beraya dengan BFF

assalamualaikum

aku berkawan dengan cik hani ni masa kitorang belajar sama sama kat politeknik dulu.. masa tu tahun 2003.. dah berpuluh tahun kenal, tapi tak selalu jumpa.. sebab dia kat selangor, aku kat terengganu.. satu masa dulu pernah je duk serumah sekali tapi tak lama.. lebih kurang setengah tahun macam tu.. masa tu aku kerja kat klang, kitorang sewa rumah sekali.. kalau nak cerita kisah kami memang panjang boleh buat novel.. 😄

setelah dua tahun dia raya di perantauan, tahun ni dapat jugak bersua muka dan beraya bersama.. raya ketiga aku pergi beraya kat rumah dia, raya keempat dia pulak datang beraya kat rumah aku.. sebelum balik nasib baik teringat nak amek gambar.. last kitorang bergambar masa sofia tak wujud lagi.. lama betul.. 😂 kalau jumpa sebelum sebelum ni selalu lupa nak bergambar sekali.. tanda tanda ke arah remaja purba..

masa aku susah dulu, dia selalu ada hulurkan tangan.. 😢
dia tahu jatuh bangun aku dulu..

berkawan sampai ke tua ye? 😆

katanya buat kenangan bergambar kat depan rumah aku.. 😆
walaupon view hauk, janji kitorang tetap cantik di situ..

satu je nak pesan kat cik hani, cepat cepat la update blog pasal raya oi! aku dah dua entry cerita pasal raya ni.. 😆

bye!
xoxo

11 comments:

  1. alahai..comel je 2-2.. selamat hari raya sis

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, rezeki juga tu dapat kawan susah senang bersama.
    Akk pun ada juga sorang, sahabat sejati :)
    Selamat Hari Raya Ezy & keluarga.

    ReplyDelete
  3. bestnya beraya ngn bff..selamat hari raya..maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  4. semoga persahabatan berkekalan Aminn

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya. maaf zahir batin...seronoknya beraya ngan BFF...moga persahabatan yg terbina kekal abadi selamanya...aamiin...

    ReplyDelete
  6. wahhhh rezeki berharga sangat ada kawan susah senang macam ni.

    ReplyDelete
  7. semoga persahabatan berkekalan dan selamat hari raya

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya - byfarahh.com

    ReplyDelete
  9. Wow... Member pun ada blog... Nice!!! Baguslah ada kawan susah senang sampai ke tua....

    ReplyDelete
  10. apa ada kesah dengan view belakang...janji 2 ketul kat depan ni comel sudah

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!