Memaparkan catatan dengan label About Myself. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label About Myself. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Julai 2011

Rahsia Bulan Kelahiran

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi


MAC* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu 

MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.



JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja 



OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan 


SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik 


OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat 


NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah 



DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

10 kelebihan orang Jepun yang patut dicontohi - Part 2

5. Orang Jepun sangat mementingkan persahabatan. Bagi orang Jepun, persahabatan adalah satu perkara yang number 1. Mereka amat mengambil berat terhadap sahabat masing2. Kalau ada sahabat diaorang yang takder duit, diaorang bagi hutang. Kalau ada sahabat diaorang yang kelaparan, diberinya makan. Kalau ada sahabat diaorang yang memerlukan bantuan, diberinya bantuan. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri memerlukan sahabat yang sentiasa menolongnya dalam perjuangan dakwah Islamiah, apatah lagi kita. Orang Jepun mempunyai panggilan khas untuk sahabat yang bersama ketika susah dan senang ini, dipanggil Nakama. Sedangkan kawan dipanggil Tomodachi. Aku ingin mencari Rakan Seperjuangan, Nakamaku, Sahabatku, Ikhwanku. Semoga Allah menunjukkan kepadaku: Rakan Seperjuanganku, Nakamaku, Sahabatku, Ikhwanku.

6. Orang Jepun sangat cute / comel / kawaii. Ini tak boleh disangkal lagi. Kupandang ke depan, kiri, kanan, depan, belakang semuanya comel. Kiranya kalau ku baling gumpalan kertas (yang mengandungi ayat-ayat cinta) tu di Tokyo, 9/10 akan terkena awek comel. Kalau baling kat Malaysia, 1/10 jer akan terkena awek comel. Silap haribulan terkena mak nyah. Lariiiii..

7. Orang Jepun sangat kemas. Ini kerana mereka mengamalkan 5S. 5S tu ialah seiri, seiton, seiso, seiketsu and shitsuke. Kalau dalam bahasa omputehnya: sorting, straightening, systematic cleaning, standardizing, and sustaining. Nak tahu lebih lanjut pasal 5S sila klik kat sini. 5S ni kalau dalam bahasa melayu: Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik. Yang ni pulak aku cipta: Sila Susun Selepas (engkau buat) Semak dan (engkau buat) Sampah.

8. Orang Jepun suka bangun pada awal pagi. Ini yang aku pelik bin ajaib. Sepatutnya rakyat Malaysialah yang suka bangun awal pagi, sebab rakyat Malaysia kena sembahyang Subuh. Ini terbalik pulak. Aku dah tanya orang Jepun ni, rata-rata diaorang akan bangun sekitar pukul 5-6 pagi. Huh, kalau rakyat Malaysia, waktu tu la paling sedap nak berdengkur. Cuba la bawak bangun awal sikit, sebelum Subuh ke. Lepas tu buat Tahajud 2-3 round ker, baru la cantik amalan. Betul tak?

9. Orang Jepun suka mandi air panas. Ha, ini adalah salah satu rahsia kenapa kulit awek Jepun sangat cantik dan comel. Kalau korang nak tahu, dalam air panas semulajadi tu ada Sulphur. Air panas semulajadi ni bersifat Asid. Ianya amat sesuai untuk kulit. Ini terbalik dengan air yang kita minum. Air yang paling baik untuk diminum ialah air yang bersifat alkali. Cepat la awek2 malaysia pergi mandi air panas kat Malaysia, tak kira la kat kolam air panas bemban ke, Sg. Serai ke, Selayang ke, Labis ke, barulah kulit korang jadi putih berseri macam awek Jepun.

10. Orang Jepun sangat sukakan matahari. Hah, ini tak dapat disangkal lagi. Cuba tengok flag Jepun camner. Mungkin kerana kedudukan geografi negara Jepun yang terletak paling Timur menyebabkan negara ini juga digelar sebagai negara matahari terbit dan menjadikan salah satu sebab mengapa rakyat Jepun suka berpagi-pagi. Kita juga boleh mencontohi sifat orang Jepun yang berpagi-pagi ini kerana dalam Islam terdapat keberkatan untuk mereka yang berpagi-pagi mencari rezeki.

Dah penat dah aku tulis pasal kelebihan orang Jepun. Tapi orang Malaysia nipun ada jugak kelebihannya. Kelebihan orang Malaysia ni diceritakan oleh Allah dalam Al-Quran:
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Al-Imran 3:110)

Tahniah rakyat Malaysia sebab dengan satu sifat ini sahaja iaitu Amar Maruf Nahi Mungkar disertai Iman, Allah telah mengiktiraf anda sebagai umat yang terbaik. Itulah sebabnya Allah menyukai para bloggers yang menceritakan tentang Al-Quran /Hadis dalam blognya. Rasulullah SAW bersabda "sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat" (HR Bukhari dan at-Tirmidzi). Tapi kalau anda ada 10 sifat orang Jepun yang aku katakan itu, lagilah bertambah bagus kan....

Salam Sayang dari Jepun,
Irwan Hakimi  
Gambar kenangan sewaktu di Otsuki, Yamanashi

10 kelebihan orang Jepun yang patut dicontohi - Part 1

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia dariNya, aku ditakdirkan oleh Allah untuk melawat negara Jepun pada bulan Julai ini. Aku sebenarnya sangat kagum dengan negara matahari terbit ini kerana 10 perkara. Aku amat berharap agar orang Malaysia dapat mengambil pengajaran dari 10 perkara yang aku rasa sangat baik untuk diamalkan tapi sayangnya 10 perkara ini tidak diamalkan di Malaysia. 10 perkara tersebut adalah:

1. Orang Jepun sangat menepati waktu dan janji. Ini perkara yang paling ketara waktu aku ada kat Jepun. Kalau orang Jepun dah berjanji jumpa pukul 7 pagi tu, memang tepat pukul 7 pagi dia ada duduk 'cokoh' tunggu diriku dekat lobi hotel. Kalau kat Malaysia senang jer. Kalau janji pukul 7 pagi, ko tambah jer 30 minit atau sejam, tentu tak lari jauh. Padahal menghargai waktu itu adalah ajaran Islam. Demi MASA! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3) (Al-ASr 103:1-3) Allah telah bersumpah dengan masa. Kalau Allah dah bersumpah tu, menunjukkan masa itu satu perkara yang besar / hebat / penting samalah dengan 'demi MATAHARI', 'demi BULAN', 'demi BINTANG' dsb.

2. Orang Jepun sangat pembersih. Inipun ajaran Islam. Maksud hadis: ”Kebersihan itu adalah sebahagian daripada Iman”. (HR. Ahmad, Muslim, dan Tirmidzi). Pelik ya kenapa orang Jepun lebih 'Islamik' daripada orang Malaysia. Kalau kat Tokyo tu nak cari 1 sampahpun susah. Dekat KL jangan cakap la. Tengok kira, kanan, depan, belakang semuanya nampak sampah. Lagi satu pasal tandas. Kenapa orang Jepun boleh bersihkan tandas dia sampai berkilat sampai ku rasa nak tidur dalam tandas tu? Kat Malaysia, asal masuk tandas jer rasa nak muntah, wek!

3. Orang Jepun selalu kata Hai. Aku bagi contoh, kalau ditanya 'Ogengkideska (apa khabar)?' Mereka akan menjawab 'Hai (ya) Watashiwa gengkides (saya sihat)' Jadi perkataan Hai (ya) ni dah jadi sebati dengan mulut diaorang. Oleh itu, kita hendaklah mencontohi orang Jepun. Sekiranya anda berjumpa kawan, sapalah Hai. Contohnya Hai Fatin Liyana. Hai Fatin Suhana. Hai Annas Easkey.

4. Orang Jepun sangat menghormati orang lain. Sebenarnya cara asal orang Jepun menyapa kawannya ialah dengan menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Ini memang aku SUSPECT! Bukan senang nak hormatkan orang sampai begitu sekali. Boss-boss kat Malaysia boleh tak buat begitu tanda hormat? Tak kiralah besar manapun pangkat kau kat dunia ni, semuanya adalah kurniaan dari ALLAH. So janganlah sombong sangat ok. Bila-bila masa aje ALLAH boleh tarik pangkat kau tu tahu tak. Kalaulah aku ditakdirkan untuk menjadi seorang RAJA, aku tetap akan hormatkan semua orang tak kira la muslim ke kafir ke. Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya.

5. Orang Jepun sangat berdisiplin. Ini satu perkara yang aku perasan. Tak kira kerja apa yang diaorang buat diaorang sangat teliti, ada sistem, tersusun, teratur, berjadual, rapi dsb. Tak hairanlah diaorang mampu bangunkan negara diaorang dalam masa yang sangat singkat setelah perang dunia kedua. Mungkin sebab adanya kesusahan perang itu menjadikan rakyat Jepun lebih kuat dan hebat. Rakyat Malaysia pulak manja sebab tak pernah berperang. Yang ada rakyat Malaysia berperang cuma dalam Playstation 3 atau X-boX jer, main game Prince of Persia, Superman, Batman dan macam2 man lagilah.

Bersambung ke Part 2

Ahad, 3 Julai 2011

Sekolah Alam Shah (SAS) Lingua

Jambu adik kesayangan
Ikan Jaket ikan berjaket tebal yang hanya ditemui di dewan makan
Ayam Biru ayam simpanan Slayer yang menjadi hidangan hari Jumaat
Slayer penjaga Dewan Makan
Cikanos teman rapat Slayer
Fly keluar malam tanpa perlu mendapat sign warden
Sigop perbuatan menghisap rokok
Skima nota exam yang dibawa masuk ke dewan peperiksaan
Skruch budak budak soleh
Bajing budak budak yang tidak disukai kawan kawannya
Tango & Cash warden
Kem Tembusu tempat camping utama dan laluan fly serta solat Jumaat 
Stor Rumah tempat menyimpan beg
Makan Istiadat makan malam berpakaian smart bersama guru guru dan pengetua
Siput seorang guru
Gorilla seorang guru
Perhimpunan Rumah perhimpunan hari Rabu
Tepuk Alam Shah tepuk sekolah tiga kali biasanya selepas acara sukan
Tepuk Rumah tepuk rumah tiga kali
Tepuk Blok tepuk blok A dan B
Tayangan Video tayangan video pada malam minggu oleh AJK Kelab Video
Cap Kunci sekolah angkat
Road Relay lari keliling sekolah antara rumah
Cendol Masjid cendol yang hanya ditemui di masjid Batu 3 1/2
Rojak Masjid rojak yang sedap dimakan bersama cendol di atas Helikopter denda untuk budak budak form 3 yang jahat
Enjut Steng denda untuk budak budak form 2 yang jahat
Wardeniah guru wanita yang mahu menjadi warden tetapi gagal
Bas Social bas pendek yang budak budak 5 Maju claim dia punya
Medan Puisi tempat lepak lepak depan Bilik
Warisan 
Ratsase seorang guru
Texas tempat makan rasmi sebelum Taman Tenaga
Taman Tenaga destinasi fly selepas pukul 12 malam
TMK nasi goreng telur mata kerbau
Burung Hantu aktiviti masa camping cadet/denda tidur dalam stor rumah
Sihek seorang guru
Kemek seorang guru
Kem Manggis sempadan SAS-SMSS yang banyak kayu untuk camping
Balik Bermalam tidak tinggal di sekolah pada hujung minggu
Keluar Bandar keluar bandar dengan kebenaran warden
Kumpul Bilik dipanggil ketua bilik selepas waktu prep malam
Kimpit tidak menonjol
Tough kuat dan sihat
Starlight melastik dahi dengan jari hantu
Spandut underwear
Americans bebudak SAS
Riadah Pagi bersenam pada pukul 7 pagi setiap Ahad
Asparagus astaga
Nama Bapak teknik penghinaan
Wahi milo tak cukup sifat
Sandiwara seorang guru
Begik kurang pandai
Tungkik busuk gila
Intelek cas pandai
Parti Rumah parti hujung tahun bila form five dapat hadiah ngan makan free
Hampas tak berguna
Foi jongos
Urik kencing/tipu
Kitab buku "ilmiah"
Burger Abu burger jualan Encik Abu yang diiktiraf terbaik di dunia Apalaga apalagi
Cowboy outlaw
Pusing Buku skil main putar putar buku
Dispose perbuatan yang mengakibatkan sakit
Arof Tuan Haji Abdul Raof bin Hussein
Rambo Ustaz Abdul Rahim

Jumaat, 17 Jun 2011

My Travelling History 2010

January
KL-Guangzhou-KL: 2,534 km x 2 ways = 5,068 km
KL-Brisbane-KL: 6,461 km x 2 ways = 12,922 km

February
KL-Chengdu-KL: 3,054 km x 2 ways = 6,108 km
KL-Cherating-KL: 306 km x 2 ways = 612 km

March
KL-Penang-KL: 369 km x 2 ways = 738 km
KL-Kota Bharu-KL: 474 km x 2 ways = 948 km

April
KL-Guilin-KL: 2,614 km x 2 ways = 5,228 km

May
KL-Qingdao-KL: 4,121 km x 2 ways = 8,242 km
KL-Kota Bharu-KL: 474 km x 2 ways = 948 km

June
KL-Kota Bharu-KL: 474 km x 2 ways = 948 km

July
KL-Vancouver-KL: 12,781 km x 2 ways = 25,562 km
KL-Kota Bharu-KL: 474 km x 2 ways = 948 km
KL-Cherating-KL: 306 km x 2 ways = 612 km

August
KL-Tokyo-KL: 5,317 km x 2 ways = 10,634 km

September
KL-Tokyo-KL: 5,317 km x 2 ways = 10,634 km
KL-Kota Bharu-KL: 474 km x 2 ways = 948 km
KL-Cherating-KL: 306 km x 2 ways = 612 km

October
KL-Penang-KL: 369 km x 2 ways = 738 km

November
KL-Kuching-KL: 977 km x 2 ways = 1,954 km
KL-Ipoh-KL: 205 km x 2 ways = 410 km

December
KL-London-KL: 10,549 x 2 ways = 21,098 km
KL-Tokyo-KL: 5,317 km x 2 ways = 10,634 km

Total distance travelled in 2010 = 126,546 km

My 7 Different Names and its meaning

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Untuk posting pertama ni, aku just nak share yang aku ni ada 7 nama panggilan. Ha, kalau korang nak tahu apasal nama panggilan aku ni ada banyak sangat, mari aku cerita. Kat bawah ni ialah nama-nama panggilan aku dan macamana aku boleh dapat nama panggilan ni:

1. Irwan - Ni nama panggilan formal dekat ofis aku. Kawan-kawan kat ofis biasanya akan panggil dengan nama ni. Irwan mempunyai 4 maksud seperti berikut:
  • Diambil dari nama malaikat penjaga syurga iaitu Ridhwan. Semoga orang yang bernama Irwan ini adalah salah seorang ahli syurga :)
  • Diambil dari perkataan Ikhwan yang bermaksud sahabat. Semoga orang yang bernama Irwan ini ramai sahabatnya :)
  • Diambil dari huruf I dan perkataan English One (Wan). May the person whose name is Irwan will always be number One in everything that he does :)
  • Diambil dari perkataan NIrwana yang bermaksud kebebasan.
2. Wan - Kira shortcut nama formal ni
  • Kalau dalam slang terengganu, Wan ini akan berbunyi Wang. Orang yang bernama Wan ini memang sukakan duit (Wang). Semoga orang yang bernama Wan ini akan menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya dan mempunyai banyak wang :)
3. Owen - Ni panggilan mat saleh dari belah UK, US dan sewaktu dengannya. Sebenarnya diaorang nak sebut Irwan, dah lidah diaorang tak pandai sebut Irwan, jadi diaorang sebut Owen, lagi mudah
  • Bunyinya macam awan. Orang yang bernama Owen ini sukakan kebebasan, seperti awan yang bebas bergerak kemana saja dibawa angin yang lembut. Dia tidak suka dikongkong oleh sesiapa dan akan berjuang untuk mendapatkan kebebasan yang diidam-idamkannya. :)
4. Hakimi - Ni nama panggilan dari mat Jepun. Org Jepun pulak tak pandai sebut Irwan, lagi senang diaorang sebut Hakimi. Hakimi mempunyai 3 maksud seperti berikut:
  • Yang pertama bermaksud orang yang adil dari perkataan Hakim. 
  • Yang kedua bermaksud orang yang bijaksana dari perkataan Hakimun.
  • Yang ketiga bermaksud orang yang benar dari perkataan Haq
5. Kimi - Ni nama panggilan kawan-kawan yang agak rapat.
  • Ki / Qi dalam bahasa Cina bermaksud kekuatan dalaman. Kimi bermaksud kekuatan dalamanku.
6. Kimex - Ni nama panggilan oleh kawan-kawan aku waktu belajar kat Sekolah Alam Shah dulu (batch 89-93)
  • Kimex pula bermaksud Qi yang maksimum. Bermakna kekuatan dalaman yang sangat tinggi.

7. Aboy (Abe Boy) - Ni nama panggilan keluarga sahaja
  • Aboy pula bermaksud seorang lelaki sejati. Tapi yang aku tak puas hati tu ada pulak orang letak a dekat belakang aboy jadi aboya. Aku nak declare yang aku bukannya buaya, cuma aku ingin mengasihi lebih dari seorang wanita. Salah ke hasratku ini?!?