Hablumminannas. Hubungan antara sesama manusia.
Setiap manusia pasti akan mempunyai sahabat yang mana, sahabat ini mempunyai
perlbagai fungsi. Yang paling jelas, sahabat adalah untuk digunakan antara satu
sama lain. Tidak kira, ia baik atau jahat.
Setiap sekumpulan persahabatan anak muda, pasti
ada konflik antara satu sama lain. Konflik antaranya adalah dari segi idea,
attitude dan juga cinta. Setiap manusia diciptakan dengan berbagai pendapat.
Masing-masing pasti ingin idea mereka mendapat tempat. Perkelahian antara
pendapat sangat bagus kerana ia akan mewujudkan satu suasana ilmiah yang baik.
Hal ini kerana dalam perdebatan ini akan mewujudkan satu lagi idea baru, hasil
pertembungan dua sumber idea yang berbeza. Ini sangat diperlukan bagi setiap
masyarakat.
Walaubagaimana pun, perbezaan pendapat atau idea
ini akan mengundang situasi yang lebih ekstrim. Hinggakan tidak bertegur sapa,
mengata dibelakang, dan yang lebih malang lagi, putus persahabatan. Hal ini
tidak boleh dipandang ringan kerana kesan-kesan yang terbit dari permasalahan
ini akan mengundang permasalahan yang baru. Mungkin mewujudkan perasaan dengki,
dendam dan fitnah. Tidak dinafikan ia boleh membawa kepada kematian!
Begitu juga dengan cinta. Tak mustahil apabila
seseorang itu rapat dengan seseorang, bibit-bibit percintaan akan
tersemai. Ini kerana, setiap kali seseorang itu rapat dengan seseorang, ai akan
mewujudkan satu perhubungan yang selesa. Dan ya, cinta itu adalah satu
perhubungan yang selesa. Masing-masing selesa dengan cinta mereka. Tanpa
keselesaaan, cinta tak akan seindah syurga. Tanpa keselesaan, cinta tak
akan wujud. Dan kita tidak boleh mempersalahkan orang yang bercinta atau jatuh
cinta pada sesama sendiri. Cinta sejati datang tanpa dipaksa, bukan cinta nafsu
yang bila-bila masa saja boleh datang.
Tanpa kita sedari, pergaulan bebas antara
kelompok persahabatan ini menghasilkan satu sifat tanggung jawap, perihatin, cemburu,
dan cinta. Sebab itu, sahabat yang baik adalah yang protactive, responsiblity,
dan suka menolong. Dari sifat-sifat inilah yang membungakan cinta antara
kelompok persahabatan ini.
Tapi mampukah kita menjaga perhubungan ini? Nah,
aku ingin mengemukakan teori aku. Aku berpendapat yang kita tidak akan mampu
menjaga perhubungan antara manusia. Kerana kita sentiasa berahsia. Kata
kuncinya adalah rahsia. Kerana rahsia, kita semua bersangka buruk. Kerana rahsia,
kita tidak dapat membaca isi hati orang. Kerana rahsia, kita tidak tahu apa
yang mereka perlukan dan tak perlukan. Manusia tidak dapat lari dari sifat-sifat
ini. Kerana itulah sifat manusia yang Tuhan cipta.
Setiap orang ada rahsia masing-masing. Rahsia
yang dipegang itu adalah rahsia sendiri, atau rahsia kepunyaan orang lain. Lagi
berat jika rahsia itu diamanahkan kepada kita untuk menjaganya. Kenapa mereka
sembunyikan rahsia? Biasanya, rahsia yang disimpan adalah kerana rahsia itu
adalah sesuatu yang memalukan. Satu perkara yang jika orang lain mengetahuinya,
mereka akan malu, masalah baru akan timbul, malah perhubungan mungkin akan
renggang.
Manusia perlukan sahabat. Sampaikan wujud budaya
adik beradik angkat. Hal ini kerana rapatnya perhubungan seseorang itu dengan
seseorang yang lain. Memang penat untuk
menjaga hati sahabat, tapi cubalah menjadi jujur dalam perhubungan agar
perhubungan itu kekal lama sampai mati. Sahabat juga tidak boleh dipaksa. Biar keselesaan dalam perhubungan itu yang menjadikan kita bersahabat. Jangan biarkan rahsia merosakkan perhubungan. Dan jangan paksa jika hubungan itu tidak selesa.