Assalamualaikum w.b.t..
Ini adalah berita yang sangat menyedihkan dengan berita yang menimpa ke atas En. Mohd Noor yang kini sedang terlantar di Wad Pembedahan Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZ) akibat Lumpuh kerana terjatuh semasa pembinaan sebuah garaj. Beliau yang ditemani isterinya Laila yang kini memerlukan bantuan orang ramai untuk mananggung kos Pembedahan suaminya yang dikatakan mencecah RM15,000 bertujuan untuk menyambung tulang lehernya yang patah.
Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts
Friday, October 5, 2012
Thursday, May 10, 2012
Penangan The Red Worriors!!!!!
Suka tul tengok gelagat anak-anak ni...
Seronok sangat leh dapat baju jersi. Bila pakai baju ni terus datang aura nak amik bola nak main sepak-sepak. :)
Labels:
Personal
Tuesday, March 27, 2012
Apa ada dengan apesal.com?
Yep, hari ni aku buatkan satu entry khas buat apesal.com. Bukan apa, sebagai tanda penghargaan aku jugak untuk pihak apesal sebab membantu juga sebagai jambatan untuk memperkenalkan blog ini kepada yang lain.
Labels:
Personal
Saturday, March 10, 2012
No. Plat Kenderaan paling Kreatif - versi 2
Kebetulan sekali lagi, semalam aku terjumpa lagi dengan Pak Cik ni yang mana aku pernah postkan satu artikel untuk Pak Cik ni sebelum ini di Link . Apa yang menarik pada Pak Cik ni adalah Plat kenderaan motornya yang lain dari yang lain. no platnya adalah "BCP 1MALAYSIA 3731".
Labels:
Personal
Tuesday, February 21, 2012
Tanda Harga Yang Mengelirukan
Baru-baru ni aku ada singgah kat satu kedai mamak ni. Apa yang mengelirukan aku adalah tanda harga mereka yang buatkan kita tertanya2.
Inilah tanda harga mereka :
Inilah tanda harga mereka :
Labels:
Personal
Friday, February 17, 2012
Gambar Tidak Baik di Buku Pendidikan Kanak-Kanak
Adoi, macam ni ke gaya buku nak ajar kanak-kanak. Tengok pada luaran ok je, tapi di dalam terselik satu pengenalan pada huruf U yang sangat menghampakan dan terkejut. Mungkin sesetengah orang tak kisah tapi aku jadi rasa tak sedap hati nak tunjuk kat anak aku dengan benda ni?
Labels:
Personal
Friday, February 10, 2012
Hati-hati Dengan Resit Jual beli barang
Ohhh, hari ni aku rasa hampa dan kecewa sangat-sangat. Disebabkan aku tidak semak kembali harga barang pada resit, aku telah kerugian RM12.50. Nak tahu kenapa? sebab aku hanya tengok harga jumlah besar (total) sahaja.
Labels:
Personal
Thursday, February 2, 2012
Kereta masuk longkang
Tengah aku duk kalut nak pi kerja pagi tadi, Satu kemalangan sebuah kereta Exora terbabas masuk longkang, dah sambil lalu tu sempatlah juga aku rakamkan satu gambar. Patutla Jam pagi tadi. Aku ingatkan ada road block ke apa, cepat-cepat aku pakai tali keledar.
Labels:
Personal
Tuesday, January 3, 2012
No. Plat Kenderaan paling Kreatif
Gambar ni aku jumpa ketika aku dalam perjalanan balik dari kerja. Sempat juga aku ambil foto ni yang mana bagi aku tak pernah lak jumpa plat kenderaan sebegini rupa.
Yep!!, rakyat Malaysia memang sudah pun menuju ke gaya Inovatif dan Kreatif sepertimana yang di suara2kan kini. hehehehehhe

Yep!!, rakyat Malaysia memang sudah pun menuju ke gaya Inovatif dan Kreatif sepertimana yang di suara2kan kini. hehehehehhe

Waaa, Punyala besar no. plat motor Pak Cik ni. Pakcik ni aku tengok cool je.
Terbaiklah Pak Cik!!!
Terbaiklah Pak Cik!!!
Labels:
Personal
Monday, December 5, 2011
Gambar-gambar sepanjang Jom Heboh 2011
Tahniah pada Tv3 kerana berjaya menjayakan program Jom Heboh 2011 di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil pada 3 dan 4 Disember 2011 Baru-baru ini. Aku tak jemu2 ke sana dan adalah beberapa gambar yang sempat aku rakamkan.
UNIC
Tomok

Ida Moin

UNIC

Labels:
Personal
Tuesday, November 15, 2011
Sama tapi tak serupa
Mungkin korang banyak jumpa kereta yang sama jenis, tapi kalau plat yang serupa tentu jarang dan tidak pernah jumpa kan? Ni aku jumpa sewaktu balik dari kerja. Kebetulan no. platnya sama dan jenis kereta pun sama model :

Labels:
Personal
Sunday, October 16, 2011
Orang paling sibuk di hari ahad..
Yap.. di pagi ini ingin ku berbicara Erti HaRI Ahad. Kedah,Kelantan dan terengganu di hari Ahad pagi2 akan mengalami trafik jam sebabnye Hari Ahad di sana hari bekerja. Di negeri lain bagaimana pula?
Dah tentu keluarga telah merancang untuk berjalan-jalan dan shopping.. keadaan di shopping-shoping kompleks pasti akan dipenuhi orang ramai di hari Ahad. Disebabkan itu jika korang perasan, surat khabar terutamanya Harian MEtro pasti dipenuhi pelbagai iklan. Aku yakin Harian Metro paling banyak keluarkan iklan adalah terbitan pada hari Jumaat..
Yap, kita cuti dan boleh berehat di hari ahad...tetapi cuba kita fikirkan bagaimana pula orang yang kerja di shopping kompleks di hari ahad dan sabtu mereka bekerja. Bayangkan masuk kerja jam 10 pagi hinggalah jam 10 malam. Tetapi mereka jam 8 pagi sudah tergesa-gesa ke tempat kerja.Ohhh, dah tentu mereka amat penat, tapi itulah saluran rezeki mereka.
So, siapakah yang lebih sibuk dihari Ahad? Sudah tentu jawabnya orang yang kerja di shopping2 kompleks. Melayan kerenah beribu-ribu orang. kekadang ia lebih penat dari orang yang menyelia kenduri kahwin dan sebagainya..
Labels:
Personal
Monday, October 10, 2011
Jom tengok skala kenaikan gaji mengikut budjet 2012
Yep, 7 JULAI 2011, satu tarikh yang penuh debaran dan dinanti-nantikan terutamanya staf kakitangan awam Malaysia.
Apa yang paling menarik sekali adalah perubahan skim gaji kakitangan Awam dan kenaikan gaji.
Jom kita tengok jadual ini yang aku dapat dari wall seorang kawan facebook. Aku yakin ia adalah sumber-sumber yang boleh dipercayai.Alhamdulillah dan tahniah buat semua warga kakitangan awam.:)

Tapi tolongla pada peniaga-peniaga...Tolong jangan naikkan harga barang!!!!!!!!!!!!!!
Jangan sesekali ambil kesempatan ke atas pengumuman budjet 2012 ini.

Friday, September 30, 2011
Memang jimat pakai pelan celcom baru (X2)
Yap, sejak aku pakai pelan baru ni, memang jimatlah skit untuk belanja topup, mana taknya, Celcom dah buat promosi pelan baru yang sangat menjimatkan...
Ni kelebihan Pelan xpax baru (X2) :
"28sen/10 minit masa berbual ke nombor celcom
1sen/SMS ke nombor celcom
dan
28sen/5 minit masa berbual ke nombor lain-lain
5sen/SMS ke nombor lain-lain."

Cara nak register taip jer kat henset korang MIG X2 dan hantar ke 28882
Kemudian tunggu pengesahan. Seterusnya taip MIG YES dan hantar ke 28882
Bagaimanapun sebagai permulaan dia akan cas sebanyak RM5.
Berbaloi lagi laa kan? Apa lagi yang ditunggu. Jomla register... :)

Monday, September 5, 2011
Kemalangan Jalan Raya Yang Sempat Kami Rakam Gambar
Tarikh pada 3/9/2011 (Sabtu) semalam, adalah hari dimana satu hari peristiwa dalam keluarga bagi majlis menyambut menantu buat perkahwinan adik perempuanku.
Bertolak dari rumah orang tuaku pada jam 12 tgh. Dalam 4 buah kereta bertolak secara serentak dari Kuala Terengganu ke Alor Lintah,Besut Terengganu. Sambil menyambut Raya yang ke 5, amatlah membimbangkan aku apabila memandu, apa tidaknya kereta amat banyak dan laju2 ditambah pula dengan jalan yang sempit menyukarkan sedikit perjalanan dan berisiko tinggi.
Alhamdulillah, selamat perjalanan kami semasa pergi kerumah menantu orang tuaku. Segalanya berjalan dengan lancar dan baik majlis kami. Selesai semua dalam waktu selepas asar, kami pun bertolak balik ke kampung orang tuaku semula.. Alhamdulillah, selamat semuanya dan sempat pula kami membeli keropok lekor di tengah-tengah jalan. Akan tetapi sepanjang perjalanan pulang kami pada jam lebih kurang 6 ptg, ada satu kemalangan ngeri yang sempat kami rakam gambar kemalangan tersebut.
Jalan menjadi sesak dan berbunyi siren ambulans yang menuju ke tempat kejadian. Kejadian berlaku dijalan setiu. Kami tidak dapat bayangkan kereta yang jatuh gaung dan tersasar lebih kurang 200 meter dari jalan raya. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana nasib penumpang dan pemandu kereta jenis proton wira ini.
Dalam tempat sama juga disebelah kanan jalan pula terdapat lagi sebuah kereta kancil terbalik dan terlihat beberapa orang cedera di bahu jalan. kereta ni juga kami sempat rakam, dalam bulatan merah dalam gambar adalah sebuah kereta perodua kancil.
Situasi ini sangat menyayat hati lebih-lebih lagi mengenangkan nasib mereka yang berada dalam kedua kereta tersebut.
Semoga mereka dilindungi Allah dan menyembuhkan kecederaan mereka.
Semoga ia menjadi iktibar buat kita semua. Ingatlah orang yang tersayang dan berhati-hatilah ketika memandu dijalan raya.

Tuesday, August 9, 2011
Cara jimatkan elektrik di Pejabat
Langkah-langkah ini aku dapat dari pejabat dalam website staff untuk dikongsi dengan korang. Pejabat adalah rumah kedua kita. Tul tak?:) Jimat mesti dilakukan, jangan biarkan pembaziran berlaku.huhuhuhu

Cara-caranya :
- Mewujud dan menguatkuasa waktu On dan Off sistem elektrik di Pejabat Am seperti waktu rehat (1.00 tgh – 2.00 ptg) dan mematikan bekalan selepas waktu bekerja (5.00 ptg).
- Meminimum penggunaan peralatan elektrik pada waktu puncak (peak) kehendak maksimum iaitu di antara waktu 11.00 pagi – 1.00 tgh dan 3.00 ptg – 4.00 ptg.
- Memastikan semua komputer dan peralatan elektrik yang lain dimatikan selepas waktu pejabat atau selepas digunakan.
- Meminimumkan penggunaan pendingin udara. Kipas angin dan udara luar bangunan boleh digunakan sebagai pengganti seperti membuka laluan udara seperti tingkap, bagi membenarkan udara keluar masuk ke dalam bangunan.
- Memastikan suis lampu dan pendingin udara bilik kuliah sentiasa ditutup sekiranya tidak digunakan.
- Memastikan pendingin udara sentiasa diselenggara mengikut jangka masa yang sepatutnya.
- Memastikan pendingin udara ditetapkan pada suhu yang selesa (24-26 darjah celcius).
- Menggunakan pendingin udara atau peti sejuk yang mempunyai Energy Efficient yang tinggi.
- Memastikan peralatan makmal yang menggunakan motor elektrik seperti pam dan blower menggunakan High Efficient Motor.
- Menggalakkan penggunaan sistem kawalan intelligent atau kawalan pemasa atau movement sensor seperti di dewan kuliah atau pejabat untuk mengawal suis lampu atau pendingin udara.
- Memastikan lampu-lampu yang rosak, digantikan dengan lampu jenis jimat tenaga (energy saving) seperti Lampu LED atau T5 florescent.
- Menggalakkan staf memakai pakaian yang sesuai dengan suhu pendingin udara yang ditetapkan.
- Mengadakan kempen penjimatan elektrik di peringkat PTJ dengan menampal poster dan mengedarkan risalah-risalah berkaitan penjimatan elektrik hasil melalui penggunaan tenaga yang cekap.
Labels:
Personal
Monday, August 1, 2011
Pengalaman Tragis Ribut di Port Dickson
Alhamdulillah, selamat sudah adik ipar aku dalam Latihan Tentera Darat selama 6 bulan di PUSASDA, Port Dickson, N.Sembilan. Kejayaannya disambut dengan kedatangan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri dalam negeri, Menteri besar selangor dan juga ketua polis negara. Sambutan Perbarisan Tamat Latihan Perdana siri 1/2011 yang disambut dengan mengabungkan Tentera darat dan juga PDRM dijalankan serentak pada 30 Julai 2011 (Sabtu) di kem PUSASDA, PD.
Aku bertolak awal selepas subuh ke sana bersama anak isteri dan juga ayah serta mak mertua ku ke PD. Sampai pada jam 8.30pg. Sesampai jer...ushhh, dasyat, begitu ramai keluarga pelatih datang ke sana bagi menyaksikan dan mahu bertemu dengan anak masing-masing. Yap, terpaksalah aku parking jauh lebih kurang dalam 1km berjalan disebabkan tiada parking. Mana taknya dikatakan lebih 2000 pelatih. 1 pelatih mungkin dalam 5 orang keluarga datang. So, darab campur memang ramai sangat-sangat orangnya.
Sambutan di awal pagi berjalan dengan lancar dan cuaca sangat baik ketika itu, sehinggalah diakhir perbarisan dan penutup pada jam 12 tengahari cuaca tiba-tiba berubah kepada gelap dan menandakan hujan akan turun.
Pada jam 1 tengahari, hujan ribut melanda di kem ini dan Alhamdulillah sempat kami sekeluarga berteduh di sebuah Masjid di kem berdekatan. Orang ramai penuh datang berteduh sama kerana tiada lagi tempat untuk berlindung.
Aku sendiri telah menyaksikan ribut ini dan ada angin yang teramat dasyat menimpa tempat kami. dan pemandangan menjadi tidak jelas ditambah dengan sampah sarap yang berterbangan, atap2 yang dibina melayan dan tercabut. kabel elektrik jatuh dan kerusi-kerusi dan meja semuanya terbalik. Apa yang paling tragis ialah kereta yang parking ditempat rendah telah ditengelami air dan pokok tumbang di atas kenderaan pelawat yang kebanyakkannya datang dari jauh.
Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat kami rakamkan :
Memang benar, Kuasa Allah mengatasi segalanya...
Mungkin ada hikmahnya disebalik apa yang berlaku..ShubahanaAllah

Wednesday, July 13, 2011
Gambar2 Menarik Floria Putrajaya 2011
Memang best tempat ni. Banyak tempat-tempat menarik di sini. Pelbagai pokok bunga di pamerkan sampai kaki naik lenguh nak usha-usha semua tempat. Apa yang penting hati puas bila melihat kesemua tempat-tempat menarik di sini.

Lagi gambar-gambar yang best-best :
Sesiapa yang masih belum sampai lagi tu bolehla dtg tengok ye. Rugi tak datang tengok.:)
Labels:
Personal
Wednesday, June 15, 2011
Hari ini Pertengahan Jun, Pertengahan Tahun 2011
Sedar tidak sedar dan perasan atau tidak... kita kini berada di pertengahan bulan JUN dan pertengahan 2011. Mungkin hari ini (15 Jun 2011), boleh dikatakan sebagai hari yang menarik kerana hari pusat pertengahan dalam tahun 2011.
Esok kita sudah berada di siri kedua tahun 2011. Memang aku merasakan masa berlalu begitu pantas dan tidak sedar. Apakah kita sudah mencapai hajat atau cita-cita pada tahun ini? Atau masih dalam bayangan.
Aku tidak tahu apa target aku di tahun ini sebab aku menganggap kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Ok, tutup bab cita-cita.
Sekarang aku nak fokus berkenaan bencana alam yang sudah melanda dunia pada siri pertama tahun 2011. Korang tentu masih ingat lagi bencana Tsunami Jepun diawal tahun 2011, lagi bencana puting beliung yang melanda Amerika Syarikat, Tanah runtuh di Hulu Langat,Selangor, Banjir Besar di Australia yang menenggelamkan beberapa buah bandar, dan semalam kita baru dikejutkan gempa bumi di sumatera yang memberi kesan gegaran di negeri selangor,perak, melaka dan kuala lumpur.

Rasanya ada lagi yang aku tidak senaraikan. Ohhhh, hanya dalam masa 6 bulan sahaja sudah bermacam-macam kejadian berlaku. Apakah kita masih tidak sedar akan kejadian semua ini? Percayalah, tiada apa yang boleh mengatasi kuasa Tuhan.

Sekarang kita lihat sesuatu yang amat membimbangkan negara kita...Andai kata, kalau kita anggap lingkaran api ini boleh beranak pinak dan meluaskan sempadannya. Malaysia tidak ketinggalan akan merasa bahannya, lihatlah gambar dibawah ini :

Itu belum termasuk lagi dengan kejadian dari perbuatan manusia sendiri, sontoh isu pergolakkan di Mesir dan Libya dan Palestin. Tidak sudah-sudah masih berlarutan sehingga kini.
Fikir-fikirkan.........
Esok kita sudah berada di siri kedua tahun 2011. Memang aku merasakan masa berlalu begitu pantas dan tidak sedar. Apakah kita sudah mencapai hajat atau cita-cita pada tahun ini? Atau masih dalam bayangan.
Aku tidak tahu apa target aku di tahun ini sebab aku menganggap kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Ok, tutup bab cita-cita.
Sekarang aku nak fokus berkenaan bencana alam yang sudah melanda dunia pada siri pertama tahun 2011. Korang tentu masih ingat lagi bencana Tsunami Jepun diawal tahun 2011, lagi bencana puting beliung yang melanda Amerika Syarikat, Tanah runtuh di Hulu Langat,Selangor, Banjir Besar di Australia yang menenggelamkan beberapa buah bandar, dan semalam kita baru dikejutkan gempa bumi di sumatera yang memberi kesan gegaran di negeri selangor,perak, melaka dan kuala lumpur.

Itu belum termasuk lagi dengan kejadian dari perbuatan manusia sendiri, sontoh isu pergolakkan di Mesir dan Libya dan Palestin. Tidak sudah-sudah masih berlarutan sehingga kini.
Fikir-fikirkan.........
Labels:
Personal
Tuesday, June 14, 2011
Iklan Ubat kuat lelaki
Aku terjumpa papan iklan ni sewaktu dalam perjalanan. Tak sangka Malaysia mempunyai papan iklan yang sangat kreatif seperti ini.........
"UBAT KUAT LELAKI
SPRING RETURN
ADA SIJIL KESIHTAN
013-3337...
BELUM CUBA BELUM TAHU"
Inilah ayat-ayat yang ditulis dalam papan tanda tu, yang aku perasan, Yang perkataan "KESIHTAN" tu tersalah ejaan...sepatutnya dia jadi "KESIHATAN". Entah, betul-betul atau tidak ada sijil kesihatan ni. Pada sesiapa yang inginkannya diharap dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu tentang keberkesanan ubat ni.:) Bimbang ia boleh memberi kesan yang buruk terhadap individu tersebut.
No tel aku sengaja gelapkan supaya aku tidak di anggap terlibat dalam mempromosikannya.
Artikel ni sekadar berkongsi dan sambil tu mahukan pembetulan ejaan kepada sesiapa pemilik papan iklan ini.
Perkara lain terserah pd pendapat korang masing-masing.........
"Dunia ini memang penuh dengan warna warni kehidupan" :)