Saturday, January 4, 2014

Resolusi Menindas...


Salam sejahtera dan selamat tahun baru. Tahun 2014 dimulakan dengan demonstrasi oleh rakyat Malaysia yang tidak puas hati terhadap kenaikkan harga barang yang tinggi sehinggakan betul-betul membebankan rakyat. Aplikasi kenaikkan harga minyak sendiri sudah membebankan rakyat, ditambah lagi dengan kenaikkan harga tol, elektrik dan cukai tanah. Tekanan ini tidak lain tidak bukan adalah disebabkan dari pihak kerajaan yang terpaksa mengurangkan subsidi dan menaikkan harga untuk meganti balik duit yang diguna pakai secara boros. Amat boros.
Keborosan kerajaan Malaysia tidak lagi dapat diselindung kerana setiap sudut gerak geri menteri-menteri sering diperhatikan. Malah ada yang menjadi tali barut kerana ketidak puasan hati mereka disebabkan perangai menteri menteri sekarang. Malah ada yang berani mengecam tindakkan PM atas kesulitan yang dihadapi sedangkan mereka adalah ahli atau pengikut setia parti BN. Nampak gaya, mereka sudah tersedar sedikit tentang kemelesatan ini bukan hanya terkesan kepada rakyat yang menyokong PR.
Pelbagai saranan bodoh di berikan oleh menteri untuk rakyat hadapi masalah kegawatan ekonomi ini. Antaranya menyarankan tidak perlu komsum sesuatu barang itu jika barang itu kita tidak mampu miliki. Atau dengan kata lain, harga itu mahal. Itu adalah asalan yang paling dangkal jika dilihat ia dikeluarkan dari sosok tubuh yang berjawatan menteri. Jadi memang benarlah momokan dari rakyat mengatakan menteri-menteri di Malaysia ini berfikiran sempit.
Oleh kerana bebanan ini, ramai rakyat Malaysia mula bertindak radikal dengan berniaga secara haram. Bukan haram dari segi menjual barangan haram, tapi cara urus niaga itu ditakrifkan sebagai haram. Untuk memaksimakan keuntungan, para peniaga cuba meminimumkan kos pengeluaran. Antarannya, peniaga menggunakan barangan yang murah, yang mana kebiasaannya barangan ini mutu barangnya adalah rendah. Secara tidak langsung ia memudaratkan kesihatan.

Memaksimumkan Keuntungan
Tapi itu bukan yang aku ingin tonjolkan dalam penulisan ini. Yang ingin aku tonjolkan adalah hal berniaga secara gerai ditepi jalan. Dengan berniaga ditepi jalan, kos untuk mnyewa bangunan atau tapak dapat dikurangkan. Kerana kos penyewaan bangunan atau tapak adalah sangat tinggi lebih-lebih lagi jika tempat itu berdekatana dengan Bandar. Sewa tapak di Wangsamaju saja sudah mencecah rm500 utk tapak seluas 20X20. Itu tapak ditepi jalan. Bagaimana pula dengan sewa sebuah lot kedai? Kebiasaannya tidak kurang dari rm10k satu bulan.
Dengan itu, perniaga dapat menjual harga makanan dengan murah dan dapat menjimatkan perbelanjaan harian rakyat. Rakyat sekarang terpaksa kerja keras untuk mendapat duit lebih. Antara caranya adalah berkerja sampingan. Oleh itu, mereka tidak ada masa untuk memasak. Solusinya, mereka membeli makan diluar dan cara untuk berjimat adalah dengan membeli makanan digerai-gerai tepi jalan yang mana lebih murah berbanding dengan harga di restoran berbangunan.
Hal ini dapat kita lihat sendiri yang mana peniaga ditepi jalan tumbuh dengan cepat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Di Wangsamaju sendiri memperlihatkan fenomena ini berlaku dengan cepat. Pelbagai juadah dihidangakan bagi menarik pelanggan untuk membelinya.
Dahulu kita dimomokkan dengan gerai-gerai tepi jalan ini diragui kebersihannya. Tapi kerana kesepitan kewangan, rakyat sudah tidak perduli dengan momokan itu, janji dapat makan. Di sekitar Wangsamaju, juadah yang dijual boleh dikatakan ekonomikal kerana juadahnya tidaklah mahal sngat dan tidak murah sangat. Harga nasi kukus ayam goreng yang dijual ditepi jalan berharga rm3.50. Kuantiti makanan itu dapat mengeyangkan para pembeli. Kuih muih juga masih lagi rm1 untuk 3 ketul kuih, berbanding dengan gerai yang berlesen yang mana harganya rm2 untuk 5 ketul.
Kesempitan hidup ini membuatkan ramai orang berbelanja secara berhemah. Kalau dulu pergi keluar kemana-mana, tidak kisah sangat untuk berbelanja. Kini, mereka berkira-kira untuk berbelanja dan malah ada yang sanggup tidak keluar rumah pada sebelah malam atau pada hari minggu semata-mata untuk berjimat. Ini boleh dikatakan meragut kebebasan rakyat. Kerana rakyat berhak untuk berhibur dengan pelbagai cara.

Resolusi Menindas
Saranan menteri supaya rakyat berjimat dan mencari resolusi sendiri bagi mengautkan keuntungan. Tapi malangnya, cara untuk mengaut keuntungan itu disalah ertikan. Mereka yang berniaga tanpa lesen diburu oleh pihak berkuasa seperti DBKL. Apa ertinya ini? Dicadangkan cari resolusi untuk cari keuntungan atau duit lebih, tapi dihalang. Bagaimana lagi para peniaga ingin mendapat untung lebih jika cara mendapatkan untung lebih dihalang malah didenda jika disabitkan dengan kesalahan.
Bukan setakat denda, malah ada yang gerai mereka disita. Bila hal ini terjadi, lagi bertambah masalah kewangan yang peniaga hadapi. Begitu juga dengan hal menaikkan harga barang. Menter-menteri member amaran kepada peniaga jangan naikkan harga barang kerana ia membebankan rakyat, masalahnya jika tidak menaikkan harga barang, ia membebankan peniaga.
Harga minyak naik, kos pengankutan naik, mana mungkin kos barangan tidak naik. Jika tidak naik, macam mana para peniaga nak dapat untung? Itu belum GST dilaksanakan. Jika dilaksanakan, lagi bertambah mahal harga barang. Dijangkakan jika GST, tol naik, tariff elektrik naik dan cukai tanah dilaksanakan, harga barang boleh meningkat mencecah 300%. Nilai ini sangat besar bagi rata-rata rakyat Malaysia yang bergaji kurang dari rm2000 sebulan.

Resolusi
Aku sendiri terasa kenaikkan harga barang kini. Walaupun sebagai pelajar tahun akhir yang mendapat pinjaman, aku juga terkesan. Alaun bulanan aku rm700 hanya dapat menampung hidup aku cukup-cukup makan dengan tinggal 10 orang 1 rumah, motorsikal buruk yang tak pernah disekenggara dengan baik kerana harga barangan motor juga terkesan dengan kenaikkan harga barang. Bila ditolak dan di tambah, aku hanya ada sekitar rm350 untuk beberlanja makan selama sebulan. Yang lain digukanan untuk rumah sewa, api air, motor dan barang kelengkapan diri. Kadang-kadang barang kelengkapan diri aku tak beli sebab aku perlukan duit lebih untuk hal yang lain. Maka, sabun dan ubat gigi teman serumah menjadi mangsa rompakan aku.
Tidak lain tidak bukan, cara untuk menangani masalah ini adalah dengan kita menyuarakan sara hati kita. Biar dunia ini dengan dengan masalah yang kita hadapi. Bagaimana caranya? Mungkin dengan berdemonstrasi? Atau pun gulingkan kerajaan sedia ada? Ayuh kita sama-sama renungkan.

No comments: