Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, August 9, 2012

Mari Berdoa..






Assalamualaikum,

buat teman teman yang kusayangi..


Yang baik adalah daripada Allah..

dan yang buruk itu adalah kekhilafan ku sendiri..



hari ni aku pakai jubah hitam, baru beli harganya agak berpatutan hanya RM49.90,
memang dah lama teringin nak pakai Jubah, tapi semua jubah kan macam mahal2 je..
nasib baik Allah temukan dengan kedai dekat je dengan rumahku..
Alhamdulillah.. berhasil berjumpa dengan Jubah yang tak mahal sangat..
(mungkin sebab suami juga telah bersuara mahu aku memakai jubah, maka dengan mudahnya dapat jumpa jubah ini)
dan rasanya?
MasyaAllah sangat selesa rasanya..
rasa tertutup, rasa terlindung rasa selamat.
Moga niat sebenar memakai Jubah tidak tersasar atas kekhilafan diri sendiri..
 


Friday, August 3, 2012

Bersangka Baik

(entry ulangan ni.. rasa best nak letak sekali lagi)

Assalamualaikum,


mari kita renung renungkan,
dan..
sampai jumpa.

Resepi Popiah Berlauk ChekNgah Mulong





Assalamualaikum,

Puan puan dan tuan tuan semua..

resepi petang ini ialah..

Popiah Berlauk

resepi dari ChekNgah dok Mulong Kelate..


mari tengok resepinya..

POPIAH BERLAUK CHEKNGAH

1biji Bawang besar di potong dadu
1 batang lobak merah - di potong halus panjang2 atau boleh juga guna penyagat
1 biji timun jepun - juga di potong halus panjang
taugeh
sebiji sengkuang kecil - juga di potong halus panjang
2 bijiTelur (ini aku tambah)
10 ekor udang segar saiz sederhana atau besar ( dipotong kecil kecik)
garam, gula, sebuk lada sulah

Cara:

- Tumis bawang besar hingga layu,
-masukkan udang yang telah dipotong kecil2, masak sekejap,
- masukkan carrot, sengkuang, goreng sebentar dan kemudian ketepikan dlm kuali,
- masukkan telur yang telah dikacau sebati kedalam kuali.. masakkan dan hancurkan.
-masukkan taugeh dan timun
-goreng smuanya sekali
-masukkan perasa garam gulu dan lada sulah
-gaul..hingga serasa..

-masukkan inti dalam kulit popiah...
dan gulung..
sediakan tepung + air untuk dijadikan gam, 
maka kulit itu tidak terbuka bila di goreng.


si dia sangat suka!!
jadi saya pun suka!
=D



Thursday, August 2, 2012

Cantik.. pada sesiapa yang tahu menilainya..

Assalamualaikum,

salam Ramadhan ke 13.

lama dah kan aku tak letak gambar2 hasil snap yang cantik kat sini..
ada je dalam pendrive tu.. tapi asyik tak sempat je.

jom kongsi gambar yang di ambil 2 hari lepas semasa dalam perjalanan ke pejabat...
setiap pagi pun sebenarnya aku main snap2... memang suka.. tengok langit.. tengok sekeliling..
dalam sibuk2 drive tu kan.. tengah jem tu kan.. cuba larikan sedikit pandangan ke langit.. sure tak tensi..
tapi jgn la lama2 pandai pandai la kan... =)






























Layan gambar kat tepi ni pula...

tengok gambar yang mula2 tu..
keluar kerja jam 6.30...
keluar gelap lagi....
kadangkala biru je...










Gambar ke 2 tu..
matahari mula nak tunjukkan diri...













 Gambar ke 3 tu...
langit dah cerah sungguh
tertarik mata ini melihat bunga bungaan di pokok itu..
macam di musim luruh je... =D












dan gambar last sekali..
Welcome to..
KUALA LUMPUR...
ya... dah nak sampai ofis dah tu..













biasanya begini la rutin harian ku...
maklumla... masuk cepat.. balik awal kan..
so untuk memastikan waktu balik nak cepat,
makanya! kena la pastikan waktu masuk kerja tu awal juga..!
ini tidak.... masuk dah lewat! bila nak balik pula dia yang paling awal tunggu kat punch clock!
cisss...

ok..

nanti jap lagi sambung balik..

ada resepi nak share nih!

=D






Wednesday, August 1, 2012

Nah, Kuih Ketayap Hijau Pandan!


Assalamualaikum

Salam ramadhan ke 12 ...

ehem ehem... hijau nya...

hari tu kan.. aku ada buat ketayap yang kaler nya kunin, kat sini...
ada juga aku post kat fb...
ada gak yang menegur mengapa kaler nya kuning dan kenapa tidak hijau...
hehehe..
aku rasanya memang pernah tengok ketayap kuning ni... mama pun ada juga buatnya dulu dulu..
kebetulan tiada warna hijau...
maka kuningla pilihan hati.. sib baik aku tak letak kaler itam! hahaha

si dia pun request nak lagi kuih ni.. tapi nak kaler hijau katanya.. taknak kuning..
jadi,
Nah.. Kuih Ketayap kaler hijau... hehehhe

ok.. layan je la gambar kuih ni...




Kalau ada sesiapa yang nakkan resepinya...

boleh Klik sini...KUNING

Selamat mencuba cuba ya... =)

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker