Showing posts with label Issue. Show all posts
Showing posts with label Issue. Show all posts

Wednesday, July 16, 2014

Kereta besar, pemiliknya pon berkepala besar!

As salam...

Kejadian baru berlaku petang semalam..tapi berita terus tersebar ke serata Malaysia tak sampai 24 jam..hebat betul penangan media sosial ni..pada sesiapa yang mempunyai akaun facebook mesti tak terkejut dengan video viral pasal perempuan bertudung yang begitu berakhlak baik ni..satu Malaysia mencemuh dengan tindakan yang dilakukan oleh nya..tak perlu kot aku mention namanya dan meletakkan gambanya di sini sebab aku rasa masing2 dah kenal siapa perempuan tu..

Bukan setakat dapat detect no plate keta..alamat umah..tempat bekerja sume diaorg boleh cari..malah nama pemilik keta pon diaorg boleh cari..memang hebat betul penangan media sosial sekarang..dan yang terbaru siap ada page bagi sesiapa yang nak mengikuti perkembangan perempuan berakhlak baik ni..tak jadi retis pon boleh ada peminat tau...haha..;

Fuuhhhhh...bayangkan kejadian baru jadi petang semalam..tapi hari ni kita dah tahu siapa pemilik kereta tu..orang kita ni memang hebat dalam bab menyiasat kan? haha...

Apapon harap perempuan tu sedar apa kesalahan yang dia buat..jangan nampak kesalahan kecil orang tua yang bukan beragama Islam tu...mak ayah kita tak ajar supaya hormat ngan orang tua yang beragama Islam shj..dia pon manusia macam kita..ada hati dan perasaan..apa perasaan awak bila kena tengking macam tu sekali...

Allahuakbar...mintak dijauhkan ahli keluarga dan anak-anakku dari sikap sebegini...ambil pengajaran yer dari video yang tersebar tu..dan janganlah mengaibkan orang walaupon dia buat kesalahan..kesian pon ada kat perempuan tu..harap dia berubah..

Salam Ramadhan ke 19..banyakkan beramal di fasa kedua Ramadhan ni..moga kita bertemu malam LailatulQadar..


Wednesday, October 23, 2013

Artistry jugak yang terbaik!!

As salam..

Pepagi dah bukak page Yahoo konon nak check email..sekali sangkut sekejap kat tajuk News " Japan whitening creams spark 15,000 complaints." Ohhh...produk Japan ni..cepat2 klik...

Rupa-rupanya produk Kanebo yang terkenal jugak di Jepun..mereka mendapat lebih kurang 15k complain dari pengguna 54 produk yang mengandungi whitening chemical "Rhododenol". Ramai pengguna yang complain kata skin tone berubah lepas pakai whitening cream..

So, syarikat Kanebo dah tarik balik berjuta produk yang affected dari seluruh negara termasuk Britain..Biasanya whitening chemical "Rhododenol" ni dikenali sebagai 4-(4-hydroxyphenyl)-2-butanone. Tak sangka company besar kat Jepun pon guna chemical jugak utk cosmetic..haha..(konon2 percaya yang orang Jepun ni jujur lam buat produk kecantikan..)

So, kawan2..hati2 bila memilih skin care products..jangan percaya bulat2 pada iklan..kalau boleh rajin2 la buat research..:)

Satu yang menarik perhatian aku..bila company tu cakap camni..

Susah nak jumpa company yang sanggup bayar customer dia..lagi tak mengaku ada la..haha..

P/s : Apepon..Artistry jugak yang terbaik!! :)


Wednesday, September 11, 2013

"Kilang kicap guna botol arak?"

As salam..

Hari ni pagi2 lagi tergerak hati nak membaca online news..so, aku pon bukak la Metro Online..myMetro punya website..pastu ternampak satu title yg menarik perhatian aku.." Kilang kicap botol arak"
Cepat2 aku klik kat situ..rupa2nya ada satu company pengeluar kicap ni dia guna botol arak yang di kitar semula utk isi kicap dan di pasarkan pada pengguna..

Kicap yang telah dirampas - myMetro
Err..bila tgk gamba kicap yang telah diblurkan nampak macam familiar kicap tu..macam famous jugakla brandnya..tapi aku tak sure brand apa..nape dia tak bagi clear jer gambar kicap tu ek..dah la tak bagitau jenama apa..at least bagitau la company apa yang duk buat keje tak senonoh ni..(ni yang aku geram ngan syarikat penyiaran dan surat khabar..cakap jela company apa..brand apa..senang la kita sbgi pengguna ni nak berwaspada..tul tak??)

Katanya botol2 arak tu diimport dari Thailand dan dibawa masuk ke Malaysia..dan botol tu cuma di basuh macam tu jer dgn keadaan kilang yang kotor..pastu pekerja secara manual tuang kicap ke dalam botol tanpa menitikberatkan soal kebersihan..buat packaging letak brand dia pastu jual kat kita..hohohoho...menakutkan betul..ntah2 bersih ke tidak dia basuh botol tu pon kita tak tahu...isi kandungan kicap pon kita tak tahu bersih ke tidak..

Menurut berita tu..company ni beroperasi di Cheras..lebih 2,000 kicap yg dirampas, 20k botol kosong dan dan mesin pemproses yang dianggarkan bernilai rm150k yang telah dirampas oleh PDDNKK..2,000 kicap yang telah siap packaging dirampas di situ..bagaimana plak ngan kicap yg telah dipasarkan? Takkan diaorg tak amik tindakan apa2? ntah2 dah beratus ribu botol kicap yang telahpon dijual kita tak tahu..huhu..

Ya Allah..mintak2 dijauhkan dari membeli makanan2 syubhah ni..duk Malaysia pon jangan ingat semua barang makanan adalah halal..berhati2 yer kawan2..

p/s : Seb baik aku pengguna tegar kicap cap kipas udang..:)

berita lanjut DI SINI