Showing posts with label karya kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label karya kawan-kawan. Show all posts

Thursday, March 5, 2009

Sila jangan segan2 :P

Sepatutnya saya sedang bekerja dengan penuh fokus. Sepatutnyalah... masalahnya saya tak ada mood. Ya, pada saat kerja bertimbun, jiwa kurang tenteram. Makanya saya mengelat. Ingat... jangan buat macam saya. Waktu kerja sila buat kerja. Jangan update blog! :P

Okey... sebenarnya penulis ini bukan kawan saya. Sungguh, kenalan mungkinlah. Sebab kami tak pernah bercakap face to face pun. Nak kata saya suka karya dia pun tak juga sebab saya tak baca lagi. Hehehe...

Jadi kenapa saya letakkan dalam entri ini dibawah label karya kawan-kawan?

Sebab saya suka baca blog dia. Sebagai perempuan yang merapu, saya suka tulisan yang bercakap soal hati yang kacau. Satu lagi sebab paling penting, diulangi, paling penting... seperti saya, dia juga suka bau duit baru. Jadi, saya pun terpanggil mempromosi karyanya di blog yang tidak popular ini. Hehehe... walaupun mungkin tidak membantu pun. :P

Duit oh duit... :P





Maklumat lanjut sila dapatkan di www.lynn-dayana.blogspot.com

Friday, January 30, 2009

Sila dapatkan di pasaran!

Kawan baik saya sudah muncul dengan karya kedua bersama Alaf 21. Ya, untuk yang tak tahu, Umi Azrini adalah kawan baik saya.
Err... bukan kerana kami sama-sama menulis dengan Alaf 21. Kami kenal jauh lebih lama sebelum itu. Kami belajar sama-sama, gaduh, happy, sedih dan macam-macam.
Kebetulan kami berkongsi minat yang sama jadi kami bersaing secara sihat. Hehehe...






“Lompat pagar sekolah lagi! Boleh dapat pangkat pertama SPM? Iya ke ni? Bukankah dia selalu ponteng? Hah? Pelajar terbaik ALAM? Biar betul? Masuk surat khabar? Takkanlah kut!”

Itulah ekspresi saya dahulu. Namun itulah cerita seorang Kapten Ahmad Nazulan. Kisah kenakalannya dan minatnya pada laut hingga sanggup menjadi nelayan sedang dia di ambang SPM menjadi inspirasi saya dalam novel HORIZON CINTA.


Untuk HORIZON CINTA ini, saya cuba bereksperimentasi dengan dunia pelayaran seorang pegawai navigasi. Kisah jalinan persahabatan yang meniti ke alam percintaan. Kisahnya dilakar di atas sebuah kapal LNG.
Selamat melayari HORIZON CINTA bersama Zariz dan Zara...

Colors in the horizon turn so lovely and bright,

The night will fall making the world so dark,

The moon angel shower me with its gentle light,

To the ship I sail and the brave mighty knight!


dipetik dari laman web alaf21...
(itu kata Umi Azrini, err.. saya pula cedok dari sini )