Showing posts with label Karya Ariff Islam. Show all posts
Showing posts with label Karya Ariff Islam. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

Istana Terbesar Dunia Mengikut Ranking

Istana Di Raja umpama simbolik bagi kekuatan sesuatu kerajaan yang memerintah. Raja umpama ketua dalam negara yang mempunyai fungsi yang cukup tinggi. Istana adalah tempat yang sangat mewah dan di sini  ditunjukkan istana-istana terbesar sekali dibina dunia.

Wednesday, November 24, 2010

Sepi Tak Berteman

Adam di syurga

Kemanakah Hawa?

Tak terasa..

Kosong dalam jiwa menagih cinta

Bagai aku tanpa mu teman

Tak bisa bersendirian…

Musa pun berdoa

Mengiringi perjuangan

Ya Allah..

Jadikanlah dia teman dalam urusanku

Agar kami banyak bertasbih mengingati-Mu

Sesungguhnya Engkau Maha Tahu keadaan kami..

(surah taha,20:32-35)

Muhamad engkau menangis

Perginya Khadijah kasih sejati

Meneruskan hari-hari tahun bersedih

Mengingatkan aku

Tuhan sengaja menguji

Agar kita tak terlalu gembira dengan apa yang dimiliki

Bila nanti tiada lagi

Ingatlah Tuhan setia ada di sisi..

Telah diilhamkan

Setiap kejadian itu berpasang-pasangan

Bumi tanpa lautan…dunia kehausan

Rimba tanpa hijau…musnahlah kedamaian

Langit tanpa awan…tidak turun hujan

Aku tanpa teman…sepi keseorangan..

Telah diciptakan

Manusia untuk saling berkenal-kenalan

Putih atau hitam…aku cari keikhlasan

Molek atau jelek..rupa takwa yang utama

Benci atau cinta…kita bersaudara

Aku atau kamu..semua memerlukan..

28/10/2010,upm..

Karya : Ariff Islam

Antara hujan dan airmata..

Bagaikan hitam di langit menyelubung

begitu di hati kala ini mendung

nanti..bumi yang mana kan di timpa hujan

nanti..jiwa siapa kan ku sandarkan tangisan..

dan hujan turun mencurahi

tanah yang gersang subur kembali

sepertinya perasaan dilubuk kelam

dan tangisan itu mampu mendamaikan..

rintik hujan bagaikan melodi

menemani kesayuan diri

menitis airmata membasahi pipi

saat kerinduan kepada-Mu hadir..

biar ribut pun turut membadai

memusnahkan segala dihadapan

biar rintihan pun tak mampu melerai

masih ada harapan tertinggal

untuk aku pulang ke asal..

ada guruh sewaktu hujan turun

menggegar alam yang diam

ada rahsia di balik tangis itu

mengejar keinsafan terdalam

di sepertiga malam...

Adamkah ataupun Hawa

menangislah kpd sang Pencipta

biarkan hujan dan malam bertasbih

menjadi saksi airmata cinta...

D262k6upm,27syawal1431h,071010,0243am...

Karya : Ariff Islam

Tuesday, October 19, 2010

UHUD


Berputik bunga mawar di hujung pucuk

Gugurnya sebelum mekar berkembang

Bagaikan aku di medan uhud

Tewas setelah di awal kemenangan…

Persiapan ini aku sangka kukuh

Namun ternyata perasaan ini masih ampuh

Mungkin semangat berkobar hebat

Tapi aku tersasar matlamat

Masa yang terluang itu umpama ‘ghanimah’

-harta rampasan perang-

Aku buang pesanan sang murabbi yang diamanah

“jangan tinggalkan perjuangan ini

Dalam senang ataupun payah”

Hingga kealpaan itu membuka ruang

Musuh menempur benteng dari belakang

Dan aku kecundang…

Aku tidak sebijak junjungan besar Muhamad saw

Menyusun tadbir

Di balik debu uhud yang kucar kacir

Aku tidak setega Qatadah

Melindungi wajah nabi dari anak panah

Hingga terkena mata sendiri yang ditadah

Terkeluar ke pipi pun tetap gagah

Aku tidak semampu Hanzalah

Pengantin baru di ambang bahagia

Pun belum bersih di malam pertama

Ke medan uhud perjuangkan agama

Dan syahidnya basah dimandikan malaikat

Sedang aku mudah lalai dipagut nikmat…

Aku tak sehebat penghulu para syuhada di syurga

‘Singa Allah’ Hamzah ditusuk tombak tajam

Dilempar si pengecut Wahsyi secara sembunyi

menembus perut memburai usus

tapi masih cuba berdiri mengejar musuh

sebelum rebah syahid di medan uhud…

yang pasti…

aku masih hidup

untuk terus perjuangkan uhud

mahu jadi Amru ibn Tsabit

syahid kerana islam dijunjung

bukan Quzman


berperang kerana membela kaum

perjuangan aku ini bukan semata

buat diri dan keluarga

perjuangan aku ini untuk islam dan semua…

terima kasih Tuhan

menguji dengan kekalahan

agar aku belajar

dari UHUD…

BERJUANG AKU AKAN TERUS BERJUANG-IBN MUHAMAD

“JIKAPUN BAGINDA TELAH TIADA

DIA TELAH MENYAMPAIKAN AMANAT

MAKA BERJUANGLAH DEMI AGAMA TERCINTA”-ANSHAR

JANGAN TINGGALKAN BUKIT UHUD SAMA ADA

KALAH ATAU PUN MENANG!!!!

mekasih buat family...sahabat2 ariff..bunyamin,faiz,akhi muhamad,akhi awang,akromi,redho,akhi amzar,akhi fikri,akhi nizam,akhi najib,akhi naim,akhi afiz,akhi azlan,haafiz kadir,mughti,najib..kerana sudi menasihati ana dalam menghadapi situasi ini..ana tak kuat..lagi2 bila melibatkan soal famili..doakan sahaja segala urusan kita dipermudahkan Allah..ana sayang jalan ini...

Terima kasih pd En.Ariff kerana sudi hantar karya ini untuk dikongsi.

Karya& sumber : Ariff Islam

Friday, September 24, 2010

Puisi : Bidadari Cinta

Kala ini aku bersendiri lagi

melayari sekeping hati yang dimakam sepi

seolah memanggil-memanggil

seseorang untuk bersama di sisi menemani

(aku mencari...)

puas aku jelajah ke serata jiwa

mengintai milik siapa yang sempurna

telah aku temui

lantas merisik bertanya cinta

namun ternyata

belum tersurat yang tersirat

takdir aku bukan untuk dia..

(aku kecewa...)

berontak diri membuat aku menatap wajahnya

mencipta khayalan cinta

membiarkan saja ia merajai hati

membuahkan perasaan yang tidak bernyawa

walau aku tahu salah akan diri ini

(aku berdosa..)

belum sempat jauh tersimpang

alhamdulillah..

hidayah itu menyentak aku dgn satu persoalan

apakah aku sebetulnya mendambakan cinta?

atau berTUHANkan cinta?

kerana pencarian ini

benar-benar menjarakkan DIA yang Maha Cinta..

(aku menyesali...)

aku tahu cinta adalah milik setiap insan

fitrah manusia untuk saling menyayang

namun selalu aku keliru

antara cinta yang benar atau samar

antara cinta yang pertama dan utama

antara cinta untuk yang satu atau semua

sehingga menidakkan sabar

untuk merasai dicintai dan mencintai

sehingga melalaikan kasih

kepada yang Maha Menagasihi..

...lalu...

bila menatap wajahnya nanti

biarlah sekadar sebagai teman biasa

ahh...sukarnya bisa meleraikan airmata...

(aku menangisi...)

bergugurlah cinta menabur pusara

tanah yang gersang di siram airmata

basahkan atau kan kering semula?


andai benar dia adalah untuk aku

satukanlah hati kami berdua

jika dia bukan untuk aku milik

temukanlah aku dengan seseorang yang lebih baik..

yang meletakkan cintanya kepada aku

kerana cinta kepada yang Maha Cinta

...kan bertemu nanti lagi di sana

menjadi ratu antara bidadari-bidadari syurga..

(aku mengharap..)

"dan di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari bermata jeli,laksana mutiara yang tersimpan"

surah alwaqi'ah,56:22-23

14 syawal 1431h,24sept 2010...262D,k6,UPM

Sumber : Ariff Islam


Thursday, July 29, 2010

Cinta Menurut Islam

Dalam AL-QUR'AN, CINTA memiliki 8 PENGERTIAN, berikut ini penjelasannya :

1). CINTA MAWADDAH adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, mahunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2). CINTA RAHMAH adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih walaupun ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.

Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.

Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim ertinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.


3). CINTA MAIL adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedut seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4). CINTA SYAGHAF adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) boleh jadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5). CINTA RA'FAH iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kes hukuman bagi penzina (Q/24:2).



6). CINTA SHOBWAH iaitu cinta buta, cinta yang mendorong kelakuan yang menyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7). CINTA SYAUQ (RINDU). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika,
aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.

Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab “Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin”, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, (hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi).

8). CINTA KULFAH yakni perasaan cinta yang disertai kesedaran mendidik kepada hal-hal yang positif meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)


Sumber : Sahabat (Ariff Islam)

Tuesday, July 27, 2010

Cinta Ibu.....

Dan Allah mengeluarkan kamu dr perut ibumu dlm keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia memberimu pendengaran,pglihatan dan hati nurani agar kamu bersyukur.


raut wajah itu terhimpun cerita yg terpendam
redup pandangannya merimbun cinta yg terdalam
payah sekali utk d tafsir dgn kata2
susah utk d gambarkn dgn perumpaan
sukar di cungkil dgn telahan
hanya hati itu...hati seorang ibu yg mampu merungkai persoalan...

selama kita bersatu bersamanya
bukan bebanan buat mereka
malah kita di tatang dengan sepenuh perhatian dn kesabaran
meniti hari demi hari ke saat yg d nanti
detik takdir kita lahir di sisi
antara anugerah terindah dr Ilahi..

marah itu tanda sayang
salah yg mara agar terhadang
leteran mereka bukan membunuh perasaan
itulah nasihat yg membelai kasih sayang
disiplin yg d atur tidak bermaksud kongkongan
sekadar memastikan kita ada sokongan..
cubit-cubit sedikit bukanlah penderaan
memberi sakit agar kita mendapat pengajaran..



nurani itu senang sekali tersentuh
tatkala melihat anak yg d asuh dgn cinta yg penuh
terjerat dlm kancah hidup
kita yg menerima masalah seolah ibu yg menanggung resah
kita yg kalah d uji, ibu pula yg merasa tewas mendidiki
kita yg bersedih hati ibu yg menangisi...

perasaan itu mudah benar terusik
sekejap menjauh tidak sabar sabar bertanya khabar..merisik..
sekilas rindu lantas memori memori lama terulit
bayu petang yg berpupuk itu bagai berbisik
membawa suara anak ke telinga
membuatkan wajah si anak di hadapan seakan menjelma
mghadirkan ingatan yg terdalam...tidak tertahan utk berjumpa..


"Dan Tuhanmu telah memerintahkn agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu-bapa. Jika salah seorg diantara keduanya atau keduanya sampai usia lanjut dlm pemeliharaanmu,maka jgn sesekali kamu mengatakan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucaplah kpd keduanya perkataan yg baik"

"dan rendahkanlh dirimu terhadap keduanya dgn penuh kasih sayang dn ucapkanlah 'wahai tuhanku,sayangilah mereka sptmana mereka berdua telah mndidik aku pada waktu kecil.' "

(surah Al-Isra',17:23-24)

Sumber : Sahabat (Ariff Islam).

Friday, July 23, 2010

Kisah Benar: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW

Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama...

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga
dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat
Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau
pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih
setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail
sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk
berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku
terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam
biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun
'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli
keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan
memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'
assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.."
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda
kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd
para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah
buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya
syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah
Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg
Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn
ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh
Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Selesai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah
beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau
pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini
berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakar, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.."
Subhanallah..Saidina Abu Bakar memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakar yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg
setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.."
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus
duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn
mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau
berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang
mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah
dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah
dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan
dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je
akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua
aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar
manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil
hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai
sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama
para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat
gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah
s.a.w. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa
terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,
"Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan
dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang
telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai
ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapat syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)

Sumber : Seorang Sahabat (Ariff Islam)

Thursday, July 22, 2010

Rindu Yang Mengharap

Aku tuluskan nawaitu
merindui...
bukan semata dia yang teristimewa
aku menyintai kerana Allah
menetapkan keikhlasan di hati ini
mendambakan keredhaan Illahi
di balik kasih sayangnya yang murni...

Amirul Mukminin Abi Hafs Umar bin Khattab berkata,
"sesungguhnya amal perbuatan itu disertai dengan niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan rasul-Nya,maka hijrahnya itu menuju Allah dan rasul-Nya. Barangsiapa berhijrah kerana dunia yang ia ingini atau kerana wanita yang ia ingin nikahi,maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan"

-Hadis Riawayat Bukhari dan Muslim

Pernah di suatu ketika
dia hadir dalam hidupku
berada dekat sekali di samping
mengamit aku membelainya sepenuh prihatin
namun aku bersahaja
membiarkan ia berlalu sia-sia
dan tika ini
aku ternanti-nanti dia kembali
terlalu mengharap
aku sempat
diberi peluang untuk menebus kesilapan
sepenuh iltizam
aku akan menyayanginya sedalamnya
sebelum dia pergi lagi...

Firman Allah swt,
"sungguh,orang-orang yang menyembunyikanmapa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami jelaskan kepada manusia di dalam kitab (al-Quran), mereka itulah yang di laknat (pula) oleh mereka yang melaknat"


"kecuali mereka yang telah bertaubat,mengadakan kebaikan, dan menjelaskannya,meeka itulah yang Aku terimantaubatnya dan Aku lah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang"

-surah Al-Baqarah (2:159-160)

aku tahu
ramai yang menyeru namanya
merisik untuk dimilik
membuat aku menginsafi
rupanya tanpa aku,dia tak mengapa
lantas aku layarkan doa hampir di setiap waktu
RAMADHAN...
semoga kita kan bertemu...

Tuhan...
maafkan di atas kekhilafan
menyemarakkan cintanya Ramadhan
hanya pada yang pertama permulaan
detik-detik seterusnya mendatang
Ramadhan...kau mula beredar
bersama kasih ini yang pudar
pun aku sedar
mustahil untuk aku putar waktu ke asal
hanya di kala ini
Tuhan...ada rinndu yang mengharap
Ramadhan....hadirnya ku nanti
untuk membuktikan kasih ini
demi cinta Illahi...

"wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"
-surah al-Baqarah,(2:183)


Ditulis oleh: seorang sahabat(Ariff Islam)

Wednesday, July 21, 2010

salam..jom ketawa hiburkan hati jap...hehe...

Cara-cara nak cover malooooo...

Message: 1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling cam pejoget rap tu
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal
anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan
makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah
sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat, pasti orang menyangka anda
seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-
kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang
di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat
pengsan sehingga ada orang membantu
anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan
takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah
masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)
untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda
sorang je yang dapat malu...ye tak?....

sekian, terima kasih

"budi bahasa budaya kita"
"bangsa membaca bangsa berjaya"

copy dr sumber mana ntah...

Ditulis oleh : Ariff Islam

Tuesday, July 20, 2010

Asal-usul azan & sejarahnya....

Malam semalam saya dengar ceramah di masjid yang berdekatan dengan rumah saya. Ceramah kali ini adalah berkisar tentang sejarah dan asal usul azan.
Berikut ini saya kongsikan intipati ceramah yang sempat saya catatkan.

• Solat telah diperintahkan oleh Allah setelah peristiwa Israk Mikraj.
• Nabi SAW mempelajari bagaimana menunaikan solat semasa Israk Mikraj.
• Pada mulanya, solat dilakukan tanpa azan dan tidak secara berjemaah.
• Setelah hijrah ke Makkah, Ummat Islam semakin bertambah ramai. Nabi berfikir bagaimana caranya untuk memanggil orang untuk datang ke Masjid bersolat jemaah.
• Nabi SAW telah adakan mesyuarat bersama dengan para sahabat radhiallahuanhum untuk menentukan cara memanggil orang bersolat jemaah.
• Semasa bermesyuarat, para sahabat telah memberikan pelbagai cadangan, antaranya :

1. Menaikkan bendera pada tiang yang tinggi apabila tiba waktu solat. Apabila orang ramai melihat bendera telah dinaikkan, maka ini bermakna waktu solat telah masuk dan mereka mesti pergi ke masjid untuk solat berjemaah.
• (Nabi hanya mendiamkan diri saja apabila sahabat memberikan cadangan ini. Ini menunjukkan nabi kurang bersetuju dengan cadangan tersebut kerana kalau waktu malam, pastinya bendera tidak akan dapat dilihat.)
2. Ada sahabat mencadangkan untuk menghidupkan atau memasang api apabila tiba waktu solat. Kalau pasang api, samaada siang atau pun malam, orang akan dapat melihatnya.
• (Mendengar cadangan ini, Nabi SAW berubah wajah. Baginda kelihatan bermasam muka sedikit. Ini adalah kerana amalan memasang api adalah amalan Majusi. * Majusi menyembah api sebagai Tuhan mereka)
3. Ada juga sahabat mencadangkan untuk meniup trompet apabila tiba waktu solat.
• (Nabi SAW tidak bersetuju juga dengan cadangan ini kerana amalan meniup trompet adalah amalan Yahudi)
4. Seorang sahabat membuat cadangan untuk membunyikan loceng.
• (Cadangan ini juga Nabi SAW tidak setuju sebab ia amalan orang Nasoro/Kristian)
5. Saiyidina Umar Radhiallahuanhu (r.a.) akhirnya mencadangkan supaya melantik seseorang naik ke tempat yang tinggi dan melaungkan azan yang berbunyi ; “Assolatu jaami’ah!” (sebanyak 2 kali).

• (Nabi SAW telah bersetuju dengan cadangan Saiyidina Umar, maka Bilal pun dilantik untuk melaungkan azan dengan kalimah tersebut)
Setelah bermesyuarat, para sahabat telah balik ke rumah masing-masing. Mereka masih memikirkan cara terbaik untuk memanggil orang untuk bersolat jemaah.
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abdullah Bin Zaid r.a. telah tertidur dan bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki yang membawa loceng. Lalu, Abdullah Bin Zaid telah meminta untuk membeli loceng yang dibawa oleh lelaki tersebut. Lelaki itu bertanya, nak buat apa dengan loceng tu?
Abdullah Bin Zaid telah berkata, ianya adalah untuk digunakan bagi memanggil orang solat berjemaah apabila tiba waktu solat. Lelaki tadi pun berkata bahawa dia mempunyai cara yang lebih baik daripada membunyikan loceng untuk memanggil orang bersolat. Maka, Abdullah Bin Zaid telah meminta lelaki itu mengajarkan caranya.
Lelaki tadi pun terus mengajarkan cara bagaimana azan dan iqamah dilaungkan.

Setelah terjaga dari tidur, Abdullah Bin Zaid R.A telah bertemu dengan Rasulullah SAW dan menceritakan mimpinya itu. Dan Rasulullah berkata, mimpinya itu adalah mimpi yang benar dan lelaki dalam mimpinya itu adalah Malaikat. Maka Rasulullah SAW pun menyuruh Abdullah Bin Zaid mengajarkan kalimah azan tersebut kepada Bilal untuk dilaungkan. (Dan itulah kalimah azan dan iqamah yang kita laungkan sehingga ke hari ini.)
Apabila Bilal melaungkan azan seperti yang diajarkan tersebut, Saiyidina Umar telah mendengar azan tersebut dan terkejut kerana apa yang didengarnya sama seperti apa yang beliau dengar di dalam mimpinya. Rupa-rupanya, Saiyidian Umar juga telah bermimpi sama seperti apa yang Abdullah Bin Zaid bermimpi. Subhanallah, Maha Suci Allah yang merancang semua ini.
Begitulah sejarah dan latar belakang bagaimana azan / iqamah yang kita laungkan hari ini disyariatkan sebagai salah satu syiar Islam.

Ditulis oleh : Seorang sahabat (Ariff Islam)

Monday, July 19, 2010

Beberapa Hadits Shohih Seputar Sya'ban

Hadits Pertama

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُ حَتَّى نَقُوْلُ لاَ يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُوْلُ لاَ يَصُوْمُ فَمَا رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلاَّ رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامً مِنْهُ فِيْ شَعْبَانَ

“Adalah Rasulullah shollallâhu ‘alaihi wa ‘alâ âlihi wa sallam berpuasa hingga kami berkata bahwa beliau tidak akan berbuka, dan beliau berbuka hingga kami berkata bahwa beliau tidak akan/pernah berpuasa, maka saya tidak pernah melihat Rasulullah shollallâhu ‘alaihi wa ‘alâ âlihi wa sallam menyempurnakan puasa sebulan selain bulan Ramadhan dan tidaklah saya melihat paling banyaknya beliau berpuasa di bulan Sya’ban.”

Takhrijul Hadits

Dikeluarkan oleh Al-Bukhâry no. 1969, Muslim no. 1156, Abu Dâud no. 2434, An-Nasâ’i 4/151 dan Ibnu Majah no. 1710 dari ‘Aisyah radhiyallâhu ‘anhâ.

Fiqih Hadits

Hadits di atas, menunjukkan bahwa Rasulullah shollallâhu ‘alaihi wa ‘alâ âlihi wa sallam tidak pernah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan, sebab hal tersebut merupakan puasa wajib terhadap kaum muslimin. Adapun puasa sunnah maka kebanyakan puasa beliau adalah pada bulan Sya’ban.



Hadits Kedua

مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُ شَهْرَيْنِ مَتَتَابِعَيْنِ إِلاَّ شَعْبَانَ وَرَمَضَانَ

“Saya tidak pernah melihat Nabi shollallâhu ‘alaihi wa ‘alâ âlihi wa sallam berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali pada Sya’ban dan Ramadhan.”

Takhrijul Hadits

Hadits di atas, dikeluarkan oleh Abu Dâud no. 2336, At-Tirmidzy no. 735, An-Nasâ’i 4/151, 200, Ad-Dârimy 2/29 dan lain-lainnya dari Ummu Salamah radhiyallâhu ‘anhâ. Dan sanadnya shohih.

Fiqih Hadits

Hadits di atas, lebih mempertegas bahwa Nabi shollallâhu ‘alaihi wa ‘alâ âlihi wa sallam paling banyak berpuasa di bulan Sya’ban. Bukan artinya beliau puasa Sya’ban sebulan penuh sebagaimana yang kadang dipahami dari konteks hadits di atas, karena orang yang berpuasa di kebanyakan hari pada suatu bulan, oleh orang Arab, dikatakan dia telah berpuasa sebulan penuh. Maka tidak ada pertentangan antara hadits ini dengan hadits-hadits sebelumnya. Demikian keterangan Imam Ibnul Mubarak rahimahullâh dalam mengkompromikan antara dua hadits di atas.2

Adapun Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullâh, beliau berpendapat bahwa dua hadits di atas menunjukkan bahwa Rasulullah shollallâhu ‘alaihi wa ‘alâ âlihi wa sallam pada sebagian tahun beliau berpuasa Sya’ban sebulan penuh dan pada sebagian lainnya beliau hanya berpuasa pada kebanyakan saja.3

Hadits Ketiga

Fari Usamah bin Zaid radhiyallâhu ‘anhu, beliau berkata kepada Rasulullah shollallâhu ‘alaihi wa ‘alâ âlihi wa sallam, “Wahai Rasulullah, saya tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam suatu bulan sebagaimana engkau berpuasa pada bulan Sya’ban?” Maka beliau menjawab,

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَب وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعُ عَمَلِيْ وَأَنَا صَائِمٌ

“Itu adalah bulan antara Rajab dan Ramadhan yang manusia lalai darinya. Dan ia adalah bulan yang padanya segala amalan akan diangkat kepada Rabbul ‘Alamin. Maka saya senang amalanku diangkat sementara saya sedang berpuasa.”

Takhrijul Hadits

Hadits ini dikeluarkan oleh Ahmad 5/201, Ibnu Abu Syaibah 2/347, An-Nasâ’i 4/201, Ath-Thahawy dalam Syarah Ma’âny Al-Atsâr 2/82, Al-Baihaqy dalam Syu’bul Imân 3/377 dan Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah 9/18. Dan sanadnya dihasankan oleh Syaikh Al-Albany dalam Irwâ’ul Ghalîl 4/103 dan Tamâmul Minnah hal. 412.

Fiqih Hadits

Berkata Ibnu Rajab rahimahullâh, “Nabi shollallâhu ‘alaihi wa ‘alâ âlihi wa sallam telah menyebutkan bahwa tatkala (bulan Sya’ban) dihimpit oleh dua bulan yang agung; bulan Harom (Rajab) dan bulan Puasa (Ramadhan), maka manusia pun sibuk dengan keduanya sehingga (Sya’ban) terlalaikan. Dan banyak manusia yang menyangka bahwa puasa Rajab lebuh afdhal dari puasa (Sya’ban) karena ia adalah bulan haram, dan hakikatnya tidak demikian.”4

Dan dari hadits di atas, para ulama juga memetik dua hikmah kenapa Nabi shollallâhu ‘alaihi wa ‘alâ âlihi wa sallam banyak berpuasa di bulan Sya’ban, yaitu karena banyak manusia yang lalai darinya dan beliau senang amalan beliau terangkat sedangkan beliau dalam keadaan berpuasa.

Dan sebagian ulama menyebutkan bahwa hikmah dari puasa Sya’ban adalah sebagai latihan guna menghadapi puasa Ramadhan. Tatkala seseorang telah merasakan manis dan lezatnya berpuasa di bulan Sya’ban, maka ia akan masuk pada bulan Ramadhan dalam keadaan penuh semangat dan kesiapan serta telah terbiasa untuk berpuasa.5

Hadits Keempat

يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ لَيلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِهِ إِلاَّ مُشْرِكٌ أَوْ مَشَاحِنٌ

“Allah melihat kepada makhluk-Nya pada malam nishfu (pertengahan) Sya’ban lalu mengampuni seluruh makhluk-Nya kecuali orang musyrik dan orang yang bertikai.”

Hadits di atas dikeluarkan oleh sejumlah Imam Ahli Hadist dari hadits Abu Bakr Ash-Shiddîq, Mu’âdz bin Jabal, Abu Tsa’labah Al-Khusyany, ‘Aisyah, Abu Hurairah, ‘Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash, Abu Musa Al-‘Asy’ary, ‘Auf bin Mâlik, ‘Utsmân bil Abil ‘Ash dan Abu Umâmah Al-Bâhily radhiyallâhu ‘anhum, Dan hadits di atas dishohîhkan oleh Syaikh Al-Albany dari seluruh jalannya.6

Hadits di atas adalah satu-satunya hadits shohîh7 yang menunjukkan keutamaan malam nishfu Sya’ban. Dan hal ini berlaku bagi mereka yang mempunyai kebiasaan beribadah pada malam hari yang bertepatan dengan malam nishfu Sya’ban. Ini bukanlah berarti bahwa diizinkan untuk melakukan ibadah-ibadah khusus yang tidak pernah dilakukan pada hari-hari lainnya sebagaimana kebiasaan sebagian manusia yang menghidupkan malam nishfu Sya’ban secara khusus.

Tidak pernah dinukil dari Nabi shollallâhu ‘alaihi wa ‘alâ âlihi wa sallam dan para shahabatnya ada yang menghidupkan malam nishfu Sya’ban secara khusus dengan melaksanakan shalat lail dengan melebihkan malam-malam lainnya, apalagi melakukan ritual-ritual khusus yang sama sekali tidak ada tuntunannya dalam agama kita.

Oleh: Al-Ustadz Dzulqarnain Bin Muhammad Sunusi Al-Atsary
p/s : mohon maaf di atas khilaf menyampaikan hadis dhaif tanpa menyatakan status hadis tersebut semasa tazkirah maghrib semalam. Syukron kpd yg memberi teguran dan nasihat…tazkirah sekitar nisfu syaaban tidak akan diadakan.Semoga Allah memberkati kita semua…..

Ditulis Oleh :Seorang sahabat (Ariff Islam)

Friday, July 16, 2010

SURAH CINTA

(RUJUKAN AYAT-AYAT AL-QURAN)

bacalah..dgn menyebut nama TuhanMu yg menciptakan...

hidup ini tidak selalunya indah
ada sahaja ujian Allah yg datang menjengah
jangan kalah dan tenggelam lemas
percayalah tiap musibah terkandung hikmah
barangkali kita mencintai
sedang itu bukan yg terbaik
dan sesuatu yg dibenci
mungkin ia perlu disayangi
sesungguhnya Tuhan tahu apa yg kita tak fahami..

saat merasa kehilangan cinta
kasih Tuhan yg disandar pada manusia
lihatlah wajah ini pasti berduka
ada getar hebat terpancar
ada gementar di hati terdasar
bila sahaja berzikir...Allahuakhbar...Allah maha besar..
meyakinkan tiap awal bismallah dilafaz
ada serta sifat ar-rahman dn ar-rahim yg terindah
cukuplah cinta itu mendamaikan resah...

adakala bagaikan jauh sekali
hadir rindu menitiskan airmata tangis
sedar sebenarnya Tuhan itu lebih dekat daripada urat leher
hanya kerana kelalaian dunia
fatamorgana itu di sangka air
puas berlari-lari kecil kesana ke mari
namun hampa yg diketemui
berserah kini kepada Illahi
berpegang pada wahyu yg di perantarakn kpd nabi Muhamad (saw)
pasti al-quran dan as-sunnah itu xkan menyesatkan...


pengorbanan betul2 menuntut penyerahan jiwa
bersihkan nawaitu tulus segala
berangkatlah baik merasa ringn ataupun berat
kerana itu nyata kebaikan
dan bagai pohon yg rendang berbuah
ibarat kpd mereka yg memberi dengan ikhlas
janji buat yg membantu jalan Allah
Tuhan pasti kan membalas...

andai seluruh air lautan di jadikan dakwat
dan pokok-pokok itu pena mencatat
tidak sesekali cukup menulis ilmu-Nya ya Rabb
tak terhitung tiada tamat
jika kita tidak tahu sesuatu
jangan terus buat2 tidak tahu
tapi ambillah tahu
bertanyakan kpd mereka yg tahu
bacalah..dgn menyebut nama TuhanMu yg menciptakan...

P\S:JIKA ADA KESILAPAN,MOHON NASIHAT...

Ditulis Oleh : Seorang Sahabat (Ariff Islam)

Thursday, July 15, 2010

Seketika...

assalamualaikum wrt
semoga rahmat tuhan sentiasa memberkahi kita semua

bacalah..dgn nama Tuhanmu yg maha cinta...

hidup ini untuk seketika cuma
sekadar persinggahan yg sementara
seiring berlalunya masa
lenyaplah kita bersama-sama...

seketika engkau bukakan mata
melihat fatarmogana dunia
dan seketika ia terpejam lena
apa kau mungkin terbangkit semula
ataukan pergi untuk selama-lamanya...


seketika masih ada cinta
sebelum engkau berada di dalam kesesatan yg nyata
seketika pintu taubat tidak tertutup
sebelum sempat merayu ampun
dan maut telahpun di kerongkong
apa kau nanti di lanjut usia?
atau kan lari bersembunyi di balik tembok yg kukuh?
ketahuilah...mati akan tetap tiba
ketentuan ajal itu bila-bila masa
dan di mana sahaja...

seketika kudratmu masih kuat
sebelum sakit menidakkan sihat
seketika waktumu terluang
sebelum sempit membuang lapang
melatalah di serata dunia
mencari ilmu yg berguna
buat bekalan ke akhir sana
dan bacalah dgn nama tuhanmu yg mencipta
semoga tiap amalanmu kan di hitung pahala...

seketika kau masih punya
sebelum kau tiada apa-apa
ingatlah ada yg lebih kaya
dan Allah itu Maha segala
dari kerdipan bintang
hingga jauh ke dasar terbenam
dari kerlipan mata
hingga jauh tersudut di jiwa
Dia berkuasa atas semuanya
apa kau merasa ragu dan sangsi???
pada tegak langit tanpa tiang
pada beburung yg boleh terbang
pada hari siang bersilih malam
maka nikmat apa lagi yg cuba engkau dustakan???
seketika nanti kau kan tahu jawapan..

seketika kita masih di sini
ayuh kita sama bergandingan
menuju jalan kebenaran...

Ditulis Oleh : Seorang Sahabat (Ariff Islam)

Wednesday, July 14, 2010

Kategori Karya Ariff Islam?

Siapa Ariff Islam ni?

Di sini saya perkenalkan dia adalah sahabat saya dan dia amat gemar dengan penulisan. Walaubagaimanapun beliau telah datang kepada saya dan kami berbincang untuk membuat satu koleksi karya-karya yang telah beliau tuliskan supaya tidak disia-siakan.

Hasil dari perbincangan kami, kami berdua bersetuju untuk menjadikan blog ini sebagai saluran dan pengumpulan karya-karya beliau yang telah ditulis oleh beliau sendiri selama ini.

Di sini, admin telah membuat satu kategori KHAS untuk karya-karya beliau disimpan dan dikongsi untuk umum. Karya-karya beliau dihasilkan dengan penuh perasaan dan gambaran kesedihan, kebahagian, kesukaan, keriangan, kenangan pahit dan manis, citarasa dan sebagainya lagi.

jOM!!! kita sama-sama menghayati kisah suka dan duka dalam kategori KARYA ARIFF ISLAM dalam blog ini.

Hakcipta Karya Ariff Islam adalah terpelihara dan tidak boleh sewenang-wenangnya hasil karya beliau diciplak atau diambil tanpa kebenaran beliau sendiri.

Karya Kehidupan 2 : Abang Aril

‘TIDAK DIBENARKAN BERTEMU ISTERI DAN ANAK-ANAK: suami tertekan pernah cuba membunuh diri’…Tajuk akhbar itu menggamit ana untuk meneroka cerita selanjutnya.Mohd.Shazril (bukan nama sebenar), 28 tahun, ditinggalkan isteri tercinta bersama 2 orang anaknya,manakala seorang lagi ada bersama dia.Puas Abang Aril berikhtiar untuk bertemu dengan isteri yg masih sah dalam ikatan,namun di halang keras oleh keluarga mertua. Semua itu memberi tekanan sehingga Abang Aril mengaku pernah mencuba untuk menamatkan riwayat sendiri..ah…kenyataan itu benar2 mengusik perasaan ana. Laporan akhbar itu menyertakan nombor telefon Abang Aril, memohon sesiapa yang mampu untuk menolong.Ana yang dibayangi kebimbangan tindakan Abang Aril lantas cuba menghubunginya..Ana sekadar sms,merisik cerita..

-Salam.Abg Aril,saya arif..td ada baca kisah abg di akhbar.erm..terlalu simpati dgn musibah yg menimpa.abg macamner skarang.ok?

Ana mengharap ada balasan.Ana mahu pastikan abg aril tidak lagi mengambil tindakan di luar kawalan.Sesungguhnya abg aril memerlukan sokongan moral dan rohani dr seseorang..

-terima kash..kat hospital KL skarang,kena tahan wad..
Hospital??ana mula panic.err..sakit ker abg aril atau???

-makan ubat nyamuk,minyak gas..xde guna abg hidup lg..

Abg aril membalas..Astagfirullahal azim..benar tekaan ana td..abg aril mengambil tindakan itu lg..

-abg aril..arif merayu,jangn berbuat demikian..masih ramai lg yg menyayangi abg..dan masih ramai lg yg menagih kasih abg..mcmner dgn anak2 abg nt??



Ana cuba memancing perasaan abg aril.ana bukan seorang kaunselor,tp keinsafan dgn peristiwa sebegini memanggil ana utk memberi bimbingan..kita kan saudara sesame islam..ana mahu kita semua bertemu di syurga nanti..tidak berbau syurga bg mereka yg membunuh diri..

-k lah..jap lg dr pakar nak datang..mrk nk cek mental abg..mungkin abg ni gila kot..

Abg aril balas sms ana dan terhenti di situ.Hari seterusnya,ana cuba sms lg,cuba telefon,tp tiada respon.Namun,ana tetap menghantar mesej2 nasihat..

-abg aril..kematian sekadar pengakhir hayat di dunia…sedangkan selepas itu masih ada kehidupan yg seterusnya..itu bukan penyelesaian abg aril..

Suatu hari, ada panggilan dr abg aril..hati ana ketika itu berbunga dgn kesyukuran..terima kasih kerana akhirnya membuka ruang ini..ana mengambil kesempatan untuk berkenalan seketika sebelum lebih lanjut berbincang tentang masalah yg abg aril hadapi..

“abg tak tahu,kenapa isteri abg tiba2 sekadar mendengar cakap keluarga dia.Abang tahu,abg menantu yg x disukai..tp tolonglah…abg sayangkan isteri..abg rindukan anak2..anak abg yg bersama abg sorang ni pun rindukan ibunya…jangan pisahkan cinta kami semua..”abg aril meluahkan perasaan..ana sekadar mendengar..sedih??hermmm…

“arif..tolong sampaikan pesanan abg aril kpd kawan2 arif..ini adalah balasan tuhan kpd abg aril krn dl selalu keluar clubbing..yup…abg dl kawin seusia 18 tahun..isteri di rumah,abg pula dapat sambung belajar di university..kehidupan abg teruk sangat..abg dah nak berubah arif..”abg aril bersuara sayu,seakan mendalam benar keinsafan yg hadir..semoga abg aril betul2 kembali..

Malam itu,ana sedang menikmati keindahan malam di sungai besar kemaman..subhanallah..begitu sempurna ciptaan Allah..tenang ana melihatnya..ramai kaki pancing yg sedang menunggu habuan melekat,memenuhi hampir di setiap tebing..sambil melihat panorama itu,ana mesej Tengku tajudin dan bunyamin,sekadar mengikat silaturahim…ketika itu cuti smester dan ana bercuti di rumah kawan di terenggnu selama seminggu..ada mesej dr abg aril.ana membacanya..

-anak abg yg bersama isteri sakit..abg nak pulang ke kg mertua malam ni jugak..abg merayu arif…tolong abg…abg perlukan duit utk pulang..abg dah lama di berhentikan kerja krn tertekan dgn musibah ini…abg merayu rif..tolong..

Ah..ana ketika itu di serbu perasaan bersalah…apa yg ana harus buat.. perlukah ana percayakan abg aril bulat2??lama ana berdiam diri..panjang berfikir,cuba pertimbangkan..panggilan telefon dr abg aril berkali-kali dibiarkan sahja..

-abg aril…arif mintak maaf…jika soal wang,arif x dapt tolong..arif hanya mampu member sokongan moral ajer…arif ni pelajar,bukan bekerja…arif xde wang..arif mintak maaf..

Dan sejak peristiwa malam itu…abg aril tidak lg membalas sms dan menjawab panggilan ana..ana hanya risau apa yg sedang berlaku kpd abg aril sekarang..ada hikmahnya setiap apa ketentuan Allah…abg aril..percayalah..terima kasih kerana member runag utk kita mencipta cerita bersama…

Sahabat…doakan keluarga abg aril menyatu semula..merasa kasih sayang bersama..cinta suami kpd isteri…dan cinta anak-anak kpd ibubapa..

Ditulis Oleh : Seorang Sahabat (Ariff Islam)

Friday, July 9, 2010

Buat Sahabat...


Panas hari ini terik sekali
membuat ana penat dan kelelahan panjang
tanpa disedari ada renyai-renyai tangisan
mujur kemudiannya hadir pelangi
warna-warni itu menceriakan
namun baru sekejap sahaja
ia telahpun menghilang
ana tercari-cari...
kemanakah dikau wahai pelangi???

rupa-rupanya Tuhan ingin kurniakan
biru langit yang luas terbentang
mendamaikan...tenang...
tapi seketika...ada garis hitam datang
selubungi seluruh alam....suram...
malam itu benar-benar kelam
seolah buta mata memandang
dan kian malam makin merangkak
muncul bulan dan bintang
munyuluh gelap
menghiasi dada langit...cukup indah...
namun sedang detik berganti
mentari terbit lagi
dan panas kembali...

begitu teman datang dan pergi
hadir buat pertama kali
bahagia benar menetap di hati
namun hakikat
kita bukan milik seseorang
kita adalah untuk semua
selalunya kita perlu akur
tiba masa mereka perlu mengundur..

bila bertemu sahabat yang baru
bagai merawat kekosongan yang dahulu
anggapan kita dialah pengganti
padahal kita lupa
yang baru itu juga akan menjadi lama
dan penghujungnya
dia juga akan melangkah pergi...

cintakan manusia
sekadar persinggahan dunia sementara
mencukupkan tanda kasih pada yang Esa
kerana cinta pada Allah
cinta yg selamanya
awal dan akhir...abadi..
semoga bertemu lagi di syurga sana...
ameennn....

Ditulis oleh:Seorang sahabat (Ariff Islam)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com