Showing posts with label TPM. Show all posts
Showing posts with label TPM. Show all posts

Monday, July 16, 2012

PRU13 Tahun Ini.. TPM.


 
Semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu, Timbalan Perdana Menteri ada menyebutkan bahawa PRU13 akan diadakan pada tahun ini juga.

"Saya dah bagi tahu Perdana Menteri bahawa yang seeloknya pilihanraya mesti diadakan pada tahun ini juga.." Kata beliau.

Selepas ini bolehlah pemerhati politik membuat spekulasi semula tentang tarikh PRU13 tersebut. Tarikh 16 September tidak boleh ditolak ke tepi begitui sahaja.  TPM selaku Timbalan Presiden UMNO juga akan menemui Bahagian-bahagian UMNO yang telah dikenal pasti mempunyai masalah dalaman dan seterusnya mencari jalan penyelesaian.

Bahagian-bahagian tersebut adalah Bahagian di mana BN mempunyai peluang cerah untuk menang dalam PRU13 kelak.

Semalam juga TPM telah melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap komitmen parti komponen BN yang terlalu mengharapkan usaha UMNO dalam menarik sokongan rakyat demi kemenangan calon BN, Tentu ada sesuatu yang TPM tidak puas hati dan lantas menegur parti-parti gabungan supaya melipat gandakan usaha meraih sokongan tersebut.

Lebih 50 tahun UMNO memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon daripada parti lain dalam komponen BN. Ini fakta yang tidak boleh dinafikan. Hanya pada PRU12 ahli UMNO kelihatan sedikit meragam dan sanggup memberikan kepada calon pihak lawan.

 
Kemarahan ahli UMNO bukan sebab hasutan PAS atau PKR, tetapi kerana rasa tidak puas hati yang tinggi terhadap kepimpinan parti. PAS mana mampu menghasut ahli UMNO supaya beralih arah.

 
Akibat ahli UMNO meragam maka beberapa kawasan tradisi seperti Teluk Kemang, Bukit Gantang, Taiping, BM dan Sg Siput terlepas ke tangan pembangkang. Dalam PRU13 kawasan-kawasan ini bakal kembali kepada  BN.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Monday, June 11, 2012

Yang Auta Jika Diulang-ulang Akan Dipercayai Sebagai Fakta..TPM


Kenal dengan wajah ini..???



Puncanya dia ni..


   
Keberanian yang luar biasa, melihat orang diletupkan..


Mana lesapnya dia ni..


Timbalan Perdana Menteri sekali lagi mengingatkan jentera UMNO/BN supaya berterusan melalui medium apa sekalipun menangkis semua gambaran persepsi buruk kerajaan, UMNO dan BN yang sepanjang masa dijadikan modal politik oleh pembangkang. 

Beliau juga melahirkan bahawa BN Wilayah mampu menawan kembali beberapa kerusi yang terlepas ke tangan pembangkang dalam PRU13 lalu. Gesaan dan saran tersebut di buat beliau sewaktu melancarkan Jentera BN Wilayah Persekutuan semalam.

Jika kita perhatikan isu persepsi ini sebenarnya memang menjadi kesukaan pembangkang. Dalam pilihanraya kecil Ijuk umpamanya Nuar dan pencacainya begitu berkobar-kobar setiap kali menyebut Scorpene, Altantunya dan Monggolia. Dia sendiri tahu dan sedar perkara tersebut tidak benar, namun dia suka jika rakyat mempercayainya sebagai benar.

Telah 5 tahun berlalu, namun Nuar tidak berhenti dengan persepsi rasuah dan komisyen ini. Dia terus memainkan isu tersebut dan lantang mempersembahkannya kepada pendengar dalam setiap ceramahnya hingga kini. 

Bukan dia sahaja, malah pemimpin PAS dan DAP juga amat seronok memainkan sentimen rakyat dengan isu persepsi ini. Andai-andaian mereka akan disambut dengan tepukan bergemuruh oleh penyokong tegar mereka tanpa sedar mereka sedang diperbodohkan oleh pemimpin pakatan.


Pilihanraya Kecil Bukit Gantang.. Ini sanggup mereka lakukan.


"Kita sekarang perlu berhadapan cabaran yang besar bagi menghadapi pilihan raya.

"Justeru itu, saya ingin memberi peringatan kepada ahli BN agar tidak berlaku sebarang persengketaan dan sebarang masalah atau isu negatif dalam parti," tegas beliau.

Katanya lagi, masalah yang perlu dihadapi dan diselesaikan oleh BN merupakan isu persepsi di kalangan pengundi kerana rakyat menjadi keliru antara realiti dan persepsi negatif yang ditimbulkan pembangkang.

"Apabila isu persepsi ini timbul, rakyat akan terpinga-pinga dan tertanya-tanya mengenai kesahihan isu yang ditimbulkan pembangkang," kata beliau yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan.

Timbalan Presiden Umno ini berkata, pembangkang kini menyerang dan menimbulkan persepsi negatif melalui rangkaian media sosial untuk menyebar fitnah yang tidak berasas.

"Oleh yang demikian, isu persepsi ini mesti diperbetulkan dengan kadar segera," tegas beliau.

Katanya, semua pemimpin tertinggi BN harus sentiasa tahu isu-isu semasa bagi memudahkan mereka memberi penjelasan kepada rakyat supaya tidak timbul isu persepsi ini.


Related Story:

Menang Dengan Persepsi

BN Parti Rasis

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Sunday, March 18, 2012

TPM MELAWAT MELAKA

Kemajuan dinikmati bukan semula jadi – TPM

JASIN 17 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemajuan dan keamanan yang dinikmati rakyat pada hari ini adalah hasil daripada keberkesanan sesuatu dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dan bukannya datang secara semula jadi.

 




Timbalan Perdana Menteri berkata, keberanian kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) untuk mengambil langkah-langkah bijaksana, menyusun secara terancang dan melaksanakan dengan berkesan telah menjadikan Malaysia seperti apa yang dilihat hari ini.

Berucap di hadapan kira-kira 10,000 penduduk sempena Majlis Jamuan Rakyat peringkat negeri di Taman Maju di sini, Muhyiddin berkata, Malaysia kini dikatakan telah mencapai tahap negara membangun yang paling pesat pembangunannya.

“Ini tak mungkin jadi begitu sahaja, tanpa ada usaha, tanpa ada kesungguhan, kesediaan, perancangan, pelaksanaan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kerajaan hingga kumpulan masyarakat yang hendak kita bantu ini mendapat pembelaan adil dan saksama.

 

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.  


Jokiden: Pembangkang jangan nak mimpi untuk menawan Melaka pada PRU13 ni. Soheh tak dapek doh.

Friday, March 16, 2012

TERUK BETUL PM DAN TPM





Kelihatan seolah-olah PRU13 merupakan PRU paling getir dalam sejarah Malaysia. Ramai yang berkata begitu. TPM juga berkata begitu. Tun Daim berkata begitu. Para Menteri juga berkata begitu. Ramai pemimpin BN dan pembangkang merasakan suasana akan menjadi lebih sengit. Mana ada.. yakinlah BN akan menang besar kali ini. Namun cuba kita perhatikan petikan berikut dan kena akurlah:

 
 Muhyiddin: Set aside differences to face ‘do-or-die’ battle

 
SEREMBAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin questioned the need for a caveat that Barisan Nasional members should work out their internal differences first before they can gain a landslide victory in the general election.

 
“I am told that there is a caveat – that we will only be able to win a particular seat if the (problematic) division members are united. Why aren’t we able to put aside our differences once and for all for the sake of our party?” he said in his speech to state Barisan leaders during his one-day working visit to Negri Sembilan yesterday.

 
The Barisan Nasional deputy chairman said the fact that the coming polls would be a “do-or-die” battle for the coalition was already a strong enough reason for all party members to stop their bickering.
“I have been to several states and I have witnessed the disunity of some divisions.
“Are you trying to tell me that we will need a third party to settle their differences?
“Even then, what guarantee is there that they will not be at loggerheads again?” he added. Sumber di sini 

Jangan main-main, itu Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri punya penilaian tu.

Apa masalah sebenarnya? Apa masalah dalaman tu? Memanglah jika pemimpin di peringkat negeri dan bahagian masih bercakaran sesama sendiri alamatnya akan guyuplah BN. Tengoklah di Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor. Perlis dan Negeri Sembilan pun nampaknya jika silap pertimbangan akan terlepas jugak kali ni. Melaka??? Selamat, kompem. Johor lagilah selamat, Sallehuddin Ayub akan hilang wang pertaruhan jika salah pilih tempat bertanding.

 
Hahaha sesekali jadi peramal ni syok jugak, biarlah orang kata syok sendiri. Bila bercakaran, tak sanggup berkorban, dengan sedikit usaha sahaja pembangkang sudah boleh menang. Pahang??? kompem selamat walau sekuat mana si Poziah tu menjerit. Sarawak? BN masih kuat, DAP setakat DUN tu bolehlah. Sabah...susah sikit nak ramal ni, orang kata fixed deposit BN, betul ke?. Pulau Mutiara? Tak dengar pulak percakaran antara pemimpin BN, aman damai je, tapi bagilah kat puak pembangkang tu, tak yah buang masa sangat, cuma kerusi UMNO tu ok, tak ada masalah boleh pertahankan dan boleh dapat balik yang hilang dulu. Orang Penang jangan kecil hati pulak, kerja keraslah.
. 
Terengganu? Selamat kot, tak ada apa, jarang dengar pemimpin sana bercakaran sejak kebelakangan ini. Apapun melihat kepada kegigihan PM dan TPM, nampaknya BN akan tetap terus menguasai Putra Jaya.  Pembangkang kena tunggu lagilah sekurang-kurangnya dua kali pilihanraya..

 
Bukannya nak mengajar sesiapa, posting kali ini sekadar pendapat Jokiden. Takkan semua pemimpin BN berpuas hati sekadar menjadi turut serta dalam setiap program PM dan TPM turun padang. Kedua-duanya sudah kelihatan letih ke sana ke mari. Bila mereka balik ke KL, pemimpin BN di peringkat negeri buat apa? Termenung, teruja, berihat, puas hati dengan sambutan rakyat atau terus bekerja. Mungkin ada tindakan susulan yang tidak diketahui ramai, baguslah kalau ada, kalau tak ada macam mana?.

 
Pembangkang nampaknya tengah menyusun strategi hebat ni, mereka tengah teruja gila nak ke Putra Jaya. Mereka kerja kuat. Tak cukup siang bawak ke malam, tak habis malam bawak semula ke siang. matalamat mereka nampaknya jelas, bukan lagi untuk mengurangkan 2/3 BN, tapi untuk merebut takhta pemerintahan.

Diketuai oleh PKR mereka mencatur pelbagai strategi, mereka mengumpul wang dan dana, mereka mengadakan ratusan ceramah setiap malam, mereka hantar jenteranya berkursus ke luar negara, mereka gunakan provokasi, mereka gunakan semaksimum mungkin media baru, mereka minta nasihat yahudi, mereka..mereka..dan mereka..

Hairan juga kita ahli PKR cuma 60,000 orang kurang lebih dan jika dibandingkan dengan ahli Puteri UMNO seramai 300,000 orang sepatutnya PKR ni tak mampu nak buat onar.

Ada strategi puak pembangkang ni yang berjaya dihidu dan diketahui, namun jangan sekali-kali kita lupa bahawa mungkin ada strategi yang kita tidak jangkakan. Tetiba je meletup satu-satu perkara yang diluar jangkaan dan BN tidak bersedia, hah kalut sok.

Lagi lambat Parliamen dibubarkan, lagi pembangkang suka sebabnya:

Pertamanya mereka masih punya banyak masa untuk merancang pelbagai strategi dan mengumpul lebih banyak dana.

Keduanya lagi lambat, lagi lama mereka berkuasa di lima buah negeri tu dan masih boleh dapat elaun bulanan bagi YB2 mereka. Tentu ada yang berfikir selepas ni aku YB lagi tak? aku MB lagi tak? aku ahli majlis lagi tak? aku exco lagi tak? his!! banyak yang mereka kena fikirkan.. YB BN pun sama tu!!!, aku kekal tak?, aku bertanding tak, aku ada harapan tak jadi MB?, jadi menteri? Ah biarkanlah.

Kalau pembangkang boleh mampu mengadakan lebih 100 ceramah setiap malam BN sudah tentu lagi mampu. Tetapi soalnya adakah ceramah penerangan BN diaturkan pada setiap malam?

Masa yang masih ada sedikit lagi ni seharusnya digunakan sebaik mungkin. PM dan TPM amat sedar tentang hal tersebut, sebab itu mereka berdua sanggup turun ke setiap negeri dan daerah pada setiap hujung minggu. Mereka berusaha gigih untuk meraih sokongan semaksimum yang boleh.

Mungkin PM dan TPM berpuas hati dengan peranan media baru, media sosial, para blogger, media arus perdana. Namun PM dan TPM sedar bukan semua orang tengok TV, bukan semua orang baca akhbar dan bukan semua orang baca blog. Hit yang tinggi dalam blog seperti 21 juta, 8 juta, 7 juta, 5 juta atau 4 juta, tidak memberi gambaran sebenar kerana pembaca yang sama membuka dan membaca blog berulang kali. Samalah dengan jumlah pelancong yang datang ke Malaysia pada tahun lepas 8 juta adalah terdiri daripada pelancong Singapura. Mana datangnya seramai itu sedangkan penduduk Singapura hanya 4 juta lebih saja.

Masa tokoh-tokoh tertentu sedang muncul di TV, ada rakyat yang sedang berada di pasar malam, di pusat hiburan, di pusat membeli belah, di dalam stadium, di tengah laut memancing ikan, di dewan makan dan pelbagai urusan lagi, lantas tidak berkesempatan untuk menonton apa yang tv siarkan.

Kaedah berkempen terpaksa diperluaskan dan PM serta TPM terpaksa turun padang. Larat ke mereka dan terliputkah oleh mereka. Bila mereka balik pembangkang pulak datang untuk meracuni pemikiran rakyat. Jadi pemimpin BN di semua peringkat kenalah bantu PM dan TPM. Memang ada majlis penerangan di sana sini, namun tidak seagresif yang pembangkang adakan. Kena seimbang. Pembangkang buat ceramah dan jumpa pengundi 100 kali setiap hari, BN kena juga buat 100 kali. Jika pembangkang buat 50 kali BN kena buat 50 kali juga dan di tempat yang meraka racuni itu.

Unit-unit tertentu dalam BN kena tahu apa isu yang pembangkang bawak di satu-satu tempat dan esoknya isu-isu tersebut hendaklah dijawab dan dijelaskan kembali. Tidak mengapa menjawab isu remeh temeh, asalkan pemikiran pengundi tidak menjurus kepada sokongan kepada pembangkang. Kena beri penjelasan. Kena ada pusat yang mencetak segala penjelasan tersebut dan sambil berceramah sambil mengedarkan risalah. 

Jentera BN kan ramai, di setiap Bahagian ada AJK, ada wanita, ada pemuda dan ada puteri. Semua ini kena bergerak di Bahagian setiap hari dan malam sehinggalah Parliamen dibubarkan. Lupakan soal hendak pergi berihat dan bercuti dihujung minggu buat masa ini. Selepas PRU13 kelak pergilah ke mana sahaja hendak pergi. Sekarang tumpuan mestilah diberikan kepada pilihanraya sepenuhnya, maklumlah ada yang menggelarkan pilihanran raya 13 ini sebagai "ibu segala piliharaya" Ngeri!!!.Maaflah Jokiden tidak berasakan begitu.   

PM pesan, dekati rakyat, dekati pengundi..pergilah, mesti ada program, takkan nak pergi saja. Buatlah program, futsal ke, bolasepak 7 sebelah ke, pertandingan takraw ke, karoeke ke, jejak kasih ke, main layang-layang ke, jelajah basikal ke, gotong royong ke, forum perdana, membaca yasin, minum teh tarik dan pelbagai lagi. Jangan lupa bawa risalah, taburkan dan jelaskan semua isu yang pembangkang mainkan. ini jentera kena lakukan.

Program rasmi biar pemimpin yang buat, biar YB buat, biar exco buat, biar MB buat dan biar menteri yang buat. Program ceramah libatkan semua pihak. Orang BN ni pantang diberi microphone, tahulah mereka apa nak diceramahkan. Jangan tunggu waktu 9 atau 10 hari kempen yang dibenarkan oleh SPR, masa tu waktu dah suntuk.

Mulai sekarang kena ada program. Libatkan bekas-bekas wakil rakyat, bekas2 menteri, bekas exco, penceramah bebas, bekas pegawai kanan kerajaan, bekas polis, bekas tentera, bekas imam, bekas kadi, bekas mufti, artis, ahli sukan, tokoh koperat, tokoh akademik, pemimpin belia dan pelbagai pihak lagi.  Mereka ini tentu mempunyai banyak perkara baik tentang kerajaan dan BN yang boleh mereka kongsikan. Jangan pinggirkan mereka, bawa mereka semua ke dalam ibu segala pilihanraya ini.. hahaha.. Mereka ini pun tidak memerlukan bajet yang besar. Sediakan duit minyak, pasti mereka akan datang. Setiap program sebolehnya atas nama BN, bukan hanya atas nama parti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PBS, PBBS atau secara bersendirian.

Lupakan tentang inner circle, kalau adapun bubarkan, ia bukan menambah kebaikan, sebaliknya lebih banyak membawa keburukan, rasa iri hati, rasa ego, rasa terpinggir, membawa perpecahan, pra sangka dan lain-lain gejala negatif. Selepas piliharaya jika nak wujudkan inner circle tak apa, sekarang tak sesuai.

Dalam BN ada berapa ratus ahli parliamen, ada berapa ratus ADUN, ada berapa ribu pemegang jawatan dalam parti..jika semua ini dapat digabungkan dan digerakan, impaknya tentu besar dan PM serta TPM taklah letih sangat. Betul,  kesian pada mereka berdua, teruk, jadual terlalu ketat, semua masalah hendak difikirkan dan hendak diuruskan.

YB Ketua Penerangan UMNO dan BN, aturkanlah segera, Orang Gerik datang berceramah di Jelebu, Orang Tampin pergi ke Sandakan, Orang Kangar pergi ke Cheras, Ketua Bahagian Merbuk pergi ke Sabak Bernam dan sebagainya. UMB mesti ikut di mana-mana program dan bawa risalah, edarkan. Bahan banyak dalam blog, cetak sahaja dari Blog Parpukari, Gomo, MPP, MIM, MIK, Kepal Nasi Kepal Beras,Mat Kilau Penang, GAP dan sebagainya.

Wahai pemimpin BN, renunglah kiri kanan, semak peranan masing-masing setiap hari, apa yang dilakukan, lupakan hasrat bercuti, lupakan hasrat berihat, lupakan minum kopi di hotel-hotel, mainkanlah peranan dan bantulah PM, bantulah TPM.

Jauhi perasaan iri hati, syak wasangka, biarkan semua orang sesiapa sahaja yang ingin membantu, persilakan. Jangan ada anggapan ingin menonjolkan diri, ingin mencipta nama, jangan tohmahkan jentera, jangan ada tanggapan hendak merampas kuasa atau mengambil tempat seseorang. Bersangka baiklah kepada sesiapa sahaja yang menawarkan khidmat bakti..BN akan menang besar.