Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts
07:33 | Posted in

ESOK ANAK LELAKI SAYA AKAN MENGAMBIL PEPERIKSAAN UPSR,
JADI



SEMOGA BERJAYA MENDAPAT 5A
AMIN...
Category:
��
21:26 | Posted in
Category:
��
19:08 | Posted in


Maaf Zahir dan Batin

Jika ada tersilap dari segi apa-apapun...
Category:
��
02:59 | Posted in


Rakyat Didahulukan,


Pencapaian Diutamakan
Category:
��
20:02 | Posted in
Hari ini NAFAS ini menjadi TASBIH,
Hari ini TIDUR ini menjadi IBADAH,
Hari ini DOA ini di IJABAH,
Hari ini PAHALA ini di LIPAT GANDAKAN.

Andai semua HARTA adalah RACUN,
Maka ZAKAT adalah PENAWARNYA,
Jika seumur HIDUP adalah DOSA,
Maka TAQWA dan TAUBAT adalah UBATNYA,
Jika seluruh BULAN adalah NODA,
Maka RAMADHAN adalah PEMUTIHNYA.

Salam Ramadhan al-MUbarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.
Semoga Diberkati, Dirahmati dan Diredhai ALLAH S.W.T. dan Diampuni Segala Dosa.
Category:
��
20:20 | Posted in

Ustaz Asri -Rabbani


Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Category:
��
16:37 | Posted in

Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang telah diserang angin ahmar (stroke) di TV3 beberapa hari yang lalu telah meninggal dunia. Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan pagi ini jam 9.00. Beliau adalah seorang penulis dan pengarah. Antara filem-filem Allahyarhamah adalah, Sepet, Gubra, Mukhsin dan Muallaf. Ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah. Al-Fatihah...
Category:
��
17:08 | Posted in
Saya difahamkan bahawa demam PAC telahpun bermula. Patutlah semasa saya berkursus di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) di Behrang minggu lepas beberapa tanda PAC telah mula ditampalkan. Untuk makluman INSTUN adalah salah satu tempat di mana PAC diadakan selain daripada INTAN Kampus Utama dan cawangan-cawangannya.

Saya pernah beberapa kali menjadi panel PAC ini. Tetapi mulai tahun lepas saya telah tidak lagi dipanggil. Format PACpun saya difahamkan juga telah berubah. Walau apapun disini saya hanya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berjaya kepada peserta-peserta. Nasihat saya, buatlah yang terbaik.

Biasalah PAC ni,beberapa aktiviti, akan diadakan seperti perbincangan, perdebatan, pengucapan awam dan sebagainya. Itu kalau ikut format dulu. Tapi saya yakin, tak banyak yang akan berubah. Jadilah orang yang banyak menyumbang idea semasa sesi-sesi tersebut. Bagi panel nampak...
Category:
��
03:25 | Posted in
Category:
��
21:03 | Posted in
Ini ada berita yang saya baru terima kira-kira pukul 10.00 pagi tadi. Pak Wan yang terkenal sebagai Bomoh Fotostat telah meninggal dunia pada pukul 4.00 pagi tadi 13 Jun 2009, akibat sakit jantung. Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga beliau.
Category:
��
Category:
��
05:28 | Posted in
Ahad, 10 Mei 2009



Category:
��
19:26 | Posted in
Tomok telah ditabalkan sebagai juara One in a Million musim ketiga (OIAM3).Tak sia-sia saya habiskan lebihkurang RM 100. Mungkin lebih dari itu sebab bilnya belum sampai, baru semalam guna. Dengan handphone saja setelah saya kira reply dari 33399 ada 43 reply. Setiap kali saya hantar undi akan ada reply dari 33399 ucap terima kasih sebab bagi dia orang kaya. Jumlah reply yang saya terima ada 43, jadi 43 kalilah jumlah undi yang saya hantar untuk memenangkan Tomok. Kalau satu sms 50 sen maka 50 sen kali 43 sama dengan RM21.50. Itupun saya tak masuk dengan handphone anak saya, tak pasti berapa, tapi tak banyak sangat lebih kurang RM6.00 sahaja sebab baki ada RM8.00, selepas undi tinggal RM2.00.

Dicampur pula lagi dengan telefon talian tetap di rumah. Disebabkan oleh talian 33399 mengalami kesesakan saya tak lagi guna talian tu sebab replynya dah lambat terima. Jadi kenapa nak buang masa. Terus saya guna talian tetap. Satu undi RM0.65, lagila mahal. Tak kira pula saya berapa kali saya dail. Banyak jugalah, lebih-lebih lagi bila saya dengar pengacara cakap Tomok sedang mendahului sedikit sahaja dengan saingan terdekat, iaitu Esther. Sepanjang-panjang iklan saya terus undi sampailah undian ditutup.

Tapi semuanya ini saya buat bukan sebab saya suka sangat dengan Tomok ni. Saya tak nak kejadian-kejadian sebelum ini berulang lagi. Sebelum ini Faizal Tahir cukup gah di OIAM. Para juripun cukup suka dengan beliau. Tapi beliau ditewaskan oleh faktor-faktor lain yang saya tidak hendak huraikan di sini. Begitu juga dengan Nita semasa Malaysian Idol dulu. Dia yang mendapat pujian juri sebagai pemenang. Tapi faktor lain telah menewaskan dia. Malam tadi juripun cakap Tomok yang patut menang. Dan dia menang...Tahniah saya ucapkan kepada beliau.
Category:
��
06:57 | Posted in
Jumaat, 1 Mei 2009
Bestnya Cuti...
Category:
��
03:56 | Posted in
Darjah Kebesaran
Ahli Mahkota Perak
(A.M.P.)


Bersempena dengan Hari Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang disambut pada 19 April setiap tahun, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan menganugerahkan Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat Negeri Perak Darul Ridzuan. Penganugerahan ini sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri Perak kepada mereka yang telah banyak menabur jasa-jasa serta menyumbangkan khidmat bakti kepada Negeri Perak Darul Ridzuan khasnya dan negara amnya.

Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat Negeri Perak Darul Ridzuan biasanya dianugerahkan kepada mereka yang berbakti dan memberi perkhidmatan cemerlang kepada Negeri Perak Darul Ridzuan khasnya dan Negara amnya, bersesuaian dengan taraf kedudukan mereka adalah daripada kumpulan atau jenis.

Di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, Bahagian Kedua Bab X(a) Tercatit Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan mempunyai milik pancuran kemuliaan(FOUNTAIN OF HONOURS) budibicara (prerogatives) yang mutlak.

Bab XXV Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan bahagian kedua seterusnya menerangkan:

"Maka Raja Pemerintah itu ialah pancuran semua kemuliaan-kemulian dan darjat-darjat dalam negeri ini dan Bagindalah seorang sahaja yang boleh mengurniakan gelaran-gelaran dan darjat-darjat dan mengadakan pangkat-pangkat dan pingat-pingat kemuliaan dan darjat, samada gelaran-gelaran,darjat-darjat,pangkat-pangkat atau pingat-pingat itu telah sedia ada atau tidak terlebih dahulu di kurniakan atau diadakan.

Tetapi hendaklah di isyaratkan sebelum mana-mana gelaran, darjat,pangkat atau pingat baharu dilembagakan atau apa-apa lantikan kepada gelaran atau darjat yang sedemikian itu diperbuat, patutlah diminta nasihat Dewan Negara itu dan jikalau sekiranya perlembagaan bagi mana-mana gelaran, darjat, pangkat atau pingat mengenai perbelanjaan daripada hasil negeri, maka hendaklah perbelanjaan yang sedemikian itu di persetujui oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri".

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak telah berkenan untuk menganugerahkan blogger dengan anugerah:-

Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P.)
1. Darjah ini adalah peringkat keempat daripada kumpulan Darjah Yang Amat Mulia Paduka Mahkota Perak. Dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang atau berbuat jasa kepada Negeri Perak.


2. Dikurniakan kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan sekurangkurangnya Gred 41 dan ke atas dalam Sistem Saraan Malaysia yang berkebolehan istimewa (exceptional merit) atau yang setaraf dengannya;


3. Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera yang berpangkat Mejar/Kapten/Leftenan/Leftenan Muda (Tentera Darat), Leftenan Komander/Leftenan Madya/Leftenan Muda (Tentera Laut), Mejar TUDM/Kapten TUDM/Leftenan TUDM/Leftenan Muda (TUDM) atau yang setaraf dengannya; dan


4. Dikurniakan kepada anggota Pasukan Polis yang berpangkat Deputi Superintenden Polis (DSP)/Asisten Superintenden Polis (ASP) atau yang setaraf dengannya.


Ikuti persiapan blogger untuk Majlis Penganugerahan tersebut, seperti menempah baju, raptai dan hari penganugerahan nanti, di posting-posting yang akan datang.


Ampun Tuanku.
Category:
��
18:40 | Posted in



Selamat Ulangtahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke 81 Pada 19 April 2009






Category:
��