "macam ni la. adik datang kemudian bawak business card. kalau tak kami caj harga lain." (kalau ada business card boleh dapat harga photographer which obvoiusly cheaper. kalau tak aku tak kisah pun dengan 'harga lain' tu)


then aku balik UIA and siapkan storyboard client aku mengikut size storyboard yang akak tu dah bagitau tadi. then bila dah siap, aku design pulak business card aku. aku buat simple je. dah la tak reti bab design-design ni. yang aku duk pikir cuma nak buat design simple supaya boleh siap print cepat. then boleh la aku guna untuk print storyboard aku cepat. sebab client dah tanya dah bila gambar kawen diorang nak siap. huhu=p


so pagi semalam selepas sarapan pagi dengan my other half, aku pergi la kedai untuk buat business card aku. nama kedai tu Platinum Print House. terletak kat Jalan Langkawi, danau kota. dekat yang teramat dengan Gaga tu. elok sangat la tu. lepas siap business card boleh la pergi print gambar terus.


time nak print business card amoi kedai tu mintak thumbdrive aku sebab aku kata aku dah design sendiri business card aku. mak aku pun ikut masuk kedai sekali. bukak je thumbdrive, hilang pulak file tu. folder dia still ada tapi takde isi. aku keluar balik dari folder tu. tengok balik kat thumbdrive aku. macam-macam ada dalam thumbdrive aku time tu. nasib baik takde benda pelik-pelik (benda pelik-pelik?...hmm...). dah la mak aku duk tengok sama. dia berdiri belakang aku. nasib baik la thumbdrive aku suci murni. cuma tak suci dari virus-virus benci. siot la. corrupt la pulak file tu. terpaksa la aku amek semula file tu kat uia.


later that evening, lepas family aku balik, aku pergi sendiri ke Platinum tu. setengah jam je siap business card aku. 100 keping. laminate type paper. rm34. kalau yang biasa punye paper je rm24.

ni la business card aku yang 'asal ada' aje. huhu~

then aku pergi ke Gaga plak and setelkan hal storyboard aku. kali ni yang sambut aku kat Gaga bukan akak hari tu. kali ni akak yang lebih muda dan lawa. betul ke akak? maybe lagi muda kot. tapi sebagai tanda harmot panggil akak je la. nak panggil 'saudari' macam poyo la pulak. takkan nak panggil 'cik adik' kot. cam menggatal je bunyinye. marah plak maam aku kang. huhu~


bila dah setel semua baru la aku teringat pasal 'harga photographer' tu. so aku tanya la akak tu,
"kena bagi business card ke?"


"tak payah. tapi nak bagi pun takpe", dia jawab sambil ambil business card aku and letak kat satu kotak kecik yang penuh dengan business card orang lain.


ceh....aku ingatkan dia nak kepilkan business card tu kat resit or something like that supaya bleh remind dia untuk bagi aku harga photographer. buang masa aku je buat card. rupanya dia just assume orang yang datang buat wedding album adalah photographer. kalau macam tu sesiapa pun boleh dapat harga photographer. huhu~


p/s: cuci gambar 4R, harga biasa rm0.60. harga photographer rm0.40. certain kedai pulak rm0.30. kalau harga gambar + album pulak berape? storyboard? memang lagi murah. hehe~ ;)


p/s: tadi kata nak straight to the point & ringkas. sekali jugak.....huhu~ =p

size banner

hoho...entry ni juz sebagai reminder untuk aku berkenaan size banner aku ni.

panjang: 970
tinggi: 323

so lain kali bila aku nak buat banner baru aku akan refer pada entry ni je nanti. huhu~

Monday, March 22, 2010

malaysian grand prix F1 event crew (2-4 april 2010)


anda free 2-4 april ni?

nak cari duit lebih?

nak tengok F1 race percuma?

nak tangkap gambar kereta F1 & gadis-gadis litar?

jadilah event crew untuk event ni nanti.


details:

bila?
2-4 april 2010

kat mana?
sepang international circuit

macam mana nak pergi ke sana?
own transport kot, kalau sewa kereta ramai-ramai boleh la tong-tong

gaji?
aku tak sure. tapi untuk moto gp aritu diorang bayar rm80/day

ada dapat baju free tak?
entah, tapi dapat tengok race depan mata secara live sudah tentu...huhu...

berminat? hantarkan nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon & gamba terkini (dalam file microsoft words) ASAP kepada


maad_337@yahoo.com


setakat pukul 4.30pm tadi, still perlukan lagi 18 orang. nak tahu lebih lanjut tanya la pada tuan email ni yek. anep namanye (0194264460)


p/s: going to tembak...tembak...tembak... ;)

Wednesday, March 17, 2010

mampukah anda detect the flavour of fat?

hari ni aku beli NST. aku memang suka baca NST. my 2nd choice would be berita harian. paling sampah sarap harian metro. kalau nak baca berita sensasi boleh la beli metro. tapi aku tak suka. huhu~

aku suka beli NST sebab suka baca ruangan life & times. kadang-kadang ada artikel menarik kat situ. kalau bertuah lagi, ada la artikel pasal fotografi or aktiviti berkaitan fotografi. hehe. so apa yang ada dalam life & times hari ni?


"the overweight unable to detect fat"


menurut artikel tu, berdasarkan kajian terbaru, sesetangah orang susah nak jauhkan diri daripada chips, coklat dan kari yang menggemukkan sebab diorang tak dapat detect the flavour of fat in food. ini bermakna, badan diorang simply don't recognise when they have had enough to eat. dan inilah yang menyebabkan berat badan naik.



nak jugak dia pakai seluar dalam gitu. huhu~


kajian daripada Deakin University (Melbourne Australia) mendakwa bahawa lidah manusia mampu mengesan rasa lemak, selain rasa masam, manis, masin dan pahit (bahasa skema di situ).


p/s: patut la aku takde six packs. aku juz ada one big pack with two layers je. kwang...kwang...kwang~ =p

Tuesday, March 16, 2010

sekali petik jari, 10 datang. sekali iklan, 1000 datang.

haha. kita selalu dengar orang brag pasal betapa hotnye diri diorang and kata

"alah, sekali aku petik jari, 10 org datang kat aku".

well, untuk dapatkan lebih ramai, anda boleh cuba alternatif lain selain hanya memetik jari.

aku terbaca satu artikel dalam NST hari isnin baru ni. ada sorang pelajar perempuan University of Electronic Science and Technology of China, Zhang Mingquan, tuliskan hajat dia kat wish wall kat universiti dia. hajatnya ialah nak cari sorang boyfriend. so dia tulis kat situ, sesiapa yang berminat nak cari girlfriend, boleh la datang ke bawah blok asrama dia pada waktu sekian-sekian and tarikh sekian-sekian and then jerit nama dia. dia akan tengok lelaki yang jerit nama dia tu dari atas (dari bilik dia). kalau dia berkenan, dia akan turun kepada lelaki tu.


comel jugak...lalala~


sekali bila sampai waktunya, beribu yang datang. last-last dia tak turun pun. haha. ramai jugak jejaka kesepian rupanya. mana tak nye. nisbah pelajar lelaki kepada pelajar perempuan kat universiti tu 25:1. so setiap pelajar perempuan ada banyak pilihan. lelaki pulak konpem desperate nak cari awek. hoho~ =p


amek ko...dah macam tunjuk perasaan dah ni hah. huhu~


p/s: aku rasa kalau aku buat macam dia beribu jugak yang akan datang kat aku. tapi ada dua kemungkinan. pertama, yang datang tu bukan setakat nak jerit nama aku, tapi siap baling batu and molotov cocktail kat bilik aku (tingkat 4). kedua, yang datang tu pondan (down~) XP

Friday, March 12, 2010

RM200....mau terbang ke mana?

hujung tahun lepas, aku pergi ke sarawak sebab ada program motivasi anjuran mahallah aku colaborate dengan mahallah ruqayyah. masa nak balik ke KL semula, flight aku delay. so lepak la kitorang kat airport kuching lebih kurang sejam 45 minit. apa yang aku buat time tu? aku gunakan masa tu untuk belajar siapkan rubics cube dengan bimbingan encik pali (ex-president mahallah uthman).

bila dah pandai ~

tapi bukan hal rubics cube ni yang aku nak kisahkan dalam entry ni. entry ni berkenaan apa yang akudapat sebagai compensation atas kelewatan flight aku tu. disebabkan flight kitorang delay malam tu, airasia bagi each one of us voucher penerbangan bernilai RM200 sebagai usaha memujuk hati kami yang sikit pun tak terluka. terima kasih. huhu~ =)




i've got mail!




terma & syarat



aku ada masa hingga 5 mei 2010 untuk beli tiket ke mane-mane destinasi dengan nilai maximum RM200. tempoh penerbangan pulak adalah dalam tempoh setahun dari tarikh voucher ni diisukan (issued =p). pandai jugak airasia ni. bagi RM200 je. kalau dah beli tiket hala pergi guna voucher, tiket balik kena guna duit sendiri pulak la. dem. so ke mane yek aku nak pegi yek? hmmm...

now everyone can fly. padahal time sekolah dulu semua budak fly (panjat pagar) =p


p/s: bagus jugak flight delay malam tu. aku dapat belajar siapkan rubics cube then dapat voucher pulak lagi...hehe~ ;)

Friday, March 5, 2010

gaji permulaan bagi fresh graduate di malaysia

"salaries of civil servants have gone up"
(from "Gol Aqa" magazine, 16 april 1998)


tengah bosan-bosan, tak tau nak buat apa bila mengadap pc ni, aku pun taip la kat google "common salaries for fresh graduated engineers in malaysia". salah satu search result nye adalah satu website ni hah, www.graduan2u.com. artikel yang aku baca tu bukan la artikel yang baru sangat (21 julai 2009). so aku pun tak pasti la relevan ke tak untuk dijadikan panduan kita semua sekarang ni.

so aku listkan antara gaji permulaan kat company utama kat malaysia ni.


astro RM2000
hong leong RM2500
malaysian airlines RM2200
nestle RM2700
sime darby RM1500


oil & gas industry:

petronas RM3500
scomi RM2500
shell RM2800


automotive industry:

honda RM2300
perodua RM2200
proton RM2450


FMCG industry:

bayer pharmaceutical RM2400 + RM 800
colgate RM3000
P&G RM3600
unilever RM2500


manufacturing:

BAT RM3300
JVC RM2500
seagate (JHR) RM2500
shimano RM2500
unisem advanpak RM2500
HICOM diecasting RM2000
pharmaniaga RM2000
WRP RM1900


insurance:

great eastern RM2000
MAA RM1800
pan global RM2000


IT/Telco:

mimos RM2500, RM3500 (master)
MDC RM2413, RM1500 (diploma)
TM berhad RM2400, RM2147 (contract)
VADS RM1700


semi-government:

securities commission RM2500
pos malaysia RM2200
LHDN RM2700


government (basic = COLA + Public service allowance + housing):

PTD RM2693
engineer RM2930


sales position:

bank islam RM1500
cimb RM2200
citibank RM1500
maybank RM1800



ni antara company and bidang yang aku rasa rajin nak taip kat blog aku ni la. bagi bidang banking, property and accounting, boleh la rujuk kat website tu sendiri. ni link nye





aku tak pasti gaji yang ditunjukkan mengikut setiap company tu adalah untuk jawatan apa. takkan la semua jawatan tangga gajinya sama kot. huhu~


p/s: aku teringat cousin aku (bdk MMU) cerita kat aku pasal gaji fresh graduate kat malaysia yang rendah berbanding kat negara lain. katanya mengikut ranking, malaysia berada pada ranking ke-2 bagi "gaji fresh graduate terendah di kalangan negara-negara dunia ke-3". sejauh mana kesahihannya? huhu~

Wednesday, March 3, 2010

proposal yang mahal...

aku ada add sorang minah ni kat facebook. dia ni sorang model. so aku saje add kat facebook. kot la kalau bila-bila ade member-member nak buat outing photoshoot model, senang la nak cari model. muka takde la lawa pun. tapi ada asset besar + berpakaian sexy, maka rezeki pun mencurah-curah. bapak la aku memperkotak-katikkan dia...haha~

well...i'm sure this is the biggest thing of their lives. bagi si lelaki, memang dia sanggup all out la untuk propose awek dia tu. dia pilih tarikh 09.09.09 pukul 0909am sebagai detik proposal tu. macam mana proposal nye? dia sewa billboard kat highway apa entah. diberitakan proposal kat billboard tu menelan belanja RM14k sehari. proposal tu disiarkan kat billboard tu selama 7 hari. haaa...cuba kira sikit.
the proposal on the billboard



ni time bergambar selepas kejadian proposal yang sebenar. time proposal yang betul-betul, mamat ni ajak minah ni pergi breakfast sama-sama. minah ni siap pakai baju tidur je time tu. tak expect langsung that she would be proposed.


tak cukup dengan tu. mamat tu siap propose kat newspaper pulak lagi (the star). kerana cinta la katakan...huhu~
proposal in The Star

haaa...kan aku dah kata. takde la lawa pun minah ni. tapi dalam gambar ni dia cover asset dia. tak bleh letak gamba time dia modeling. kang korang tengok tak berkelip pulak kang. hoho~ =p

Tuesday, March 2, 2010

ingin membeli DSLR?

sejak zaman sekolah lagi, aku perhatikan trend budak-budak yang sebaya dengan aku sampai la ke hari ni. trend ni pulak merangkumi pelbagai aspek dari pakaian, gajet, muzik/tarian permainan dan macam-macam lagi.


aku masih ingat waktu zaman form 3 dulu, semua budak-budak lelaki sekolah aku sibuk dengan trend hiphop. semua nak beli topi baseball. topi baseball pulak nak yang NY je. takpun SOX. seluar pulak dipakai londeh-londeh. aku ingat lagi ada sorang junior (budak form 1) tak nak ketinggalan pakai londeh-londeh ni walaupun yang dipakainya tu seluar trek. tuck in pulak tu. bapak la bodoh nye rupa pakai seluar trek camtu. mungkin tu la penangan muzik hiphop masa tu kot. nampak cool agaknya. hehe~


sekarang ni trend apa? yang aku perasan sejak setahun dua ni, orang ramai tengah sibuk dengan DSLR. mungkin disebabkan harga DSLR yang tak banyak beza dengan harga camera digital compact yang kebanyakannya boleh mencapai RM1500-RM2000 sekarang ni. jadi ada antara mereka yang berfikir, "alang-alang mahal, beli aje la DSLR. beza harga sikit je pun".


so bila ada kawan-kawan aku yang nak beli DSLR, aku pun mula ditanya 'soalan-soalan lazim'. aku bukan la pakar pasal DSLR ni. setahun jagung jugak sebenarnya. dan pengetahuan aku pasal
DSLR pun lebih kepada harga-harga DSLR nikon yang terpakai.


sebab apa hanya yang terpakai?
sebab aku takde duit nak beli brand new. jadi aku survey yang terpakai je.


kenapa nikon?
takde sebab. aku just suka nikon=)


ni antara soalan-soalan lazim yang ditanyakan pada aku:


1) "yang mana lebih bagus?canon or nikon?"

-serius aku takde jawapan. benda ni bergantung pada masing-masing. aku dah try guna kedua-dua brand. and result nye aku lebih suka nikon. just that.


2) "camera apa yang patut aku beli?"

- jawapan standard untuk soalan ni ialah "beli camera yang paling mahal yang engkau mampu." secara amnya, lagi mahal harganya, lagi tinggi kualitinya. so go for the most expensive that you can afford. tapi statement ni tak boleh dijadikan pegangan sangat. sebab kalaupun korang ada RM1juta, tapi tujuan membeli DSLR hanyalah untuk shoot gambar keluarga, contohnya jamuan hari jadi or picnic, maka tak perlu la bazirkan duit beli model yang mahal-mahal sampai RM10k. cukup la spend RM1.6k untuk beli nikon D60 or yang seangkatan dengannya.


3) "elok beli yang brand new ke 2nd hand?"

- kalau ada duit beli la yang brand new. kalau kurang berduit, beli je la yang 2nd hand. personally, aku rasa beli yang 2nd hand ok je. sebabnya DSLR ni bukan macam handphone or MP3 player. handphone and MP3 player sangat terdedah dengan punca-punca physical defects (calar-balar, kemik etc) seperti terjatuh, terhentak or terseret kat dinding, terduduk atas handphone/MP3 player etc. DSLR pulak biasanya disimpan dalam beg khas, tak didedahkan kat air, apatah lagi terjauth etc. jadi, DSLR 2nd hand biasanya berada dalam keadaan yang elok. barang-barang camera aku pun semuanya yang terpakai kecuali flashgun or speedlight aku. sebab speedlight ni adalah antara barang camera yang paling mudah rosak. so aku beli brand new aje la.


4) "kat mana nak cari DSLR 2nd hand?"

- ada banyak cara. cara yang aku guna ialah dengan menggunakan internet. cari la kat forum-forum fotografi. tak pun cari kat lelong.net. but for me, almost semua barang-barang cemera aku aku survey kat free trade zone. ni link nye



tips membeli DSLR 2nd hand:

1) buat research dulu terhadap model DSLR yang nak dibeli.
2) jangan takut tawar-menawar.
3) seeloknya COD. belian melalui pos agak berisiko.
4) ajak kawan yang tahu pasal DSLR semasa COD.
5) waktu view barang sebelum decide nak beli, tengok fizikal DSLR tu dan test dulu sampai puas hati.
6) try tanye bilangan shutter (shutter count) camera tu. kalau bawak laptop masa viewing lagi elok. sebab boleh check shutter count dengan menggunakan software Opanda.



p/s: ni la serba sedikit panduan yang aku guna masa aku nak beli camera aku dulu. kalau ada apa-apa yang korang nak tanya, jangan malu-malu nak tanya aku. kalau aku boleh tolong, aku tolong=)

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...