Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label makan makan. Show all posts
Showing posts with label makan makan. Show all posts

Monday, August 22, 2016

Keria Gula Melaka

Assalamualaikum,
Dek kerana terliur sangat tengok orang makan Keria Gula Melaka yang dari Melaka tu kan.. aku tekad untuk buat sendiri juga.
Resepi ni aku guna resepi Kak Azlita masam manis yang sangat manis orangnya.. kak Azlita ambil resepi Chef Hanieliza.
Terima kasih.. semoga Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah buat akak2 kita berdua.

di bawah disertakan resepinya.

ini terlebih gula sudah.. kerianya sikit je.. gula lebih.. hihi.. manih letting..





MyKitchen's Recipe


KUIH KERIA
By: Chef Hanieliza
Source: 1 Hari 1 Resepi



500 gm keledek ( aku pakai keledek putih- konon2 nk ikut betul2 macam Keria Antarabangsa Melaka tu.. hhehe)
1 cwn tepung gandum
garam secukup rasa
minyak utk menggoreng
1 cwn gula ( tukar gula melaka)
1/2 cawan air



"DO IT YOURSELF"


Keledek dibuang kulit dan dipotong kecil
Masukkan keledek, garam dan air secukupnyer ke dlm periuk dan rebus hingga empuk.
Setelah empuk, angkat, toskan airnyer dan lecek keledek hingga lumat.
Gaulkan dgn tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
Goreng dlm minyak panas hingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan minyaknyer
Kemudian dlm kuali lain, masak gula hingga mendidih dan pekat.
Tutup api dan masukkan kuih yg telah digoreng tadi. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan.



Untuk mendapatkan kuih keria gula melaka, tukarkan aje gula pasir tu kepada gula melaka.

Selamat Mencuba.







Tuesday, February 24, 2015

Tenang tenang sahaja, mari makan brownies!


Assalamualaikum,

kata seorang sahabat, dia dah ketagihan yang amat teruk..
ketagihan apa tau...?


ketagihan makan brownies!!!
wahhahahahaha....
macam macam ketagihan dalam dunia ni...

kebelakangan ni, asyik buat brownies je, hari2 brownies..
brownies pula kedut2..
alhamdulillah..
kedut tang brownies je cukup ok...
jangan pergi tang mukaa yaa..
oh no.. no no..





Sunday, September 21, 2014

Tat Keju Beri Biru

Bismillah...
Ianya ialah Blueberry cheese tart...
Wajah cantik ramai tertawan
Mungkin kerana rasanya yg menawan
Namun hati hati semua kawan kawan
Jangan sampai kena sawan..
Astaghfirullah.... itu la akibatnya nk samakan yg belakang... pantun la konon.. maaf jgn ada yg terasa ya..

Sedang buat chese tart ni...
Tempahan dari sahabat..
Lama x kemaskini pasal cheese tart ni..
Boleh la kita kongsi gambar2 si gebu ni..


























Alhamdulillah..
Buat dari hati penuh kasih sayang ni..

Terima kasih..
Setakat ini dahulu..
Ada jiran tekan loceng...
Ni mesti nk kasi makanan..
Hahahaha... penuh harapan je.. huhuhu. .

Wassalam...

Friday, September 19, 2014

Terharu dan terima kasih...

Bismillah...
Terharu je.. bila buka belog tgok ada kawan2 komen
Belog ini masih lagi dikunjungi juga sebenarnya...
Zafira Nabilah... Rohani Hashim.. kak Zakie adalah orang lama yg aku kenali sejak awal aku bergelumang dgn belog... dr dulu hingga kini.. depa sentiasa ada..
Ya Allah... hubungan ini Allah jugalah yg rancang dan atur... syukur..
Ramai lagi kawan2 blog lain yg dari dulu kenal sampai skrg masih ada...
Kak ayu.. mimy, akak KA , bitt , miloais, kakcik, fara, uncle, GB, k munna,k liza, KT... dan ramai lagi.. kenal di belog sampai leh jumpa2 di luar pun ada
Itu la hubungan di belog yg blandaskan keikhlasan pasti berpanjangan. .
Tp diri sendiri tu kena pastikan la.. kena nanya kabo kawan2 juge.. tak reti2  hmm.. hihihi..

Ni nk kongsi resepi..
Kasi kawan2 rasa... famly.. semua ckp sedap plak..
Ishh harap2 betul la.. hehe..

resepi ini terilham kerana, aku kan buat chochip kukiss..lepas tu, ada kukis2 ni raya hari tu yang pecah2 hancur.. lebih.. so fikir2 apa aja yang boleh dibuat nih.. ingat nak buat kek..
tapi dah alang2 hari tu encik abi minta buat puding untuk tetamu datang.. so.. apa lagi.. idea terus datang.. buat puding letak kukis laa.. apa lagi.. heheh3..
eh... ramai plak suka...
syukurr...
Allah campakkan perasaan suka itu ke dalam rasa hati hati mereka..

Nah.. cuba ya...

Ok.. terima kasih pada kawan2 yg sentiasa sudi dtg singgah sini.. =)
datang la sokmo...
(kena update sokmo la jugop wehh... )
U're da best..

Friday, July 19, 2013

Resepi Kuih Bakar atau Kuih Bengkang

Assalamualaikum..

Apa khabar semua kawan2..
salam ramadhan ke 10 kita hari ni..
semoga semuanya masih kuat menghadapi Ramadhan ini..

hari ni nak share resepi lah..
dah lama tak kongsi masak2..
nak kongsi resepi kueh bakar yang sangatlah mudah disediakan..
setelah sekian lama baru ku tahu bahawa ini ialah kueh kegemaran si dia!?
ya ampun, pencetusnya hari tu tgok dia balik bawa kueh bakar potong2 tu...beli dari Bazaar..

" isshh.. dah tak ada kueh lain la tu ya.. mesti u buntu tak tahu nak beli kueh apa, terus beli kueh ni je.."

" err.. tak lah, memang sengaja beli, sebab i sukaa.......lama tak makan.."

"aaaaaa....." ok..

" tulaa.. kalau isteri i tahu buat.. alangkah bagusssnyaa... "

wah wah wah.. itu ayat mencabar namanya..
makanya mula lah proses mencari resepi kueh ini..aku dapat dari seorang kakak senior yang pandai masak..




Resepi Kueh Bakar Pandan

1 cawan Gula
1 cawan air pandan (pandan di kisar dan di tapis airnya) boleh dicampur sedikit kaler hijau untuk warna lebih menarik
2 cawan tepung
2 suku cawan santan kelapa - aku tak cukup santan dalam 1 cawan setengah je ada.. jadi aku tambahkan sedikit whipping cream dalamnyaa... haaaa... walla...
2 sb mentega
3 biji telur
sedikit garam
Bijan - tapi aku tiada bijan.. lantas ditukarkan kepada choclate rise.. (serius sedap!!)

Cara2nya:

masukkan semua bahan2 di atas di dalam pengisar (blender) - sebati
panasnya oven bersama loyang yang telah di oleskan minyak di dalamnya..
bila loyang dah panas.. keluarkan loyang itu dan isikan adunan itu semua ke dalam nya..
bakar suhu 150-170 dalam masa 1 jam setengah macam tu la..
setelah beberapa minit di dalam oven.. taburkan coklat rise di permukaan adunan tadi..

ok.. selamat Mencuba.. =)
 

~ maaf lah tak sempat snap pic yang dah potong2.. masa tu dah nak berbuka.. sempat la kasi sepiring 2 kat jiran jiran... confident je kasi.. walaupun ini percubaan pertama... hehe..

dan malam tu juga kueh ini habissss...
puas hati kan .. dapat makan kueh kegemaran byk mana yang disukai..

Post Mortem:
- aku dapati bila bubuh whipping cream tu..ekstra sikit sedapnya.. =)
- Chocolate rise itu juga sesuai sebab bila makan ada rasa rangup2 
(ini ialah idea si dia.. aku minta pendapatnya.. bijan tiada.. apa harus ku ganti? terus dia cakap.. "coklat rise!" huumm... terserlah kesedapannya.. hehe
- komen si dia.. lain kali cuba buh telur lebih sikit.. mungkin lg sedap..


motif up entri ni sebenarnya sebab malam ni ingat nak buat lagi..
request dari si dia la..



Moga dapat membantu rakan2 yang sedang mencari resepi ini.. =)


Wednesday, July 17, 2013

Masakan ibu sentiasa yang terbaik..

Assalamualaikum,

Sebenarnya tadi sedang terkenang kenangkan masa makan sahur tadi..
berselera sungguh kami semua makan..
Nasi panas.. dengan sambal bilis petai dan daging masak kicap..
Lauk pauk berbuka semalam..
Lauk pauk dari kampung.. masakan mama...
ouhhhh... sedapnyaaaaa...
Jauh diterbangkan dari timur ke barat...

kisahnya adikku balik kampung hujung minggu lalu...
lalu apa lagi dibekalkan mama dengan lauk pauk dan kuih2 tradisi di sana yang memang kegemaran aku!
ouh...

Jadi semalam.. aku tak perlu susah2 nak pening kepala nak fikir2 apa nak masak kan..
syukur ada rezeki dari kampung ini..
love u mama..

~ Lauk pauk untuk berbuka semalam.. di bawa lah hingga ke bersahur pagi tadi.. memang sangat2 mencukupi untuk seisi rumah.. bahagianya rasa.. cuma perlu masak nasi je..~

~ ini sira pisang kegemaran aku.. mama bekalkan juga.. hadap ni je masa buka semalam.. ~

~ Akok! so sure korang dah tahu la dari negeri mana semua makanan ini diterbangkan..
geddik molek akok ni!!  ~

~ ok.. aku betul2 lupa apakah nama kueh ini.. beko ke hape.. dia dibuat dari kelapa.. lemak2 manis gitu.. ~

Alhamdulillah..
semalam dan pagi tadi setel seperkara..

humm untuk hari ini berkematu pulak la nak mikirkan apa yang mahu di masak..
tadi pergi ke rumah cik puan Farra kita..
dia pun alami masalah sama rupanya..
pening mikirkan apa lah nak masak..

(humm.. namun sardin n telur dadar pun sedap jugak ya farra! haa.. susah2 karang menu ini la nanti.. hehehe..)


ok... tengahari pun belum, dah tayang makanan yaa...
teruja nak kongsi masakan bonda... hehe

ok.. kalau kawan kawan baik hati nak kongsi idea menu2 yang best untuk di masak.. dipersilakan..
buntu tu bukan sebab apa.. sebab si dia dok minta menu bukan nasi..
menu bukan nasi..
menu bukan nasi

hapeee...
humm...



Wednesday, March 13, 2013

Melty Malt choc strawbery

Assalamualaikum,

tajuk apakah itu...
 Saje nak bagi kemaskini belog sikit hari ni..
cilok masa sekejap!
entri ni dah ada dalam draft 2 hari lepas...
baru nak lepaskan hari ni...

Ini Melty Herseys namanya?
haa.. itu la yang dinamakan oleh sifu saya..
saya ikut je.. =)

Diadun bersama krim segar, manis, masam.. diselingkan dengan coklat atau strawberi sirup dan kepingan biskut marie... ada cheese dan choclat chip di atasnya..
perfecto rasanya!

Alhamdulillah.. ini menu terbaru..
sumber rezeki tambahan untuk diriku..
dan Alhamdulillah juga, rasanya menggembirakan hati semua orang yang menikmatinya..


Berebut peti sejuk! =D

Ini... ada coklat dan strawberi.. dan mangga pun ada.. next nak buat oreo sebab ada permintaan..
kalau ada kawan kawan yang berminat nak cuba boleh lah order.. =)
tapi produk ni, kena sejuk dingin, tak bleh lama di luar.. dah namanya pun melty kan...
sedapa makan sejuk sejuk..

cubalah..!

^__^ v

 


Wednesday, November 28, 2012

Durian Crepe dengan Inti Krim Kastad! wallaa......!!


Assalamualaikum,

Demam doyan crepe belum abis lagi..
awal2 dulu cam susah je nak cari menda nih,
sekarang dah ramai orang buat ni..
sana sini sibuk memperkatakannya.
Aku pun tak terlepas.. ;)

Sebelum ni buat Durian Crepe guna resepi Suhaida Mohaini =)
kali ni nak cuba resepi lain pula... =)
Dengan Inti Krim Kastad!
Memang rasanya betul2 cam aiskrim laa..
wallaaa....


Mari kongsi resepinya yang dikongsi oleh KakZu Semanis Gula

Filling Cream Custard

200gm  susu segar ( ku cuba 100 gm susu segar, 100gm susu cair, sebab susu tak cukup)
2biji telur kuning
30 gm gula halus
sedikit tepung kastad ( ku tambahkan untuk memekatkannya)
satu kan semuanya dan kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm non dairy whipping cream - di putar sehinggan kental

Isi durian segar secukupnya. ( kebanyakkan nya aku guna isi durian D24)

Cara; satukan custard dengan whipping cream dengan kaedah kaup balik.
sedia untuk digunakan.
letakkan inti cream custard atas Crepe, kemudian isi durian dan inti cream custard sekali lagi.
balut crepe dengan cara melipat atas bawah.. dan tepi kiri kanan..
dah siap!! =)



~ pulangkan pinggan kak Nor sebelah dengan Durian Crepe! =)



Mula mula beli dengan orang.. pastu tak puas makan, kena buat sendiri laa.
ha makan la sepuasnya..
pastu bagi jiran2 terdekat dan kawan kawan sepejabat rasa..
pastu kebetulan mereka suka pula dan minta buatkan untuk mereka..
Alhamdulillah.. saya suka bila awak suka!
terima kasih.. =)

~geram pulak tengok ketul ketul DC yang bam bam tu! bila geram je nggap! bila geram je nggapp!! hehe~


Itu sahajalah cerita tentang si Glamer DC ni untuk hari ni..

Selamat mencoba resepi baru ini..




~kalau orang dalam pantang tak bleh kot makan ni..
humm... ~

Friday, November 23, 2012

Pemanggang Ajaib dan Resepi Grilled Lamb Chop

Assalamualaikum,

mari kongsi pengalaman baru saya menggunakan Pemanggang Ajaib ini!
sebenarnya entri ni dah lama dok dalam draft.. 
baru hari ni sempat ku siarkan.

Dan ini lah masakan perasmi Pemanggang Ajaib ku...




Resepi ini aku ambil dari Kak Wana Yusof pemilik Potret Kasih 
terima kasih kak, kerana sudi berkongsi rahsia resepi ini! sangat berpuas hati dengan hasilnya!
kalau korang semua nak tahu resepi asalnya.. boleh ke blog Kak Wana..
Resepi Kambing Panggang Marinate

4 keping daging lamb

Bahan rempah perap

5 ulas bawang putih
* 1sudu kecil serbuk halia - yang ini aku tambah sendiri
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan daun rosemary kering
1/2 sudu makan jintan kasar ( tak bubuh sebab tak jumpa hari tu! ;p)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar jus limau
2 – 3 sudu besar minyak zaitun
Cara penyediaan
1. Goreng bawang putih  dengan minyak zaitun hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk jintan, lada hitam, daun rosemary kering (yang ni aku x tumbuk), garam, gula hingga lumat. Kemudian masukkan bawang putih yang telah digoreng, minyak  zaitun 
 ( bekas gorengan bawang putih tadi ), jus limau, kicap dan sos tiram.
3. Tumbuk dan gaul sebati rempah tadi dengan daging lamb.
4. Perap semalaman dalam peti sejuk. ( untuk makluman, aku tak sempat nak perap semalaman, cuma perap seketika sahaja )
5. Bila masa untuk memanggang bolehlah di bakar atas kuali non stick  atau pembakar elektrik…

Namun, bagi merasmikan pemanggang ajaib ku itu! 
haruslah menggunakan Pemanggang Ajaib Are Ikan, keluaran Menang Glassware.. =).!

** Hidangkan lamb dengan sos lada hitam, coleslaw, mashed potato, timun dan tomato segar……..Untuk sos lada hitam  dan coleslaw boleh check kat sini.….Untuk kentang putar atau mashed potato  bole tengok resepinya kat sini. Enjoy!.

Namun, aku cuma hidangkannya bersama Kentang, sayuran dan bebawang..
caranya.. masukkan kentang, lobak merah serta sayuran lain bersama daging selepas 10-15 minit pemanggangan dengan pemanggang ajaib itu..

selepas lebih kurang 45 minit... dah boleh dihidangkan..
untuk makluman, mungkin masa 45 yang aku ambil ni lama sebab.. aku dok buka tutup letak sayur..
buka tutup letak bawang dan capsiumm..

Dan kalau menggunakan pemanggang ajaib ni sebenarnya tak perlu untuk memerap lebih lama..
sebab ramuan tu semua menyerap masuk ke dalam daging daging tersebut.. serasa..
mungkin kerana fungsi pemanggang tersebut yang kedap udara..
maka rasanya dan aromanya kekal bersama sama daging tersebut.. =)

~  hidangan untuk sidia... =) gembira hati bila si dia sangat menyukainya... ~
" dagingnya empuk! tak macam u buat hari tu liat! dagingnya macam juicy juicy.. best! ai like!"



~ hari hari mau masakla kalau camni.. hehe ..~

Wednesday, November 7, 2012

Recipe Homemade Meatball ala IKEA

Assalamualaikum,

atas tekanan perasaan , desakan keinginan yang membuak2 dan
kemahuan sang suami 
terhadap menu di atas ini, yang sememangnya sangat fofular di IKEA Damansara..
  maka..
gigih aku mencari cari resepi untuk membuatnya di rumah sendiri!

dan Terjumpalah resepi dari teman teman blogger Nice to see Nice to Eat, yang turut merujuk pada  Faa Rosli , dan wildcutecat , daripada rujukan resepi resepi mereka.. maka terhasillah.. menu seperti di bawah ini...
terima kasih tidak terhingga!

nyumm.. nyumm...




Apa kata anda cuba juga resepi ini di rumah??
puasss hati... =D




Cubalah resepi ini  di rumah .. ! =)
Resepi ini diolah sedikit sebanyak dari sumber resepi resepi kawan kawan kita juga=)
terima kasih tak terhingga.. =D
Resepi Meatball Ala IKEA

250-300gm Daging Cincang
Bawang putih – optional je tak letak pun takpe
Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Secubit allspice – tak letak pun takpe
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey.. =)
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.
Saya kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam oven beberapa minit.

Untuk Gravynya :

1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* - saya guna kiub daging lembu, lebih terasa keenakkannya..
sesudu gula * - ikut taste la, saya tak letak sebab dah secukup rasa

Cara-caranya:

1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur .
Untuk sayuran:
Baby Carrot
Brokoli
dikukus beberapa minit sahaja.. dan apabila diangkatnya terus rendam seketika dalam air ais..
tujuannya untuk kerangupan sayuran tersebut.. cubitkan sedikit garam untuk rasa..


Selamat Mencoba ya.. =)



~ tu tangan juri proffesional sedang mencobaa..... ~



 Selamat mencobaa.... =D



warning! sila tutup mulut anda pabila melihat gambar2 ini..
dikhuatiri akan meleleh dengan sendirinya..
heheh.. ;)

Wassalam..




Tuesday, November 6, 2012

Resepi Durian Crepe

Assalamualaikum,

hampir lupa.. Hari tu kan ada siar gambar Durian Crepe kat sini 




tapi lupa nak kasi resepinya...
aku ambil resepi dari sahabat Magna ku.. Suhaida Mohaini! boleh juga tengok disini resepinya..
atau telah aku salinnya di sini juga.. =)

DURIAN CREPE
by : fb (Zalina Eena)
sumber : fb (Anie Japri)
 
bahan2
  •  50gm tpg superfine/gandum
  • 1 sdb tpg ubi kayu 
  • 2sdb gula kastor
  • 3 sdb butter di cairkan
  • 1 biji telur
  • 160ml air
  • 40ml susu cair
  • 1/2 sdt esen vanila..
  • sedikit pewarna.. 

Cara2 :
  1. satukan semua bhn2 td & wisk je sampai sebati.. kemudian tapis adunan td
  2. sendukkan sesenduk tuang dlm kuali leper @ non stik, wat mcm buat ketayap tu ye.. tp jgn terblkkan & guna api slow aje
  3. dah masak biar sejuk..

Bahan filling
  • fresh krim yg pukul soft peak
  • isi durian 

Cara gulung:

  1. Ambil sekeping crepe tadi bahagian licin di bwh ye.. letak fc ratakan skit letak isi durian kat tgh n lipat gulung mcm lipat ketayap aka kuih gulung tu.. 
  2. Simpan dlm fridge jap blh la ngap.. enak dimkn ketika sejuk...
 
terima kasih su.. atas resepi yang sangat le sedap.. =)
sampi berkali kali buatnya! kengkawan pun suka!
tu yang sampai buat berkali kali..
memang tidak menghampakan!

selamat mencuba semuanya...

selamat tengahari..
selamat menjamu selera.. 



Senyum..






Wednesday, October 10, 2012

KUDU BIN ABDUL PENANG NASI KANDAR


Assalamualaikum,

Pernah dengar  Kedai Nasi Kandar Kudu Bin Abdul ni?
bagi warga kota Kuala Lumpur , pasti dah kenal sangat kot..
hanya aku baru sempat merasainya!
itupun nasib baik en Suami bermurah hati mahu belanja.. =) tq b..!

semalam rasa, hari ni mau lagi! haha..
hari ni aku angkut beberapa kawan pula untuk merasai penangan nasi kandar Encik Kudu ni..!
memang licin pinggan korang... heheh..

sesampai je dah orang ramai beratur panjang dah..
sedap punya pasal sanggup je beratur panjang!



~ Masa ni, kami di tengah tengah barisan.. kat belakang kami lagi 10 orang sedang menunggu... punya lah panjang barisan.. tuuuu dia... ~


~ ini menu aku,  nasi putih, kuah campur, sayur bendi, cili hidup hijau, sambal hijau dan ayam goreng! perfecto...!!
hanya RM 6.30 sahaja !- lebih 0.30 sebab minta bendi ngan lada hijau lebih kot!
update sebab Kakcik komen pasal harga tadi.. =)
ssesiapa yang tak makan pedas pun boleh makan cili hijau itu!
rangup dan tak pedas sangat! dipersilakan makan begitu sahaja!
percayalah.. memang sedap dan tak pedaaassss pun.. =)

terdapat pelbagai jenis lauk lagi..
ikan goreng, sotong, udang besar.. pelbagai jenis kari ikan, ayam, daging.. sayuran , masakan kicap.. dan lain lain lagi..

~ terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, sebelum Tune Hotel. Berhadapan dgn CIMB AVIVA, untuk lebih tepat, beralamat di 
 No. 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 
50100 Kuala Lumpur.  
Mereka di buka setiap hari hingga 8.30 malam hari  kecuali pada hari minggu  hingga 6.00 petang

My TIPS
kalau nak datang sini disarankan untuk datang seawal 11.30tengahari ke 12.00 tghari,
kalau dah 12.30 memang orang dah ramai beratur.. =)

ok.. selamat menikmati...


Dah macam ada ganja pula 
dok ketagih makan nasi ni..
terbaik..
Alhamdulillah..
Nikmat dari Allah.

Wednesday, August 1, 2012

Nah, Kuih Ketayap Hijau Pandan!


Assalamualaikum

Salam ramadhan ke 12 ...

ehem ehem... hijau nya...

hari tu kan.. aku ada buat ketayap yang kaler nya kunin, kat sini...
ada juga aku post kat fb...
ada gak yang menegur mengapa kaler nya kuning dan kenapa tidak hijau...
hehehe..
aku rasanya memang pernah tengok ketayap kuning ni... mama pun ada juga buatnya dulu dulu..
kebetulan tiada warna hijau...
maka kuningla pilihan hati.. sib baik aku tak letak kaler itam! hahaha

si dia pun request nak lagi kuih ni.. tapi nak kaler hijau katanya.. taknak kuning..
jadi,
Nah.. Kuih Ketayap kaler hijau... hehehhe

ok.. layan je la gambar kuih ni...




Kalau ada sesiapa yang nakkan resepinya...

boleh Klik sini...KUNING

Selamat mencuba cuba ya... =)

Thursday, July 26, 2012

Resepi Kerabu Sedap Istimewa

Assalamualaikum,

Ini ialah menu hari pertama berpuasa yang lansung menjadi menu untuk berbuka hari ke dua juga..
gara gara sedap? hehehe...
hari pertama buat tanpa udang...
hari kedua incik bos request nak lagi.. tapi dengan udang pula.. =)
bahan2 memang dah ada.. beli udang je..

jadi mari kita kongsi resepi aneka saya ni!



Resepi Kerabu Sedap Istimewa (Incek Bos)


10 ekor udang (dimasak terlebih dahulu dengan sos ikan)

5 batang kacang botol (potong kecil)
7-8 batang kacang buncis (potong kecil)
1 biji tomato (potong dadu besar)
1 biji cili besar (potong halus)
Serai (hiris halus)
sekuntum Bunga kantan ( hiris halus)
bawang merah/ besar (hiris)

2sudu besar kerisik/ kalau nak lebih pun boleh..
1biji limau nipis/ lemon pun boleh
gula dan garam secukup rasa

Cara:

masukkan semua bahan2 sayuran ke dalam mangkuk. Gaul.
masukkan kerisik, perahkan air limau, tmbahkan garam gula dan gaul lagi hingga serasa sedap.
last sekali masukkan udang dan gaul lagi..

dah siap pun!

inilah Salad melayu kita.. kan?

=)





Thursday, July 12, 2012

Sizzling Yee Mee lagi

Assalamualaikum,

Seperti tidak jemu, setiap kali tetamu datang menu yang wajib ada ialah Sizzling Yee mee!

agaknya dah jadi trademark dah kot... kalau datang umah mesti nak buat ni..
sebenarnya baru baru ni je pun.. ye la... semenjak dah beli hot plate hari tu.. jadi bermula dari beli tu la asyik dok buat ni je..
lagipun senang je nak buat! heheheh =p
Abbi la.. dia kalau boleh kat rumah tu sentiasa ada stok untuk buat sizzling yee mee ni, kalau orang datang senang katanya.. buat je nih.. pasti orang suka katanya!
errrr... ye ke ni b.. ke u yang suka!? heheh

tapi, betul.. ianya menu yang lain dari yang lain..
dan memang mampu membuat keterujaan kepada sesiapa sahaja tetamu yang datang.. Alhamdulillah..
asalkan mereka suka.. aku amat bersyukur...


~ cantik kan telur kuning tu? telur omega tu kaler oren semacam je.. =)  ~



~ Keluarga poksu yang datang bertandang minggu lepas... terima kasih sebab sudi datang.. kebetulan maksu ada kursus.. so paksu ambil kesempatan datang ke KL untuk ambil maksu bersama anak2nya... meriahlah Sabtu Ahad kami dengan riuh rendah bebudak tu...
2 hari berturut2 mandi kolam.. di kecil Bahiyyah tak mahu naik la kalau dah masuk dalam air.. walaupun dah ketar gigil pun nak berendam jugak! ~

stok sizzling dah habis.. nak kena topup ni.. tapi dah nak dekat puasa kan... =)

kalau ada sesiapa yang nak makan sizzling mee mai la datang umah.. insyaAllah kalau ada rezeki tak kemana.. =)

oh ya.. nak resepi Sizzling mee?? Klik SINI atau SINUN

Selamat mancuba! =D

ok, sampai jumpa!

Wednesday, July 4, 2012

Kawan baru kita

Assalamualaikum,

Selamat siang...

mari berkenalan dengan perisa baru tiramisu dalam balang nih...
Si mangga.. (^__^) v


 ~Rasa mangga yang sungguh bersari...  nyumm nyumm..  ~

~ membuat dengan hati yang gembira untuk mereka.. moga dapat dirasai kegembiraan itu dalam jar comel ini~

~tempahan dari kawan kawan~

Alhamdulillah..
rezeki ..
syukur..atas rezeki ini..

tak sangka pula perisa mangga ni pula yang mendapat permintaan ramai,
insyaAllah, moga Allah permudahkan segala urusan untuk membuat tempahan esok.



suami kata... kalau sesape nak lose weight minum SDII,
kalau sesape nak weight gain pula makan la tiramisu nih!
issshhh isshh isshhh...



Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker