Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label BUMI. Show all posts
Showing posts with label BUMI. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

KOMET

Assalamualaikum,

Selamat pagi.. hari ni aku tiba awal ke pejabat..
langit gelap lagi dah keluar...
sekali lagi aku pandang ke langit..
cantiknya hari ni.. tak sama sperti hari hari yang berlalu..
cantiknya memang tak pernah sama.. :)
Subhanallah... Syukur aku masih mampu menikmati semua keindahan ini..

semalam pula.. hujan membasahi bumi...
seluruh lembah klang dalam keadaan sejuk dan lembap..

semalam juga.. sekali lagi misi mencari bintang gagal..
sebenarnya aku dah lama tak tengok bebintang bertaburan..
menghiasi ruang angkasaraya..

dulu2 aku ingat.. selalu ada..
aku akan duduk di luar rumah dan cuba mencari buruj..
hehe.. sesekali aku akan terlihat tahi bintang ke.. atau komet ke ..
memang aku sentiasa bernasib baik dapat tengok tu..
dan kadang kadang aku berfantasi sendiri bila tengok semua tu..
berada dalam dunia sendiri..
hehe. macam macam dilamunkan..
aku memang suka tengok langit!!

pernah sekali aku dapat tengok mcm komet yang agak besar,
bercahaya biru kehijauan macam tu laa... 
seakan akan jatuh di belakang rumah jiranku..
nampak macam sangat dekat!
dibelakang kawasan rumah tu.. memang tanah lapang.. semak samun je....
belum dibangunkan.. memang sangat luas..
hati memang nak sangat pegi kat belakang rumah tu, tapi masa tu dah lewat malam sangat!
aku kayuh basikal sekadar berlalu di depan rumah tu..
dan cuma merenung tajam ke lorong gelap belakang rumah tu..
isshhkk tak berani nak pergi.. gelap gulita! semak samun..

uhhhh.. malam tu aku tidur tak lena.. huhu
dok fikir2 apa aje lah yang aku nampak tadi..
citer kat mama n papa.. diorang suh aku basuh kaki, baca alfatihah, kursi dan 3 Qul sebelum tido!
hehe..

pagi esok dengar cerita.. ada kebakaran kecil kat belakang tu!
aikk.. takkan ada kena mengena dengan apa yang aku tengok semalam??!
uihhhhhhh... misteri.. misteri...

Shooting Star Sky Nice

tulah...
sekarang dah jarang dapat tengok bintang bintang bertaburan...
dah banyak sangat kekotoran menyelaputi ...
asap , jerebu... tebal sangat dah...

panjang lebo aku bercerita pasal bebintang pulak pagi nih!!

hehe.. jap lagi nak share resepi lak ya...

tunggu...

=D



malam ni tengok langit lagi...
moga moga bertemu bintang bertaburan ..


Thursday, July 5, 2012

Bergembiralah..



Assalamualaikum,

kita sebagai manusia memang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan..
kadangkala emosi dan nafsu merajai
perasaan marah, benci, sedih dan berduka seringkali sukar untuk kita elak.
ya.. kita manusia biasa.. lemah dan seringkali gagal mengawal emosi yang membuatkan kita menjadi orang yang sesat.. lalai
mengundang musuh

Lihat di sekeliling..
Allah menciptakan semesta alam ini bukan tidak bersebab!
Alam yang indah ini cukup membahagiakan bagi sesiapa yang tahu menilai dan mahu menghargainya..
percayalah.. jika kita duduk sejenak.. hayati dan nikmati keindahannya.. hati akan rasa bahagia

maka, mari kita jadikan setiap ciptaan Allah di sekeliling kita ini sebagai aset, sebagai bahan dan sumber untuk kita terus berasa gembira! 
untuk kita terus berasa bahagia dan ceria..
tenang dan damai..
dan kuat, untuk menempuh setiap dugaan dan cabaran yang mendatang..

Salam sayang.. salam gembira..

=) 

Tuesday, April 12, 2011

Aktiviti Hujung Minggu ke FRIM

Lalu... seminggu minggu lalu ni... 3hb April

ya, ini ialah aktiviti hujung minggu minggu lalu.
Kami ke FRIM (Forest Research Institute Malaysia) atau dalam BM nya Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.

terletak tak berapa jauh dari rumah kami, tapi ini baru kali pertama kali kami masuk, masuk kena bayar RM 1 seorang dan kalau bawa masuk kereta kena bayar RM 4, so kalau 2 orang RM 6 lah kami kena hari tu, nak parking kat luar pun boleh, tapi memang agak jauh la jugak nak berjalan masuk ke dalam.. jadi dicadangkan membawa masuk kereta lah..

~ peta yang di ambil di laman rasmi FRIM (klik untuk tumbesaran) , sila lah singgah ke sana untuk maklumat lanjut~

~ ini pula peta nak ke sana.. ambil di eforum.cari.my , ~

Antara tarikan yang ada disini (mengikut maklumat FRIM) ialah; Arboreta, kawasan perkhemahan, titian gantun, taman ethno botani, taman botani kepong, rumah tradisional melayu, aktiviti alam, denai alam, kawasan perkelahan, kayu bersilika dan wetland.
.....................................................................................................................


mula mula sekali kami berjalan jalan menghirup udara segar di sana...
tenang, hijau.. damai... sejuk sekali.. perasaan hiruk piruk kuala lumpur terhapus sama sekali!
owwhhh...



~pokok kat sini sangat tinggi tinggi! suka lah!
dan aku? memang takkan melepaskan peluang untuk mengambil gambar gambar pemandangan yang sangat cantik! kelu lidah berbicara.. namun, biar hati yang terusan memanjatkan puji pujian atas kebesaran Allah yang Maha indah..~

~ bila dah snap gambar ni, tunjuk kat b... b kata.. " gud girl!" heheh..~

~ this is my very favoritasss photo! cantik sungguh! kalau korang dapat tengok sendiri di situ, memang sangat terasa kenikmatannya.. pokoknya dekat dekat, tapi dedaunnya tidak bercantum, seakan seperti puzzle pula! Subhanallah.. cantik! dan.. bila ku tenung tenung seakan melihat kalimat Allah sahaja...

~ tidak nanti terlihatkan kalimat ini pun, sudah cukup kenikmatan disekeliling kita yang dimiliki Allah semuanya... tinggal kita untuk menyedari, merasai dan menghargainya... ~

~ memulakan ekspedisi.. tengok abbi dah berpeluh peluh dah tu, baru intro..~

~ pendakian bermula! lets 'canopy walk'! chee semangat berkobar kobar.. ~


~ kecantikan alam membuatkan aku dan abbi tak lupa memuji muji kebesaranNya..! cantik.. tenang... damai... indah sungguhla ciptaanNya.. rugilah pada mereka yang tak tahu dan tak mahu menilainya... rugi.. rugi...
kami bukan sekadar mendaki.. tapi menikmati sepenuhnya keindahan alam semulajadi ..
kamera pun tak duduk diam juga... :)

namun.. setelah daki punya daki penat mula terasa... nafas dah tercungap cungap.. dalam hati masing2 bila la nak sampai ke check point ni! aku terus je tanya kat seorang aunty.. dan katanya... 
" ohh dekat saja lagi.. u naik sikit saja u dah sampai.."
kami pun naik la lagi setelah berehat sebentar...
tapi baru je dalam 5 meter , aku dah mula rasa pening, rasa cam nak muntah, aku bgtau abbi, macam nak surender je! sesak nafas! uhhh.. betul2 stamina aku dah tak sekuat dulu! sebab keadaan bukit tu menjulang tinggi, bukan mendatar, tu yang buat semput tu..
pulak tu air lansung tak bawa! tinggal kat kereta, cerdik kan..
aku dah memang terfikir dah kalau la aku pengsan kat sini macamana, abbi aku jugak yang susah ni, kesian dia nanti! aku byk2 selawat dan mohon Allah lindungi aku, sebab aku betul2 tiba2 rasa mcm nak pengsan dah!
tapi abbi kuat kan semangat, sikit je lagi, memang dah nampak pondok tu! tapi rasa macam jauh giler..
dalam hati ku berkata kata...
kalau la dapat minum air seteguk dua.. hilang la rasa pening ni

dan, tahu sesuatu tak?
baru je berjalan 2 langkah tiba tiba abbi yang di hadapan berhenti...
air! katanya..
rupanya ada air bukit pula di situ!
Subhanallah...
bila tengok abbi bismillah dan terus minum aku yang pada mulanya was was turut minum juga!
ya Allah.. bila mengalir je air tu di tekak....
ooohhhh... rasanya....
segar sungguh!!
jujurnya aku memang tak pernah minum air fresh dari bukit gini!
tiba tiba mata terus jadi cerah dan segar.. badan tiba tiba jadi cargassss... kepala pun tak pening lagi!
Syukur sangat! rasa macam tak percaya.. rasa macam satu keajaiban telah berlaku pada diriku!
serius!
aku pun ada lihat beberapa org dibelakang ku mengisi air tersebut dalam botol..

tak jauh dari sumber air bukit tu tadi...
Alhamdulillah...! syukur!
akhirnya sampai la ke pondok 'check point'..
tapi jambatan gantung tu kebetulan masih tutup,
memang dah tengok kat bawah tadi katanya masih tutup untuk tujuan membaik pulih..



~ terjumpa pula dengan pokok durian kampung?~

..............................................................................................................

sepanjang perjalanan turun , aku tak habis habis berceritakan tentang keajaiban bertemu air bukit tu..
:)
kami memang tak sempat nak menyinggah mana 2 tempat lagi, sebab dah nak tengahari, penat dah weh.. cuma sempat jalan2 dengan kereta di kawasan sekeliling.. memang luas tempatnya.. takpe, next weekend kita pergi lagi!
hilanglah lemak tepu badan, sekilo dua... hehehe..

ok...agak2 sesiapa yang nak melakukan aktiviti luar yang menyihatkan.. datanglah ke FRIM kalau dah pergi ke sana tu, boleh lah hubungi ku juga.. sebab rumah dah dekat sangat dah dengan FRIM, boleh singgah rumah.. kenal kenal.. makan makan.. borak borak... :)




tak faham dengan perangai manusia yang suka merosakkan dan memusnahkan alam sekitar,
tebang sana tebang sini..
tarah menarah sampai gondol jadinya..
bumi dah tua, sakit sana sini, tu pun masih nak fikirkan keuntungan lagi!
tak kemananya duit yang bertimbun tu lagi bila dunia dah musnah...
tak.. faham faham!

Monday, October 25, 2010

Puisi: MELAYU

Mari hayati puisi ini dengan seribu pengertian..

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap bersantun
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Aceh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah Mualaf bertakrif Melayu.

Dalam sejarahnya,
Melayu itu pengembara lautan,
Melorongkan jalur sejarah zaman,
Begitu luas daerah sempadan,
Sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal Universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu, menikam dengan pantun,
Menyanggah dengan senyum,
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silatulrrahim hati yang murni
Madah diungkap sentiasa disahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidaklah lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tiada terbandingan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
"Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran."

Bagaimanakah Melayu
Di abad dua puluh Satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

Hasil Nukilan :
Dato' Dr. Usman Awang

Thursday, April 22, 2010

Today is Earth Day!!


Pakai Hijau untuk BumiKu....
wah... hari ni semuanya pakai hijau ya!
Mari berpakaian HIJAU pada Hari Bumi!

Hari Bumi, yang disambut di seluruh dunia pada 22 April setiap tahun, telah diperkenalkan pada 1970 untuk meningkatkan kesedaran tentang perlunya pemeliharaan bumi bagi generasi yang akan datang.

Pada tahun ini, marilah kita sama-sama menyambut Hari Bumi dengan memakai pakaian berwarna HIJAU sebagai tanda sokongan. Marilah kita bersatu sebagai 1TM dan 1 Malaysia, dalam kita menyumbang walau apa jua cara yang kita mampu, untuk menyelamatkan BumiKu.


Ingat, apa sahaja yang anda lakukan adalah satu usaha yang memberikan kesan. Walaupun kelihatan kecil, namun ia boleh berubah menjadi suatu yang besar dan bermakna.

Selamat menyambut Hari Bumi!

Mulakan Hari Ini, Untuk Hari Esok


~ gambar dan artikel dari group corporate~

IringJeling: aku semangat pakai baju hijau hari ini, kecewa pula dengan mereka yang memperlekehkannya.. huhh...

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker