Sunday, October 31, 2010
In Red for Red Warriors!!
Thursday, October 28, 2010
Pesanan Ikhlas
Perempuan ni tinggi nilainya jika jaga perilaku..
jangan jual murah sangat, jangan tunjuk murah sangat..
biar kita tolak tolak.. biar kita malu malu,
sebab, itulah benteng untuk diri kita..
Malu ni sangat penting untuk perempuan,
takda malu, takdalah seri..
takda malu, takdalah kelembutan, takda kesopanan..
takda malu, takdalah kekuatan, takda kehormatan..
dan,
harga diri..hilang entah kemana
malu itu penting..
hilang malu, hilanglah martabat kaum wanita..
tengok pada daun semalu! menguncup bila kita sentuh, dan sekelilingnya ada duri.. boleh luka tangan tu kalau ditariknya..
perempuan ni sepatutnya umpama daun semalu lah..
nenek aku ni selalu lah juga cerita masa zaman dia muda muda dulu.. zaman ngorat ngorat dulu.. hehehe.. banyak yang tersirat dan tersurat...
seronok dok berborak dengan dia, dengar cerita cerita lama..
sejak dari kecil...kalau aku duduk bersila mesti dia tegur! duduk bersimpuh baru la sopan katanya.. huhuhu..
tadi pula aku ada membaca artikel ini dan mahu sama-sama kongsi bersama kamu semua..
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Wednesday, October 27, 2010
Basah lagi...
" Salam fiona, sy baru sampai ipoh.
Bagaimana dengan bos baru.
saya doakan semuanya baik. sy yakin
fiona dapat lakukan terbaik..
kirim salam kepada zul. tk. Aai" (zul , temannya si fiona)
dapat je sms ni, automatik air mata terus mencurah keluar..
dibalas pula;
"Alhamdulillah tn hj dah sampai..... bla..bla.. bla..
.....kita tumpang gembira bila tn hj dapat pindah..
tapi dlm masa yang sama..
rasa kehilangan......"
***********2 minit berlalu..*********
tenten..tenten..(bunyi sms lagi..)
" InsyaAllah semuanya baik. Hidup ni
memang gitu. Penuh dengan cabaran dan
dugaan. Kita perlu harunginya dgn tabah dn kesabaran
dn sentiasa berpegang kpd Allah... insyaAllah selamat..
ingat yg sy penah pesan kat fiona"
huuuuuuu... makin basah la pipi si fiona! kain tudung yg di pakai ni pun turut basah..!! hilang langsung keanggunannya hari ini.. huh!
Selamat pagi cinta! :D
dan saya berasa sangat anggun hari ini dengan tudung baru yang masih berbau kedai! huhuhu.. dengan baju kurung 'cotton' berbunga kecil warna merah... :) macam suweet sahaja! ya.. tak lupa dengan kasut saya yang seksi.. uuhhh... ! hehehe...
saya juga berbau bunga bungaan hari ini.. ummmmm wangi! :D
errrr! (tetiba ter'saya' pulak? ;p)
hahahaha.. aku tahu aku masuk dalam bakul dan angkat sendiri! :D takpe, yang penting aku rasa bahagia dan tenang di pagi Rabu yang indah ini..
Aku harap korang di luar sana pun set dalam minda masing2 semua yang positif sahaja!
ya! mari kita lalui hari ini dengan penuh semangat! lupakan masalah dan kesedihan yang melanda... Ingatlah... masalah dan kesedihan tidak juga akan selesai jika kita asyik memikirkannya! so, jom! lupakan sebentar dan sama sama kita gembira hari ini dengan menadah tangan bersyukur pada Illahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ini! maknanya kita masih ada peluang untuk lakukan terbaik dan betulkan segalanya yang terbabas ke landasan yang sebenar! Mohon bantuan dariNya untuk segala kepayahan itu...
ayuh kawan semua! tak rugi kita buat menda baik nih.. :)
Jgn lupa Al-fatihah untuk ibu bapa kita samada yang masih hidup atau yang telah tiada...
peace all!! love ya'll
Tuesday, October 26, 2010
apa maksudnya?
tu.. blog Nadia.. Blog Kak Ayu dan Blog Lya...
hmmmm...
:)
Monday, October 25, 2010
Puisi: MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap bersantun
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Aceh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah Mualaf bertakrif Melayu.
Dalam sejarahnya,
Melayu itu pengembara lautan,
Melorongkan jalur sejarah zaman,
Begitu luas daerah sempadan,
Sayangnya kini segala kehilangan.
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal Universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu, menikam dengan pantun,
Menyanggah dengan senyum,
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silatulrrahim hati yang murni
Madah diungkap sentiasa disahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidaklah lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tiada terbandingan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
"Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran."
Bagaimanakah Melayu
Di abad dua puluh Satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.
Hasil Nukilan :
Dato' Dr. Usman Awang
Sunday, October 24, 2010
Drama TV3: Taubat Nasuha
memang sentap jugak cerita ni,
cuma memang aku tak puas hati dengan endingnya tu..
hmmm... kesian mereka.. ibu dan anak beranak mati macam tu sahaja..
hmm.. lagi pulak tu ada pembantu pengarah kat luar ni..
hahaha.. sepatutnya camni.. sepatutnya camtu.. huhuhuhu...suara suara pengkritik.. ;p
" alamak.. apsal macam ni.. spatutnya.. bla..bla..bla..."
"hehe bis tu b, apa lagi? pegi ler bgtau ke pengarah drama tu... cakap kat sini dema tak dengar pun... :)"
apa pun, cerita tu agak menarik jln ceritanya, iktibar untuk semua yang menonton..
moga ada tuah drama ni nanti di Anugerah Skrin.. :)
best nyaa.. :) terima kasih dea..
Saturday, October 23, 2010
Injured
Semalam, b ku kemalangan kecil! motor yang dinaiki dilanggar oleh lori kecil dari belakang,... motor jatuh.. kakinya kena hempap..
kaki terseliuh,
lutut.. lengan.. tangan kena luka luka kecil,
Terkejut bukan kepalang lah aku! sebab tak pernah terjadi begini..
dan inilah yang sentiasa aku risaukan!
sekarang..
sang raja sedang sedang bersemayam di atas sofa.. sambil menikmati buah-buahan..
kesian dia.. takleh bergerak sangat.. terjungkit jungkit.. kena papah kalau nak bergerak..
nak pakai tongkat? ahh.. macam sakit sangat je katanya.. (aii.. memang tgh sakit pun kan.. hmm tak ngaku..)
tadi.. mandikan dia..
siapkan dia... makan ubat.. sapu ubat.. masak untuknya..
apatah lagi jika ada yang dipinta.. aku akan penuhi..
pastu sebentar tadi, aku baru lepas solat, dan aku tengok dia terjungkit2 dari luar nak ke dapur...
" la.. b, kenapa u gerak2 nih..?" sambil aku terus cepat cepat papah dia ke tempat duduk balik..
" err.. me nak minum air.. takpe.. boleh amik sendiri, me taknak menyusahkan u.. kesian u.. me byk nyusahkan u dah.."
Ya Allah.. kesianlah pulak dia cakap macam tu..
"ya Allah.. tak pernah terfikir perkataan menyusahkan tu!... susah senang kita lalui bersama.. me bukan nak bersama u tika senang je babe.. "
"terima kasih sayang... ." sambil matanya kelihatan bersinar sinar.. :)
tersenyum berdua duaan :)
im yours...
***************************************************************
tak guna hidup ni jika hanya mementingkan diri sendiri.. setiap kita telah diberikan tanggungjawab sebagai hamba Allah di muka bumi ini.. maka, telusi .. hadapi dan lalui dgn penuh tenang dan bersemangat.. terutama untuk orang orang tersayang di sekeliling kita..
dan kasih sayang yang hadir bersama tanggungjawab ini mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya..
oh.. satu masa dulu.. aku pernah hadapi satu saat paling getir dalam hidup, dan di saat itu, memang tak terfikir oleh ku tentang masa depan seperti sekarang, yang telah membawa segala galanya yang getir itu jauh meninggalkan aku..
syukur..
yang pasti... sekarang, tika ini.. masa ini sahaja lah yang kita punyai!
kerana...
semalam tak mungkin lagi di ulangi dan esok tak tentu akan kita miliki!
lakukan terbaik untuk semua.. :)
peace..
Friday, October 22, 2010
Lumrah
"BERTEMU DAN BERPISAH ADAT MANUSIA BIASA
HILANG DI MATA TAPI DI HATI TIDAK LUPA
BERDOALAH KITA AGAR AMAN DAN SENTOSA
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA
BERDOALAH KITA AGAR AMAN DAN SENTOSA
Thursday, October 21, 2010
Nak Bagi ke tak..
" weh, ko ada tripod kan? aku nak pinjam weh.. urgent ni, nanti aku pegi jumpa ko amik!"
" hah? tripod.. ada..memang ada.. urgent ko nak pegi mana nih..?"
" alaa.. ada la..takyah ler banyak tanya.. ko bagi je nanti..ok"
" haaa... (blur..)"
talian dimatikan.
ada seorang teman ingin pinjam tripod kesayangan ku! hmmmm... tapi aku berat hati pula..
berat sangat rasanya..
terukkan?
bukan kedekut sebenarnya.. tapi.. teman yang ingin pinjam ni dah ada byk sejarahnya bab bab pinjam meminjam dgn aku! hmmm ...
sejarah 1
pinjam duit, sampai sekarang dia tak bayar.. katanya minta aku halalkan sahaja lagipun dah lama katanya, pastu.. buat2 lupa.. dan lebur...
sejarah 2
aku penah kasi dia pinjam beg pakaian... pastu bila dia balik, tengok mana beg? alllamaaak katanya.. lupa.. tinggal kat kampung.. pastu janji janji nak ambil balik! tapi harammm... bila dah lama2 alasan diberi..beg tu buruk dan rosak pula.. lebur laa beg aku..
Sejarah 3
cd, kaset, buku dan lain2 tu tak kira lagi.. lebur kat tangan dia! byklah lagi!
sejarah 4
pinjam baju! hmmmm.. jadi harta dia jugak akhirnya sebab? dia asyik pinjam dan pakai.. suka katanya, minta sebagai hadiah.. oh.. ok lah, tanda kenangan kita bersahabat... !
mungkin Tuhan nak tunjuk kot.. aku ke rumahnya, tengok di ampaian.. byk baju berjemur.. dan dari kejauhan, macam ku kenal je baju tu yg bersebelah ngan ampaian iaitu kat jaring jaring besi.. walaupun dah nampak lusuh giler, tapi aku kenal.. mula2 rasa bangga, tapi baru pelik kenapa sidai kat atas jejaring? lalu aku tanya dia, itu bukan baju yang aku kasi padanya dulu? jawapnya selamba, itu memang baju aku, tapi dia dah tak pakai.. sebab dah lusuh.. dari tak buat apa, baik buat kain buruk... adussssss!! remuknya hati aku! remuk sungguh dengar jawapannya tu.. hmmm mungkin aku terlalu berkira? tapi apalah salahnya simpan sahaja baju yang kau kata dahulu tanda sahabat.. kan..
mula dari itu.. hari aku dah tawar dengan dia.. hmmm.. aku manusia biasa..
makin jauh berjalan, makin kenali erti hidup..
tapi aku memang betul2 tak faham sebenarnya orang sebegini! (tetiba bila ingat semula rasa nak marah je..)
kenapa orang sebegini jadi macam ni? tak terfikirkan dek hati mereka tentang perasaan kita..
saat susah.. datang cari.. dan saat senang lansung tak nampak batang idung! hmmm..
ni dia nak pinjam tripod pula, tak kasi kang kata aku kedekut pula.. aku tahu mungkin ada orang fikir.. apalah sangat ngan tripod tu, tapi aku tak sanggup amik risiko untuk kehilangannya! nak cari lain kena ada duit jugak weh.. aku berkira? yess i am!
bingung dibuatnya! kalau aku berterus terang karang ada yang terasa hati...
hmmm bingung!
Jika bagi, maknanya aku menempah risiko untuk kehilangan tripod kesayangan!
korang rasa camne? nak bg alasan nih...
korang nak tengok tripod aku?? tu kat atas tu.. gambar header no 2 tu, dia berada disebelahku.. :)
Upss!!
masa lunch kan.. so ok je aku bukak tenet...
sesambil diorang berborak, aku layan tenet jer... biarkan mereka berdua tu yang layan boss aku tu..
ntah macamana aku tak perasan bila masa dia berada di belakangku!
sedar sedar je dengar dia kata..
" apa tu Fiona ?" ( cheh.. nama aku tetiba tukar bila menaip ni!)
" errrr... ahh.. ni.... tuu...." aku tak sempat nak kata apa apa .. dia dah mencelah
" ohhh.. blog ke tu ?"
" eh... haah.. blog ni tn hj, saya baca blog kawan saya, saya suka baca blog diorang banyak info info terkini!"
"ohhh... pastu boleh komen komen ye... ooo bagus ya?"
alamak.. rupanya dia dok perati aku dok komen kat blog korang nih!
" haah.. memang boleh komen.. blog kawan saya ni memang saya selalu baca"
" oooooo... bagus ya? abis.. Fiona tak buat blog jugak ke?"
pastu 2 org kawan aku tadi lihat aku, dan aku lihat mereka kembali!
pastu aku secepat kilat bagi signal kat kawan2 aku! jegil bijik mata minta diorang jgn bgtau yang aku ada blog! geleng2 kecil... yang diorang ni memang tahu aku ada blog! yang tn hj ni ada kat belakang, so dia tak nampak la aku kasi signal.. huhuhuuh.. sib baik tak pecah...
" er.. ha.... memang bagus tn hj, banyak blog dah sekarang ni, ini semua pun saya baca blog kawan2 kawan saya je... time free free boleh la layan..." eh.. aku tak jawab pun soklan dia tadi.... minta2 la dia lupa,
" oh.. kalau camtu saya pun teringin nak buat blog jugak lah! baguskan blog ni... saya dulu memang suka menulis... bla..bla.. bla.... hmmm.. gud.. gud.. nanti saya nak buat blog la kat tempat baru saya... tempat baru banyak masa lagi... " (dia dah nak pindah... minggu ni last.. dan aku sedih..)
pastu perbincangan seterusnya dia dok fikir apa tajuk nak kasi kat blog.. apa topik.. isu apa.... huhuhuhu.....
alamak... ada chance nak bertembung di blog ke nih!? huh..
update: aku syak dia cam tahu je aku ada blog.. mungkin saja je dia nak pancing2 aku..tengok aku mengaku ke tak ke.. ntah.. iya.. ntah idak..
Wednesday, October 20, 2010
Khnzrrrr
ternampaklah binatang 'tuutt' tu atas lori masa nak balik kesekolah..
pastu, dia begitu bersungguh nak ceritakan kat mak dia..
" mak.. tadi adik nampak khinzir..."
"hah? khinzir? apa tu?" mak nya saja menduga..
" ala khinzir yang haram tu..!! eii.. geli adik tengok... banyak mak..."
" ish, apa khinzir ni dik, mak tak tahu pun.."
" ala.. yang eja dia cam ni.. b.. a....b..i... haaa.." bersungguh dia mengeja, tapi tak sebut pun perkataan tu..
" b...a...b..i... hmmmm... ntahlah..." si maknya sengaja membingungkan lagi keadaan
" hii.. mak ni, eja yang paling senang pun tak tahu.. nanti mak pegi eja b...a...b...i.. tu kat aunty lucy, suruh dia terangkan kat mak.. tapi mak jangan sebut tau... nanti doosaaaa....!"
sambil dia berlalu pergi meninggalkan maknya..
Tuesday, October 19, 2010
tak boleh nak fikir nak letak 'title' apa ;p
Hari ini akan menjadi hari yang sangat sibuk, dan aku mungkin tak sempat nak melawat kamu kamu semua dan update blog ngan cerita apa apa pun.. tiada cerita..
So harap maaf..
kalau dah masuk sini tu, dipersilakanlah jalan-jalan baca coretanku ya! terima kasih..
semoga segalanya berjalan lancar hari ini, Moga Allah permudahkan segala urusan kita dan mendapat keberkatan dariNya..
Jumpa lagi petang nanti ok! :)
IringJeling: jangan lupa sedekahkan al fatihah untuk ibu bapa kita pagi ni, samada masih hidup atau telah meninggal, murah rezeki.. :)
Monday, October 18, 2010
Gambar : Si Kecil..
dah terlepas 11211 pun
hehehe..
takpa ada rezeki di lain hari.. :)
Lasagna Untuk Si dia..
ok,ok.. walaupun rupanya..tidak la seberapa.. tapi, penangannya..huhh.. licin hingga menjilat pinggan!
"da best ever!" katanya
apa lagi.. kembang ler buntut yg kena puji tu.. ngeh..ngeh..
Nak resepi ke?
simple present tense je..
Kepingan Lasagna Kering (direbus terlebih dahulu- letak minyak zaiton sikit..supaya tak lekat)
Sos Putih
2 sb Butter
250-300ml susu full cream/susu segar
2sb tepung
Cheddar Cheese
garam/lada hitam secukup rasa..
Cara;
cairkan butter, sebatikan dengan tepung, masuk susu, kacau hingga pekat.. bubuh cheddar chese..bubuh garam dan lada hitam.. kacau sentiasa supaya tidak berketul..
Sos Ayam
Ayam- di potong halus..
1 bwg besar - potong dadu
4-5 bwg putih - cincang
Cendawan butang - potong kecil (tak buh pun takpe)
lada benggala - potong dadu
tomato puree + rerempah basil, oregano, thyme ( tapi kalau nak senang letak sos spagetti je..)
/sos spaghetti
garam/gula
stok ayam 1/2 (kalau taknak pn takpe)
Mozzarella cheese/cheddar cheese (mozza takde, ku pake cheddar je)
Cara
tuang minyak zaiton, tumis semua bebawang, masuk sos, masuk ayam.. dan masuk segalanya, siap.
dalam loyang, letak sedikit sos merah kat bawah sekali.. buat lapik je, taknak melekat, boleh juga letak minyak zaiton. lepastu, lapiskan dengan kulit lasagna dan lapis sos putih atasnya.. kemudian tabur cheese. Seterusnya lapis lagi dengan kulit lasagna dan sos ayam di atasnya,.. dan ulangilah seterusnya sehingga bahan2 anda habis, aku akhiri lapisan atas dengan sos putih dan chesse ..
bakar hingga atasnya dah kuning kekuningan..
sedap makan tika suam suam panas..
terima kasih.
IringJeling: makanan yang penuh nikmat kelemakan yang berkrim, tapi awas!jgn amalkan selalu!!!!!!!! memudaratkan kesihatan, boleh jugalah digantikan dengan vegeterian, buh sayuran dan jgn letak cheese.. lebihkan susu je dalam sos putih.. :)
Sunday, October 17, 2010
Dugaan Jumaat
kami di duga!
Motor yang kami nak gi kerja tetiba tak boleh hidup! puas membedek.. ingat kan spark plug! tolak2 jenuh tak mahu juga..
dan Nasib baik ada 1 bengkel yang seawal 7 pagi dah buka, (usha cari bengkel naik kereta) tapi pomennya tak dapat datang tengok motor.. dan kami terpaksa bawa sendiri motor tu, walau apa caranya!
makanya dibawa lah ke bengkel! kami heret moto pakai kereta.. aku bawa kereta yang telah diikat dengat tali kepada motor.. dan b bawak motor tu...
hahaha... cam kelakar je gayanya! bawa keta slow..slow je.. kereta lain yang faham tu faham la..yang tak faham siap hon la! huhuhu.. pertama kali nih heret moto ngan kereta! :)
Periksa punya periksa tiada apa masalah, spark plug masih ok!
tetiba baru terperasan sesuatu!
makanya pomentu buka la cover motor tu kesemuanya untuk lihat kat dalam...
rupa rupanya! CDI hilang!
korang pernah dengar CDI? CDI ni satu barang elektronik dalam motor yang agak boleh tahan la harganya!
Pomen tu siap cakap.. alamak..ini barang ni mahal ni .. nanti saya tanya tokeh harga...
berdebar2 gak nak tunggu berapa harganya..
katanya anggaran RM 300-400 ! ikut jenis motor..
Fuhh!!
kata pomen tu lagi.. ini kerja orang pro ni... diorang ni mmg yang benar2 tahu akan bernilainya CDI ni, pulak tu pencopet ni rembat CDI pakai seluk tangan je! waima si pomen pun kena buka 'cover' semuanya dulu baru boleh tengok!
jadi sekarang masanya untuk tahu hargananya~
untuk Yamaha LC, satu CDI RM 300, diskaun dapat RM 250
ambik kau..
nah...
nak taknak kena keluarkan duit juga! kalau tak, tak boleh jalan la motor tu!
tak pasal pasal melayang duit b RM 250!
katanya.. " cancel program kita nak pegi One Utama hujung minggu nih!"
hmmmm...
RM 250 je...
je?
je je pun.. kalau dah hari ni tukar esok kena curik lagi.. tukar lagi..kena curik lagi.. tukar kena curik lagi.. tak ke beriban jugak habisnya??
memang kedudukan CDI dalam motor tu dipegang oleh getah sahaja dan disambungkan dengan wayar lain, so senang cabut dan walaupun ada besi penyokong kat bawahnya, mereka boleh bengkokkan juga besi tu..
CDI ni sebesar kotak rokok je.. dok dihadapan motor.. kat bawah lampu, atas sikit dari tayar.. (lupa nk amik gambo) diorang seluk, bengkokkan besi kuning tu, cabut wayar belakang tu! done! (gambar ni nampak CDI tu, sebab dahbukak 'cover' depan tu, kalau tak bukak memang tak nampak.. tersorok kat dalam..
Ikat camtu je..
pastu, kami minta pomen tu buat la apa cara bagi susah nak amik menda alah ni lagi..
lalu di ikatnya pakai tali dan besi..
Moga moga tiadalah lagi kecurian berlaku... baik pada kami dan juga pada kamu kamu semua.. entri ini dikeluarkan untuk memaklumkan kot2 korang tak penah tahu tentang CDI ni (sepertimana aku n b tak tahu lansung tentang keberhargaannya CDI ini..)
so berhati hati lah.. pomen tu kata, samada mereka yang curi ni CDI nya hilang dan samada dia jual kat bengkel2 motor.. masih ada harga.. paling2 seratus ke... duit jugak tu..
IringJeling: sepanjang b pakai motor ni lebing kurang 4-5 tahun, belum pernah berlaku lagi.. ini kali pertama... dah nasib, bukan untuk kami lah duit RM250 tu.. redha.. ada hikmah disebalik segalanya yang berlaku..
Friday, October 15, 2010
Mata siapa yang tidak pernah menangis
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang
susut nilai
hehehe..
sebenarnya ada je aku ngan blog ni, tapi cam suam suam kuku je.. suam ke kuku ni? (cuba korang rasa sekarang.. dapat rasa kuku korang suam tak?
bukti nya kat bawah ni.. kemerosotan teruk aku ni..
taip taip karangan, bila nak post je.. terbantut jadinya!
idea ada, mencurah curah.. semangat mulanya berkobar2.. tapi?
dipertengahan je..merudum jatuh semangat tu.. ntah hilang ke mana..
jawabnya.. tak post la... dok aje kat dalam 'draft' tu..
isk.. isk.. isk.. jgn contohi aku bagi sesiapa yang mengejar traffik!
jangan tiru aku pada sesiapa yang hari hari check duit nuffnang! hahaha..
IringJeling: selamat malam kekasih gelapku! Emmuah!!
Thursday, October 14, 2010
Takut ke..?
aku tak tahu samada perlu perkara ini di coret di sini atau tidak..
tapi..
bila sahaja jari jemari ini mula menaip, laju pula bergerak.. lansung tak mahu berhenti..
lantas ku biarkan saja ianya menjadi cerita untuk hari ini..
Aku ada bertemu dengan seorang hamba Allah ni..
dia ni dikurniakan Allah kelebihan yg tak semua orang dapat
aku pun agak kagum... dah banyak dia berubat orang.. semuanya berkaitan dengan alam ghaib punya kes.. Misteri Nusantara... huhuhu..
dalam dok borak tu byk kali dia sebut, suruh aku sentiasa amalkan Kursi... amalkan bacaan Yaasin selalu.. sembahyang jgn tinggal...
"memang.. kita manusia ni selalu je lupa.. lalai.. tapi sebolehnya, ko laki bini sembahyang jgn tinggal.. baca al-quran pun selalu.."
sambil tersenyum aku balas..
" iye.. iye la ustazah.. insyaAllah aku tak tinggal.. ko ni ckap byk kali ni, macam ada setan je kat aku nih!"
saje aku berseloroh sambil gelak..
dan dia pula tetiba tersenyum melihat aku.. pandangannya macam penuh makna je!
" weh ko ni, nape tengok aku camtu.. ada setan ke weh??"
dia senyap.. tapi senyum sambil mengelipkan kedua matanya...dan melirik kearahku
suspen!
"haah.. ada setan kat kau!"
aku dengar je camtu,darah terus naik atas kepala! rasa menggigil semacam pulak!
terdiam untuk seketika..
"alah, setan ni ada kat mana2 pun, mereka ni memang suka merosakkan hubungan sesama manusia, dia akan tetap cari jalan untuk memutuskan hubungan, terutamanya suami isteri.. tu pasal skrg ni kita tgok org kawin cerai cam main main je.."
melihat aku yang masih senyap dan cuak semacam.. dia menyambung lagi..
"ada orang yang tak senang melihat kebahagiaan kau, setan pulak suka lah join kalau bab2 camni.. "
dia kata baru peringkat awal je ni, InsyaAllah katanya akan cuba 'buang' segera.. tapi katanya tak perlu fikirkan sangat, yang penting ingat Allah selalu dan basahkan lidah dengan ayat Kursi..
hadooiii.. ayat 'buang' itu memang mengerikan!
*************************************************
baru dapat panggilan darinya..
katanya Alhamdulillah.. jangan risau lagi..
aku nak tanya lebih lanjut lagi padanya.. tapi dia cam tak mahu dedahkan sangat..
tunggu aku korek gak nanti...
hmmm entahlah.. baru2 ni je, selalu gak panas hati je ngan b! b pun camtu .. cepat tensen je.. tapi bila kami sembahyang berjamaah.. reda balik.. ntah.. mungkin kebetulan...
aku pun tak mahu terlalu taksub dengan perkara2 ini.. tapi tidaklah sampai tidak mempercayai.. sebab kita memang percaya adanya syaitan dan jin dan alam2 ghaib ni.. cuma kita tak nampak ngan mata kasar je..
Apa yang aku harapkan semoga dijauhkan lah.. dengan hasad dengki manusia dan hasutan syaitan ni,
betul kata b, dia selalu sangat cakap, tak perlu lah nak menunjuk2 kat orang betapa bahagianya kita.. betapa lovingnya kita, sikit2 je.. bersederhana.. cukup u tahu me sayang u, me tahu u sayang me... dgn cara yang masing2 suka.. :)
sebab kadang2 kita tak perasan yang tak semua orang senang hati melihat kita senang...
bila difikirkan kembali takut juga..
tapi... apa yang penting??? (kerjasama!) :P
yang penting aku tetap pegang, bahawasanya yang berkuasa hanyalah Allah..
cepat cepat betulkan hati.. tetapkan iman..andai terpesong dari landasan..
Ya ALlah... berikan petunjuk mu yang benar, andai aku telah diberi petunjuk, mohon moga aku terus berada di landasanMu ya Allah..
IringJeling:Mohon maaf jika coretan ku kali ini menyentuh senseviti sesiapa.. tiada niat untuk begitu.. cuma berkongsi pengalaman..
semoga kita dilindungi Allah.. AMin..
takut tak? ;p
Tuesday, October 12, 2010
11211
angka itu semakin dekat, kamu kamu yang bertuah memiliki nombor itu, sila lah print screen dan maklumkan padaku! InsyaAllah.. ada rezeki untuk kamu yang bertuah...
terima kasih.
Monday, October 11, 2010
Berat kah matamu memandang?
tadi berchatting bersama seorang teman...
borak punya borak, tiba juga akhirnya soalan cepu emas, yang memang aku dah agak dah mesti ditanya..
hehehe.. sudah alah bisa tegal biasa ..
lalu, pantas ku menjawab soalannya dengan wajar..
'masih belum sampai rezeki ku.. InsyaAllah ada nanti..'
sekarang sudah biasa aja bila menjawab.. seakan sudah boleh ditangani.. :)
(cuba dan cuba tangani.. cuba kawal perasaan..walau masih terdapat sensitif di situ.. namun tidak mahu melayan sangat..)
lantas ditanya pula soalan susulan bertubi-tubi.. apa? kenapa? mengapa? di mana? siapa..? sampai akhirnya soalan terakhirnya..
'tak risau kah? tengok macam tak kisah je..usahalah sikit..jgn dok saja! '
amboi..amboi... yang kita ni tak dok diam, dia kata kita dok saja pulak! ;p
lalu, ku tanya kembali kepadanya..
'Beratkah matamu memandang?'
mungkin dia kehairanan..lalu menjawab..
'hah? berat?'
lalu ku balas lagi..
'Jika berat matamu memandang... makanya.. lebih berat lagi bahu yang memikul....' :)
perbualan terus berhenti disitu. tiada balasan darinya..
*************************************************
Kuhargai dan terima kasih diucapkan atas keperihatinanmu itu sahabat.. :)
sesungguhnya jodoh pertemuan, rezeki dan ajal maut ketentuan Allah...
walau hendak seribu daya, walau usaha setinggi gunung, walau rancang seperinci mungkin, namun jika Allah belum izinkan,
maka ada lah rahmat disebaliknya...
percayalah dengan apa yang Tuhan berikan.. bersyukurlah seadanya..
yang penting terus berusaha dan jangan berputus asa..
Vitagen!
sorry!
cam dah lama tak update blog..
update pun pake hentam saja..
sorry la..
lama tak singgah blog korang..
aku mahu, tapi sorryla.. tak kesempatan..
sorry sangat!
jangan marah..
nih aku kongsi ngan korang buah strawberi ni.. meh kita celup coklat!
IringJeling: Bos nak pindah... mood tak best.. huh..
Friday, October 8, 2010
Dia yang bongsu
tapi hari ni tak periksa, dia start hari Selasa lalu..Minggu depan sambung lagi..
sempat aku menelefonnya malam tu untuk berikan kata2 semangat untuk dia hadapi peperiksaan esok..
Kekla doakan yang terbaik untuk adik..
yang penting adik kena yakin dan lakukan yang terbaik..
tetiba tadi aku sangat teringatkan dia bila membelek album2 lama...
dah besar pun si bongsu ini.. hmm besar sangat, kalah abangnya, waima papanya sekalipun..
tiba2 sebak menyelubungi pula..
ingat semula masa kecik2 dulu.. dia sangat le comel! semua orang pun geram kat dia..
nakal pun nakal juga..
teringat dulu masa2 keciknya selalu gak kena marah ngan aku..
sebab nak tengok adik berjaya, nak tengok adik jadi orang berguna,
nak betulkan kesilapan adik...
walaupun nampak kekla ni garang.. tapi jgn sesekali menyangka diri ini membenci..
walaupun.. yela.. kengkadang tu saja melepaskan perasaan marah tu pada adik..
maafkan kekla.. tak niat untuk marah...
memang.. memang kami kakak2 dan abang seringkali marah adik dalam pelajaran kan?
bukan kami suka2 marah!
bukan kami semua buli adik..
tapi,
kami nak tengok adik berjaya..
kami dah dulu makan garam dari adik,
makanya kami sedikit sebanyak memahami keadaan.. dan sebolehnya tak mahu adik terlalu leka sehingga abaikan pelajaran..
Kami mahu lihat adik berjaya!
kami lihat prestasi adik dalam pelajaran tidak memuaskan, maka kami risau dik..
risau sangat..
risau macamanalah masa depan adik..
naik form 4 nanti dok kelas apa pula..
macamana nak ke sekolah asrama kalau keputusan tak memuaskan?
kami fikir tu semua dik..
kami berkeras mahu hantar adik ke asrama awal masuk menengah dulu,
tapi adik berkeras tak mahu pergi!
awal tingkatan 3 pun minta dok asrama lagi.. tapi? hmmm
kami tak boleh paksa adik, takut nanti lain jadinya..
adik ingat kami nak aniaya adik ke?
adik ingat kami sengaja nak pisahkan adik ngan mama n papa ke..
kita nak dia fokus ngan PMR laa..
hmm..
memang pada mulanya kekla kecewa, tapi..
ok jugaklah positifkan diri..
biarlah adik ada kat rumah..
boleh tolong mama n papa mana yang patut kan? ( tolong ke? :p)
sekurang kurangnya sebelum ke sekolah, adik mencium tangan mama dahulu, mendapat restu mama dan doa mama seiring dengan adik waktu ke sekolah..
tak apa lah... berkat seorang ibu..
kekla suka dengar baru2 ni masa papa telefon, katanya adik selalu berjamaah kat masjid dekat rumah untuk sembahyang maghrib/isyak..
seronok kekla dengar dik..
Ingat lagi masa kecik2.. adik kata nak kumpul duit ...
nak bawa mama n papa pegi mana?
" nak bawa mama ngan papa gi Mekah.."
**************************************************
Semoga adik sukses di PMR, harapan masih ada dik... jgn mudah mengalah! walaupun keputusan percubaan tidak segagah mana, tapi itu tak bermakna adik boleh menyerah kalah,
semoga Allah permudahkan segalanya..
kekla mohon juga mungkin ada Tuah! untuk adik di PMR ini! nasib2 baik adik dapat soalan yang biasa biasa adik buat ke.. yang adik memang aim ke..kan.. manalah tau..kita mengharap pada Allah je..
IringJeling: Panjang lebar aku bercerita tentang budak bertuah ni! teringat pula ke dia, dia sedang cuti sekarang ni, telefon tadi tak diangkat pula! budak bertuah!
update: tadi tepon sekali lagi, papa angkat, papa kata adik baru keluar kejap tadi..
ingat dik...ko jangan isap rokok dah la dik!
Thursday, October 7, 2010
"apa lah kau ini"
"asyik2 nangis.. asyik2 nangis.."
" aku bukan apa.. aku bukan nak sangat nangis pun.."
" bistu"
" aku terharu.. aku tersentuh hati mendengar lagu tu.."
" sampai begitu..?"
" ya.. terkesan di jiwa ku... tersentuh.. sampai menitiskan air mata"
sungguh.. bila dengar lagu InsyaAllah di bawah itu .. menenangkan jiwa dan sanubari..
Sentiasalah berharap kepada Allah.. InsyaAllah..
InsyaAllah
Lyrics: Insha ALLAH
Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insha Allah we’ll find our way
Farewell
blog aku ni dah ketandusan idea..
lambat update..
posting pulak yang fakta2 je..
aku sebenarnya cam hilang mood je,
bos besar ku akan berpindah!
jauh nun di ipoh..
perasaan tak seronok laa..
lebih 4 tahun kot aku bersama dengannya..
dari aku bujang trang tang tang.. sampai dah kawin..
semalam aku bercerita dengannya..
aku bekerja dengannya dari sebelum kahwin lagi..
ingat balik bila dia cerita yang dia nampak aku di MidValley dengan terunaku! hadooiii.. kantoi aku sebenarnya, ntah camanalah keadaan aku mase tu! hehehe.. gelagat orang bercinta lah katakan.. malu.. malu masa dia ckp kat aku tu.. mesti dia tengok dari jauh je kami, takde plak dia tegur aku masa tu, mesti dia segan kot...
hinggalah ke perkahwinan aku.. dia pun hadir bersama isterinya..
aku sangat terharu..
Terima kasih tn hj!
cuma.. kata aku padanya, tak sempat nak ber anak masa bertugas dengannya..
dia senyum aja...
katanya
anak ni rezeki dari Tuhan..
kita tak perlu risau risau sangat pasal tu..
tak perlu nak rancang2.. kerana Allah telah ada rancangan untuk kita..
Kalau dah dapat rezeki tu Alhamdulillah..
Kalau belum pun Alhamdulillah.. sebab Allah tahu yang terbaik untuk kita..
Dia tahu masa bila nak kasi..
Allah itu maha kaya, maha adil, maha besar..
jgn mudah putus asa..
usaha,
percaya dan terus percaya..
InsyaAllah..
Aku ingat lagi, masa belum kawin, dia banyak bagi nasihat, banyak bagi pendapat dalam berhubungan nie.. tentang lelaki.. tentang kebaikan berkahwin.. ( tu yg aku cepat2 nak kahwin! ;p )
Lepas kahwin pun aku banyak belajar dari dia, aku selalu juga kongsi dengannya jika ada kemusykilan/ masalah.. insyaAllah.. bila mendengar darinya aku rasa tenang, dapat berfikir dengan waras, dan yang paling best, dia tak pernah menangkan lelaki walaupun dia seorang lelaki..
tapi dia lagi bagitau perangai lelaki ni macam ni... macam tu...
katanya lelaki ni ada egonya tersendiri...
kalau misalannya seorang lelaki/suami memarahi kita atas sesuatu perkara, jangan kita terus menjawab atau melawan! kita dengar je apa yg dia nak kata, orang tengah marah, jgn disimbah dgn minyak, makin membara jadinya! tapi jika disoal dan diminta jawab, maka dia jawabla.. jgn pula diam seribu bahasa, buat2 tak dengar! hehehe
dan percayalah, jika kita senyap (tidak menjawab), hatinya akan cepat reda, cepat sejuk.. dan perhatikan dia yang akan datang dekat kita semula bila semuanya telah reda.. untung nasib, dia pula akan memohon maaf kerana telah memarahi kita tadi..
begitulah.. katanya.. kita berkahwin ni untuk kekal lama, perlu ada give and take..
dan sebagai isteri, wajib menurut perintah suami.. syurga lah tempat bagi isteri2 solehah... Amin!
Pastu, dia macam tahu2 je aku ni agak tensi tensi.. lalu ditanya mengapa..
aku cuma cakap, ada la.. makhluk Tuhan yang seringkali mempersendakan aku mengenai anak..
balasnya terus, tak usah la susah2 hati memikirkan perkara itu..
ada rezeki tu.. "usoh riso"
yang penting kita jangan biarkan hidup kita ni berlalu dengan kesedihan dan kekesalan.. ( masa dia cakap tu, aku dah sebak sebak dah.. aku memang sensetif sikit kalau berbicara tentang ini..)
katanya lagi sambil tersenyum penuh semangat, kita enjoy our life! nak taknak kita kena hidup kan.. so rugi je kita sedih2.. apa pun tak dapat! hehehe.. dia gelak kecil..
dan yang penting antara suami isteri ialah 'support each other' thats the key for success!
alah... nanti2 sekali Tuhan nak kasi, bertimbun2 pulak! hahaha.. setiap tahun dapat kembar.. hahaha.. siapa tahu kan?.. hehehe..
Tn Hj ni bagus la.. kata2 nya beri semangat pada aku, dan aku kongsi bersama suami..
hmmm.. nanti aku dapat bos baru tak tahu lah bagaimana keadaannya!
dia bos paling sempoi,
boleh ke pantri makan bersama.. (tapi bukan aku seorang la.. ramai staff lain juga..)
boleh duduk semeja berborak..
boleh bergurau senda bersama staff..
tidak meninggi diri..
lansung tak menunjukkan pangkat yang dia ada..
selalu berceramah tentang agama..
selalu betulkan kita kalau kita salah..
selalu ajarkan aku sesuatu menda yang baru!
banyak yang aku belajar dengannya tau, dia memang tak lokek ilmu, sanggup juga dia habiskan masanya untuk mengajar atau menerangkan sesuatu perkara atau ilmu kepada aku, sampai aku faham..
wehh.. aku memang byk belajar dan banyak yang aku tahu dari dia..
dari bab kerja, bab komputer, bab agama, bab rumahtangga.. semua dia kongsi.
tapi jgn ingat aku tak pernah kena marah!
aku memang pernah kena marah.. atau mungkin aku boleh kata kena tegur? sebab dia tak pernah meninggikan suara, (mukanya merah sebab cuba kontrol perasaan marahnya itu.. itu sebab aku tahu dia marah)
ada satu kes tu, dia tak boleh hubungi aku, aku tak perasan hp ku silent, lepas tu aku pula ada di pantri, pegi toilet la.. borak ngan staff lain lah, selamba je, sebab aku bawa hp kan... dan panggilan ke pejabat pula aku pindahkan pada hp, makanya segala panggilan akan ke hp! hp ku pula silent! adooiii..
banyak kali dia cuba hubungi melalui telefon pejabat dan HP, tapi tak berangkat, dia perlukan sesuatu maklumat dengan segera! lepastu dia tangkap seorang staff disitu dan terus staff tu berikan panggilan tu pada aku melalui hpnya! apa lagi, marahla dia! katanya aku pergi mana? kenapa tak boleh dihubungi...
rentetan kes itu, aku ingat dia akan buat tak tahu la, tapi bila balik opis dia terus panggil aku, mengingin kan segalanya bersih.. tiada sekat2 dalam hati.. maka proses 'clean up' pun berlaku..
dia menjadikan keadaan kami nuetral semua.. o-o.. no heart feeling ...
aku suka sangat cara dia..
cara dia, kalau salah dia akan tegur, dan kita sama2 fikir cara atasi masalah itu.. habis di situ.. takda bawa bawa mulut ke luar punya.. dan caranya inilah yang buat aku respek kat 'pak Aji' ku ni.. :)
aku akan kehilangan bos yang paling best ever!
boss... ure da best! i dont know about others, but for real, there will never be a special boss like u la..!
this is not bodek2 boss ya! tak boleh buat apa pun kalau bodek.. ala.. selama ni kita tak pernah bodek pun kan tn hj? u know me n i know u la bosss....
ntah siapa akan gantinya.. hmm
Bila deria hidu sangat berfungsi!
aku nak turun ke bawah, menaiki lif.. tunggu punya tunggu lif.. akhirnya sampai la ke tingkat aku..
aku lihat seorang mamat jambu di dalam, tapi muka serba salah! dia macam taknak kasi aku naik lif je, sebab dia dok tengah2.. muka nya cam tak keruan! erk..erk..
pastu aku selamba je masuk!
pastu tetiba je satu bau menusuk nusuk ke hidung ku! masyaAllah!! busuk nya!! mahu pengsan ni!
sambil menekup hidung aku terus menoleh ke mamat hensem tadi!
terus dia bersuara!
" ssorry...kak... sorry, bukan saya tau! saya pun mangsa juga ni! ada sorang budak naik lif ni juga tadi, dari atas tadi saya ngan dia je, pastu tetiba dia tekan butang lif dan keluar! lepas dia keluar tu lah tetiba je semerbak baunya!!! tak lama akak pulak naik! betul kak sumpah, bukan saya tau!"
beriya iya dia terangkan kat aku!
"ting...!! G Straight.." bunyi lif sekaligus membuka pintu...
fuhhh!! nasib baik lah tak lama kat dalam tu!
giler busuk!! uweekkkk!!...
Aku pun berlalu sambil lihat mamat tu.. dia pun tengok aku gak..
senyum je...
kesian dia.. mesti dia malu giler giler punya!! mesti dia ingat aku ingat dia yang kentut..
huhuhhuu..
Wednesday, October 6, 2010
Its Not Much..
i give this to all of you.. may our friendship last forever.. to everybody out there, you know who u are! :)
to Mimy, Kak Mas, Kak Ayu, Lyafarina, Kak Ain, Kak Ina, Kak Kujie, Ika, Farid, Frodo, Alvin, Amieynna, Dni, Cikgu Isza, Kak Lynn, Tedi, Deena, Liessa, Kak Azi, Asfaliza, Abg Eq, Nabilah, Azila, Hunnybunny, Hazzy, Maksu, Jane, Mata Hati, Nadine, Asha, Mama Zharfan, Misz, Pak Nidus, piewahid, Cik lynda wawa, Daela, Putree Sejinjang, Ershad, Ahmad Tahir, Mama Hanim,farra_oshin, rammyd306, M-i-e-r-99,kay daheartless, nor amalina, JaJa'Z, Wanita Mutalib, xtionkamen , pensel kontot, Mamalyna, princeduyong, ienafazlyna, Lela-lelord, mumyShaneQeisha, luZfiQ,nisya, Nadia Havez, anak penyu, mata hati, cik aidacomei ...
:)
Tuesday, October 5, 2010
Open Your Eyes
By: Maher Zain
Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..
Sunday, October 3, 2010
Kerana dirimu begitu berharga
mari kita sama2 kongsi video ceramah ni, sangat2 berbaloi untuk didengari..
untuk para2 wanitaku.. dan wanita2 para lelaki.. :)
update: wanita kata ustaz ni senang aje nak masuk syurga
1. Sembahyang / Puasa/Jaga perintah Allah
2. Jaga Kemaluan
3. Taat pada suami
sapa taknak masuk syurga kan? InsyaAllah.. Ya Allah jadikan aku wanita beriman, isteri solehah.. Amin..
Iringjeling: bikin gelak juga ceramah ustaz ni..