Katakunci
1 Ramadan 30 hari 2011
(29)
15 Malaysia
(3)
1entry=1hari =1Malaysia
(32)
1st class facilities 3rd class mentality
(3)
Abstract
(6)
Academics
(43)
Adab
(1)
Akademik
(44)
Aktiviti KRENMAUT
(2)
Anak-anak
(31)
Anekdot Dialog
(21)
Anniversary
(7)
Anthrax
(5)
Artikel
(37)
Artikel Agama
(50)
Audio
(1)
Baju Iron Maiden
(1)
Bathory
(6)
BBQ
(3)
Beli rumah
(1)
Berita
(11)
Black Metal di Malaysia
(3)
Boikot
(5)
Boxset
(1)
Buku
(30)
Carcass
(6)
CD untuk dijual
(1)
Celtic Frost
(4)
Cited
(2)
Coffee break
(6)
cuti-cuti Malaysia
(9)
D.R.I.
(2)
Dakwah dan Tabligh
(52)
Dari Myspace
(4)
Died
(3)
Diet
(2)
Dio
(1)
Diskografi
(4)
Diskusi
(1)
Doctor In The House
(2)
Dream Theater
(30)
dyslexia
(1)
Eid
(11)
Eksperimentasi Nikon D60
(2)
Euphonious
(1)
Exodus
(3)
Fake
(1)
family
(18)
Fikir random mingguan
(11)
Filem
(42)
First 10 Years CD singles
(3)
Foto rawak
(1)
Freemason
(6)
FYP
(1)
Gear Acquisition Syndrome
(18)
Gig
(51)
Gitar
(9)
Giveaway
(2)
Heavy Scotland
(1)
helloween
(2)
HELLOWEEN CD Singles collection
(1)
Heriot-Watt University Malaysia
(2)
Hidup di Adelaide
(129)
Hidup di Bethlehem
(54)
High Voltage
(5)
HWUM
(1)
I LIKE THIS
(1)
IPOH
(1)
Ipoh's Metal Militants
(28)
Iron Maiden
(78)
IRON MAIDEN Live New Zealand 2009
(8)
Iron Maiden Singapore
(7)
Iron Maiden singles collection
(1)
Istilah Agama
(1)
Istilah seputar CD
(4)
Jalan-jalan cari makan
(8)
Jalan-jalan Metal
(12)
Karisma
(16)
Kata-kata hikmah
(1)
Kembali ke Malaysia
(5)
King Diamond
(1)
KLASSIKKK
(25)
Komentari Metal
(87)
Krenmaut fanzine
(3)
Kura-kura
(1)
La Tahdzan
(5)
Langsuyr
(14)
Langsuyr rekoding
(9)
Listening Booth
(1)
Lords of the Land 2017
(2)
Majalah
(6)
Malaysia tanahairku
(8)
Malaysiana
(68)
Manowar
(11)
Megadeth
(29)
Megadeth singles collection
(1)
Melancong ke New York
(10)
Membebel
(161)
Metal blogger
(1)
Metal Commentary
(1)
Metallica
(18)
Minuman
(6)
Mohd Tajul Azhar aka Berat
(1)
Morbid Angel
(1)
Mount Bromo
(5)
mrsm
(2)
My Scientific Articles
(1)
My Selangor Story
(6)
Nak menang Battle of The Bands?
(2)
Nasyid Metal
(5)
New Arrival
(41)
Niagara Falls
(10)
No Smoking
(1)
November Record Day
(11)
Obscure Metal
(5)
Pengalaman hidup
(3)
Penjara Al Capone
(2)
Petua
(5)
PhD
(10)
Pink Floyd
(1)
Pirate
(1)
Poligami
(4)
Politik Ramadan
(12)
Projek besar akhir tahun
(2)
Promosi
(70)
Prototype
(1)
Ramadan
(15)
Record Store Day
(5)
Recording
(4)
Rehabilitation of reinforced concrete structures
(5)
Review
(52)
Ross The Boss live
(1)
Scorpions
(10)
SEARCH Discography
(1)
Sembang-sembang
(2)
Siri Introduksi Kepada
(6)
Slash di Kuala Lumpur
(3)
Slayer
(16)
South Korea Trip
(11)
Space Gambus Experiment
(13)
Special Event
(7)
Stompbox
(3)
Sunnah
(2)
Surabaya
(8)
Swedish Death Metal
(1)
Syawal
(5)
taklim
(1)
Teater
(4)
Temuramah
(23)
Terjah blog
(5)
The 70s rocks!
(1)
The ABC's of Punk
(27)
The Beatles
(3)
The End
(1)
Tradelist
(2)
Trip Adelaide-Canberra
(8)
tro-njo-i
(4)
Ulasan
(421)
Uli Jon Roth
(4)
Untuk dijual
(1)
US visit Nov-Dec 2012
(14)
USA trip 18-27 August 2013
(3)
USA trip 27 April - 4 May 2014
(12)
Usaha Agama Tempatan
(7)
UTP
(69)
Vancouver Trip August 2014
(1)
Vinyl
(11)
Vinyl Passion
(6)
Viva Voce
(1)
Voivod
(14)
Wacken
(2)
Weezer
(1)
White Stripes
(1)
WILHELM Scream
(1)
Wordless Wednesday
(68)
Youtube clip
(5)
Showing posts with label Slayer. Show all posts
Showing posts with label Slayer. Show all posts
Monday, March 17, 2014
Ulasan: SLAYER Haunting The Chapel CD
Agak bertuah juga memiliki mini-album ini dalam bentuk bersendirian kerana biasanya, mini-album ini akan dimasukkan sekali dalam album Show No Mercy sebagai bonus tracks untuk pressing tahun 1987.
Asal mini-album ini adalah disebabkan lakunya album Show No Mercy yang menyebabkan Brian Slagel, tokey Metal Blade Records mahukan Slayer merilis sebuah mini-album. Lagipun, ketika itu semasa persembahan Slayer sudah pun memainkan dua lagu di dalam mini-album ini iaitu Chemical Warfare dan Captor Of Sin.
Jika diteliti tracks dalam album live-(tipu), Live Undead, tiga buah lagu dari mini-album ini dimainkan. Maka bolehlah disimpulkan bahawa 4 lagu yang ditawarkan di dalam mini-album ini memang power!
Chemical Warfare dikagumi dengan teknik petik gitar tripletnya di samping lirik ganas mati-disebabkan-keracunan-gas dalam peperangan. Ia menjadi lagu kegemaran Slayer semasa persembahan live untuk beberapa lama.
Begitu juga dengan lagu Captor Of Sin, yang dijadikan lagu wajib dalam persembahan mereka untuk beberapa lama. Ia lebih pantas. Hatta, lagu terpantas Slayer pada ketika itu. Ditambah dengan kelajuan double-bass drum Dave Lombardo ketika itu.
Haunting the Chapel lebih bermelodi namun liriknya menggerunkan. Diceritakan produser Bill Metoyer berasa berdosa ketika merakamkan lagu tersebut. Tak kenal maka tak cinta, tak begitu Bill? Sekarang dah berapa ratus lagu-lagu begini yang anda telah rakam?
Dan akhirnya, Aggressive Perfector, adalah lagu yang diambil dari kompilasi Metal Massacre Vol. 3. Ia menjadi bonus track kepada mini-album ini tetapi hanya muncul dalam re-release Haunting The Chapel. Maknanya, jika anda mendapat mini-album dengan hanya 3 lagu, anda memiliki 1st pressing.
Friday, May 10, 2013
Punca sebenar kematian JEFF HANNEMAN
The official cause of SLAYER guitarist Jeff Hanneman's death has been revealed to be alcohol-related cirrhosis. While he had his health struggles over the years, including the recent necrotizing fasciitis infection that devastated his well-being, Jeff and those close to him were not aware of the true extent of his liver condition until the last days of his life. Contrary to some reports, Jeff was not on a transplant list at the time of his passing, or at any time prior to that. In fact, by all accounts, it appeared that he had been improving — he was excited and looking forward to working on a new record. BLABBERMOUTH.Saya nasihatkan metalheads nama Islam dan beragama Islam supaya menjauhi alkohol. Sudahlah ia memburukkan nama mak bapak anda, ia juga boleh mengundang maut.
Mendiang JEFF HANNEMAN
Updated 3:23pm
Saya berulang-ulang katakan kepada anda bahawa Jeff Hanneman adalah ingredients utama dalam SLAYER. Tanpa beliau, maka tiadalah lagu-lagu taraf kvlt berikut:
Die by the Sword
Angel Of Death
Post Mortem/Raining Blood
South of Heaven
Mandatory Suicide
Spill the Blood
War Ensemble
Dead Skin Mask
Anda perhatikan setlist Soundwave 2013 di Australia baru-baru ini
Berapa lagu Kerry King dok ada?
Tapi saya tak kata la SLAYER tutup buku. Cuma kita memberikan fakta. Sekarang Kerry King kena buktikan dia pun boleh la bawak SLAYER tanpa Jeff Hanneman, yang merupakan tulang belakang dalam ciptaan lagu-lagu berkaliber. Kerry King memang banyak sumbangannya, tidak la saya menafikannya. Tapi apa la gunanya kalau benda paling penting (kualiti lagu) dia tak boleh buat (atau malas nak buat).
Tu pasal la walaupun SLAYER ramai peminatnya, tak kurang ramai juga yang kritik pada Kerry King. Macam-macam tuduhan dok kena kat dia. Tak kisah la. Apa yang penting, beliau kena buktikan juga yang "Saya pun boleh buat!"
Baru la SLAYER akan direspek seperti sediakala. Kita bagi masa la kan. Bagi 5 tahun lagi ke. Atau tunggu sampai album baru keluar tanpa Jeff ka. Buat masa ni kita acah-acah dulu kat dia, bagi pressure sikit. Tour tu kasi kensel dulu la kot. Takde siapa nak tengok SLAYER sekarang ni. Dah la Jeff meninggal, Tom pun takde, Dave pun takde! Apa cerita woi!
Saya berharap Kerry King stop dulu buat tour tu dan kasi bikin album la. Last album pun tahun 2009. Dah 4 tahun ni. Takkan nak tunggu 10 tahun nak rilis album baru woi!!! Susah-susah sangat, kau jemput la Abang Mus buat 3-4 lagu kalau kau dah takde idea sangat. Dulu kan kau main dengan Megadeth kejap, kan?
Kalau dah tak ada daya, baru la TUTUP BUKU. Tak payah la dijaja nama SLAYER tu kalau tinggal kau dan Tom (yang boneka, saya rasa). Buat le band lain, nama REYALS ke. Ala macam satu band tu pakai nama terbalik, RIUSGNAL.
Related post (SLAYER) KAT SINI.
Sunday, July 24, 2011
Ulasan: SLAYER Christ Illusion
Siapa pun tidak akan menafikan keupayaan Paul Bostaph sebagai drummer Slayer yang mantap teknikal dan padu hentakannya. Tetapi pada masa yang sama, tiada pengganti kepada Dave Lombardo di dalam Slayer. Kembalinya Dave Lombardo kedalam Slayer di dalam album ini disambut dengan produksi yang lebih punkish. Kering dan tajam menyucuk ke gegendang telinga. Pada pendengaran saya ia mengingatkan kepada produksi Seasons In The Abyss. Lukisan kulit album juga lari dari zaman Paul Bostaph dan kembali kepada zaman yang sebelumnya (pelukis yang sama untuk Reign in Blood, South Of Heaven dan Seasons In The Abyss) menandakan bab baru telah dibuka. Muziknya walaupun mempunyai elemen punk yang kuat, sebenarnya tidaklah menyebabkan Slayer lari landasan asalnya (kerana memang Slayer dari dulu tidak menafikan pengaruh punk dalam muzik mereka), cuma mungkin ia lebih ketara disebabkan produksi yang kering ini. Dan sudah tentu lagu bertajuk Jihad menjadi kontroversi kerana mengambil perspektif yang sama seperti lagu Angel Of Death. Saya berada di dalam moshpit semasa Slayer beraksi di Adelaide, Australia ketika lagu ini dimainkan. Apabila lagu ini dimainkan bersama dengan video imej yang mengiringi lagu inidi atas stage menyebabkan saya mengambil keputusan untuk keluar dari moshpit dan berdiri saja di sebelah kanan dewan. Ada ketikanya kita perlu berundur.
Friday, June 10, 2011
Ulasan: SLAYER God Hates Us All
Rick Rubin sudah meninggalkan kerja produksi Slayer selepas 6 album. Ini memberi ruang kepada Slayer untuk mengimbas kembali pencapaian dan kejatuhan yang telah berlaku. Satu yang mungkin terserlah ialah untuk beberapa album sebelum ini, elemen ganas Metal mereka hampir-hampir ditinggalkan dan diganti dengan mesej politikal punk. Jadi, kerja pertama mereka ialah memilih tema yang lebih Metal, yang lebih sesuai dengan propaganda Metal - tajuk album. God Hate Us All dijadikan tajuk album dan ini memang sesuai sangat dengan kehendak Slayer. Namun begitu, jika ada peminat Slayer yang masih mengharapkan Slayer dengan imej 100%, pasti akan kecewa. Bolehlah dikatakan kepada mereka untuk berhenti berharap kerana ia tidak akan berlaku - kepastian yang mutlak. Walaupun begitu ada sesuatu yang perlu dilakukan oleh Slayer kerana secara asasnya album ini tidak cuba untuk menjarakkan dari album sebelumnya. Album ini seolah menambahkan sesudu garam lebih. Mungkin yang perlu dilakukan ialah menambah perisa baru dalam bentuk oregano ataupun lada sulah untuk menarik rasa yang sedikit berbeza. Dan ini akan dilakukan oleh Slayer pada album berikutnya.
Tuesday, June 07, 2011
Ulasan: SLAYER Diabolus In Musica
Setelah memberikan segala yang tersemat di dalam jiwa masing-masing, sudah tibanya untuk Slayer bereksperimentasi. Metal yang pernah menyucuk jiwa, diluahkan dalam 5 album pertama. 2 album sebelumnya menatijahkan pengaruh punk. Apa seterusnya? Sudah tentu eksperimentasi. Ini diakui oleh Jeff Hanneman sendiri. Ini dapat didengar sendiri - tetapi kita perlu peka ketika mendengarnya. Muziknya memang ada perubahan. Riffs yang seperti tumbukan tepat ke muka agak berkurangan. Ia diganti dengan intermission di dalam lagu dengan sekuens yang agak eksperimental sebagai contoh di dalam lagu Death's Head. Riffs yang longgar juga dapat didengar di dalam lagu Stain Of Mind, Desire dan Overt Mind pada permulaan lagu. Seperti yang dikatakan tadi - perubahan ini agak kurang jelas lonjakannya jika dituruti dari album sebelumnya. Masalahnya? Rick Rubin masih menjadi produser. Ya, walau sehebat mana produsernya, apabila sudah terlampau lama di tampuk pemerintahan maka kesesakan dan kebuntuan pasti akan terjadi. Peminat merasainya. Mujur Slayer pun begitu. Rick Rubin harus ditukar.
Sunday, June 05, 2011
Ulasan: SLAYER Undisputed Attitude
Bagi mereka yang masih meragui ke-punk-an Slayer, nampaknya album ini menjelaskan segala-galanya dengan sejelas-jelasnya. Sebuah album cover yang mana Slayer memainkan lagu-lagu dari band punk sahaja. Tidaklah Slayer pernah merilis album cover yang Metal. Dan ini menguatkan keyakinan mereka bahawa Slayer sememangnya band punk bertopengkan Metal dan ini akan diteruskan untuk album-album selepasnya. Tumbukan punk yang keras dicampur dengan keganasan kemas sonik Metal = kombinasi muzik ekstrim terbaik. Ini kemudiannya diaplikasikan oleh band Black Metal di kemudian hari bermula dengan album Darkthrone - The Cult Is Alive. Slayer seolah-olah memperbaiki dua genre tersebut: kelonggaran muzikal punk diperkemaskan sedangkan melodi Metal yang selalu meleweh, dipertajamkan. Mungkin untuk mengumpan peminat mereka yang Metal 100%, lagu original Gemini yang diselitkan bersama di dalam album ini memang 100% Metal bunyinya.
Saturday, June 04, 2011
Ulasan: SLAYER Divine Intervention
Dua perkara penting yang berlaku dalam album Divine Intervention. Pertama; Paul Bostaph masuk menggantikan Dave Lombardo pada posisi drum. Kedua; kali ini Slayer tidak lagi segan untuk menunjukkan pengaruh punk mereka secara terang-terangan di dalam sebuah album. Paul Bostaph, walaupun tidak sehebat Dave Lombardo dari pengaruh tetapi dari segi skil teknikal mempunyai kemampuan yang setanding malah dalam beberapa tempat, mempunyai kekuatan tersendiri yang memisahkan beliau dari Lombardo. Pengaruh punk yang ditunjukkan dalam album ini begitu menyerlah, contohnya, riffs gitar yang digunakan straight-forward walaupun bunyinya Metal tetapi feelnya begitu punk. Samalah seperti vokal Tom Araya yang lebih keras. Subjek yang ditulis juga dipelbagaikan lebih dari album Seasons In The Abyss. Jika dahulunya Slayer dikenali dengan tema horror, sekarang thriller. Semua perubahan ini juga adalah dengan bantuan produser Rick Rubin yang sememangnya dikenali sebagai produser yang banyak menekankan apa-potensi-yang-kamu-ada dicampur dengan buat-yang-terbaik. Album ini menyisihkan Slayer dari laluan yang biasa digunakan dan ini membuka paradigm-shift kepada peminatnya menyusuri Slayer ke lembah yang belum diterokai sebelum ini.
Tuesday, May 31, 2011
Ulasan: SLAYER Seasons In The Abyss
Saya fikir, Rick Rubin berjaya lagi dengan album Seasons In The Abyss. Beliau berjaya menyucuk Slayer untuk menjadikan album ini sebagai gabungan album Reign In Blood dan South Of Heaven. Dari segi aura produksinya, ia agak raw yang menyerupai Reign In Blood tetapi feelnya seolah-olah South Of Heaven. Dari segi halaju, ianya adalah gabungan kedua-dua album tersebut. Lagu terpantas mungkin War Ensemble dan paling perlahan mungkin Dead Skin Mask namun keduanya tidak menyerupai kepantasan dan perlahannya Angel Of Death dan Spill The Blood. Yang menarik, mungkin Expendable Youth yang kedengaran agak komersil - seolah-olah mahu memikat pendengar di luar sana yang lebih ramai - namun itu semata-mata tanggapan saya. Yang nyata ini adalah album terakhir Slayer yang 100% Metal. Mungkin sepanjang rakaman album-album yang ada, Slayer agak segan untuk menunjukkan pengaruh punk yang sebenarnya mendalam di jiwa mereka.
Monday, May 30, 2011
Ulasan: SLAYER South Of Heaven
Dua tahun selepas dunia dikejutkan dengan album Reign In Blood, Slayer kembali dengan album South Of Heaven. Menyedari akan status Reign In Blood yang sama taraf dengan filem The Silence Of The Lamb dalam kategori thriller, Slayer merasakan adalah lebih baik untuk membiarkan Reign In Blood begitu saja - tidak perlu disentuh apatah lagi untuk ditiru kerana mereka faham ianya tidak akan berjaya mengganggu status yang telah ada. Sebaliknya Slayer berpaling 180 darjah. South Of Heaven diperlahankan hampir separuh kelajuannya. Tatkala, Reign In Blood dikenali dengan kelajuan yang membunuh, South Of Heaven lebih bermelodi dan memberikan perhatian yang lebih kepada suasana seram di waktu malam. Lagu South Of Heaven sendiri dimulakan dengan petikan gitar berhantu yang kemudiannya disambut oleh ledakan drum Lombardo yang menggegarkan jiwa. Ghosts of War pula menceritakan tentang natijah dari peperangan di tengah album sementara Spill The Blood menjadi penutup yang mengingatkan kita kepada janji syaitan terhadap manusia - iaitulah kemusnahan. South Of Heaven sudah tentu tidak dapat menandingi Reign in Blood tetapi ia berdiri di atas puncaknya yang tersendiri.
Ulasan: SLAYER Reign In Blood
Reign In Blood letaknya setanding dengan album Black Sabbath yang pertama, Kill Em All (Metallica); hatta Thriller (Michael Jackson) disebabkan genre-bending yang terkandung di dalamnya. Reign In Blood memberikan muka baru kepada muzik Thrash Metal - ia meletakkan papan tanda maut sebagai amaran. Peliknya, semua ini dikarang bersama dengan tunjuk ajar Rick Rubin, yang lebih dikenali sebagai produser rap/hip hop Beastie Boys dan Run DMC. Formula Rubin ialah pendek dan tepat pada dahi, tiada lagu asal boleh, tiada lagu yang mengganggu perjalanan yang lajunya 200km/jam. Dan ia harus dilakukan dengan precision seorang tukang buat jam, tiada kesalahan walau sekecil manapun yang dibenarkan. Kelajuannya membunuh dan mesejnya mengerikan - menggabungkan kejahatan manusia (Angel Of Death) dan musuh manusia paling utama, syaitan (Altars Of Sacrifice) sebagai punca kerosakan di muka bumi - sesuatu yang tidak pernah diutarakan dengan efektif sebelumnya, namun Slayer berjaya. Selamanya album ini akan tersimpan di dalam khazanah muzik Metal sebagai album yang paling kejam dan membunuh yang setakat ini tiada saingan terdekat.
Tuesday, May 24, 2011
Ulasan: SLAYER Hell Awaits
Jualan yang mencecah 40,000 unit untuk album Show No Mercy memberi semangat untuk kepala Metal Blade, Brian Slager untuk mengeluarkan duit sendiri meriliskan album kedua Slayer, Hell Awaits. Seolah-olah mengetahui kelemahan Show No Mercy pada bahagian originaliti, Slayer memperbaiki tempang dan lubang untuk album ini. Pada perspektif muzik, ia lebih fokus, mengorak kepada acuan Slayer yang lebih konsisten, menghilangkan debu-debu idola muzik yang jelas kedengaran pada album sebelumnya. Eksperimentasi dengan subjek satanic yang berjaya pada album sebelumnya memberi inspirasi kepada Slayer untuk menambahkan lagi elemen tersebut untuk album ini. Kesannya hebat. Sesiapa yang mendengar lagu Hell Awaits untuk pertama kali pasti akan meremang bulu roma mendengar intronya. Kraf termolo Hanneman/King pada intro lagu tersebut meremangkan bulu roma, ditambah dengan bisikan terbalik - menaikkan satu tangga lebih untuk definisi audio-horror. Walaupun begitu, album ini kurang lemak produksinya walaupun perbelanjaan yang dikeluarkan lebih dari sebelumnya. Drum Lombardo mendap dengan sound hi-hat dan cymbals yang pecah bunyinya. Namun album ini juga membuktikan Araya; andaikata beliau tidak meminati dan tidak bersama dengan Slayer, beliau mempunyai masa hadapan yang cerah sebagai penyanyi rap - lajunya beliau menyebut bait lirik dalam lagu Hell Awaitsdan Kill Again.
Sunday, May 22, 2011
Ulasan: SLAYER Show No Mercy
Walaupun Metallica dimaklumi ramai sebagai pelopor muzik Thrash Metal tetapi ia lebih kepada kelajuan permainan. Slayer mengambil iktibar ini dan menambah lagi satu perisa penting yang mencorakkan muzik ekstrim Metal masa hadapan, ganas dan brutal. Disebalik kekurangan kualiti album ini disebabkan bajet yang rendah, tetapi ia menjadi album paling laku dalam sejarah syarikat rakaman, Metal Blade. Intonasi album ini satu dimensi, hala tuju yang fokus tanpa perlu apa-apa variasi kerana pada masa itu memang tiada variasi yang wujud pun. Andaikata kalau ada pun, ia dalam cakupan sebuah band dan bukan album. Metallica dengan fokusnya yang tersendiri, begitu juga dengan Exodus mahupun Testament yang mana masing-masing berjaya dengannya. Album ini fokus pada muzik Thrash Metal dengan belitan lirik satanic - semata-mata untuk menarik perhatian peminat Metal ketika itu. Ini adalah kombinasi yang mengejutkan ketika mana subjek sebegini dimainkan dengan berhati-hati bukan seperti sekarang. Ternyata ia berjaya dan melonjakkan nama Slayer beberapa tingkat ke atas, hatta menyebabkan Metallica sendiri berasa terancam walaupun sedia maklum ini bukanlah acuan sebenar Slayer kerana masih terdapat kesan dan pengaruh dari idola mereka seperti Iron Maiden dan Judas Priest seperti di dalam lagu Metal Storm/Face The Slayer, Tormentor, The Final Command dan Crionics. Namun, The Antichrist, Die By The Swords dan Black Magic yang lebih tulen acuannya tetap menjadi lagu evergreen sepanjang zaman kepada peminatnya yang melangkau jarak spektrum muzik yang pelbagai.
Thursday, April 28, 2011
Buku: The Bloody Reign Of Slayer
Slayer merupakan salah satu band Metal yang paling berpengaruh di dunia tetapi malangnya, tiada buku mengenainya ditulis selama ini. Mujur Joel McIver, jurnalis yang dikenali melalui tulisan di majalah Metal Hammer, Rolling Stone, Kerrang! dan sejumlah majalah lain mengambil inisiatif untuk membuat rujukan dan siasatan untuk membedah Slayer. Beliau sendiri mengakui bahawa ini adalah buku autobiografi Slayer yang ditulis dalam bahasa Inggeris.
Buku ini ini dipenuhi dengan fakta yang dikorek dari Slayer sendiri melalui 60 buah sesi temuramah yang beliau lakukan sepanjang karier beliau sebagai jurnalis berserta juga rujukan. Selain itu, beliau juga membedah kesemua album dalam karier Slayer dari Show No Mercy hinggalah World Painted Blood. Buku ini padat dan sarat dengan maklumat tentang Slayer menjadikan ianya satu rujukan penting untuk peminat Slayer.
Buku ini ditulis secara kronologi, bermula dari lahirnya empat inidividu penting; Tom Araya, Kerry King, Jeff Hanneman dan Dave Lombardo dan sekaligus mengorek silsilah asal mereka. Contohnya, Tom Araya bersama keluarganya adalah imigran dari Chile ketika beliau kecil lagi dan Dave Lombardo pula imigran dari Cuba. Bagaimana pertemuan Jeff dan Kerry kali pertama berlaku yang menjadikan mereka gitaris duet tersohor dunia juga diceritakan.
Awal penubuhan Slayer merupakan sejarah yang menarik kerana kita akan mengetahui betapa untuk mencapai tahap yang mereka kecapi kini memerlukan kerja keras. Mungkin kelakar apabila membaca ketika awalnya, mereka menjadikan dewan sekolah sebagai tempat bermain gig dan menyebarkan flyer dengan tangan kepada pelajar-pelajar sekolah untuk hadir dalam gig mereka sendiri. Tetapi pada zaman itu, ianya adalah langkah yang bijak untuk memperkenalkan band kepada peminat tempatan tanpa mengharapkan venue yang melihat genre Thrash Metal sebagai genre Metal picisan ketika itu.
Persoalan keluar masuk Dave di dalam Slayer sebanyak tiga kali juga dibincangkan dan dikorek melalui ahli Slayer sendiri selain dari pendirian Paul Bostaph yang tidak kurang handalnya di posisi drum mengenai Slayer (Paul juga keluar masuk dua kali). Kontra ahli band sangat ketara seperti Tom Araya adalah seorang Katholik sedangkan Kerry King adalah pembenci agama (beliau adalah atheist). Yang paling menarik, setelah tamatnya pembacaan buku ini kita akan mengetahui bagaimana Slayer dapat mengekalkan konsep ‘marah’ di dalam setiap album mereka, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh band setaraf mereka seperti Metallica dan Megadeth.
Boleh dikatakan hampir kesemua persoalan tentang Slayer telah terjawab di dalam buku ini. Gaya penulisan Joel adalah mudah dan setiap peristiwa disusun dengan kemas dan biasanya dikupas dengan mendalam. Walaupun ulasan beliau tentang album Slayer boleh diperbincangkan kembali seperti beliau menganggap South Of Heaven adalah album yang kurang menjadi (saya merasakan ianya adalah album kedua hebat selepas Reign In Blood) tetapi analisis beliau agak mendalam dan memerlukan bantahan yang kritikal juga.
Buku ini adalah salah satu diskografi Slayer walaupun berbentuk tulisan kepada peminat mati-tegar Slayer. Untuk peminat baru, ia juga adalah informasi yang menyeluruh tentang band metal tersohor ini. Bahkan bukan saja kepada peminat metal, ini adalah bacaan baik untuk mereka yang meminati muzik ekstrim keseluruhannya.
Bentara (krenmaut.blogspot.com)
*disiarkan dalam KARISMA April 2011
Wednesday, February 16, 2011
Ulasan: SLAYER Live Undead CD
Jika tiada internet yang mengatakan ini adalah album live 'palsu' sudah pasti tidak akan ada yang menolak superiority album ini. Hakikatnya, ia adalah album live juga cuma dirakamkan di dalam studio bukannya di atas pentas. Kita akan sedar apabila mendengar jeritan 'palsu' penonton, yang membongkar kemungkinan jumlah penonton yang hadir kemungkinan sekitar 20 orang saja.
Pertama kali berinteraksi dengan album ini, seperti biasa, melalui kaset cetak rompak. Dan seperti biasa juga, logo dan nama band yang ganas berserta dengan cover album yang mengerikan menjadi pemangkin kepada pembelian. Dan biasanya ketika itu, ia berbaloi. Ini adalah antara kaset yang lunyai dimainkan di dalam radio kaset.
Black Magic, lagu yang mendap dan kurang bertenaga di dalam album Show No Mercy berubah wajah secara total bila dimainkan live. Ianya bertenaga dan menjadi lagu pembuka yang menyelerakan. Dengan bait pembuka yang menggelikan hati dari Tom Araya "They said that the pen is mightier than the sword... well then f**k the pen... because they can Die By The Sword!", lagu Die By The Sword menjadi lagu kedua yang juga bertenaga. Dan apabila Captor Of Sin dimainkan, saya kira, mosh-pit sudah dipenuhi peluh sampai ke paras lutut. Dan lagu-lagu seterusnya mengerahkan tenaga akhir pendengar sebelum mereka berundur dengan kepuasan sonik yang tidak dapat ditulis dengan perkataan.
Untung album ini menawarkan 7 buah lagu saja. Ia pendek tetapi penuh dengan tenaga. Agresif dan tidak ada belas kasihan sepertimana track Show No Mercy yang menjadi lagu keenam di dalam album ini. Walaupun tenaga Slayer masih dinatijahkan di dalam setiap show mereka hingga ke hari ini tetapi kita tidak boleh menafikan yang tenaga sebenar tersebut bermula pada awalnya dan skala Richternya paling maksimum di zaman ini.
Pertama kali berinteraksi dengan album ini, seperti biasa, melalui kaset cetak rompak. Dan seperti biasa juga, logo dan nama band yang ganas berserta dengan cover album yang mengerikan menjadi pemangkin kepada pembelian. Dan biasanya ketika itu, ia berbaloi. Ini adalah antara kaset yang lunyai dimainkan di dalam radio kaset.
Black Magic, lagu yang mendap dan kurang bertenaga di dalam album Show No Mercy berubah wajah secara total bila dimainkan live. Ianya bertenaga dan menjadi lagu pembuka yang menyelerakan. Dengan bait pembuka yang menggelikan hati dari Tom Araya "They said that the pen is mightier than the sword... well then f**k the pen... because they can Die By The Sword!", lagu Die By The Sword menjadi lagu kedua yang juga bertenaga. Dan apabila Captor Of Sin dimainkan, saya kira, mosh-pit sudah dipenuhi peluh sampai ke paras lutut. Dan lagu-lagu seterusnya mengerahkan tenaga akhir pendengar sebelum mereka berundur dengan kepuasan sonik yang tidak dapat ditulis dengan perkataan.
Untung album ini menawarkan 7 buah lagu saja. Ia pendek tetapi penuh dengan tenaga. Agresif dan tidak ada belas kasihan sepertimana track Show No Mercy yang menjadi lagu keenam di dalam album ini. Walaupun tenaga Slayer masih dinatijahkan di dalam setiap show mereka hingga ke hari ini tetapi kita tidak boleh menafikan yang tenaga sebenar tersebut bermula pada awalnya dan skala Richternya paling maksimum di zaman ini.
Saturday, December 26, 2009
Ulasan: SLAYER World Painted Blood CD
Tiga tahun selepas Christ Illusion, SLAYER kembali dengan album World Painted Blood yang merupakan album ke-11. Dua album dengan Lombardo kembali di kerusi drum. Berbeza dengan Christ Illusion, peminat-peminat SLAYER lebih teruja dengan kembalinya Lombardo; yang semestinya dianalisis dengan sehabis kritikal; album kali ini sudah berkurang elemen Lombardo tetapi kembali kepada SLAYER sebagai sebuah band.
Sukacita dimaklumkan, album ini berada di atas Christ Illusion dalam banyak hal terutamanya komposisi lagu yang lebih berkualiti. Ini mungkin disebabkan strategi SLAYER yang berbeza dalam mencipta lagu, tidak lagi kumpul lagu cukup masuk studio, tetapi membentuk lagu di dalam studio. Ini menurut Kerry King (gitar) dapat mengelak lagu-lagu menjadi sama.
Ada kritikan terhadap sound gitar yang kurang berat. Ini mungkin sengaja dilakukan kerana sifat asas album ini lebih punk dari Metal. Intonasi Metalnya banyak disalurkan oleh drumming Lombardo (double paddle, stroke menggila, ketepatan on-the-dot etc) dan jumlah riffs yang lebih dari 3 untuk setiap lagu; namun elemen punk dari riffs gitar Hanneman (terutamanya) dan vokal laju Araya mendominasi. Jadi tidak hairan album ini lebih sesuai dengan sound gitar yang kurang berat.
Lagu-lagu yang menarik dalam album ini kebanyakannya ditulis oleh Hanneman. Pada aku, memang he's the man! Aku kurang minat dengan lagu-lagu ciptaan Kerry King. Hanneman, pada aku lebih kreatif, penuh dengan twist dan tidak terlampau terikat dengan struktur tertentu. Ditambah dengan melodi yang lazat. Ini sudah terbukti dalam album-album sebelumnya. Pilih saja mana lagu-lagu evergreen SLAYER, 80% adalah nukilan Hanneman. Raining Blood? Angel Of Death? South Of Heaven? Dominasi Hanneman masih utuh dalam album ini. Rasanya elemen Kerry King hanya di atas stage dan untuk tidak mengurangkan sumbangan King, stage presence beliau juga sangat penting. Penonton lebih tertumpu kepada King dari Hanneman.
Triplet gitar intro lagu mula (World Painted Blood) pun sudah cukup untuk menggerakkan kepala yang mendengarnya. Memang seductive and asyik (untuk yang memahami). Tanda lagu mula saja sudah cukup menandakan, ya, inilah album SLAYER yang dinanti-nantikan. Untuk yang skeptik, tidak perlu skeptik lagi. Kebanyakan komen negatif di forum-forum tentang album ini adalah datang dari remaja lepasan SPM (seperti yang berlaku di forum Metal Archive). Bahkan mereka yang die-hard yang skeptik, susah untuk mengatakan ini album yang kurang keSLAYERannya.
This is SLAYER, and they rule!
1. World Painted Blood
2. Unit 731
3. Snuff
4. Beauty Through Disorder
5. Hate Worldwide
6. Public Display of Dismemberment
7. Human Strain
8. Americon
9. Psychopathy Red
10. Playing With Dolls
11. Not of This God
lagu yang bakal menjadi lagu cover terhangat di studio-studio jamming...
Lagu ni sungguh infectious! Tak boleh tahan nak angguk kepala (lihat bedroom guitaris ni)
Sukacita dimaklumkan, album ini berada di atas Christ Illusion dalam banyak hal terutamanya komposisi lagu yang lebih berkualiti. Ini mungkin disebabkan strategi SLAYER yang berbeza dalam mencipta lagu, tidak lagi kumpul lagu cukup masuk studio, tetapi membentuk lagu di dalam studio. Ini menurut Kerry King (gitar) dapat mengelak lagu-lagu menjadi sama.
Ada kritikan terhadap sound gitar yang kurang berat. Ini mungkin sengaja dilakukan kerana sifat asas album ini lebih punk dari Metal. Intonasi Metalnya banyak disalurkan oleh drumming Lombardo (double paddle, stroke menggila, ketepatan on-the-dot etc) dan jumlah riffs yang lebih dari 3 untuk setiap lagu; namun elemen punk dari riffs gitar Hanneman (terutamanya) dan vokal laju Araya mendominasi. Jadi tidak hairan album ini lebih sesuai dengan sound gitar yang kurang berat.
Lagu-lagu yang menarik dalam album ini kebanyakannya ditulis oleh Hanneman. Pada aku, memang he's the man! Aku kurang minat dengan lagu-lagu ciptaan Kerry King. Hanneman, pada aku lebih kreatif, penuh dengan twist dan tidak terlampau terikat dengan struktur tertentu. Ditambah dengan melodi yang lazat. Ini sudah terbukti dalam album-album sebelumnya. Pilih saja mana lagu-lagu evergreen SLAYER, 80% adalah nukilan Hanneman. Raining Blood? Angel Of Death? South Of Heaven? Dominasi Hanneman masih utuh dalam album ini. Rasanya elemen Kerry King hanya di atas stage dan untuk tidak mengurangkan sumbangan King, stage presence beliau juga sangat penting. Penonton lebih tertumpu kepada King dari Hanneman.
Triplet gitar intro lagu mula (World Painted Blood) pun sudah cukup untuk menggerakkan kepala yang mendengarnya. Memang seductive and asyik (untuk yang memahami). Tanda lagu mula saja sudah cukup menandakan, ya, inilah album SLAYER yang dinanti-nantikan. Untuk yang skeptik, tidak perlu skeptik lagi. Kebanyakan komen negatif di forum-forum tentang album ini adalah datang dari remaja lepasan SPM (seperti yang berlaku di forum Metal Archive). Bahkan mereka yang die-hard yang skeptik, susah untuk mengatakan ini album yang kurang keSLAYERannya.
This is SLAYER, and they rule!
1. World Painted Blood
2. Unit 731
3. Snuff
4. Beauty Through Disorder
5. Hate Worldwide
6. Public Display of Dismemberment
7. Human Strain
8. Americon
9. Psychopathy Red
10. Playing With Dolls
11. Not of This God
lagu yang bakal menjadi lagu cover terhangat di studio-studio jamming...
Lagu ni sungguh infectious! Tak boleh tahan nak angguk kepala (lihat bedroom guitaris ni)
Subscribe to:
Posts (Atom)