Salam...
Thanks coz sudi mengikuti sambungan cerita telenovela nih..hehe..bersambung ke fasa kemuncak cerita iaitu di labour room..semoga terhibur..ahaks..
Selepas VE ke2 dan bukaan telah pun mencapai 6cm, maka ibu di persiapkan untuk di bawa ke labour room. Tapi kalau tak penuh bukan la KMC namanya..ahaks..kebetulan banyak lak baby yang memilih tarikh 15.05 untuk di lahirkan, penuh semua (2 bilik je) labour room. So ibu di tempatkan sementara di bilik CTG kira-kira jam 11.30pg. Nurse menyediakan segala kelengkapan bersalin di bilik tersebut, kena standby katanya. Dalam hati ibu, janganlah bersalin di bilik CTG memandangkan katilnya agak tak sesuai je rasanya. Alhamdulillah kira-kira pukul12 seorang bayi selamat di lahirkan, maka ibu di pindahkan ke labour room la pulak.
Kira-kira pukul 12.30tengahari, Doktor Suriati, doktor yang sama yang menyambut kelahiran Faris dulu, melakukan VE sekali lagi. Masih 6cm, so doktor putuskan untuk memecahkan air ketuban. Tepat jam 12.45 waktu tu. Terdetik dalam hati ibu, insyaALLAH akan bersalin tak lama lagi dan sangat yakin ibu dapat melahirkan secara normal pada kali ini..**positif tu penting kan??**
Jam berdetik..masa berlalu..ahaks..sehingga ke pukul 2petang bukaan tetap pada tahap yang sama iaitu 6cm. Kata nurse, kontraksi berubah menjadi perlahan daripada sebelumnya. Mungkin di sebabkan itu bukaan menjadi lambat. Ibu minta izin untuk turun dari katil 'saya nak berdiri'..tapi nurse tak izinkan..huhu..Alhamdulillah, sakit kali kedua ni sangat berbeza dengan sakit melahirkan Faris. Ibu kawal pernafasan mengikut tips yang di berikan seperti dalam entry ini >>> BERNAFAS , sekali sekala ayah bernafas bersama untuk mengingatkan ibu. Tiap kali datang kontraksi ibu akan tarik nafas paling dalam dan hembuskan secara perlahan melalui mulut. Ibu minta ayah cubit lengan ibu untuk mengalih perhatian ibu bila ibu terasa sakit terlalu kerap. Ayah cubit sekuat hati, mungkin balas dendam sebab tangan ayah luka kesan dari cengkaman kuku ibu semasa menahan sakit..huhu..
Selepas air ketuban di pecahkan tadi, doktor pesan pada nurse yang menjaga ibu untuk berikan ibu gas entonox, tapi kata nurse 'cara awak kawal sakit bagus sangat, tak perlu la awak ambil gas'. So ibu ikutkan coz memang pada ibu, alhamdulillah ibu masih boleh terima tahap kesakitan tu..:)..Tapi bila VE pada pukul3 masih lagi 6cm, ibu putuskan untuk ambil gas coz pada ibu mungkin panjang lagi masa untuk melahirkan, so ibu perlukan sedikit rehat. Badan dah terasa sangat penat, dan tak dapat nak jangka bila akan melahirkan.
Masalah dengan gas ni, membuatkan ibu rasa serabut. Ibu lagi suka pegang tangan ayah daripada pegang mask gas tu..haha..So ayah tolong pegangkan, pada peringkat awal sedut gas tu ibu rasa sangat mamai, ibu beritahu ayah sesuatu..tapi ayah leh lak gelak mungkin sebab tengok ibu terlalu 'lalok'..so ibu rasa gas tu tak sesuai untuk ibu. Beberapa kali sedut dan ibu tidak sedut sepanjang kontraksi coz risau kalau terus tertidur.
Pukul3.30 petang, bukaan bertambah kepada 7cm (sangat lama berbanding progres awal kan?) Kata nurse dinding rahim sebelah kanan ibu tak cukup lembut untuk
membantu kepala bayi turun, di sebabkan itulah bukaan agak lambat. So nurse yang menjaga ibu minta ibu bertukar posisi kepada mengiring, tapi ibu kurang selesa so dia minta ibu cuba untuk duduk. Sebelum itu dia bertanya bila kali terakhir ibu membuang air kecil. Sebelum masuk ke labour room jawapannya. Ingat lagi tips ni>>kosongkan pundi kencing. So selepas 'membuang', ibu cuba duduk. .
Alhamdulillah selepas beberapa minit duduk, bukaan bertambah kepada 8cm. Selama ni orang selalu kata bila dah nak bersalin sangat kita akan terasa seperti nak membuang air besar..ohhh..masa mengalami tu terdetik dalam hati 'ohh..memang nak terberon..'..huhu..Pada tahap ni ibu rasa cam nak tergelak pun ada, hepi coz tahu akan melahirkan dan lawak coz ayah menjerit mengingatkan ibu jangan meneran. Paksa ibu bernafas bukan meneran..Rasanya hanya perempuan yang telah melahirkan faham perasaan ibu masa ni..haha..susah rupanya nak menahan daripada meneran kerana bukaan belum penuh (10cm).
Tepat jam 4petang, tiba-tiba nurse bersuara 'ok..kalau rasa nak meneran, awak terus teran je'. Ibu sempat tanya 'camne nak push kak?'. Tapi seyes, sejak dapat green light untuk push, kontraksi tiba-tiba hilang. Ibu langsung tak sakit. Nurse pandang ibu 'tak nk meneran ke?'..ibu jawab 'kena ada sakit kan baru meneran?saya tak sakit pun'. Nurse tu buat muka kompius dan tergelak..ibu pun rasa kompius kenapa takde rasa sakit, siap leh tersengih pandang ayah n nurse.. Entah berapa kali cuba meneran, seingat ibu, kali pertama datang sakit dan ibu cuba meneran adalah pada pukul 4.15 petang. Doktor datang tak lama selepas itu, doktor pun boleh termenung tengok rambut baby yang dah terkeluar, tapi ibu masih menunggu kontraksi..haha. Beberapa kali meneran sehingga pukul5 petang doktor bagi amaran 'baby tak boleh lama di sini, takut dia lemas, awak mesti teran sekuat hati kalau tidak doktor terpaksa bantu dengan vakum'..alamak ai..dengar vakum terus ibu kesat peluh. Tanpa pikir panjang, ibu cuba teran tuk kali terakhir, tanpa sakit dannnnnn...ohh surrender..memang tak mampu dah. So doktor decide tuk gunakan vakum. Dengan sekali gentle push..alhamdulillah adik keluar dengan selamat tepat jam 5.04petang. :) Tepat jam 5.15pm uri selamat di keluarkan dan proses menjahit di
mulakan..ahaks..Jam 5.30 petang ibu di bawa ke wad dan setengah jam
kemudian adik di bawa masuk. Perasaan yang paling indah untuk ibu
apabila dapat menyusukan adik kali pertama, 1jam selepas adik melihat
dunia.
Tenaga nak push memang di tahap '0', ibu kuatkan sebab perjuangan perlu di teruskan..ahaks. Coz masuk labour room dengan hanya bekalan roti dan milo yang di makan pada pukul 7pagi. Ingatkan sebelum tengahari selamat bersalin kan..rupanya sampai ke petang..haha. dan sepanjang di labour room ibu hanya minum air zamzam dan kurma sahaja. Walau apapun, ibu sangat bersyukur, ALLAH makbulkan hasrat ibu untuk merasai kesakitan yang arwah mak rasakan semasa melahirkan ibu. ALLAH makbulkan doa ibu untuk merasakan kesakitan sebenar melahirkan seorang hambaNYA. ALLAH tunaikan impian ibu supaya ayah menyaksikan sendiri kelahiran anaknya. Dan yang paling penting, adik lahir dengan sihat dan selamat.
Alhamdulillah, walaupun prosesnya panjang ibu rasa ALLAH telah mempermudahkan untuk ibu hadapi dengan baik bersama ayah. Walaupun ayah pun penat, mengantuk dan luka tangannya akibat cengkaman tangan ibu, sokongan ayah sangat besar maknanya..**thanks abang..ima sayunk abang**. Terima kasih juga untuk semua yang mendoakan terutamanya ahli keluarga kami dan mereka yang menjadi sumber inspirasi untuk ibu berjaya VBAC. Thanks juga untuk doktor dan nurse yang sangat supportive. Doktor sempat bertanya, 'camne pasni nak czar or normal?'..ibu jawab 'walaupun normal sakit, tapi takpela,saya nak normal..' :)
Pengalaman kali ini akan ibu gunakan untuk kelahiran seterusnya..ahaks..coz banyak moral of the story.. Bagi yang akan melahirkan tu, semoga ada tips yang dapat membantu. Kita usaha dan tawakal semoga ALLAH mempermudahkan setiap urusan kita..:)
Wassalam..
**tahniah kerana berjaya menghabiskan pembacaan di entry yg sangat panjang..hohoho
Ini gambar terakhir ibu semasa Ayman Zafran masih di dalam (2hari sebelum kelahiran)..hehe..temankan abang bermain di taman bersama mummy.
Dalam 'birth plan' ibu dan ayah..nak ambil gambar banyak2 semasa di hospital. Tetapi ayah lupa tidak sempat untuk buat semua tu memandangkan fokus utama tangannya adalah untuk di 'pintal' ibu..huhu
Gambar pertama ibu dan Ayman yang belum bernama pada waktu ini..huhu..kegemukan terserlah, kompom rindukan 'kegemukan' tu..huuhu..
Wassalam..
**tahniah kerana berjaya menghabiskan pembacaan di entry yg sangat panjang..hohoho