Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

Sebab untuk kembali bekerja

Salam ceria,

Ini adalah tag 25 perkara yang diterima dari Anne, jadi suka-suki jer ibu convert kan untuk meluahkan beban dihati ibu ni…. Smile with tongue out

1. Sebelum memulakan plan untuk bekerja di rumah, ibu sudah bersedia dengan 3 akaun bank yang sarat.. total melebih 30K.. bermakna ibu ade simpanan yang melangkaui jumlah lebih dari 1 tahun gaji ibu. Kalian mungkin ade simpanan lebih dari ni kan… tapi kalo ade pun, usah lah suka-suki berhenti kerja dulu.. plan betul2..

2. Beban hutang dengan bank yang ibu galas adalah hampir RM800 setiap bulan , ~ hutang loan rumah & loan ASB.

3. Maka setiap bulan, dengan suka-sukinya RM1k melayang.. tanpa was2 dan ragu2 lagi. Kenapa RM1k.. sebab ibu masih baik hati nak tolong en ayah.

4. Setelah 1 tahun berlalu dan sedikit pendapatan kecil dari membuat akaun, wang di akaun 1 telah menyusut dengan jayanya… Hot smile

5. Selepas 1 tahun, tak mampu nak sevis loan ASB, maka loan itu pun ibu tebus-balik.. lagipun dah cukup haul yang membolehkan ibu tebus-balik.. tak ingat dah syaratnya. Rugi jer amik loan ASB ni.. sape yang ade, elok2 lah ditebus.. rugi kira2 jer.. lebih baik kome disiplinkan diri simpan rm2-300 tiap2 bulan.. tu lebih banyak manafaat nyer dari berhutang & mengkayakan bank. Vampire bat

6. Akaun 2 pulak ibu khaskan untuk membayar fee MIA membership.. Ibu ni masih lagi Ahli MIA & bertaraf Akauntan Bertauliah.. cuma bezanya, CPE (continuing profesional education) point ibu untuk tempoh 3 tahun kebelakangan ini adalah “telur ayam”  Broken heart .. mana nak cekau duit untuk join seminar, konvensyen, kursus dsb.. btw, duit yang ade dalam akaun 2 ni cukup untuk servis fee for another 7-8 years.

7. Sangat sedih bila ade pihak kata ibu pentingkan diri sendiri, sebab tak mau keluorkan duit dari akaun 3.. dan sangat letih untuk memahamkan pihak tersebut betapa pentingnya akaun 3 itu untuk menjadi ‘payung’ buat ibu & anak2 di masa hadapan. Tolong lah faham. Angry smile

8. Sangat kesian dengan en ayah, kerana tiap bulan bergelut untuk membayar bil sana-sini.. sampai baju/seluor pun tak pernah berganti.

9. Sangat kesian juga dengan en ayah, kerana beban yang ditanggung seorang diri, sampai kereta pun dah senget-benget.. memang tak nampak harapan nak tukor kereta baru.

10. Sangat kasihan dengan anak2.. Confused smile  tiap kali teringin kat apa2 mainan, en ayah akan berkira-kira dengan bajet yang ada… dan janji hanya tinggal janji.

11. Sangat kesian dengan diri sendiri.. teringin nak jalan2 @ makan angin.. nak lepaskan kerunsingan hati dan melapangkan diri.. dan akhirnya end-up pujuk diri bawa anak2 main di taman kecil.

12. Tak mampu lagi nak beralasan dengan kawan-kawan,.. dan alasan yang sama harus dituturkan bila tiap kali mereka menjemput ke rumah (which mainly di Lembah Kelang) >>> keadaan ekonomi tidak mengizinkan. Walhal semasa bujang, ibu ni memang kaki jalan. yerlah sebab masa tu duit bukan masalah besar.

13. Ibu sebenarnya sangat suka berada di rumah dengan anak2.. lebih suka jika dapat membebaskan diri sepenuhnya dari memikirkan hal kewangan.. namun nampaknya ia hanya mimpi.. Nyah-Nyah

14.“ibu kalo tak kerja, memang macam ni lah selamanya”  Crying face sedih sungguh bila statement ini kerap ‘menampar diri’.

15. Ibu juga sangat suka bekerja dari rumah.. namun untuk mengharap pendapatan yang dapat menyara kehidupan untuk tempoh yang singkat ini.. sangat2 lah memerlukan pengorbanan & sokongan.. tapi sukar sungguh untuk mendapat sokongan.. Confused smile

16. Ibu malu bila tetamu datang ke rumah.. jamu air masak jer.. sebab masa tu teh pun dah habis, apatah lagi kordial.. ada kopi jer, & tetamu pulak tak minum kopi... ditambah lagi, roti biskut takde.. nak buat cucur, tepung tinggal sikit & minyak masak pun dah habis.. 

17. Pendapatan bisnes online… Sad smile hmmm sangat tidak menggalak.. boleh la untuk servis line telepon & streamyx.. Alhamdulillah, daripada xde langsung kan.. tapi untuk lebih dari itu.. untuk masa ni, memang “in my dream” la jawabnya.

18. Tak best.. t-shirt, blaus, slack ibu semua dah lusuh.. huhuu.. saya nak baju baru.. kasut baru.. bukan untuk bergaya, tapi cukuplah untuk saya rasa selesa di pandang orang.

19. hakikatnya, ibu merasa sangat rendah diri… walau dalam diri ibu selalu tanamkan rasa positif.. Confused smile ibu pasti ade kawan2 blogger yang juga surirumah/WAHM yang punya rasa ini.

20. Kesian bila anak2 request nak makan ayam.. tapi depa kena lah jugak telan telur dan kicap.

21. Ibu tak de duit saku.. teringin nak makan buah pisang kaki @ persimon.. buah mahalkan, jadi permintaan selalu ajer diabaikan.

22. Tak syok bila pergi beli-belah.. sebab senarai barang selalu kena catu… huhuu.. teringin nak buat cheese cake.. baru pegang sebuku cheese dah kena pk, ade benda lain lebih penting… yer la sebab duit bukan ibu yang pegang kan.

23. Kami tiada skim Takaful untuk anak2.. yang ibu punya pun sudah habis dikeluarkan… huhuuu.. Sad smile

24. Ibu nak beli mesin jahit yang lebih besor & serbaguna.. kalo tak koje.. mana nak datang duit.

25. Yang pastinya ibu pikirkan masa depan.. keperluan anak2 bila sudah masuk sekolah nanti.. la ni tiada simpanan walau RM50 pun untuk sebulan.

26. IBu ingin punya semangat waja macam dulu.. rasa yakin dalam tindakan dan pertuturan… rasa diri bermaruah, rasa mampu berdikari tanpa mengharap & merayu ehsan orang lain…

owhh.. dah lebih dari 25 rupanya… ni lah kalo dah menaip tak reti nak fullstop… (anak2 masih tidur, menaip pagi ini sangat lancar)

Buat semua, tolong doakan semoga ibu dapat bekerja semula.. bukan untuk hidup bermewah2.. tapi sekadarnya dapat membesarkan anak2 dalam suasana yang selesa dan menyiapkan sedikit simpanan untuk masa depan, termasuk juga menyiapkan Takaful untuk anak2.

p/s
sebenarnya opah & atok santan lebih & sangat riso dengan kehidupan kami anak beranak.. deme riso sangat kalo kami tak makan. Riso sangat bila en ayah bercuti panjang dan tak dapat niaga bila x dapat bekalan kelapa.. Kelapa susah nak dapat sekarang ni.. kelapa Indon mahal, pastu cepat busuk…

Ibu redho walau hidup kami kini ibarat kais pagi makan pagi.. (kena pk, ramai lagi orang kat luor sana yang susah dari kami..kurang2 kami ni ade rumah sendiri untuk berteduh).. cuma ibu tak leh nak berdiam diri, mengharapkan keajaiban..

Ibu tak kesah walau ade yang kata ibu sibuk benor nak cari duit kat blog (header, watermark lah, ruang iklan lah.. macam tak cukup makan).. ibu bukannya minta duit free tau.. I give my service..




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, September 23, 2010

20 perkara anda perlu tahu tentang kakyong...

Salam ceria dan salam bahagia





sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Hari ni sesi taaruf untuk ibu @ kakyong...  hehehe.. kononnya le ta'aruf.. yer le mungkin beberapa fakta ni dapat membantu mereka yang baru @ belum kenal tentang kakyong.



  1. Dulu kerjaya saya adalah Akauntan.. saya akauntan bertauliah yang masih (sehingga kini masih membayar yuran) berdaftar dengan MIA (Malaysian Institute of Accountant)... aiseh, sesi jul2010/jun2011 belum bayor lagi ler... 
  2. Pernah menjadi SAHM (betul2 suri rumah) selama 6 bulan , dari Julai 2006 hingga Dec 2006.. sebab company bangkrup... huhuuuu... letih den koje siang malam... akhirnya tumbang juga syarikat itu...
  3. Pada awal tahun 2007, di ajak joinventure membuka perniagaan konsultansi dan perakauanan... saya suka.. suka bangat... saya sibuk sana sini.. tapi sebab business sendiri, tiada tekanan sangat.. cuma nak memuaskan hati klien dan masa untuk melatih staff... 
  4. Saya berhenti berniaga pada May 2008 dan telah sepenuh masa duduk di rumah  masa tu tengah sarat mengandungkan Aliya.. sebab saya tak mampu nak handle sorang2 (partner saya buka opis di KL).. lagi pulak ade beberapa isu dengan partner.. maka saya menjadi WAHM (working-at-home-mommy) dari May 2008 hingga Nov 2008.
  5. Sangat mudah menguruskan masa saat itu, sebab Aliya masih baby.. terbaring jer.. Anis pulak baru nak belajar berjalan (baru 1 tahun).. dan Fikri pulak ayahnya bawa ke rumah opahsantan setiap pagi.. petang baru balik... 
  6. Dec 2008 saya menjadi SAHM semula... adeiii, koje saya banyak mengadap anak2 (Fikri dah tak diantor ke rumah opahsantan) & urusan rumahtangga... ade la job akaun.. tapi kecik bebenor.. dan saya stop amik job, bila masa saya jadi tak terurus dan anak2 mula koyakkan dokumen klien... huhuuuu.... 
  7. Jan 2009.. saya mula berjinak2 dengan dunia blog.. tapi baru bertatih la... 
  8. Saya suka join contest & giveaway blog.. sejak tahun lepas lagi... Alhamdulillah, ade la yang menang.. banyak juga le hadiah yang pernah dapat hasil dari contest dan giveaway.
  9. Tapi saya tak berapa reti nak join contest @ GA yang kena ade slogan... sebabnya saya ni memang susah @ memang tak reti le bab2 nak reka slogan... huhuu... idea tak kreatip..
  10. Saya ni suka menggodek @ belajar sendiri.. pasal blog, html, IT dsb yang berkaitan dengan internet dan dunia tanpa sempadan ni... walau takde asas IT yang hebat, tapi saya belasah jer...
  11. Masa kerja dulu.. saya selalu diberi kerja/assignment yang renyah dan perlu kepada penilitian fakta/details.. saya suka koje camtu.. mengira dan segala maknenek statistik... sebab i just love number...
  12. Saya telah memberi khidmat bakti kepada 3 syarikat (majikan) dalam tempoh 10 tahun bekerja (dari May 1996 hingga Jun 2006). Saya pekerja yang setia tau... hahaaa.... tekan butang naik lift sendiri...
  13. Semasa menjadi bos.. saya adalah seorang yang cerewet.. judgement saya selalunya betul... saya selalu biarkan staff mencabar saya.. sebab saya suka tengok prestasi orang yang mencabar saya.. sebabnya bila staff cabar saya.. cabaran itu akan terletak pada staff untuk merealisasikannya... dan saya memang suka kerja saya membuat penilaian staff pada setiap bulan... 
  14. walaupun saya cerewet., tapi saya beri kebebasan pada staff.. you all nak tunggang-terbalik ke masa opis hour.. itu u all punya pasal, tapi kalo u all fail deadline saya.. penilaian untuk bulan itu adalah 'merah'... saya beri rule, saya beri kebebasan, u decide apa u nak buat... 
  15. Sepanjang 6 tahun saya bekerja sebagai Akauntan.. meja saya tak pernah bersih dan kemas.. sentiasa menimbun dengan macam2 kertas.... laporan, kerja staff yang perlu disemak, dokumen bank dan macam2... 
  16. Sekarang ni, setelah 2 tahun lebih di rumah.. rumah saya juga tidak pernah kemas.. baru jer sapu lantai, dah ade sampah lain.. baru jer kemas, dah sepah balik dengan mainan anak2.., baru jer mop lantai, dah ade lagi yang tumpah, baru jer semalam basuh baju, hari ni dah menimbun balik... baru jer pagi tadi basuh pinggan mangkuk, tengahari ni sinki penuh lagi... adehhhh.... that's life kan...
  17. saya tak pandai buat kek... Fail sungguh bab2 baking ni... uwaaa... saya memang kena masuk kelas belajar membuat kek dengan Ummi Noor
  18. Sekarang ni, rutin harian saya adalah sangat penuh.. anda ingat saya ngadap blog jer ke... saya ubah xtvt harian setiap hari.. saya susun aktiviti : menjahit, memotong kain, urus barang untuk kakyong's shoppe, blogwalking utk blog, BW untuk promo kakyong's shoppe, mencari bahan tutorial jahitan, ajar anak2 belajar, bermain dengan anak-anak dan list goes on... tu tak termasuk xtvt kerja rumah.. jadi kalo saya tak jawab komen di blog tu, bermakna saya memang tak online... 
  19. Saya suka hargai kawan2 blog yang rajin beramah-mesra di kakyong[dot]com.. sebab itu saya selalu buat GA untuk kawan blog & follower... 
  20. Saya adalah seorang yg bekerja ikut mood... jadi bila mood saya malas.. maka saya bermalas-malasan dengan anak2 layan tengok kartun... tapi selalunya saya tak leh nak bermalasan.. ade jer yang nak di buat.

sekian... ini semua fakta ya... 

kakyong dah selesai menjawab tag ... 

ni foto terbaru.. cik J telah hinggap di muka saya...



kakyong tak tau nak tag sesapa.. sesiapa yang sudi buat, sila lah yer...


Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, July 27, 2010

Cekodok pisang vs cekodok durian

.
Salam bahagia & salam ceria,






Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com ... meh la join.


Pagi-pagi ni kalian breakfast apa? Pekena cekodok pun sedap jugak kan...










Ini cekodok tag dari Aten.. katanya tag ni kena publish pagi-pagi..

kaedah menjawag tag ini.

1. Sila copy foto cekodok - sudah buat.

2. Sebutan nama penghantar sarapan cekodok - Aten Ummi Hawa

3. Beritahu kenapa sarapan cekodok pisang menjadi pilihan anda - senang nak buat, itupun kalo ade pisang ler.. nostalgik cekodok pisang ni sebab arwah onyang Jenab dulu selalu sangat buat cekedok pisang untuk kami 2 beradik. best pekena dengan air kopi O panas.... 

4. Akhir sekali tag game ini kepada 4 rakan anda yang lain - siapa yang tak buat lagi yaaa.. rasa macam ramai dah buat tag ni, kakyong jer yang selalu lambat buat tag @ menampal award.. mungkin mereka ni belum buat lagi kot...








Dan ini pula sarapan kami semalam. Cekodok durian.



Durian dah 2-3 hari dok dalam tupperware di petiais.. penin gak ehh petiais dah bau durian.. jadi daripada takdak sapa nak makan.. kita buat cekodok pun sedap..

Kaedah nak buat pun senang..
blend aje isi durian (sila buang bijinya yaa) kuantiti ikut sesedap rasa yaa, dengan sedikit tepung gandum & telur 1 biji & sedikit air. Masukkan dalam bekas, kalo adunan nya cair, sila la pandai2 adjust tepung ya.. jangan lupa gula & sedikit garam. Pastu gorenglah macam biasa seperti kaedah menggoreng cekodok. 

Jika adunan nya cair & anda sudah tak dak stok tepung, tak jadi masalah.. gunakan pan @ kuali leper.. buat la ala2 roti jalan.. kalo malas nak menjala, masak la ala2 pancake @ lempeng. 

Cekodok @ lempeng durian sedap di makan macam cekodok pisang juga.. boleh cicah dengan sambal belacan, sambal tumis, sira dengan madu pun sedap, cicah dengan susu pekat pun best... 



p/s
Ruangan iklan sudah berfungsi.. dah ade rakan blog yang sudi letak iklan di kakyong[dot]com yang tak femes ni..
Kalo ade yang teringin.. sila lah, maklumat boleh refer di Ruang Iklan. 


Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, July 13, 2009

189 Tag yang sudah dijawab..

Silalah jengah ke Tanda Kasih.. kakyong dah menjawab tag

Nama2 ni, sila lah jengah ye... tengok anda kena TAG yang mana... :D

  1. mimi sally
  2. manjlara @ ibu akil
  3. Nadnye
  4. Rai
  5. Rossizam
  6. Mama SHinta
  7. Hanz
  8. Fiza ibu Iman
  9. Fae-Yust
  10. Mama_ Aqish
  11. ummiaqeef
  12. anaklaut
  13. amyatie
  14. hayatie
  15. PutraMama
  16. UmmuAbdullahSyakir
  17. UmmiHanie
  18. Umi Nuha
  19. Nonnie
  20. SyahNur

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, June 30, 2009

176 Notis : award & tag (STICKY MODE)

ENTRI TERBARU SILA SCROLL KE BAWAH

Kawan-kawan ibu,

kakyong sudah tepek award di galeri TANDA KASIH.. sila lah jengah yer..

Lebih banyak award akan ditepek nanti *demi untuk mengurangkan hutang list KIV*


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, May 26, 2009

139 Sesi menjawab tag Part 3

Tag 1 : kerja rumah

dari UmmiSalsabila

1) bila terakhir anda cuci toilet?

beberapa hari yang lepas

2)pencuci apa yg anda guna?

fabuloso

3) dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai?kenapa?

beberapa kali sehari. sebab anak-anak selalu makan sepah-sepah, anak-anak tumpahkan air, anak-anak basahkan lantai kuor dari bilik air, habuk banyak..

4)apa tugasan terakhir anda sebelum menjelang malam?

mandikan anak-anak, cook for dinner & layan anak-anak makan

5) apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?

cucur bawang ikan bilis cicah dgn mayonis+sos.

6)minuman selalu anda buat waktu pagi?

milo, teh, kadang2 jus oren (ni kalo rajin)

7)sebelum tidur apa yg anda suka lakukan?

marathon ke blog kawan-kawan.

8) harus menjawab tag yg tertera nama di bawah?

- list rujuk di bawah sekali -

.

Tag 2 :

dari MamaErfan

Where is your cell phone? en ayah bawa.

Relationship? sudah kahwin anak 3

Your hair? dalam tudung

Work? mengasuh anak, kerja rumah, berblog...

Your sister? 3 only, Rohani, Naila & Ainun

Your favorite thing? laptop kesayangan hamba, connected me to with other people

Your dream last night? letih sangat sampai tak ingat ade mimpi ke tak..

Your favorite drink? ABC, cendol.. tapi la ni posa.. air masak jer

Your dream car? MPV grand livina

The room you’re in? hall kat rumah

Your shoes? selipar jepun jer

Your fears? the fear itself...

What do you want to be in 10 years? Ibu hebat & my own accounting firm...

Who did you hang out with this weekend? dengan suami & anak2 lah..

What are you not good at? Public speaking... berpeluh2 dibuatnya.. heheh

Muffin? suka sangat... adik-beradik kek kan.. memang suka lah

One of your wish list items? oven elektrik

Where you grew up? perak, pahang, sarawak, terengganu, melaka, kedah

Last thing you did? layan anak-anak makan

What are you wearing? blouse & pant

What aren’t you wearing? bikini...

Your pet? takde

Your computer? Acer

Your life? happy with my 3 lovely cutey kiddos

Your mood? bersemangat..

Missing? arwah opah Moona.. *nickname Mona MZ adalah dedikasi ingatan pada opah, nama betui opah Moona Md Zain*

What are you thinking about right now? menu untuk tengahari, tak tau lagi nak masak apa..

Your car? takde keta

Your kitchen? syurga untuk kami sekeluarga menjamu selera

Your summer? sini memang musim panas jer..

Your favorite color? maroon Last time you laughed? semalam dengan anak2

Last time you cried? masa pregnantkan ALiya.. cepat emo tu la sikit2 nak nangis..

School? MRSM Terendak

Love? Family & all my extention family & friends

So who wants to share their ONEs?? How about? - list rujuk bawah sekali-

.

Tag 3 : Zaman kecil ku

dari Yan

Sila pamerkan gambar anda ketika kecil (Maximum gambar adalah 5 keping)

Sila perihalkan gambar tersebut (Cth : Tika@sewaktu bila, dimana, or etc)

Foto 1 : Masa berumur 1 tahun 3 bulan

Foto 2 :

Masa umur 4 tahun dengan sepupu (manja), masa tu memang tinggal di kg 40 Rantai, Pantai Remis, Perak

Foto 3 :

Masa tadika di SRK Pengkalan Tentera, umur 5 tahun, sempat sekolah tadika 2 bulan. Pastu balik kampung sebab opah sakit kuat. SIla teka mana satu kakyong? hehehhh..

Foto 4

Masa umur 7 tahun, foto dengan kebet (pakNgah @ hubby cik puan miela77),beberapa bulan sebelum pindah ke Sarawak.

Tika ini anda anak yg no. berapa dalam keluarga

Kakyong.. yang sulong ler..

Perihalkan tingkahlaku, tabiat, peel & perangai anda waktu itu.

Dari baby lagi dah dok dengan opah & onyang di kg 40 Rantai, Pantai Remis.. jadi memang manja la. Apa nak seme opah belikan.. opah pernah belikan patung besor sebesar diriku... tak berani nak main.. hahahh.. selalu ikut opah g noreh.. kalo tak ikut opah g noreh, tolong onyang bagi ayam itik makan.. tolong onyang jemur & susun kayu api..

Suka main dalam semak belakang rumah onyang.. kena gigit dengan penyegat tu biasa lah. Memang lasak, panjat pokok jambu, pokok cermai, & ntah apa2 pokok lagi.. berkubang dalam parit sambil cari anak ikan & anak berudu.

Kdg2 tolong onyang kutip getah sekerap, sambil kutip & main2 dgn tahi cacing (actually tanah yg dah jadi bulat2 akibat buangan cacing.. kalo saper yang biasa hidup kat kawasan kebun getah mesti tahu..).. kutip biji getah buat main congkak. Main congkak pun korek atas tanah jer.

Mandi kat perigi, onyang dah buatkan timba comel untuk kami adik-beradik (kakyong & kebet dok dgn onyang & opah), tapi kami selalu jatuhkan timba tu ke dalam perigi.. nanti kerap2 lah onyang kena 'kaitkan' timba tu dari dalam perigi.. kalo dapat mandi memang suka main lama2.. *rindu pulak pada suasana tu.. sejuk & nyaman jer mandi air perigi.. * Sian kat onyang selalu jadi 'tarzan' sbb kami 2 orang memang nakal & buas.. Wakka Wakka tu belum part kena kejor dengan angsa & ibu ayam...

Cukup lah kot setakat ni.. nanti kalo semakin ku tulis semakin terserlah rahsia ku... Sunshine

Kongsikan bersama tag ini kepada rakan anda (maximum 15 orang)

-seperti list di bawah-

.

Yang tersenarai, sila lah merajinkan diri untuk membuat tag. Sila pilih mana-mana tag yang disukai.

  • Mama_Aqish
  • .:Fae-Yust:.
  • Fiza
  • Hanz
  • MamaShinta
  • Shelly Yusop
  • Rossizam
  • Rai
  • Nadnye
  • Ibu Akil
  • Mimi Sally
  • UmmiCa @ MamaMi
  • Mommy Lyna
  • Dayah
  • MyHasla@ Kak Has
  • Eus
  • Nurdaniella
  • Ummi Noor
  • Adahsyafiah
  • Miela77
  • Yati x-stitch
  • Zuhaini @ Ibu Alia
  • Smaria7 @ Marya
  • Mirah
  • Cik jEEla
  • Mama-miya
  • UmmiKhayra
  • Watie Aziz
  • Azzul
  • MatAhaRiku @ Jun
  • Ummi Afifah
  • Noy

*Pesanan penaja : jika anda sudah@pernah buat tag ini sebelum ini, sila tinggalkan link entri tersebut di kotak komen yer... Terima Kasih *

Thank You

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, May 18, 2009

132 Sesi menjawab tag.. part 2

Hutang tag yang semakin banyak, bukan sengaja nak dikumpul.. tetapi masa agak terhad untuk menjawab, jadi kali ini, kakyong cuba untuk menjawabnya... tengok ler berapa banyak yang dapat dijawab.

Makan masa juga nak menyiapkan tag-tag ini.. maklum lah buat di hujung minggu ni.. macam-macam jer gangguan.. baru buat halfway 1 tag, kena stop plak.. sudahnya pagi senin ni pun tak dapat nak tepek lagi.. petang ni baru dapat tepek.

Pada yang baru di blog kakyong, sila klik pada "Baca Selanjutnya..." untuk melihat @ membaca keseluruhan entri.

TAG 1 : diterima dari MamaShinta

1. If you can be an animal, what will u be?

nak jadi semut hitam yang rajin, walau saiznya kecil

2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money?

merompak ni berdosa, so duit yang dapat pun duit haram.. so tak berani lah nak guna duit tu.. Scratching

3. If you can teleport your self anywhere in the world, where do you want to be? why?

nak telepot diriku & semua ahli keluargaku ke Tanah Suci Mekah... *boleh ke? , semoga diizinkan ALlah* Sebab nya duit simpanan memang tak cukup, bahkan makin susut sejak ku tak kerja... daku semakin tertarik hati nak ke sana sejak membaca coretan kenangan kak wani & suami mengerjakan haji di blog Aku Hamba Tuhan.

4. If you know that you are dying, what is the last meal that you want? why?

kalo dah nak mati, nak makan apa lagi.. baik ler minta anak-anak, adik-adik bacakan daku yaasin.. mohon pada Allah permudahkan perjalanan daku yang seterusnya.

5. If you can only kill one person in this world, who is the person? why?

Tak nak membunuh sesapa, sebab dalam Islam diharamkan mengambil nyawa orang sesuka hati. Membunuh itu berdosa..*naper le soklan tag ni camni.. uhukkk*

6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice? why? hah?

Cukup dah 24 jam, cuma daku jer yang terkial2 nak menguruskan masa dengan baik. tak nak hidup sampai 100 tahun, kalo dah tua ganyut & nyanyuk pulak tu.. menyusahkan anak-cucu jer. Bersyukur kiranya dipanjangkan usia & dapat melihat anak-anak berjaya & punya kehidupan baik yang diredhai Allah.

7. If you can date celebrities, who is that person? why?

Heheh,,.. masa muda-muda dulu, minat dengan Hani Mohsein, sebab dia hensem dan ade lesung pipit... lebih lagi bila dia nikah dengan Tiara Jaquelina (harap betui lah ejaan yer,..), sama2 chomel & sepadan.. ape kes aku nak date dia.. dia pun dah tiada di dunia ini.

8. If you can only have 1 thing in this world, what should that be? Why?

Ape kah agaknyer yer... I always wants something yg ade pelbagai guna... mungkin poket doraeman kot.... apa nak semua ade.. seluk jer... semua yang dihajati pasti menjadi... Missing Teeth

9. If you have the opportunity to tag 7 of your friends, who are they? why?

7 orang itu adalah :
  • De'Sal
  • Azlinadeco
  • MamaTiara
  • MaMaQayPo
  • IdaNizam
  • Syareena
  • MamaDhea

Sebabnya mereka ni kawan-kawan ibu yang baru... High Five

*Pesanan penaja : jika anda sudah@pernah buat tag ini sebelum ini, sila tinggalkan link entri tersebut di kotak komen yer... Terima Kasih *

Thank You

TAG 2 : 8 Perkara

diterima dari UmmiSalsabila (Pn Odah) & Yatie Chomeyl (Mak Buyung)

Setelah dibaca semula tag tersebut, kakyong rasa macam familiar jer & macam dah buat jer... so, kakyong pun belek-belek entri lama... YESSSSS.... memang sudah buat... Pn Odah & Mak Buyung, sila refer kat entri ni yer... Projek Anis & Aliya... dan menjawab tag lagi

Apapun kakyong nak amik gak hadiah dari Mak Buyung ni...

.

TAG 3 : Profile photo

diterima dari Yatie Chomeyl

Tag ini berkisar tentang Profile Photo blogger..

Terangkan maksud gambar itu.

Foto diambil semasa dalam kereta, dalam perjalanan pulang dari KL menuju ke FRIM.

Kenapa pilih gambar itu?

Tiada maksud apa-apa, suka nak letak foto tu sebab nampak bersahaja.

Kakyong dengan seikhlas hati ingin menyumbangkan tag ini kepada :

  • Bear Beary
  • Zieha Ibu Firas
  • Ummi_Luqman
  • Kak Zaa
  • Orked
  • Azira
  • Walinongsari @ Idura Rozman
  • Yan
  • Reen
  • Ummu_abdullah
  • U-jin
  • Normaliza
  • Ibu_Umairah
  • MamaSyaza

*Pesanan penaja : jika anda sudah@pernah buat tag ini sebelum ini, sila tinggalkan link entri tersebut di kotak komen yer... Terima Kasih *

Thank You

.

Tag 4

diterima daripada Blog Mama Aqilah

1. Nyatakan usia blog anda

Entri pertama ditulis pada 6 Januari 2008.. besday kakyong yg ke36, jadi sehingga ke hari ni sudah berusia 1 tahun 4 bulan+++

2. Terangkan kenapa anda berblogging

Asalnya hanya untuk mengembalikan semula minat menulis & mencatat aktiviti harian untuk rujukan masa akan datang. *dulu masa tahun 1999-2002 kakyong rajin menulis di forum & mailinglist seperti keluarga,muslimat-net,hizbi-net, ulmuslimah, dan ade lah beberapa lagi mailinglist yang kakyong pun tak leh nak recall.. both BM & BI. dapat gak ramai kawan dari serata dunia.. M'sia pun ramai.. masa tu guna macam2 nickname seperti Mona Mz72, MutiaraBiru, BluePearl, Habib Alia, Durriyah, & kakyong72. nama2 lain dah tak guna, even email dengan nama2 tu pun dah tak tahu apa jadi.... hehehhh hanya kakyong72 yang kekal*

3. Nyatakan blog pertama yg anda baca

Blog sitisifir10, Salam Ikhlas Penuh Ukhuwah.. mula baca blog beliau sejak awal tahun 2007.. dapat tahu daripada mailinglist keluarga01.

4.Letakkan entry pertama dlm blog anda

Boleh rujuk di entri ini Usia meningkat lagi...

5. Huraikan entry tersebut

siapa jua yang baca akan faham, lagipun entri ringkas jer.

6. Letakkan satu pic yg anda paling suka dlm blog anda

foto fikri & anis bercanda dalam kolam cetek.. walau airnyer cetek tapi sonok jer...

7. Harapan anda

  • supaya dapat terus menulis & mencatat untuk rujukan masa akan datang
  • supaya terus mendapat kawan-kawan yang ramai.. *tak ingat camner kakyong 'market' blog Catatan Ibu.. rasanya kakyong yang lebih byk melompat2 ke blog orang lain... heheh.. "perasan.. cam bagus jer.." *
  • supaya terus dapat berkongsi maklumat & mengeratkan tautan ukhwah dengan kenalan & kawan-kawan alamaya ibu
  • supaya Catatan Ibu dapat dibaca oleh anak-anak nanti & mereka dapat rasa kenangan zaman kecik depa dengan serba sedikit catatan yang ibu buat.

8. Pas tag nie pada sape yg anda nak.

  • herni
  • tice su
  • cik fid
  • lady qay
  • Ila mamaFaiz
  • Ummi Abqar|
  • Syahnur
  • Nonnie
  • Umi Nuha
  • Syahadah
  • Ummi Hanie
  • ummuabdullahsyaakir
  • PutraMama
  • Hayatie
  • Amyatie
  • anak laut
  • ummiaqeef

*Pesanan penaja : jika anda sudah@pernah buat tag ini sebelum ini, sila tinggalkan link entri tersebut di kotak komen yer... Terima Kasih *

Thank You

Jika ade sesiapa lagi yang sudi menjawab tag ini, walaupun nama tidak disebut, kakyong sangat mengalu-alukannyer.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, May 5, 2009

120 Sesi menjawab tag.. part 1

Hajat hari ni nak buat entri bagi episod terakhir entri jiwa karang, part 1 & part 2 sudah, part 3 jer yang tak sempat lagi. Nanti lah di sambung... kena godek-godek foto dulu...

Memandangkan hutang tag dah melimpah ruah, maka hari ini, kakyong akan berhempas-pulas untuk menjawab tag-tag.. kalo sempat jawab 2 tag pun dah kira bagus dah ni. Almaklumlah, sejak beberapa hari ni terkejar-kejar dengan anak-anak. Anis la ni dah semakin lebih 'demand' nya. Sejak dah pandai sebut 'IBU', tiap masa dok panggil ibu, nak tidur pun nak ibu tepuk-tepukkan.. walhal dulu, boleh jer tidur sendiri.. Sekarang ni sambil baring nenenkan Aliya, sebelah tangan lagi kenalah tepukkan Anis.. kalo tak buat camtu, melalak macam nak pecah rumahselagi mahu... Anis ni memang juara melalak berbanding Fikri dan Aliya.

Jom tengok tag mana yang nak dilayan dulu ni.

Tag 5 items for 10 questions ~ daripada che puan Nadnye

[1] - 5 Names I go by:

i/kakyong; ii/Kak Bib; iii/MakLong; iv/Ibu ; v/Ayang (panggilan en ayah)

[2] - 5 Jobs I have had in my life:

i/production operator - QC department Toko Electronics, (Jan - Jun 1990), (Sg Wei, PJ) ~ cari duit lepas SPM ;
ii/Audit Trainee - Ernst & Young, Ipoh, Jul - Nov 1995 (practicum for 5 months);
iii/Audit Assistant - Ernst & Young, Ipoh, May 1996 - Aug 1997 (1st job after completed 1st degree);
iv/Accounts Executive, later promoted to Accountant - Yee Lee Edible Oils Sdn Bhd .. yang buat minyak vesawit tu.. Aug 1996 - Aug 2003 ;
v/Accountant - APM Industries Holdings Bhd , Aug 2003 - Jul 2006

[3] - 5 Places I have lived before

i/Kg 40 Rantai, Pantai Remis Perak (dari baby sampai 6 tahun); ii/Kem Batu 10, Kuantan (tak sampai 1 tahun) ; iii/Sibu - Kg Hilir & Jalan Hardin (2 tahun) ; iv/KT - Kg seberang takir & kg BUkit Tok Beng (3 tahun++) ; v/Melaka - MRSM Terendak (5 tahun)

[4] - 5 TV Shows that I watch currently

i/kartun tv9 - popeye, wonderpets, catdog, spongebob ; ii/rancangan anak2 tv2 - in the nite garden, ciki boom, ; iii/kartun tv2 - dongeng rantau Asia ; iv/tv2 - dari mata arissa ; v/tv9 - mari mengaji, mari bertarannum, ustaz zambri bercerita, pondok2, siapa pintar & Semanis Kurma

ni lah antara rancangan anak-anak yang kakyong selalu tengok dengan anak-anak.. dulu suka sangat dengan siri penyiasatan like CSI, NCIS, Bones, Criminal Minds.. tapi la ni dah tak penah ingat nak jengah.. sebab siang dah letih layan anak-anak.. lagipun dok bz@gian berblogging... heheh

[5]a - 5 places I have been

ni tempat g makan angin ker... i/Pulau perhentian (prog bakti siswa sambil makan angin le jugak.. dok sana 1 minggu ;
ii/Pulau Langkawi - kursus kepimpinan masa kat UUm, sambil2 tu jalan2 le jugak, tp masa tu belum ade Underwater world tu ;
iii/Pulau Pangkor - company trips ; iv/Pulau Redang - company trips.. best, dpt snorkeling & view dlm laut sgt cantik..;
v/FRIM - adik dok sini, best juga g sini, dapat tengok pokok2 hijau.. ade macam2 jenis pokok.. ade air terjun, ade gak jogging trek.. ramai org dtg situ utk job & kuruskan badan.. hahah..

[6] - People that e-mail/contact me regularly

i/update from Facebook ; ii/update komen dari kawan-kawan blogging ; iii/kenalan blog ; iv/ kawan-kawan MRSM (malinglist); v/ a few close fren .. nak sebut ramai, lagipun u all tak kenal.. heheh..

[7] - 5 of my favorite foods

kakyong ni sangat suka makan, semua yang sedap memang tak tolak..

i/mee kari; ii/soto; iii/mee rebus @ mee jawa; iv/ laksa; v/segala jenis kek, terutama kek keju... nyum nyum..

[8] - 5 things I would like to do

i/ nak jahit baju anak-anak sendiri;
ii/ nak amik lesen kereta.. *kwang kwang kwang.. dah tetua cam ni takde lesen keta lagi.. dah ade anak ni che abe plak tak galakkan, tp bila pk masa depan.. kena amik juga.. * ;
iii/ nak belajar buat kek ; iv/ nak selalu dpt pergi aktiviti masyarakat/jemaah ; v/ nak selalu dapat pergi majlis ilmu...

[9] - 5 Things I am looking forward to

i/ kiriman dari SyahNur @ Nurul ii/ kiriman dari kakNik iii/ Aliya 1st besday iv/ Anis 2nd besday v/ another part time accounting job.. * ade ke orang nak bagi kerja lagi ni.. *

[10] - 5 friends I think will respond

i/Yan ; ii/Reen; iii/Noy; iv/UmmiCa @ MaMaMi; v/Normaliza

Pesanan penaja ~jika sudah pernah buat tag ni, silalah tinggalkan link di kotak komen yer.. *biasalah kan, daku kan memang suka menyebuk nak tahu apa yg u all jawab*

Tag Beautiful Girls awards daripada MamaAqeef , UmmiSalsabila, Yatie Chomeyl @ MakBuyung dan PutraMama

Syarat2 menerima award ini:

1. Pastikan jantina anda ialah perempuan

2. Copy badge sebagai award anda

3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan

4. Pass kan award ini kepada girl-friends anda

Syarat2 perlu dipenuhi :

1. confirm daku seorang perempuan

2. badge sudah ditepek

3. banyak nyer 7 sebab...

i/ tentulah bangga jadi perempuan, walaupun hanya anak perempuan *bukan tanggungjawab untuk menanggung ibubapa & adik-beradik* tetapi untuk suatu tempoh telah diberi kesempatan untuk membantu meringankan beban mak & membantu keperluan adik-adik *hingga daku terpaksa menghadkan diri daripada bermewah-mewah & berseronok2 (melancong jauh-jauh) bersama kawan-kawan sewaktu zaman bujangku*

ii/ bangga sebab daku dapat juga jadi Head untuk beberapa projek persatuan pelajar, dan daku telah lakukan nya dengan baik... *masa di kampus kawan-kawan lelaki selalu pandang daku sebelah mata, sebab daku perempuan kenit, yang dikira tidak punya daya untuk memegang jawatan yang mencabar*

selebihnya, jawapan daku adalah seperti ini.. klik utk lebih jelas..
*sudah dapat izin daripada makbuyung untuk copy&paste kan jawapan dia... heheh..* mekasih Yatie Chomel.. kakyong suka jawapan yang makbuyung catat... so nak juga jawapan yang tu...

4. Award bertag ni kakyong nak passkan kepada

1/syahadah; 2/Hezlina @ Ina Hashim; 3/MamaShinta; 4/SyahNur @ Nurul; 5/nadnye; 6/Hanz; 7/mamaErfan; 8/QQ ;9/ Ila Mamafaiz; 10/Rai; 11/U-jin; 12/ctzura; 13/Az1ra ; 14/MamaSyaza; 15/Zety Zain; 16/Salwa@Ibukauthar; 17/cikgu Pija; 18/Tice Su; 19/Shila; 20/Shelly; 21/Fiza;

tambahan

22/Eus ; 23/miela77; 24/mama_aqish; 25/Ummu_Abdullah; 26/UmmuAbdullahSyakir; 27/Noy; 28/Yan@UmmiAbbiQis; 29/Zieha; 30/KakHas - my notes entry

Pesanan penaja ~jika sudah pernah buat tag ni, silalah tinggalkan link di kotak komen yer.. *biasalah kan, daku kan memang suka menyebuk nak tahu apa yg u all jawab*


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, April 27, 2009

113 Projek Anis & Aliya... dan menjawab tag lagi..

Akhirnya dapat juga ibu mengupdate entri baru & berjalan2 ke blog kawan-kawan. Alhamdulillah, Aliya sudah sihat. Malam kedua dia demam, pukul 5 pagi dia terjaga.. terus bangun berdiri. Berdiri tanpa berpaut. Hmmm, rupernya baru lah ibu tahu.. rupenya demam ade makna..

Malam minggu kami ke Ulu Kinta, rumah MIL. Memang sudah sangat lama ALiya tidak menjejakkan kaki ke rumah opah UluKinta.. Anis & Fikri memang kerap ke sana, di bawa oleh ayah tiap kali ayah nak ambil stok kelapa. Aliya mana boleh ikut ayah, sebab 'botol susu' ALiya pada ibu..

baru jer sampai, opahnyer dah tegur.. "naper yang halus benor ni.." *halus tu maksudnya kurus ler..* Ya, memang betui si Aliya sudah tidak semontel dulu.. nak kata tak makan, hmm.. boleh tahan juga kuat makan si Aliya.. mungkin terlalu banyak 'training'.. berdiri, berpaut, jatuh tergolek.. Walaupun Aliya nampak semakin kecik tetapi Aliya sudah ade skil baru la opah.. haaa. opah pun terkezut tengok Aliya sudah berdiri tanpa berpaut..

Yahooo.. Aliya sudah boleh berdiri pada usia 9 bulan 5 hari.. *mungkin influent fikri & anis kot.. *

Ini adalah projek terbaru Anis & Aliya. LIhat lah wajah-wajah mulus yang dek seperti tidak bersalah langsung. itu sahajalah lipstik ibu yang ade.. nampaknyer tinggal kenangan ajer lah... uhukkkk.. bertuah sungguh anak2 ku ini.. baru jer kejap ibu tinggalkan..*inilah nasib ibu yang tiada pembantu, nak g toilet pun kdg2 kena tunggu ayahnye balik.. kalo dah tak tertahan tuh.. terpaksa jugalah tinggal depa jap.. bila dah ditinggal.. ini lah antara aktiviti kreatif yang dibuat... * sekali imbas orang mesti kata ibu tak reti jaga anak, ibu pun dah lali dengor semua ni.. ibu suka juga nak tahu, kalo depa jaga anak 3 orang seorang diri tanpa pembantu.. adakah semuanya sempurna... huhhhhuuuhh.. daku benci dengan orang yang mencemuh tanpa usul-periksa.. *bior le kan, kita tak boleh buat depa faham keadaan kita, so kita terima jer seadanya.. masuk telinga kanan, kuor telinga kiri. usoh penin kan pala, nanti satu koje pun tak leh siap*

Menjawab tag le pulak yer.. usah nimbun hutang tag ni.. Ni kakyong menjawab tag daripada UmmiAbQari & kaknik

Nama Timangan anda:~

kakyong, Bib, Maklong

Anda seorang yang:~

Garang, tegas, pendiam, peramah.. *hanya kerana fizikal ku kecil, jangan ingat daku lembik erkkk.. hhiiihhhii*

Insan teristimewa??Describekan dia terlalu Istimewa di mata anda:~

selain makbonda.. suami daku ler.. sebab dia sudi kahwin dengan daku yang garang & degil ini..

Lagu kesukaan anda:~

sekarang suka lagu berbentuk ketuhanan seperti nasyid.. yang suka dengar untuk masa ini adalah lagu-lagu kumpulan Opick

Makanan kesukaan anda:~

yang sedap mesti lah suka.. nasi/mee/keateow goreng buatan sendiri.. *lately ni makan kat kedai macam dah tak ummpp kecuali * mee kari mak jah *yang sedap & sentiasa menjadi ingatan daku*

Warna kesukaan anda:~

merah hati, biru,hijau, kuning..

Tiga benda mesti ada dlm beg anda:~

purse walaupun la ni takat ade RM10 jer.. buku 35 (555) *untuk tulis senarai barang nak beli & bil perlu bayar* tisu@sapu tangan *sejak ade anak2 ni kena spare tisu byk2*

Kali terakhir masa anda menangis & kenapa:~

sebaik tahu pregnant lagi.. masa tu Anis baru 4 bulan... *menangis yang teramat sangat, sedih teramat pilu... nanti lah kalo daku ade masa daku buat satu entri khas pasal ini*

Tag rakan anda:~

macam ramai jer yang dah buat tag ni.. siapa yang sudi buat, sila lah yer.. mungkin mereka ini belum buat kot.. heheh.. *daku ingin juga shorlisted mereka yang bertuah ni*

1/UmiIna@Hez, 2/Reen, 3/Yan, 4/mamaZara, 5/Su (MamaSyaza), 7/Salwa@IbuKauthar, 8/Noy, 9/Dayah, 10/ladyQay, 11/miela77 *meh belajor buat tag pulak*


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, April 22, 2009

108 Award, tag diniedinar

Dalam beberapa hari ni, semasa dok berjalan-jalan ke rumahmaya kawan-kawan, ibu terserempak dengan beberapa kenalan blog yang rumahmaya nyer bermasalah. Ada yang tak boleh nak post kan entri. Ada yang blog jadi hang. Ada yang dapat ^&*^%$.. virus blog ker tu?

teringat beberapa bulan yang lepas.. ade sorg kenalan blog ibu citer yang blog kawannya tetiba hilang... HILANG.. walhal blog dia tu simple jer.. sudahnya dia bukak blog baru kat wordpress..

Ini lah yang takut nyer bila ber'rumahmaya' ni.. tetiba jer rumah di'roboh' @ di'ceroboh'.. ngeri sungguh.. ada yang kata kalo widget sarat di blog boleh jadi faktor penyebab blog hang... huhuuu.. sangat ngeri ini... Insya Allah, lepas ni, ibu kena kurangkan@buang terus widget2 yang dot dot dot... uhukksss..

Minggu ini masih lagi minggu menerima award..

Thank You

award daripada Reen Permata Hatiku

Award daripada diniedinar

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Buat rakan-rakan, kenalan-kenalan ibu, baru @ lama, kalo belum ade lagi.. sila lah ambil dah tepek di blog...

jika tidak daku akan merajuk (ciplak diniedinar nyer ayat..) No

Seterusnya sesi menjawab tag... semakin daku ingin mengurangkan hutang tag.. semakin bertambah rupernya..

takper daku suka ditag.. itu maknanya daku diingati oleh kawan2... muaahhh.. sayang semua yang mengetag daku... Love You

TAG daripada DinieDinar

NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:

1. kakyong ; 2. kak bib ; 3. Bib ; 4. Habib

MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:

1. Tarikh lahir sendiri, suami & anak-anak ; 2. Tarikh nikah & kenduri kahwin ; 3. Tarikh lahir makbonda/ayahnde & adik2 ; 4. Tarikh hari pertama bekerja 2 may 1996

THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:

1. BF Aliya ; 2. buat susu fikri ; 3. main-main dengan Anis ; 4.bukak blog & membuat entri ini

GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:

1. buku, novel terutamanya.. ; 2. mesin jahit.. boleh buat baju anak-anak boleh juga buat baju baby jual online.. boleh buat $$$$$; 3. elektrik oven .. boleh buat kek utk fikri hari-hari..; 4. lappy baru..

YOUR FAVORITE HOBBIES:

1. membaca.. apa ajer yang bermanafaat. ; 2. buat ikan kering ; 3. memasak ; 4. blogging

PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:

1. oversea - Holland ; 2. Pulau, terutama Pulau Perhantian.. nak jumpa keluarga angkat..; 3. Tempat yang bersalji.. tingin nak berluncur salji ; 4. mana2 ajer dalam mesia.. janji suamiku mahu bawa & anak-anak hepi...

FAVORITE DRINKS:

1. manjakani cafe ; 2. air suam ; 3. jus oren sunkist (perah sendiri) ; 4. milo ais (mesti order kalo makan diluor sbb anak2 pun boleh minum)

THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR ROOM:

1. katil queen size ; 2. almari baju ; 3. meja solek ; 4. kipas angin

FAVORITE COLORS:

1. merah hati (maroon) ; 2. biru ; 3. hijau ; 4. kuning

TOP FOUR HANGOUTS:

1. Tesco Extra (Ipoh) ; 2. Gerai2 makan di Jelapang/Manjoi ; 3. Green Town Mall ; 4. Padang Polo (anak2 boleh main di playground.. ibu boleh pekena laksa kedah)

Persons U LOVE SO MUCH:

1. my hubby & anak2 ; 2. Parent & PIL ; 3. Adik-beradik, ipar duai & anak2 sedara ; 4. sedara-mara, kenalan & sahabat handai

"THINGS" SPECIAL TO YOU:

1. Koleksi buku-buku ; 2. Rumah yg dok sekarang ni ; 3. oven hitam (walau ku buat kek sering tak menjadi, tapi biskut arab ku sering menjadi rebutan) ; 4. cincin tunang & rantai tangan nikah (masih boleh pakey.. tp sebab cincin ade permata, nanti susah nak buat kerja & nyusu Aliya)

YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:

siapakah yang belum jawab tag ini.. sila lah angkat tangan/jari... Thumbs Up

1. Umi Ina @ Hez ; 2. Cik Yan ; 3. Rossizam ; 4. Eus ; 5. MamaShinta

REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:

menghargai ingatan seorang kawan & supaya dapat saling kenal lagi..

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .