Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts
23:09 | Posted in
Gambar Hiasan

Atas urusan rasmi saya pernah ke beberapa buah tempat di luar negara. Tempat-tempat tersebut adalah Washington DC di USA, Sydney dan Canberra di Australia, Dhaka di Bangladesh, New Delhi di India, Colombo di Sri Lanka, Jakarta di Indonesia, London di England, dan Paris di Perancis. Memandangkan ini adalah tugasan rasmi saya pergi seorang dan sudah semestinya tinggal di bilik hotel secara berseorangan. Bila tinggal seorang timbullah suasana yang sedikit menyeramkan.

Di Washington, kami ditempatkan di sebuah hotel yang agak lama. Washington itu sendiri telah berusia ratusan tahun. Washington adalah seperti Putrajaya. Pusat Pentadbiran Kerajaan bagi USA. Tidak ada kejadian yang menyeramkan yang dihadapi di sini kecuali pada suatu petang selesai tugasan, saya berehat di bilik hotel. Tiba-tiba nampak air menitik dari syiling plaster. Apabila saya bangun dari katil, terlihat pula air naik dari karpet. Saya panik dan salin baju, ambil kunci dan bergegas keluar dari bilik.

Di luar bilik terserempak dengan seorang perempuan nampak macam Spanish berskirt pendek dan berbaju tanpa lengan. Dia pun nampak panik dan terpinga-pinga. Kami cuba turun ikut tangga tapi nampak tanggapun berair. Lifpun nampak air meleleh. Saya ajak perempuan tu ke pintu kecemasan. Nasib baik boleh buka dan tidak berair. Kami berjaya keluar dari hotel. Di luar, ramai penghuni hotel yang telah berjaya keluar. Tiada apa-apa yang berlaku dengan kami, iaitu antara saya dan perempuan Spanish tu.

Setelah beberapa lama, penghuni-penghuni hotel telah dimaklumkan bahawa terdapat seorang penghuni mabuk ditingkat paling atas telah tidak menutup paip air dari bath tub. Air dari bath tub tu lah yang telah mengalir ke bawah membanjiri hotel tersebut. Menurut petugas hotel tu juga, kalau hujung minggu macam-macam akan jadi di Washington sebab ramai orang mabuk.

Setelah beberapa lama, kami dibenarkan naik ke bilik masing-masing. Perempuan Spanish tadi dah pun keluar dengan boyfriend dia. Saya masuk ke bilik, karpet bilik masih basah. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Bila saya buka pintu petugas hotel memaklumkan kepada saya untuk tukar ke bilik lain yang tidak kena limpahan air tadi. Hanya bilik yang berdekatan dengan tangga utama saja yang terkesan. Sebab air turun ikut tangga.

Saya mengemaskan barangan saya dan berpindah ke bilik lain. Dalam lawatan ke Washington, Antara tempat yang dilawati adalah ke FBI. Di FBI, antara souvenir yang di beri adalah lapel pin yang ada lambang FBI. Bila saya balik Malaysia dan cari balik lapel pin tu dah tak jumpa. Mungkin tercicir masa pindah bilik tu. Sayang...

Bersambung...
Category:
��
06:08 | Posted in
Ini adalah sambungan kisah Blogger vs Hantu Ular. Setelah dinaikkan pangkat, saya telah memilih untuk berkhidmat di sebuah daerah yang agak terpencil. Kawasannya berbukit-bukau, sebelah hulu, tiada lampu trafik, banyak kawasan air terjun, sunyi, hampir dengan kampung halaman saya sendiri dan yang penting bagi saya adalah suasana kampungnya.

Saya telah disediakan dengan sebuah rumah kediaman resmi. Mula-mula datang, bagi saya rumah tersebut adalah dalam keadaan yang daif. Sementara menunggu peruntukan untuk membaiki, saya menumpang di Rumah Rehat, hampir setahun. Setelah mendapat peruntukan, rumah mula dibaiki, sedikit demi sedikit. Semasa diperbaiki, adalah, kontraktor, menceritakan tentang ular lidi yang dia nampak masuk kedalam rumah tersebut. Biasalah rumah lama ditinggalkan.

Setelah siap diperbaiki, sayapun masuk ke rumah tersebut. Berbagai nasihat yang saya terima. Antara nasihat-nasihat yang diterima adalah, "Hati-hati, rumah tinggal", "Buat kenduri masuk rumah", dan "Tahlil". Ada yang bagi beras kunyit lebih kurang segenggam, katanya, 'telah dibuat".Semuanya telah saya buat.

Setelah beberapa minggu tinggal dirumah tersebut, pada satu hari, disebelah tengahari, saya dan isteri ternampak sesuatu. Seekor ular, pelik, cantik, panjang lebih kurang dua kaki, berwarna hijau dan berbelang hitam berada di sebelah kanan pagar besi rumah. Panikla jugak. Hampir tergamam, saya teringat beras kunyit pemberian orang, yang isteri saya simpan di meja konsol di ruang tamu. Saya ambil dan membaling ke arah ular tersebut. Ular tersebut lari ke arah pokok yang berdekatan.

Biasalah tu, rumah bungalow besar di atas bukit, disebelah estet dan hutan, sekali-sekali jumpalah. Tapi sebenarnya, itu adalah salam perkenalan. Bersambung...

Category:
��
01:33 | Posted in
Gambar Hantu Pocong di Felda yang keluar di Berita Harian beberapa hari yang lalu. Gambar didakwa berjaya ditangkap beberapa hari yang lalu. Tapi saya rasa macam pernah tengokla gambar ini sebelum ni, yakni beberapa tahun yang lalu. Anak lelaki sayapun bercakap benda yang sama. Tapi di mana ya?

Gambar ditangkap dengan hanya menggunakan kamera telefon bimbit. Pemburu Hantu di Astro tu pun sehingga kini masih belum berjaya menangkap gambar hantu dengan jelas. Kecuali minggu lepas, dekat tasik. Tapi itupun saya yakin hanyalah seekor burung. Sebab sebelum gambar tu diambil ada bunyi kepak.

Dalam siri Ghost Adventure yang ditayangkan baru-baru ini, siap nampak gambar sangkar burung jatuh. Tapi saya pelik juga kenapa gambar-gambar itu tidak dikaji selepas itu. Banyak betul bunyi dalam rumah tu. Berani betul, puak-puak ni, siap cabar hantu lagi. Tapi belum lagi dapat gambar, macam yang dekat atas tu.
Category:
��
21:57 | Posted in
Seram juga bila saya sedang menulis tentang topik ini, seperti ada yang mengganggu. Tapi penulisan kali ini bukanlah bermaksud yang saya ada menggunakan khidmat makhluk Allah ini. Sekurang-kurangnya setakat yang saya tahu, tidaklah. Kalau secara tidak sengaja, saya tak pasti, manalah tahu, kalau-kalau saya ada saka atau apa. Tapi yang pastinya penulisan ini dibuat sekadar memberikan beberap fakta tentang makhluk berkenaan.

Untuk tujuan ini, saya telah merujuk kepada dua buah buku. Pertama, bertajuk, Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario karya Skylab. Saya beli lebih kepada sedekah sebab kesian kepada budak yang jual buku itu di jalan. Kedua, diberikan sendiri oleh penulis, iaitu Ustaz Haji Ahmad Che Din. Beliau adalah, Yang DiPertua/Guru Ijazah Pusat kepada Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat Malaysia. Buku ini bertajuk, Penghuraian Misteri Alam Melayu yang diterbitkan oleh Abjad Malaysia. Ada juga rujukan kepada cerita-cerita yang saya dengar sana-sini.

Fakta-faktanya adalah seperti berikut:-

1. Makhluk Allah.
2. Dijadikan daripada api.
3. Jin pertama adalah Jan.
4. Boleh hidup lama dan ada juga yang kata mereka tidak mati.
5. Bilangan yang ramai sehingga ruang yang kecil boleh diisi oleh berjuta-juta jin.
6. Mereka juga mempunyai suku kaum yang berbeza-beza.
7. Menggunakan Bahasa tempatan.
8. Mempunyai Agama, Kerajaan, Pentadbiran dan Perniagaan.
9. Mempunyai rupa yang hodoh dan pelik.
10. Berperwatakan Jahat.
11. Boleh merupa.
12. Makan wap dari tulang dan tulang sum-sum binatang.
13. Mempunyai 3 kelompok iaitu, bersayap, berbentuk ular dan anjing, dan di antara keduanya.

Itulah sedikit sebanyak fakta tentang jin yang dapat saya selidiki. Huraian tentang ciri-ciri tersebut akan dibuat di penulisan-penulisan yang akan datang.

Category:
��
02:07 | Posted in

Video Pengalaman Bersama Arwah Pak Wan

Terlanjur bercerita tentang Pak Wan, teruja pula saya untuk menceritakan tentang kebolehan yang ada pada hamba Allah ini. Oleh itu satu posting khas ditujukan kepada beliau. Saya mula-mula berkenalan dengan Pak Wan ini apabila kawan saya menghadapi masalah. Kawan saya itu adalah seorang kontraktor. Apabila siap satu projek beliau sangat yakin yang projek itu telah dibina dengan sebaik mungkin. Beberapa orang pakar teknikal yang dijemput untuk memeriksa projek tersebut juga yakin yang binaan tersebut adakah kukuh. Walaubagaimanapun terdapat sedikit kecacatan kepada projek tersebut dan dia yakin yang itu adalah sabotaj. Dipendekkan cerita beliau dan saya pergi ke rumah Pak Wan yang disyorkan oleh kawan-kawan. Difahamkan bahawa Pak Wan boleh memberikan gambar orang yang menganiaya seseorang. Jika seseorang itu kehilangan sesuatu, Pak Wan boleh memberikan gambar orang yang mencuri barang kita itu. Setibanya kami ke rumah Pak Wan pada malam tersebut, ramai sungguh orang yang sedang menunggu di rumah beliau. Kebanyakkannya adalah kes curi seperti, kereta hilang, duit hilang atau komputer hilang. Tak sabar rasanya nak tahu, macamana gambar orang yang menganiaya seseorang itu boleh dihasilkan? Takut juga nak jumpa bomoh ni. Setelah menunggu agak lama, sampailah giliran kami. Kami dipanggil untuk berjumpa dengan Pak Wan. Pak Wan bertanya tentang hajat kami dengan nada yang berseloroh. Baik rupanya Pak Wan ni. Pak Lawak orangnya. Setelah kawan saya menceritakan hajat beliau Pak Wanpun memulakan kerja beliau. Keluarlah gambar, kawan-kawan juga yang buat aniaya rupanya... Bagaimanakah gambar itu dihasilkan dan apakah proses-proses yang dilakukan sebelum gambar terhasil? Bukan tiba-tiba saja keluar dari langit, ada proses-prosesnya. Cukup mengagumkan. Memang gambar, hitam putih, bukan setakat lakaran. Nantilah, pada posting yang akan datang. Lagipun penulisan ini dah panjang dahpun. Nanti bosan pula nak baca. Bersambung...
Category:
��
07:26 | Posted in
Ini adalah kisah benar, pengalaman saya berlawan dengan hantu ular. Di dalam Islam tidak ada hantu tetapi ada alam ghaib yang antaranya didiami oleh Iblis dan Jin. Difahamkan bahawa mereka ini boleh merupa atau menukar bentuk. Mungkin mereka adalah hantu yang sebenarnya. Gambar di bawah adalah rumah yang saya diami suatu ketika dahulu. Rumah tersebut adalah Rumah Rasmi Kerajaan. Rumah lama yang mungkin telah berusia seratus tahun. Di situlah kejadian itu berlaku.




Gambar di bawah ini pula adalah gambar ular. Ya ular! Kalau seekor atau dua ekor sahaja mungkin boleh dianggap sebagai perkara biasa. Tetapi seratus ekor ular yang dijumpai di dalam rumah. Mungkin biasa bagi Raja Ular, tetapi tidak bagi orang biasa. Gambar ini adalah antara gambar-gambar yang berjaya dirakamkan. Ianya dirakam hanya dengan menggunakan Kamera Handphone jenama Samsung. Ada lagi gambar di dalam video kamera yang sedang saya usahakan untuk disimpan dalam komputer. Nantilah sedang mencari kabel untuk disambung dengan komputer. Doakan saya berjaya uploadkan gambar-gambar tersebut.



Sebenarnya ada lagi gambar-gambar yang ditangkap dengan menggunakan kamera biasa. Iaitu kamera yang menggunakan filem. Gambar-gambar itu lagi best sebenarnya. Ianya diambil semasa operasi dijalankan bersama-sama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan) atau lebih dikenali dengan Mergastua oleh orang-orang lama. Turut terlibat adalah Jabatan Bomba dan kontraktor. Operasi tersebut adalah untuk mencari sarang ular tersebut.

Menurut Perhilitan kalaulah begitu bilangan ular-ular tersebut sudah tentu ada sarangnya dirumah. Operasi adalah untuk mencari sarang ular disekitar rumah. Bumbung rumah dibuka satu persatu oleh kontraktor tapi gagal menemuinya. Tapi pada hari tersebut sahaja, hampir 20 ekor berjaya dikesan dan disimpan di dalam balang. Kawan saya mengambil gambar ular-ular tersebut yang di dalam balang. Tapi apabila dihantar ke kedai gambar untuk dicuci, gambar-gambar tersebut rosak.



Ikuti kisah ini selanjutnya. Kisah saya berperang dengan hantu ini. Untuk memerangi hantu ini, mujurlah saya ada sedikit bekalan. Bekalan dalam bentuk Ilmu Gayong Maarifat dan Wajibal Ujud. Saya juga dibantu oleh pakar-pakar yang tertentu yang mahir dalam bidang ini. Lebih kurang sepuluh orang pakar-pakar terlibat dalam peperangan ini daripada yang handal kepada yang kurang handal termasuk yang penipu.

Antaranya adalah bomoh-bomoh tempatan, bomoh siam, pakar dari Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Pendang. Ada yang datang kerumah dan ada yang bekerja dari jauh. Pakar yang paling menarik perhatian saya adalah Pak Wan Bomoh Fotostat @ Buluh Kuning dari Kampung Jana. Memang terkenal Pak Wan ni, ilmu dia cukup istimewa. Siap boleh bagi gambar dan boleh menjelmakan ular tersebut di dalam buyung. Wow. Manakala pakar yang paling berkesan adalah Arwah Pak Mail Kampung Manjoi yang juga merupakan guru yang mengajarkan saya Wajibal Ujud. tak nampak hebat, tapi berkesan. Nantikan kisah ini selanjutnya...Bersambung.
Category:
��