Showing posts with label hair care. Show all posts
Showing posts with label hair care. Show all posts

hair care routine

assalamualaikum

hai korang semua.. sihat ke? best tak berkurung dalam rumah? adakah korang semua masih waras? kehkehkeh ok gurau je jangan marah nanti cepat tua.. dah lama tak menjenguk blog.. kalau kat rumah payah sikit nak bukak laptop sebab akan berebut dengan sofia.. ni dia dah tidur sempat jugak mommy update seketul entry kebetulan pulak idea datang mencurah curah haa gittewww..

so malam ni aku nak cerita pasal penjagaan rambut.. ewah macam terer sangat jaga rambut bangun pagi pon macam rambut kak limah je tengok.. 😜 eh itu dulu sekarang tidak lagi okayyy.. dalam entry lepas aku ada cerita pasal beli syampu dan perapi kat watson tu kan, ramai yang suruh aku buat review.. jadi sempena kena berkurung kat rumah ni elok la aku review sikit pasal syampu dan perapi tersebut..

*pic from google
gini la rupa syampu dan perapi tu.. hanya terdapat di watson.. 😁

sebelum ni rambut aku gugur teruk, aku pernah try syampu lain tapi tak jadi.. rambut still gugur dengan banyaknya.. kalau boleh jual dah lama aku kaya.. lepas tu aku ikhtiar cara lain iaitu dengan mengorbankan rambut panjang aku.. aku potong pendek weh dengan harapan rambut gugur akan tidak gugur lagi tapi nan hadooo.. tetap berguguran jatuh ke lantai.. stress pulak aku rasa.. lepas tu aku tekad nak tukar syampu, makanya terbeli la aku syampu dan perapi seperti di atas.. aku yakin nak beli sebab ramai cakap ok sangat untuk rambut gugur..

alhamdulillah akhirnya rambut aku tak gugur lagiiiiiii!!!! yesss rasa nak lompat bintang banyak kali.. syukur sangat sangat syampu dan perapi ni menjadi dan sesuai dengan aku.. tapi satu je aku geram sangat, rambut jadi macam kejung sikit.. kahkahkah.. bila nak habis masalah rambut aku ni.. 😪

bila ada sorang ustazah kat sekolah aku ni iklankan pasal produk rambut yang dia jual iaitu serum, dengan laju laju aku order.. sebab nak selesaikan masalah rambut kejung ni pulak.. haha.. nekad beli wehhhh dengan harga RM20 dapat dua botol.. 😄 ala murah je tahan lama kotttt..

serum ni best bau wangiii~

dengan itu masalah rambut kejung aku selesai.. alhamdulillah.. mujarab jugak serum ni.. haha.. so berbalik kepada tajuk di atas macam mana rutin penjagaan rambut aku? senang je aku basuh rambut aku dengan syampu dan perapi tersebut selang satu hari.. aku tak basuh hari hari sebab malas.. 😆 lepas tu serum tu aku pakai dua kali sehari, pagi sekali dan sebelum tidur sekali.. bangun pagi esoknya rambut lembut dan sangat wangi.. 😊

untuk korang yang baru nak cuba cuba produk rambut di atas semoga dengan review aku serba sikit ni dapat membantu korang untuk buat keputusan yang tepat.. kehkehkeh.. tapiiiiii syaratnya lepas habis PKP ni baru korang pergi terjah watson ok.. 😁 dan pesanan terakhir jangan lupa sama sama doakan semoga virus covid-19 ni lenyap terus dari muka bumi.. aminn

bye!
xoxo