Showing posts with label novel ketiga. Show all posts
Showing posts with label novel ketiga. Show all posts

Saturday, April 4, 2009

Akhirnya!

Jeng...jeng...jeng....
Dengan tanpa segan silunya saya mempersembahkan novel ketiga bersama Alaf 21:




Antara benci dan rindu, apa yang dimahu Imanina? Mampukah Amin memberi peluang kedua kepada Imanina? Siapa pula Pak Cik dalam hidup Imanina?

Ceritera Rindu seorang Imanina, di mana kesudahannya?
Cewah....hahahaha. :P


Apa tunggu lagi? Sila beli dan baca. Hahaha. Sungguh tidak malu rupa-rupanya saya. :P Dan... oh... saya sebenarnya sangat berdebar-debar menunggu feedback pembaca. Huhu... Sudah agak lama menyepikan diri daripada menulis novel cinta, bagaimana agaknya penerimaan orang? Errkk..... tak nak fikir. Redah dan terima sahajalah. :P

Kepada mereka yang saya janjikan buku percuma, saya akan pos sebaik sahaja novel ini berada di tangan saya. Ya, saya belum pegang dan belek lagi. Tengoklah... saya ingat nak ambil cuti dan pergi Alaf 21 (hahaha... excited tahap melampau! :P Tak kut, mungkin saya akan susahkan Cik Widad Soraya, curi masa dia dan jumpa di tempat dating kami. Hehehe....

Semoga novel ini tidak sia-sia dibaca. Oh, saya harap sangat begitu!

Friday, February 13, 2009

cerita tentang rindu :P

Ehem ehem.... hehe... memandangkan Cik Anna meminta saya bercerita sedikit perihal novel ketiga saya bersama Alaf 21 yang dengan izin Allah akan berada di pasaran tidak lama lagi, maka saya dengan tanpa segan silunya menulis entri ini. :)

Novel pertama bercakap tentang cinta. Novel kedua pula tentang bahagia. Novel ketiga? Novel ini tajuknya err.... saya pun tak pasti saya boleh cakap ke tak, tapi ada perkataan rindu dalam tajuk itu. :)

Seorang perempuan dan lelaki asing, bertemu dalam surat. Hubungan tanpa nama ini terjalin berbelas tahun lalu menghadirkan rindu yang tidak tahu bagaimana untuk ditafsirkan. Rindu seorang Imanina kepada Pak cik.

Pada masa yang sama, seorang lelaki lain merindui perempuan ini. Rindu Muhammad Amin kepada Imanina.

Rindu siapa yang akan berbalas? Bagaimana pula dengan dendam dan kebencian yang bersarang dalam hati yang tiba-tiba membuak-buak? Patutkah dipejamkan mata lalu dihapuskan api dendam itu?

Antara dendam dan rindu, yang mana lebih utama?

Nak tahu, kenalah baca. :P

Di bawah adalah intro dalam novel saya:


Rindu. Kata orang, rindu itu tanda ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata. Kata kamus, rindu itu keinginan yang kuat mahu bertemu seseorang.
Kata pujangga, rindu hadir selepas suka dan cinta. Kita tidak akan suka tanpa bersua muka, tidak cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.
Kata aku?
Aku tidak minta rindu itu hadir kerana dalam hati tiada rasa suka kepadanya. Tiada cinta untuknya. Dalam hatiku, hanya ada dendam yang membara. Tetapi entah di mana silapnya, hati ini jatuh rindu kepadanya di celah-celah kebencian yang aku pupuk.
Puas aku menafikan, cuba mengusir pergi rasa yang satu ini. Tetapi rasa ini terus menghantuiku. Berperang dengan perasaan sendiri, aku kelelahan.
Ceritera rindu ini, di manakah noktahnya?

Friday, January 16, 2009

Rindu itu bagaimana ya?

Kata Timah, "Saya rindulah dia."
"Awak tak ada kenangan pun dengan dia, itu bukan rindu. Itu cuma ingatan. Awak terfikirkan dia. Tanpa kenangan manis, macam mana nak ada rindu?" komen Leman selamba.
Hati Timah berdetik, jadi apa yang aku rasa ini bukan rindu? Terasa seperti ada kaca yang terhempas dalam hati Timah.

Rindu itu sebenarnya perasaan yang macam mana?

Sebagai perempuan, saya akan kata, apabila wajah seseorang muncul dalam fikiran saya, dan hati saya terasa ingin sangat berada dekat dengannya. Ataupun, hati saya pedih apabila terkenang namanya.
Ceh, poyo!

Sebagai penulis, saya akan kata, rindu itu perasaan dalam hati Iman apabila terkenang Pakcik dan Amin.
Err... siapa Iman, Pakcik dan Amin?

Hehe... walaupun saat saya menaip entri ini dengan bersungguh-sungguh, tak ada siapa pun akan baca, sebab blog ini saya belum uar-uarkan, tetapi saya tetap nak promote novel saya. Hehe.... Kalau tak keluar malu je. :P

Temanya rindu dan dendam. Antara rindu dan kebencian, Iman perlu memilih. Apa pilihan Iman? Err... nanti bila buku dah ada di pasaran, sila beli dan baca. Terima kasih. :)