Showing posts with label Taska. Show all posts
Showing posts with label Taska. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Kisah Faris dan ....

Salam..

Hari ini, hati ibu sangat gembira. Riang ria hari puasa..hehe.untuk hari pertama Faris 'menurut' nasihat ibu. Setiap hari sepanjang perjalanan ke Taska, ibu akan pegang tangan Faris dan bercakap memujuk anakanda. Setiap hari apabila di tinggalkan di Taska anakanda tentu akan menangis, walaupun teacher memujuk, anakanda pasti kuat berpaut pada ibu. Tapi hari ini, buat pertama kalinya, anakanda redha di dukung teacher :)..langsung tak menangis, even bila ibu salam, cium dan cakap bye2 pun anakanda tak menangis. Berbeza dengan sebelum ini, baru beri salam pada teacher anakanda dah menangis..hehe. Alhamdulillah, mungkin anakanda sudah semakin faham dengan nasihat ibu sepanjang dalam kereta. 

ibu: sayang..ayah pergi mana?
Faris : work..
ibu: ibu pergi mana?
Faris : **diam sambil pandang ibu
ibu: ibu pun work sayang..Faris kena pergi mana?
Faris : school..
ibu: pandai anak ibu..anak ibu tak boleh nangis-nangis k..ibu bukan tinggal Faris..ibu ambil semula bila ibu habis work, Faris kena duduk dengan teacher dan kawan-kawan k. Mesti jadi good boy, nanti petang ibu ambil Faris..

Selalunya itulah dialog ibu dengan Faris, sepanjang lebih kurang 5minit perjalanan, ibu nasihatkan benda yang sama. Anak ibu dah besar, bak kata Ummu Muhammad, anakanda ibu dah boleh jadi abang long..ahaks..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Cerita pasal menambah ahli keluarga, hujung minggu lepas ke KL mengikut ayah yang perlu menghadiri mesyuarat. Dapat cerita tentang, seorang kawan kepada kawan ibu, yang berjaya bersalin normal selepas csar untuk anak yang pertama walaupun anaknya pertamanya belum berusia setahun sewaktu dia mula mengandung.

Kemudian semalam, Ayah ceritakan tentang isteri client nya yang berjaya bersalin normal semasa usia anak pertama (csar) baru setahun lebih..

Hari ini pun baru dapat tahu, kawan ibu kembali menambah ahli walaupun anak sulungnya (csar) baru berusia setahun..

So apa kesimpulan yang dapat anda buat dengan cerita-cerita di atas?ahaks..

ibu: Perancangan ALLAH itu yang terbaik..ibu mengharapkan dapat bersalin normal untuk yang kedua sebab itu ibu masih ada perasaan takut dan masih awal..kalau tengok Faris sekarang (1 tahun 5 bulan) memang ibu dah terasa rindu nak pegang baby..ahaks..tapi yang terbaik hanya DIA yang tahu...kita hanya merancang..

Sekian...

Thursday, August 4, 2011

Faris 1st Sports day

salam..

Ini kisah sudah lama berlaku..22 Julai yang lalu..baru punya masa mahu update...hehe..entah kenapa sangat kurang masa yang di luangkan di depan laptop di tambah pula mood yang semakin jauh di tiup angin bayu..^___^..wajib la di ceritakan coz tujuan blog pun untuk tatapan anakanda di masa akan datang, so wajib la ada cerita anakanda. Tak perlu cerita panjang-panjang..jom layan picca..

 acara di mulakan dengan perarakan kanak-kanak 2 tahun..faris paling muda yg len sume dah 2thun ++..huhu

 kusyuk tengok persembahan kanak-kanak comel ni

 cuba perhati betul2 gambar ni..sebelum acara Faris dah nangis coz nampak ayah yang cuba ambil gambar dia..
so terpaksa la ibu tunggu di garisan penamat dan ayah pegang di garisan mula
tiup wisel..faris lari ke arah ibu..acara lari sambil bawa bola, tapi dia dah ngamuk taknak pegang bola..

 antara acara yang diadakan

 mood dah ok pas habis acara..walaupun nangis tapi berjaya juga dapat no2..huhu
mood dah ok..habis semua acara di masuk semula ke gelanggang..berkejaran dengan kanak-kanak lain..
huh..penat tengok teacher diorang handle kanak-kanak ni..haha

Acara penyampaian hadiah..ayah kata ibu tak pandai ambil gambar..jauh sangat..huhu..sowi..anyway..ibu bangga dengan Faris..len kali kena jadi juara dan jangan nangis-nangis tau..

Wednesday, July 13, 2011

menanti tanggal 23

Niat nak buat entry tanpa kata..tapi nak upload gambar sampai ke sudah problem..ubah niat ke entry penuh kata-kata tanpa gambar..hehe

Tak sabar rasanya tunggu 23hb nih..ambil anakanda dari taska semalam, teacher kasi satu surat..surat jemputan ke Sports Day..bila baca betul-betul agak kecewa gak la coz sama dengan date yang sepatutnya ibu mencari nafkah tambahan tuk keluarga kita..;p..Tapi demi anakanda, lagi-lagi yang pertama tuk anakanda..pertama untuk keluarga kita..kompem la ibu nak pergi..

Lepas dapat surat tu sampai ke hari ni ibu n ayah bila bercakap mesti masuk hal anakanda nak bersukan..kami membayangkan anakanda masuk lumba lari..hehe..membayangkan anakanda berlari terkedek-kedek, dengan seluar track berbelang dan bontot besar sebab diaper..hehe..so cute..

Teringat cerita teacher Faris sebelum Faris bercuti aritu, teacher kata Faris menyibuk nak berlari sama dengan abang-abang n kakak-kakak yang berlatih tuk sports day.

Camne la kalau Faris betul-betul masuk lumba lari..kat rumah kalau berlari mata selalu pandang belakang, pastu mula la eksiden..^__^

Apa acara Faris masuk nanti?sama-sama kita tunggguuuuuuuuuuuuu.......

Monday, April 4, 2011

Faris masuk Universiti

Akhirnya..

Setelah di fikir-fikirkan dan di renung-renungkan ayah dan ibu membuat keputusan yang di kira terbaik untuk anakanda tersayang. Semoga anak ibu dapat sesuaikan diri dengan cepat di tempat baru, dapat belajar berkawan dan belajar benda-benda baru dengan suasana baru.

Hari pertama Faris di IIUM Educare, sure atuk rasakan kesedihan yang ibu rasa sekarang. Mungkin apa yang atuk rasa lebih dari apa yang ibu rasa coz selalunya waktu siang atuk di habiskan dengan melayan Faris. Tapi demi kebaikan Faris juga, terpaksa lah ibu abaikan perasaan sendiri. Kata atuk pada mummy 'mungkin lepas ni dah sampai masanya Faris pulak balik kampung jenguk atuk'..

Ibu doakan semoga anak ibu sentiasa dalam lindungan  ALLAH, janganlah peristiwa Faris di taska or pengasuh sebelum ini berulang. Semoga ALLAH menjauhkan Faris dari manusia yang berniat jahat.

Nota 1/2 akhirku: Kagum dan tabik spring, sampai tahap kalau leh nak kasi hadiah pada ibu-ibu yang cekal, tabah, berani, kental tuk hantar anak ke taska seawal 2 bulan, bukan senang rupanya..ibu belum cukup kuat, harus belajar lagi..:)

Nota akhirku: semoga ALLAH panjangkan umur ibu supaya dapat hantar Faris masuk Universiti betul-betul nanti..:)

ini gambar ibu snap masa datang tengok waktu lunch hour..elok je bermain, tapi bila nampak ibu terus meraung..huhu


kusyuk bermain..sebelum ibu ambil tuk bawa balik, still sama, bila nampak ibu terus meraung nangis, peluk ibu kuat sampai taknak masuk kereta

sayang..esok g school lagi k..jangan nangis..Faris kan dah besar..:)
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang