Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Friday, May 10, 2013

PRU13 PART TWO.

  
Dia ni mulanya menang, tetapi setelah lampu padam tetiba je undi Nurul Izzzah melonjak naik, entah dari mana datangnya. Mungkin dengan kerjasama SPR, mereka telah bersedia dengan 5 kotak undi yang telah dipangkah awal-awal lagi.
 
Beberapa hari ini di warung-warung kopi perbualan berkisar tentang keputusan PRU13. Bagi penyokong BN walaupun BN menang dan masih membentuk kerajaan namun kegembiraan sedikit luntur. Mereka juga tegar membantah tindakan provokasi oleh pakatan khususnya Nuar Brahim yang mempertikaikan keputusan tersebut.
 
Sementara penyokong pakatan nampaknya perbualan adalah berkisar keatas isu penipuan oleh SPR untuk memenangkan calon-calon UMNO/BN. Rata-rata mereka mempercayai tentang kisah pengundi hantu, lampu padam, pengundi mengundi dua kali atau SPR menambah undi BN.
 
Agak menghairankan yang mempercayai kisah dongeng tersebut bukannya terdiri daripada warga muda, sebaliknya otai politik yang berpendidikan tinggi seperti guru besar, pesara kanan kerajaan dan penjawat di sektor swasta. Mereka mempercayai kata-kata Nuar Brahim.

Ini merupakan ulasan Jokiden terhadap komen-komen yang terdapat di dalam media sosial selepas PRU13. Ada ribuan komen sebegini dan puak pakatan amat teruja dengan komen-komen tersebut. Samada pemberi komen ini benar-benar yakin dengan apa yang mereka komen dan 'share'kan atau sengaja membuat komen demi untuk menambah persepsi dikalangan mereka. Jokiden mengulasnya di sini kerana tidak mahu rakan-rakan fb Jokiden tersinggung sedangkan mereka berpendidikan tinggi dan memegang jawatan tinggi pula.
Eddy Eng: You still can not understand the feelings of the Chinese community towards the MCA and why we hated MCA so much!UMNO has rubbish the Chinese community for so long with the help of MCA against the Chinese community.The corruption and abuse of power of all component parties of BN is beyond tolerance any more.It is not that the Chinese need to depend on the representation of the MCA.We never did need your representation.The Chinese community have suffered under the rule of BN and we still persevere and struggle to make a living in Malaysia depict the discrimination and abuse of BN.MCA has never been able to protect the interest of the Chinese community.You and other MCA leaders' statement against the opposition parties amounts to bad taste and intimidation to the Chinese community.We never need MCA's help or representation at all.We have survived the discrimination and abuse of BN since Tun Razak's era.We will continue to survive in Malaysia without MCA
ANGKUH BETUL KENYATAAN DI ATAS. Inilah luahan rasa rakyat yang tidak tahu mengenang budi. UMNO/BN telah melayan rakyatnya begitu adil sekali. Pemimpin UMNO begitu bertolak ansur sehinggakan ahli parti sendiri diketepikan kerana ingin memberi lebih tumpuan kepada komuniti Cina.
Mengatakan kaum Cina di pinggirkan oleh UMNO/MCA dan terseksa di bawah pemerintahan UMNO/MCA/BN adalah satu kenyataan yang kurang cerdik dan penuh dengan provokasi. Cuba senaraikan sendiri segala apa yang terbuku dihati dalam semua bidang sekiranya benar kaum Cina terseksa di bawah BN. Kemudian senaraikan pula segala kenikmatan yang kaum Cina nikmati di bawah UMNO/BN.
Menuduh MCA gagal melindungi kepentingan kaum Cina merupakan perbuatan yang sengaja menolak fakta, membutakan mata dan memekakkan telinga. Bahasa kasarnya ialah pekak dan tuli. Tidak mendengar dan tidak melihat.
Kisah rasuah di dalam DAP sebenarnya lebih besar jika dibandingkan dengan rasuah di dalam MCA. Pemilihan CEC DAP menjadi bukti kepada betapa buruk dan tidak demokratiknya parti tersebut. Jokiden suka mengulang ayat iaitu DAP tidak akan mampu memenangi sebarang kerusi dalam PRU sekiranya tidak memainkan sensitiviti kaum dan membesar-besarkan isu perkauman.  
 
Fb  Pencinta Kebenaran 6/5/13
Berikut adalah antara sebab2 PR tidak berpuashati pada PRU 13:
a) Begitu banyak kes pengundi hantu yang berjaya dibongkar.
Di mana pembongkaran ini. Mana buktinya?? Kenapa bodoh sangat untuk mempercayai wujud pengundi hantu ini seperti yang selalu digembar-gemburkan oleh Nuar. Jelas Nuar menipu dan berjaya menipu pengikutnya. Bertahun-tahun SPR mempamirkan daftar pemilih, beratus kali SPR mengwar-warkan jumlah pengundi ialah sebanyak 13.3 juta. Ada sesiapa yang peka untuk menyemak??? Hanya 1,000 orang lebih sikit yang mengambil inisiatif untuk menyemaknya.
Mana perginya 135,000, 70,000, kemudian 40,000 dan akhir sekali 27,000 yang didakwa diangkut dengan penerbangan kelas pertama seperti yang Nuar tipu tersebut. Mana mereka itu pergi mengundi?? Mana pergerakan luar biasa di KLIA sepanjang tempoh PRU ini??? Kalau bukti setakat air liur basi, tak perlulah menjerit, nanti dunia luar mengketawakan Nuar Brahim.
 
b) Dakwat kekal yang dijanjikan langsung TIDAK KEKAL! Padahal berjuta2 habis untuk beli.
Ini lagi bukti betapa tidak cerdiknya pembangkang. Menyusahkan rakyat, mengambil masa yang lama untuk beratur dan dicalit. Ingin kembali ke zaman purba sedangkan SPR telah jauh maju ke hadapan. Nasiblah jika ada yang dakwatnya cepat hilang dan ada juga yang masih kekal hingga kini.
Bila dakwat tidak kekal mana buktinya yang mereka yang sudah mengundi itu dapat mengundi lagi sekali??? Di tempat mana pula mereka pergi mengundi. Jika di tempat yang sama tentulah tidak mungkin kerana nama mereka telah diptong oleh wakil-wakil parti yang ada di pusat mengundi itu. Kecualilah wakil parti itu telah di rasuah oleh wakil BN atau SPR dan mereka buat buta je, atau buat pekak je. Jika itupun berlaku, kertas undi sudah pasti tidak tally. Lagi sekali mungkin wakil calon pakatan  yang berada di situ telah menerima rasuah RM10 juta yang memungkinkan perkara itu terjadi.
 
c) Keputusan hanya diumum jam 1 pagi iaitu paling lambat dalam sejarah Malaysia!
Ini tidak menghairankan kerana jumlah undi yang banyak untuk dikira dengan teliti. Mat Sapu bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dengan Nasharuddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man hanya melibatkan 1200 undi namun keputusan hanya dapat diumumkan pada jam 4 pagi. Inikan pula melibatkan 11 juta kertas undi. Tentulah mengambil masa.
Namun keputusan pastinya dapat diumumkan jika Pakatan tidak buat hal seawal jam 9 malam. Ini tidak berlaku kerana Nuar mengarahkan supaya undi dikira berkali-kali semata-mata untuk melewatkan pengumuman oleh SPR bagi mengwujudkan syak wasangka. Bagi  826 calon yang bertanding mereka sebenarnya sudah tahu samada menang atau kalah sebelum jam 7 mlm lagi kerana balaci mereka telahpun terlebih dahulu menjumlahkan semua undi yang dihantar melalui SMS oleh wakil masing-masing dari bilik mengundi. Kita mesti ingat, selagi undi tidak habis dikira di situ dan wakil tidak menanda tangani borang 13 atau 14, kotak undi tidak dibenarkan diangkut ke Dewan atau Pusat Penjumlahan undi.
d) Setelah DSAI umum PR menang banyak negeri, serta merta banyak pusat kiraan tiba2 blackout dan secara tiba2 undi BN naik mendadak.
Nuar ini pun satu hal, sudahlah bangang, meroyan pulak, apa kuasa dia nak umumkan keputusan PRU. Kuasa itu ada ditangan SPR. Oklah lampu padam selama 10 jam atau 20 jam di pusat2 penjumlahan undi, apa masalahnya??? Di situ ada beratus atau mungkin beribu orang memerhatikan dan memantau situasi termasuk wakil2 pakatan yang mudah dibayar berjuta ringgit tadi oleh SPR dan wakil BN untuk membolehkan undi ditambah. Boleh ke???
TNB mengesahkan tidak ada berlaku blackout, kecualilah yang dirancang oleh puak pakatan sendiri yang memotong bekalan. Lagipun di dalam gelap macam mana nak kira undi yang baru di bawa masuk tu. Dari mana datangnya undi tersebut?? Bagaimana pula jumlah undi itu tally atau sama dengan apa yang ditanda tangani oleh wakil yang mengira di pusat mengundi siang tadi.?? Tidak masuk akal dan kurang akal bagi sesiapa yang mempercayainya. Namun apa kita nak hairan ye tak, lagi kuat pakatan menipu lagi ramai yang mempercayainya.
Nuar Berjaya dengan rancangannya supaya calon-calon pakatan diminta mendesak SPR mengira undi berulang kali supaya terjadi kelewatan dan timbul keraguan, supaya penyokong tolol mereka mempunyai asas untuk percaya dan membuat bantahan.
Bagaimanpula kes di Marang, kita melihat di dalam TV betapa Hj Hadi ketinggalan dan calon BN mendahului. Mungkin selepas ‘blackout’ itulah agaknya berguni-guni undi hantu masuk untuk memenangkan Hj Hadi.  Di Lembah Pantai dari awal hingga akhir Datuk Raja Nong Chik mendahului, tetiba sahaja selepas berlaku  ‘blackout’ undi Nurul Izzah bertambah-tambah dan dia akhirnya menang.   Dikedua-dua tempat ini sahlah Hj Hadi dan Nurul Izzah menang dengan undi hantu yang disekongkolkan oleh wakil BN, wakil pakatan dan petugas SPR. Pastinya mereka telah dibayar berjuta ringgit untuk melakukan penipuan itu dan memenangkan calon pakatan. Duit, siapa yang tak mahu beb!!!
 
e) Berjaya dibongkar apabila 3 peti undi disorok di parlimen Putrajaya.
Kalau sudah dibongkar dan ditemui 3 peti undi tersebut tidak adakah yang mengambilnya dan membawanya ke balai polis dan membuat laporan, siap dengan rakaman video untuk dinaik turun ke laman youtube. Peti undi itu di sorok untuk buat apa??? Dari jam 7.30 pagi wakil pakatan di dalam setiap bilik mengundi itu buat apa??? Mereka tidak periksa ke apa yang ada dalam bilik2 tersebut??? Berapa kertas undi yang dikeluarkan dan apakah mereka menanda-tangani borang kosong dalam mengesahkan jumlah undi di situ???
Kenapa Pakatan melantik semua wakil yang tolol dan mudah dibeli oleh pihak lain dan meletakkan mereka sebagai pemerhati di 8,500 pusat mengundi tersebut. Memanglah pakatan ini tidak cerdik dan dapat ditipu oleh wakil2 yang mereka sendiri lantik. Apapun jika bukti sudah cukup kemukakanlah petisyen PRU, apa perlunya pergi berarak ke Stadium Kelana Jaya????

Buat petisyen supaya Husam Musa boleh menang. Kesian kat dia, sudahlah ditolak oleh pengundi Putrajaya, di Kelantan dia ditolak pula oleh Istana dan otai-otai PAS. Kesian, eloklah undi di Putrajaya, di Permatang Pauh, Lembah Pantai dan Marang dikira semula memandangkan ada keraguan di situ.
 
f) Pada pukul 11pm masih ada peti undi cuba dibawa masuk ke tempat pengundian padahal pusat mengundi ditutup pada pkul 5pm. Adakah tempoh 3 jam tidak cukup untuk proses kira undi di buat.
Ini apa bendanya ini, faham ke tidak proses PRU wahai ‘Pencinta Kebenaran’ atau sengaja nak buat posting kerana anda telah dibayar sebagai jentera The Red Bean Army’??? Apa yang direpekkan ini??
Pusat mengundi memang ditutup pada pukul 5 petang dan peti diseal di depan mata wakil-wakil parti di situ. Pintu tempat mengundi juga dikunci, tiada sesiapa boleh masuk dan boleh keluar. Seal peti undi adalah preraturan SPR. Beberapa minit kemudian di depan mata wakil yang celik tersebut peti undi akan dibuka kembali dan undi mula di kira.
Di peti undi kampong Jokiden jumlah undi tidak banyak hanya dalam 240 sahaja. Sekejap sahaja sudah selesai dan sudah tahu berapa BN dapat dan berapa pakatan dapat. Bantahan tidak ada. Perbezaan undi jauh, jadi tidak ada keributan. 6.30 petugas SPR dan termasuk wakil parti yang bermata buntang sudah keluar dan membawa peti undi ke Kuala Pilah untuk dihantar ke Dewan Pengumpulan undi. Wakil parti membawa salinan borang 13 di tangan masing-masing.
Di tempat yang ramai pengundi proses mengira undi tentulah mengambil masa yang lama. Jika ada bantahan dan kiraan semula, lagi lama proses di situ berjalan. Akhirnya borang 13 hanya boleh ditanda tangani oleh wakil calon setelah undi berkali-kali dikira sehingga pada jam 10 malam. Kenderaan yang membawa peti undi bersama petugas SPR dan wakil parti serta borang 13 di tangan masing-masing menuju ke Dewan penjumlahan undi dalam keadaan letih litak. Jalan pula sesak kerana kenderaan banyak.
Tiba berhampiran dewan penjumlahan undi, maka disekat pula oleh puak pakatan kerana disyaki membawa undi tambahan. Setelah campur tangan polis barulah mereka dapat menyerahkan peti undi kepada Pengurus PRU di dewan berkenaan. Masa sudah lewat jam 11.30 malam. Jika jumlah undi dipertikaikan oleh calon, maka kertas undi terpaksa dikira semula. Akhirnya mengambil masa berjam-jam dan sehingga jam 2 pagi barulah semua pihak berpuas hati dan pemenang boleh diumumkan.
 
g) Negeri Perlis, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan semua BN menang majoriti mudah. Untuk pengetahuan, negeri2 tersebut antara diumum DSAI telah dimenangi PR dan negeri2 tersebutlah yang tiba2 mengalami blackout!!
Nuar kata UMNO/BN sudah tidak dapat lagi memperbodohkan rakyat. Tetapi dalam hal ini Nuar ternyata berjaya memperbodohkan penyokongnya dan penyokongnya dengan bebal mempercayainya. Sepatutnya penyokong berpendirian, biar kita bodoh tetapi jangan diperbodohkan. Sebelum mempercayai kata-kata Nuar ada eloknya jika disiasat terlebih dahulu apa yang keluar dari mulutnya kerana dia kan selalu menipu dan putar belit.
Dalam (g) di atas penghantar posting fb ini beberapa kali dibodohkan oleh Nuar. Pertama kerana mempercayai bahawa berlaku ‘blackout’ sehinggakan Hj Hadi yang pada mulanya kalah kemudian setelah blackout, dia tiba-tiba menang.
Keduanya kerana tidak dapat membaca muslihat Nuar yang mendahului SPR dengan mengumumkan bahawa di Negeri-negeri tersebut pakatan sudah ‘menang’, sedangkan penyokong BN sudah mengetahui BN yang sebenarnya menang walaupun tipis. Di NSDK tidak berlaku tension kerana sejak jam 9 lagi kita sudah tahu BN menang, Cuma nak tunggu pengumuman SPR pada jam 1 pagi sahaja. Itu proses undang-undang. Kalau adapun yang murung di rumah MB ialah kerana NSDK tidak Berjaya memperolehi majority dua pertiga. Selain daripada itu kita sebenarnya sudah merayakan kemenangan sejak awal lagi.
Samada Nuar mendapat maklumat yang salah daripada wakil dia di setiap peti undi di NSDK atau dia sengaja mencipta berita palsu itu sebagai persediaan untuk menyalahkan SPR nanti dan memperbodohkan penyokongnya.  
 
h) Ada pengundi hantu berjaya ditangkap kerana berjaya mengundi 2 kali
Ini lagi syok, Jokiden berharap sangat agar bukti ini dapat di bawa ke muka pengadilan dan jika betul kawasan yang di menangi itu tidak kira oleh parti mana mahkamah mestilah membatalkannya. Jika terbukti pengundi hantu itu mengundi dua kali untuk memenagkan Hj Hadi, maka keputusan Parlimen Marang mestilah dibatalkan dan PRK diadakan. Begitu juga jika terbukti pengundi hantu itu mengundi dua kali di Parlimen Jempol, walaupun majority Tan Sri Mohd Isa melebihi 8,000 maka kemenangan dia haruslah dibatalkan oleh mahkamah dan pengundian semula mesti dijalankan. Kita juga ragu kerana mungkin juga pakatan telah merancang beberapa orang untuk menjadi hantu dan cuba untuk mengundi dua kali semata-mata untuk memerangkap SPR.
 
i) Kertas undi yang dibawa dari luar oleh petugas SPR!! berjaya di tangkap sedangkan adalah mustahil kertas undi boleh berada diluar dan ia satu kesalahan yang besar ! Rakyat yang waras pasti akan menuntut keadilan !
Ini akan menjadi bahan lawak antarabangsa. Mungkin petugas SPR ini telah dibayar berjuta ringgit untuk tujuan ini. Sikit-sikit tak mainlah beb.. Juta-juta ok, kalau masuk penjara juga ok. Jika kertas undi dari luar di bawa sekalipun ia tidak akan diterima oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya sekiranya jumlah undi tersebut akan membezakan dengan jumlah undi yang telah ditanda tangani oleh wakil parti siang tadi. Ini perkara besar, jangan main-main. Jika isu calit dakwat yang tidak betulpun wakil pakatan sanggup bertegang leher, inikan pula jumlah undi yang berpuluh ribu ditambah… Hahahaha… lucu betul. Mari kita gelak.
Orang Cina terlalu bencikan UMNO, kerana sudah lama berkuasa dan diapi-apikan oleh Kit Siang dan kuncu-kuncunya. Kaum Cina digambarkan sebagai kaum yang tertindas di Malaysia ini dan MCA telah gagal menjaga kepentingan kaum Cina. Orang Cina mestilah memberikan undi kepada DAP kerana hanya DAP yang dapat membela nasib kaum Cina. Lagi lucu. kah..kah..kah..kah..
 
 

Monday, April 15, 2013

BERAPI!!!, Klon LKY Bertanding Di PRU13. Rakyat Malaysia.. Sedarlah.

 
 

Mungkin inilah hasil daripada ulang aliknya Lim Guan Eng Ke Singapura setiap bulan atau setiap minggu sejak mengambil alih Pulau Pinang. Mungkin ini juga hasilnya kunjungan Lee Kwan Yu ke Kota Bharu bertemu dengan Nik Aziz suatu ketika dahulu.
 
Mungkin juga ini sebabnya kenapa Lim Kit Siang Ikan begitu teruja untuk bertanding di Gelang Patah. Mungkin ini juga yang dikatakan oleh Tun Mahathir betapa berusahanya DAP hendak menghasut orang Cina supaya membenci orang Melayu.
 
Kita tidak akan terperanjat nanti sekiranya akan ada sebuah bengkel khas di Johor Baharu yang memberikan khidmat menukar nombor pendaftaran tersebut buat sementara waktu ke nombor pendaftaran Malaysia secara palsu bagi menjalankan misi ini nanti pada hari mengundi kelak.
 
Keberanian puak-puak DAP ini ialah hasil daripada sokongan atau kerjasama yang diberikan oleh PKR dan PAS kepada mereka. Maka benarlah bahawa Si Kitol moden telah menjelma di negara kita ini. Adalah menjadi tugas setiap warga negara yang cintakan negara ini supaya bertindak menghancurkan petualang yang berselindung di sebalik retorik demokrasi ini.

Kenderaan seperti di bawah mungkin akan masuk seminggu sebelum hari mengundi atau dua hari sebelum bagi mengelakkan dikesan oleh pihak Kastam di Tambak Johor. Apapun sekiranya Orang Melayu bersatu di bawah panji-panji UMNO dalam PRU kali ini, misi mereka pastinya akan gagal.
 

Pihak asing bantu DAP menang PRU-13?


 
ANTARA kereta bernombor pendaftaran negara jiran yang tertera cogan kata 'Ubah' dijangka masuk ke negara ini pada hari mengundi 5 Mei depan.
 
KUALA LUMPUR 14 April - Sebuah parti politik dari sebuah negara jiran didakwa membantu secara dekat untuk memberi kemenangan kepada DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 
Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ng Lum Yong berkata, menurut sumber yang juga seorang kenalan beliau yang bekerja di negara berkenaan, terdapat satu perancangan besar sedang giat dijalankan untuk membantu membawa pulang pekerja Malaysia membuang undi pada 5 Mei ini dengan tawaran cuti dan elaun khas.
 
Kata beliau, sebanyak 100 buah kereta dengan nombor pendaftaran negara itu yang tertera cogan kata 'Ubah' dijangka memasuki negara ini pada hari pengundian.
 
"Kerajaan negara itu melalui parti tersebut akan menanggung segala perbelanjaan rakyat Malaysia yang akan balik mengundi termasuk mereka yang tinggal di negeri berdekatan dan membayar tiket penerbangan jika mereka mengundi di negeri lain.
 
"Mereka turut diberikan cuti khas dua hari tanpa dikenakan pemotongan gaji iaitu pada 3 dan 6 Mei nanti,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
 
Dalam pada itu, beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta membuat siasatan berhubung dakwaan serius tersebut kerana membabitkan campur tangan kuasa asing dalam pilihan raya umum negara.
 
"Nampaknya hubungan antara parti berkenaan dan DAP semakin erat dengan kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.
 
"Bersungguh-sungguh parti dari negara jiran itu untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan parti itu di Malaysia,'' katanya lagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130415/px_08/Pihak-asing-bantu-DAP-menang-PRU-13#ixzz2QTg7vVJ9
© Utusan Melayu (M) Bhd


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

Monday, April 8, 2013

Cabang, Ranting Dan Terkini Uratpun Habis..

 
 
 
 
Ahli sudahlah tak seberapa, habis pula meninggalkan parti. Nampak gayanya PKR Pasir Salak kenalah mengupah orang luar dari kawasan tersebut untuk menjadi jentera mereka dalam PRU13 kelak. Memang tanda nak bungkuslah tu.
 
Parti anak beranak ini sudah nyata dan jelas tidak akan bertahan lama. Sebabnya mudah je, rakyat akhirnya akan muak apabila pemimpinnya cakap tidak serupa bikin.
 
Apa yang mereka tuduh UMNO/BN lakukan merekalah sebenarnya yang mengamalkan perkara tersebut. Sebab itu rakyat yang telah cerdik lambat laun akan pergi juga meninggalkan Parti Kencing Rakyat ini.  
 
Jika dalam tempoh sebulan sebanyak 500 orang ahli keluar parti, maka alamatnya parti itu hendak ghuyuplah tu.  Padan dengan muka pemimpin pakatan yang banyak bersandiwara siang dan malam.
 
 

PRU-13: 27 lagi ahli PKR Pasir Salak sertai UMNO, 429 orang dalam seminggu

PASIR SALAK 8 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bercita-cita mahu merampas Parlimen Pasir Salak daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 terus menerima tamparan hebat apabila 27 lagi ahlinya bertindak meninggalkan parti itu.
 
Perkembangan itu sekali gus memberi tekanan kepada kepimpinan pakatan pembangkang di Pasir Salak selepas 428 ahli dan pemimpin PKR meninggalkan parti itu setakat ini, dalam tempoh tidak sampai sebulan.
 
Kesemua 27 ahli PKR tersebut berikrar memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN), menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman dalam satu majlis di sini malam tadi.
 
Wakil kumpulan itu, Mohd. Tarmizi Abu Bakar, 40, berkata, keputusannya meninggalkan PKR sudah bermain-main difikirannya sejak enam bulan lalu selepas melihat pucuk pimpinan parti itu gagal menunaikan janji-janji kepada rakyat.
 
"Keputusan menyertai UMNO bukan dipengaruhi mana-mana pihak tetapi atas keyakinan terhadap BN yang saya lihat bersungguh-sungguh menjaga kebajikan rakyat di Pasir Salak,'' katanya yang menyertai PKR Ranting Parit 4A sejak tiga tahun lalu.
 
Pada 8 Mac lalu, bekas Setiausaha PKR Ranting Felcra Seberang Perak 1, 2 dan 16, Mokhtar Ridzuan dan bekas Ketua Pemuda PKR Pasir Salak, Mohd. Hairul Hanip mengetuai 340 ahli mengisytiharkan meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO.
 
Parti pembangkang itu terus menerima kejutan apabila 62 ahlinya yang diketuai Setiausaha PKR cabang Pasir Salak, Ahmad Taufik Hassan membuat tindakan sama pada 3 April lalu.
 
Mohd. Tarmizi berkata, dia dan rakan-rakannya juga berikrar akan bertungkus-lumus membantu jentera BN pada PRU-13.
 
Sementara itu, Tajudin mengalu-alukan tindakan kumpulan tersebut sambil menyifatkannya sebagai simbol gelombang sokongan rakyat kepada BN.
 
Katanya, kredibiliti PKR juga semakin tercalar apabila ramai ahlinya hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti itu yang hanya bercakaran sesama sendiri menjelang pilihan raya.
 
"Kepimpinan PKR dilihat semakin menggelabah apabila ramai ahlinya menyokong BN dengan menjadi ahli UMNO. Ini memberi tekanan yang bukan sedikit kepada parti itu apabila momentum sokongan terhadap BN semakin meningkat,'' ujarnya. - UTUSAN ONLINE

 
 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

Monday, January 21, 2013

Bila UMNO/BN Menang 2/3 Kerusi Parlimen.. Apakah Implikasinya..??


Seorang kawan baru sahaja menghubungi Jokiden. Dia bertanya betul ke Parlimen bubar 22 Februari hari Jumaat,.. Penamaan Calun pada 16 Mach Sabtu dan hari mengundi ialah pada 30 Mach..Sabtu.
 
 
 
Jokiden jawab tidak tahu, namun kemungkinan itu ada. Kini orang ramai rakyat Malaysia, sudah tidak ada lain tajuk yang seronok untuk disembangkan melainkan tajuk PRU13. Terima kasihlah PM DS Mohd Najib kerana berjaya mengwujudkan mood pilihanraya ini.
 
Jokiden juga mengatakan kepada kawan tersebut yang Jokiden tidak kisah dengan tarikh itu kerana akhirnya ia akan tiba juga. Doa Jokiden menjelang PRU13 ini ialah supaya diri ini sihat mental dan fisikal kerana Jokiden pasti akan melibatkan diri. Juga Jokiden minta ibu dan nenek Jokiden juga sihat kedua-duanya agar tidak menganggu tumpuan Jokiden semasa berkempen kelak.
 
Sekarang ini semuanya sudah cantik, kembali normal dan berpihak kepada UMNO/BN. Rating populariti PM dalam kajian pihak-pihak tertentu menjangkau atau mencecah sehingga ke 70%. Maknanya pembangkang berkongsi baki 30% tersebut dengan pihak lain. Jika di negara Barat, Rating 65% ke 70% populariti ini alamat puak pembangkang akan kalah teruk lah. Rating PM adalah juga rating UMNO/BN.

Jika rating PM jatuh 2 atau 3 peratus tak ada hallah.. Biasa tu, Jumlah itu tidak cukup besar untuk merudumkan sokongan kepada UMNO/BN. Jokiden juga berdoa agar menjelang bulan MAC ini tidak berlaku perkara-perkara besar yang tidak mampu ditangkis atau ditangani oleh UMNO/BN. Jika ini terjadi juga, mungkin segala yang cantik dan indah saat ini akan bertukar menjadi kelam pula.
 
Tun Mahathir telah mengatakan jika UMNO/BN tidak memperolehi 2/3 majoriti kali ini maknanya BN kalah. Kata beliau BN tetap akan menang, cuma jika tidak sampai ke 2/3 majoriti, kemenangan itu tidak membawa makna.
 
Walaupun Jokiden meramalkan UMNO/BN akan menang 171 kerusi, Bebas 1 kerusi, PAS 9 kerusi, PKR 5 kerusi dan DAP 36 kerusi, namun itu hanya sekadar bahan bualan dan perbincangan semata-mata. Hakikatnya kebimbangan tetap wujud di hati ini, maklumlah dalam semangat yang berkobar-kobar inginkan kejayaan UMNO/BN, faktor luar jangka mesti juga diambil kira.
 
Komen-komen dari puak pakatan tentang keputusan yang Jokiden paparkan itu mestilah negatif. Ada yang mencemek bibir. Namun dalam memberikan motivasi kepada diri ini, itulah yang sering Jokiden katakan. Mereka tentulah tidak mahu menerima hakikat atau omongan tersebut lebih-lebih lagi bila Jokiden mengatakan di Sabah UMNO?BN akan menang 100% kerusi DUN dan Parlimen. Sedangkan blog ini juga pernah menulis bahawa antara negeri yang mungkin memusnahkan BN dan berpaling tadah ialah Sabah.
 
Setakat itu, kita kembali kepada tajuk posting ini. Apa akan terjadi sekiranya UMNO/BN memperolehi majoriti dua pertiga:
 
UMNO/BN akan kembali bongkak?? Tidak mungkin kerana Tranformasi politik, ekonomi dan sosial yang diperkenalkan oleh PM tidak akan mengizinkan suasana itu kembali berulang.
 
Pindaan Perlembagaan Persekutuan mampu dipinda tanpa perlu sokongan puak pembangkang. Ini memudahkan kerajaan dalam menguruskan negara. Maknanya segala yang baik untuk rakyat akan mudah dilakukan oleh kerajaan tanpa mampu disanggah oleh pembangkang.
 
Tidak ramai lagi individu yang akan bermulut celupar, cakap ikut suka hati sahaja kerana mereka akan diheret ke muka pengadilan. Ketika itu segala provokasi yang boleh menimbulkan suasana tegang seperti isu perkauam, isu agama, isu hak bumiputra, isu pendidikan, isu raja-raja dan isu pendidikan pasti mudah dibendung. Kerajaan akan bertindak kerana mandat besar telah diperolehi.
 
Orang Cina akan mendesak kepimpinan DAP supaya menyertai atau bergabung dengan BN. Eh ke situ pulak?? Masyarkat Cina yang terkenal dengan dunia perniagaannya sudah tentu tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan negara semata-mata kerana DAP berfungsi secara sendirian. Tanpa sokongan kerajaan pusat DAP yang menguasai negeri sebenarnya tidak akan kemana. 
 
Segala suasana kalut yang dipelopori oleh puak pakatan sekarang ini akan berakhir, dan negara akan kembali aman tenteram. Pelabur asing akan berduyun-duyun datang dan turut memakmurkan negara ini.
 
Dua pertiga bermakna memudahkan kerajaan untuk merancang pembangunan negara dan gejala rasuah pasti dapat dikurangkan ketahap minimum. Tengoklah nanti.
 
Dua pertiga juga mungkin akan mengkuburkan terus perjuangan puak-puak LGBT, Kristianisasi dan PKR. Mereka akan hanyut ditelan arus pembangunan negara.
 
Dua pertiga juga pastinya memudahkan lagi perancangan untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, negara di mana rakyatnya  berpendapatan tinggi.
 
Yang pentingnya Transformasi yang di perkenalkan oleh PM DS Mohd Najib akan terus berjalan dengan lancar demi untuk faedah rakyat pelbagai kaum di negara ini. 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Saturday, November 24, 2012

PM Akan Bubar Parlimen Esok Atau Isnin. Biar Betul??...


 
 
 
 
 

Hari ini Jokiden sempat menghadiri beberapa jemputan kenduri sejak awal pagi lagi. Ramailah kenalan yang sempat ditemui. Kenalan ini pula terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai fahaman ideoligi politik.
 
Biasalah cerita tidak dapat lari daripada kisah politik, kisah doa atas padang, doa Palestine, Perhimpunan Agung UMNO minggu depan dan PRU13.
 
Sedang syok berbual, bersantai dan kena teh tarik seorang orang politik datang menepuk bahu Jokiden.
 
Biasanya dia ni akan becerita panjang jika Jokiden sudi mendengar ceritanya. Kali ini dia hendak cepat katanya. Yang menarik dikhabarkannya yang membuatkan Jokiden dan rakan2 lain sedikit terkejut ialah..
 
"Saya bakal YB, PM akan bubar Parlimen esok atau Isnin" Katanya penuh yakin. Bila ditanya sumber mana dia dapat, dia tak mahu memberitahu.
 
Balik ke rumah Jokiden buka blog2 dan posting mutakir rakan-rakan,.. tak ada pulak berita sensasi ini.


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Monday, July 16, 2012

PRU13 Tahun Ini.. TPM.


 
Semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu, Timbalan Perdana Menteri ada menyebutkan bahawa PRU13 akan diadakan pada tahun ini juga.

"Saya dah bagi tahu Perdana Menteri bahawa yang seeloknya pilihanraya mesti diadakan pada tahun ini juga.." Kata beliau.

Selepas ini bolehlah pemerhati politik membuat spekulasi semula tentang tarikh PRU13 tersebut. Tarikh 16 September tidak boleh ditolak ke tepi begitui sahaja.  TPM selaku Timbalan Presiden UMNO juga akan menemui Bahagian-bahagian UMNO yang telah dikenal pasti mempunyai masalah dalaman dan seterusnya mencari jalan penyelesaian.

Bahagian-bahagian tersebut adalah Bahagian di mana BN mempunyai peluang cerah untuk menang dalam PRU13 kelak.

Semalam juga TPM telah melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap komitmen parti komponen BN yang terlalu mengharapkan usaha UMNO dalam menarik sokongan rakyat demi kemenangan calon BN, Tentu ada sesuatu yang TPM tidak puas hati dan lantas menegur parti-parti gabungan supaya melipat gandakan usaha meraih sokongan tersebut.

Lebih 50 tahun UMNO memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon daripada parti lain dalam komponen BN. Ini fakta yang tidak boleh dinafikan. Hanya pada PRU12 ahli UMNO kelihatan sedikit meragam dan sanggup memberikan kepada calon pihak lawan.

 
Kemarahan ahli UMNO bukan sebab hasutan PAS atau PKR, tetapi kerana rasa tidak puas hati yang tinggi terhadap kepimpinan parti. PAS mana mampu menghasut ahli UMNO supaya beralih arah.

 
Akibat ahli UMNO meragam maka beberapa kawasan tradisi seperti Teluk Kemang, Bukit Gantang, Taiping, BM dan Sg Siput terlepas ke tangan pembangkang. Dalam PRU13 kawasan-kawasan ini bakal kembali kepada  BN.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Sunday, June 24, 2012

Habislah.. Tun Mahathir Mohamad Bersuara Lagi....

 

Malaysia membangun mengikut kadar yang sepatutnya dan dijangka mampu menjadi negara maju pada 2020. Malaysia juga diurus dengan baik oleh BN sejak 50 tahun dahulu. Keadaan di Malaysia tidak sama dengan keadaan di negara-negara Arab. Itu antara pendapat terkini daripada mantan Perdana Menteri dalam entry di blog beliau.

 
Rakyat yang rasional bersetuju dengan pandangan beliau. Namun rakyat yang mempunyai rasa rendah diri, yang ego, yang gila hendak berkuasa sudah tentulah berasa skeptikal dengan saranan tersebut.

 
Ada rakyat yang cerdik dan berilmu tetapi memandang rendah pula kepada orang lain, yang sering merasakan diri sendiri hebat, juga akan mempunyai pandangan yang berbeza dengan mantan PM ini.

 
Untuk mencari kesempurnaan adalah hampir mustahil dalam negara berbilang bangsa, keturunan, suku kaum, adat resam budaya dan agama ini. Kemampuan kerajaan UMNO/BN menjamin kestabilan negara dan menjaga keamanan ini sudah cukup menjadi bukti bahawa kerajaan ini penuh bertanggung-jawab.

 
Kepincangan berlaku di mana-mana, bukan sahaja dalam urusan pentadbiran negara ataupun di dalam urusan parti politik, tetapi meliputi semua kehidupan.

 
Pembangkang sering menyalahkan kerajaan terutamanya UMNO/BN dan Perdana Menteri dalam apa sahaja isu. Ini boleh difahami kerana mereka mesti memomokkan kerajaan demi kelangsungan nyawa politik mereka. Jika mereka asyik memuji kerajaan pula, nasib masa depan politik mereka pastilah kabur. Namun kebenaran dan bukannya fitnah yang dituntut oleh rakyat daripada pembangkang. Peranan mereka sebagai kumpulan pengimbang mestilah berpaksikan fakta dan kebenaran.

 
Tidak ada yang sempurna. Menguruskan sebuah keluarga kecil tetap mencabar, inikan pulak dalam menguruskan negara dan rakyat sebanyak 28 juta orang. Dalam setandan kelapa mesti ada yang mumbang.

 
Dalam sebuah keluarga tegar penyokong PAS di Kelantan, mungkin ada seorang dua yang menyokong UMNO. Begitu juga dalam sebuah keluarga seramai 9 orang penyokong kuat UMNO di Felda Bukit Jalor mungkin ada satu atau dua orang yang berbeza fahaman politik dan menyokong pembangkang.   

 
Dalam berpuluh ribu pemandu teksi di seluruh negara pasti ada penyokong pembangkang yang tidak akan berterima kasih dengan pemberian tayar percuma oleh kerajaan UMNO/BN.

 
Dalam beratus ribu kakitangan awam yang menerima gaji  setiap bulan daripada kerajaan UMNO?BN, masih ada segelintir yang berkiblatkan pembangkang dan mencari pelbagai alasan untuk menghalalkan perbuatan mereka seterunya untuk menghalalkan gaji yang mereka terima.

 
Kita tidak terperanjat di dalam organisasi PDRM masih ada orang Nuar. Di dalam dunia media masih ada yang bersimpati dengan Nuar. Di dalam SPR masih ada kaki tangan yang menyalurkan maklumat ataupun melakukan sabotaj terhadap kerajaan. Musang berbulu ayam ada di mana-mana. Pemimpin UMNO yang terlibat dengan politik wang di zaman Nuar sekitar tahun 1990 hingga 1993 masih ada yang memegang kuasa sampai hari ini.

 
Di dalam GLC, walaupun mereka sedar mereka berada di situ atas sebab UMNO/BN namun masih ada yang ego dan merasakan diri hebat, lalu mengalihkan sokongan kepada musuh kerajaan. mereka ini memberi komen menerusi kerusi empuk di dalam bilik yang nyaman di bangunan mewah. Sedangkan mereka lupa jika tidak kerana kesanggupan orang-orang UMNO memanjat tiang dan pokok untuk  menggantung bendera parti, mereka belum tentu berada di situ. 

 
Dalam komuniti koperat dan perbankan juga terdapat ramai yang percaya kepada Nuar, Nik Aziz dan LGE dan percaya mereka akan mendapat kuasa dan perlu disokong. Masih ramai yang menaruh harapan dan membina impian.  

 
Tidak semuanya baik dan ada yang 'jahat' Di kalangan pemandu teksi ramai yang berhemah, menjaga tertib, menjaga penampilan dan tidak menipu. Tetapi pasti ada yang mengambil kesempatan dengan mengenakan tambang sehingga RM100.00 dari KLIA ke KL.

 
Begitu juga dikalangan pemimpin UMO/BN yang berjumlah beribu-ribu orang tersebut mestilah ada yang berperangai tidak senonoh, mesti ada yang rasuah, mesti ada yang tidak memperdulikan nasib rakyat, mesti ada yang gila perempuan. Ini biasa sebagai manusia biasa yang tidak maksum.

 
Menerusi transformasi inilah Perdana Menteri berusaha sebaik mungkin untuk mengubah segala-galanya. Beliau menyedari segala kepincangan tersebut. Beliau sudah meminta maaf dan beliau meminta di beri peluang untuk menunjukkan komitmen beliau dalam memacu negara ini ke arah yang lebih gemilang. Beliau mendengar denyut nadi dan hati budi rakyat. Beliau wajar diberi peluang. 

 
Ikuti saranan mantan Perdana Menteri di bawah:

 
15. Some who see the Arab Spring seems bent on proving that the Government of this country is like the Governments of these Arab countries. The Government is being demonised despite the fact that this country with less resources than the Arab countries has developed beyond expectations; has given its citizens a good life and has seen democratic election being held wherein the Government party suffer serious losses and the opposition make very substantial gains. In Malaysia, unlike in the authoritarian countries in the Arab world, there has never been elections in which the Government gets 90% of the votes. Admittedly the same party has won all the 12 elections. This is frustrating for the opposition parties. But as much as the people can reject the Government party, the people also have a right to return the same party in any election. What is important is that support for the party is due to its success in developing the nation and meeting the needs of the people.

16. Change is not always for the good. There have been many instances when changes have brought disaster for the nation.

17. On the other hand the people have a right to criticise or even condemn the Government they elected. This is necessary to keep the Government on the straight path.

18. Some time between now and mid-2013 Elections must be held. I hope the people will not be swayed by the campaign of hate but should make a proper assessment of the qualities of the people and parties which will contest. Think of the development and progress of this country and choose wisely. Read More.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Friday, June 15, 2012

Mat Sabu Pun Nak Keluar Fatwa...Kah..Kah..Kah..

Ini dulu, sekarang DAP wangi, UMNO busuk.

Kalut betul tentang tarikh bubar Parlimen ni.. macam-macam hal pembangkang timbulkan. Panas macam goreng pisang. Suka hati PM lah bila dia nak bubar Parlimen. Apa?? pembangkang dah tak sabar sangat ke nak kalah...?? Ambik je lah dulu duit elaun tu sementara rezeki masih ada. Sok bila dah kalah, tak ada lagi jawatan, elaunpun tentunya tak ada..

Kini Mat Sapu pulak nak tumpang semangkuk, nak buat fatwa, nak suruh orang tanggung dosa. Seingat Jokiden yang berani tanggung dosa orang lain ini hanya orang PAS. Dulu seorang imam PAS di Terengganu terlupa baca surah Al-Fatihah pada rakaat kedua Sembahyang Jumaat, dia terus capai mikropon dan umumkan semua dosa hari tu dia tanggung.. Eh boleh tanggung-tanggung dosa orang lain pulak.


Apa hal pulak Mat Sapu ni suruh PM tanggung dosa orang yang tak pergi tunai haji?? sepatutnya jika nak tanggungpun orang yang melarang orang pergi haji itulah yang lebih afdal. PM tak suruh orang tangguhkan haji, sebab PM tahu bukan senang nak dapat peluang, senarai menunggu terlalu ramai, hinggakan berpuluh tahun terpaksa menunggu.


Bila dapat peluang pergi haji senang-senang nak tangguh semata-mata nak memuaskan nafsu serakah pemimpin PAS. Senang-senang nak tangguh sebab nak berikan undi kepada calon DAP, kafir harbi yang memusuhi Islam dulu kini dan selamanya.


Dapat peluang pergi Mekah senang-senang nak tangguh sebab nak membantu DAP kafir harbi dalam pilihanraya untuk meruntuhkan kerajaan yang sedang dipimpin oleh orang Islam? Tak masuk akal semua saranan pemimpin-pemimpin PAS ini.


Ahli PAS pula terlampau jumud dan malas nak berfikir dan malas nak bertindak, ikut membuta tuli sahaja semua saranan pemimpin mereka. Kini semuanya lega PM dah beri jaminan PRU13 tidak akan diadakan pada musim haji.

 “Najib yang berkuasa untuk membubarkan parlimen bukan Datuk Tuan. Apa susah sangat nak umum tarikh PRU13? Umumlah sahaja,” kata Mat Sabu kepada Harakahdaily.

Mat Sabu berkata kalau betul PRU13 akan di musim haji untuk kemenangan BN, Najib yang perlu menanggung dosa umat Islam yang menangguhkan ibadah haji untuk PRU13.

Beliau berkata semua pihak mendesak Najib mengumumkan tarikh PRU13 dengan lebih awal supaya mudah untuk rakyat merancang membuat persediaan yang perlu.

“Kalau buat musim haji, sudah tentu orang yang terlibat terus PRU13 akan tangguh, calon tunai haji, siapa yang kempen? Yang paksa mereka tangguh itu Najib sebab buat PRU13 musim haji,” tegas beliau
. Dari blog MPP


Related Story:


Nanah PAS Pecah

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Wednesday, June 13, 2012

Mat Sabu Beri Amaran..Tuan Ibrahim Tidak Perlu Kalut Sangat..




Tak perlu kecoh-kecoh sebenarnya jika PRU13 diadakan pada musim haji. Benar undi itu penting dan satu undi pun boleh menentukan kalah menang seseorang calon seperti yang berlaku di Kelantan.

Kuota haji Malaysia adalah sebanyak 26,000 orang. Jumlah yang terlibat bagi satu-satu kawasan Parlimen puratanya ialah sekitar 120 orang.

Bukan semua jemaah haji terdiri daripada penyokong PAS, PKR atau DAP. Sebahagian besar juga adalah merupakan penyokong UMNO/BN.

Bukan tidak pernah PRU diadakan pada musim haji. Dulu masa PRU 1995 juga diadakan pada musim haji. Tidak ada masalah. Ada calon yang telah berada di Tanah Suci, dipanggil balik buat sementara waktu untuk bertanding dan apabila selesai PR dia kembali semula ke Mekah untuk menunaikan ibadat hajinya.

Untuk menjadikan musim haji sebagai isu PRU13 adalah tidak beberapa wajar. Sekarang bukannya mudah untuk mendapat peluang menunaikan haji kerana jumlah senarai yang menunggu semakin tahun semakin meningkat.

Jika mendapat peluang untuk ke sana tetapi menangguhkan pula semata-mata untuk mengundi dalam PRU rasanya tidak berbaloi dan tidak beberapa munasabah. Kok semua jemaahpun menangguhkan  pemergian mereka ke Tanah Suci untuk mengundi pakatan, pakatan tidak akan menang dalam PRU13 kelak. Percayalah.

Jika PAS Kelantan mendakwa 70% jemaah haji dari sana adalah penyokong Pakatan, begtu juga 70% jemaah haji dari Johor mungkin merupakan penyokong tegar BN. Jangan dihasut penyokong tegar menangguhkan ibadat haji semat-mata hendakan undi mereka.

Malah jika dibuat analisa secara menyeluruh berdasarkan senarai daftar di SPR, mungkin jemaah haji yang pro BN lebih ramai jumlahnya daripada jemaah yang pro pakatan.

Jadi tidak usahlah dipolitikan isu menunaikan haji ini. Jika sudah ditakdirkan PRU13 akan dilangsungkan pada musim haji, terima sajalah. Yang pergi sebanyak 26,000 hingga ke 28,000 orang. Yang tinggal untuk mengundi masih ramai iaitu lebih 12 juta orang.

Lebih 20,000 penyokong Hassan Ali di Kelantan
 
Sebahagian daripada orang ramai yang hadir mendengar ceramah dalam siri jelajah Bicara Memperkasakan Ummah oleh Hasan Ali di padang SMK Belimbing Tanah Merah, Kelantan, malam semalam. - UTUSAN/Aizzul A. Majid
 

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Wednesday, March 28, 2012

BLOGGER2 OTAI BN YANG BERPINDAH KEM

Dalam posting terdahulu, catatan telah terkeluar daripada tajuk dan seperti yang dijanjikan posting ini adalah  maksud sebenar penulis. Sebenarnya tajuk 'LAMAN WEB SPR KENA GODAM!!'  adalah antara kebimbangan Jokiden menjelangnya PRU13, dan juga pada masa hari mengundi kelak.


Semua bersetuju, dalam mana-mana pilihanraya parti-parti yang bertanding akan melakukan apa sahaja demi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Di negara ini terutamanya parti pembangkang akan berubuat apa sahaja hinggakan ada masanya sanggup melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara semata-mata nak mencari kemenangan.

1. Amat dibimbangkan ialah pencerobohan kepada sistem sesawang SPR. Seorang bekas penyokong tegar Pembangkang pernah mendedahkan bahawa pada PRU12 orang asing pernah digunakan untuk 'mengganggu' laman web SPR. Pihak SPR harus senantiasa memantau perkara ini kerana sekiranya ia dapat dicerobohi, implikasinya bukan kecil nanti. Berlaku sedikit sahaja ketidakstabilan dalam sistem akan dimanipulasi sebaik mungkin oleh pembangkang kelak dengan mengatakan bahawa SPR bersekongkol dengan BN dan ini pastinya memudaratkan.

Teringat juga penulis kepada video tvpas 12 minit  yang dimuat turun ke youtube tentang setengah juta pengundi hantu dan 18,000 orang berada di Pekan yang didedahkan oleh Nuar Brahim. SPR sudah respon ke belum saya tidak pasti. Kali pertama menontonnya hanya 30 orang pelawat, kini view telah mencecah puluhan ribu. Jika Nuar menimbulkan perkara remeh temeh pada anggapan SPR, ianya juga perlu dijelaskan walaupun dengan cara yang remeh juga. Jika tidak persepsi orang ramai ialah seperti tuduhan Nuar iaitu SPR menipu. Ini isu yang dekat dengan hati rakyat dan Nuar amat sukakannya. Biasalah dia menggunakan ayat puakanya iaitu "saya mempunyai bukti kukuuuuhhhhh!!!" So SPR tolong respon dan jangan musnahkan semua yang baik yang BN telah reformkan hanya dengan sedikit kecuaian.

2.  Turut membimbangkan Jokiden ialah dana asing digunakan untuk membeli undi terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar. Rasanya dengan jumlah 3 billion, cukup untuk mengubah keputusan pilihanraya umum di negara ini. Kalau dana asing digunakan setakat untuk jentera kempen PRU oleh pembangkang, masih boleh ditangani tetapi jika dana digunakan untuk merasuah pengundi, kesannya amat menakutkan. Pengundi akan berkata "alah aku seorang yang tak mengundi BN, no hal lah, ramai yang lain akan mengundi.." apa kata jika 2 juta pengundi beranggapan demikian di dalam hati mereka.? Perkara ini mesti di pantau, kerana ianya tidak mustahil berlaku dan Tan Sri Kadiaq telah menyebutnya samada secara tidak sengaja atau secara sengaja dengan motif tertentu.

3.   Agen asing menyibuk semasa PRU13 dan ditakuti peranan mereka bukan setakat pemerhati tetapi sebaliknya ingin mempastikan proxi mereka memenangi pilihanraya atau ingin membuat kekacauan. Mereka akan berselindung di sebalik ingin memantau, ingin mempelajari dan sebagainya. Nasihat mantan Perdana Menteri Tun M, harus direnungi oleh rakyat iaitu hanya pengundi dan rakyat yang dapat menamatkan riwayat politik Nuar ni. Rakyat mesti menolak Nuar jika mahukan negara terus stabil, katanya.

4.  Terlintas juga pada fikiran, keadaan akan menjadi kalut sekiranya pada saat akhir terdapat komponen BN yang melompat dan mengistiharkan keluar gabungan. Langkah menanganinya mesti difikirkan sekarang. Kisah Yong Teck Lee dan Pairin dulu harus dijadikan iktibar. Perkara ini boleh terjadi disebabkan oleh banyak faktor seperti kerenah pemimpin, pembahagian kerusi, tawaran lumayan, hilang keyakinan ataupun kerana marah. 

5.   Pendatang asing yang berjuta-juta jumlahnya di negara ini mungkin diupah untuk melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan imej kerajaan, imej polis dan imej SPR. Dana pembangkang kan besar, apabila melihat kepada suasana yang tidak mungkin menyebelahi mereka kelak, mungkin mereka akan membuat onar supaya keadaan menjadi tidak terkawal, PRU dibatalkan dan media asing melaporkan seluas-luasnya.

6.  Pengumuman orang-orang lama dan berpengaruh keluar parti dan menyertai pembangkang atas alasan-alasan yang tidak masuk akal. Mungkin ramai yang akan mengikut langkah Tan Sri Kadiaq, cuma menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Mereka bukan suka dengan pembangkang, cuma mereka tak sukakan BN lagi. Sedikit sebanyak kesannya pasti ada terutamanya kepada pengundi atas pagar.

7.  Bimbang juga beberapa orang blogger otai BN beralih angin dan menyertai kumpulan blogger pembangkang. Jika blog yang kecik-kecik tak apa, tetapi kalau blog yang menerima hit berjuta pengunjung meninggalkan group blogger BN ni, pasti meninggalkan kesan yang besar juga nanti. Ia akan jadi salah satu bahan kempen pembangkang yang akan dimanipulasi semaksimum mungkin. Misalnya ada blogger yang berpotensi jadi calon, tetiba nama tak naik.

8.  Keluar isu-isu besar yang tidak dijangkakan pada saat-saat akhir yang tidak mampu dijelaskan kembali oleh kerajaan. Ini pasti menjadi bahan atau modal kempen pembangkang. Isu-isu lama yang menguntungkan mereka walaupun ternyata fitnah dan tidak benar tentulah akan dikitar semula, diberi nafas baru, diberi sentuhan istimewa demi untuk memesongkan pemikiran rakyat. Isu-isu peribadi yang menggila juga pastinya digunakan secara meluas kali ini. BN mesti bersedia.

9.  Pembangkang akan menggunakan cara berkempen yang agresif. Ini sebenarnya sedang mereka susun. Kerana PAS memerintah negeri miskin Kedah dan Kelantan, maka dana akan ditanggung oleh DAP dan PKR. Buat apa sahaja. Lakukan apa sahaja, segala peruntukan beres. Namun biasalah mereka akan kata  mereka miskin, kurang dana, kurang jentera, BN terlalu kuat, 2/3 tak mungkin, dapat kekalkan 4 negeri jadilah, bla..bla..bla...itu nak tarik simpati.

10. Turut dibimbangi ialah rusuhan dirancang pada hari mengundi. Pembangkang akan merancang apa sahaja. Satu kisah sebagai contoh, pada ceramah pertama selepas penamaan calon pada pilihanraya kecil Lunas, seorang penceramah mengingatkan pendengar bahawa "pada hari mengundi kelak akan ada 10 buah bas membawa pengundi hantu dan kita mesti halang..."  Jokiden berada betul-betul di depan pentas dia bercakap. Bila akhirnya pada hari mengundi benar ada 10 buah bas yang membawa penyokong pembangkang dan di tohmahkan sebagai pengundi hantu BN, maka rakyat marah dan undi berpihak kepada si muka bulan tu. Maknanya mereka membuat perancangan untuk menimbulkan suasana sedemikian kerana itu boleh memberi keuntungan kepada mereka. Walaupun akhirnya disahkan bas itu membawa penyokong PKR, namun kerosakan telah berlaku.   

Saturday, October 1, 2011

LAKONAN NIK AZIZ, GUAN ENG

ARKIB : Utusan 28/09/201

A. HAMID ISMAIL
Johor Baharu

Saya merujuk tajuk akhbar Utusan Malaysia pada 26 September 2011 DAP ugut Pas - Semua Pemimpin kanan DAP letak jawatan jika Pas laksanakan hudud.

 

Saya fikir rakyat terbanyak terutamanya orang Melayu jangan terpesona dengan mainan politik Pas dan DAP ini. Percayalah, ia hanyalah gimik dan lakonan politik mereka semata-mata menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir tiba.

Tiada sesuatu yang baharu dan terlalu istimewa apabila Nik Aziz melontarkan kembali isu hudud ini.

Begitu juga semangat keberanian retorik pemimpin DAP yang cuba digambarkan kepada penyokong Cinanya bahawa mereka akan meletak jawatan beramai-ramai. Itu hanyalah sebahagian daripada retorik bertujuan untuk mewujudkan 'persepsi' hanya DAP sajalah yang sangat peka untuk mendominasi isu yang ada kepentingan dengan orang Cina.

Saya ingin mengingatkan kepada rakyat yang masih rasional, janganlah terlalu teruja melihat perlakuan politik sensasi pemimpin pembangkang ini.



Percayalah, bahawa tiada perletakan jawatan akan dibuat oleh semua pemimpin DAP seperti ugutan yang dibuat oleh Guan Eng itu. Saya juga ingin mengingatkan rakyat, terutamanya orang Melayu bahawa tiada apa-apa yang luar biasa dengan tawaran baharu Nik Aziz kepada anda apabila tiba-tiba beliau didapati berpatah semula hendak melaksanakan hudud berbanding untuk laksanakan 'Negara Berkebajikan'.

Semuanya dijangka dapat dineutralkan semula oleh 'sifu' mereka sebaik diadakan pertemuan pada Rabu, 28 September 2011 untuk membincang isu ini.

Jika Anwar menyokong pelaksanaan hudud Nik Aziz ini, janganlah anda terkejut kalau dan kiranya pemimpin DAP selepas pertemuan ini nanti akan mengikut jejak langkah Anwar untuk menyokong pelaksanaan hudud yang sama atas alasan bahawa mereka telah faham dan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Nik Aziz atau wakilnya dalam pertemuan itu nanti.

Jangkaan saya ini bukan retorik, kerana lakonan Nik Aziz mahu pun pemimpin DAP dalam isu ini hanyalah berkisar di sebalik belitan kenyataan Nik Aziz yang tidak sukar untuk difahamkan.

Cuba anda teliti kenyataan Nik Aziz itu dalam akhbar yang sama di muka lima seperti berikut: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, negeri itu (Kelantan) kini dalam usaha memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum di mahkamah syariahnya.



Kenyataan ini membawa maksud 'hudud' Nik Aziz yang akan dilaksana di Kelantan akan dilaksana sebagai tambahan kepada hukum sedia ada. Ini bermaksud bukan hudud total yang akan dilaksanakan di Kelantan oleh Nik Aziz seperti yang ditakuti oleh pemimpin DAP kerana ia hanyalah hudud terpilih untuk dilaksanakan hanya kepada orang Islam di Kelantan sahaja yang terikat dengan undang syariah Kelantan sedia ada.

Oleh kerana hudud ini diselit sisip dalam enakmen syariah Kelantan sedia ada oleh Nik Aziz orang bukan Islam tidak terikat dengan undang-undang Syariah Negeri Kelantan, maka apa yang nak 'mengigaukan' sangat oleh pemimpin DAP sehingga mereka hendak segera dilihat dengan politik murahan yang boleh dijangka untuk menjadi hero orang Cina dengan mengugut untuk meletakkan jawatan mereka? Jawatan mana yang mereka nak letak? Jawatan dalam DAP? Atau jawatan dalam kerajaan bayangan untuk ke Putrajaya?

Kepada orang Melayu, kenyataan dan hujah Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali semasa Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Johor dalam menolak perlaksanaan hudud oleh Pas dalam Pakatan Rakyat dan begitu juga kenyataan yang jelas lagi terang oleh bekas Mufti Perlis Dr. Asri atas hujah yang sama sepatutnya telah memberikan kefahaman yang mencukupi untuk memberikan penjelasan kepada orang Melayu mengapa hudud tidak kondusif untuk dilaksanakan di negara ini sekarang hatta di Kelantan sekali pun pada masa ini.

Persoalannya, mengapa Nik Aziz mengetepikan pandangan dan hujah kedua-dua tokoh ini dan dengan tiba-tiba kelihatan sangat garang dan seolah-olah telah 'bersiap-siaga' dengan gagahnya hendak melangkah mayat Karpal dalam usahanya untuk laksanakan juga hudud?

Jawapanya mudah sahaja: Baik Karpal maupun Nik Aziz mereka tidak akan terus berkeras untuk mencari keuntungan politik dengan mengeksploit isu sensasi kepada rakyat kerana pada akhirnya mereka tetap akan berkawan dan menjadi sejuk apabila bertentangan mata