Assalamualaikum... Apa khabar semua.. Alhamdulillah sudah hampir seminggu kita berpuasa, moga puasa yang kita jalankan diterima dan kita mendapat ganjaran dan keberkatan dibulan yang mulia ini. Terima kasih buat semua kawan-kawan blog yang tidak putus memberi semangat dan memberi kata-kata semangat di ruang komen walaupun ita tak sempat untuk meninggalkan komen di dapur kawan-kawan namun kawan-kawan dengan ikhlas memberi kata-kata semangat buat ita. Terima kasih dan sangat rasa terharu...
Labels: Kek
Assalamualaikum.. Alhamdulillah dah nak masuk 3 hari berpuasa.. moga amalan puasa an kebaikan yang kita lakukan diterima olehNya. Mencari-cari masa yang sesuai untuk menulis disini, namun masih belum berkesempatan, ada resepi baru yang sempat diambil gambar untuk dikongsi disini ada yang di cuba juga tapi tidak sempat untuk diambil gambar.. InsyaAllah dilain kesempatan boleh dikongsikan disini.
Labels: Halal Cake Japan, Kek
Labels: Kek
Antara Blueberry Cheesecake yang ditempah |
Labels: Kek
Labels: Kek
Ada bentuk kek juga ..Kek yang ditempah oleh pelanggan |
Labels: Kek
Salam semua, malam ni saja mengadap laptop sekejap hilangkan mengantuk mata ni. Walaupun badan penat bila dapat sekejap tengok rasa happy sangat. Terima kasih kepada kawan-kawan yang komen entry sebelum ini. InsyaAllah ada kesempatan ita buat kunjungan balas walaupun lambat sedikit.. InsyaAllah ita datang..:)
Labels: Kek
Assalamualaikum.. Alhamdulillah diberi kesempatan dan kerehatan badan hari ni setelah sibuk dalam minggu ini. InsysAllah esok ada lagi tugasan yang menanti apabila ada hari yang rehat seperti hari ini, dapat la ita menjenguk sekejap blog kesayangan ita ini. Bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan sehingga hari ini, semoga ita akan sentiasa sabar dan bersyukur dengan apa yang ita perolehi.
Semalam adalah hari jadi ita. Seronok sangat semua keluarga, teman dan teristimewa suami dan anak-anak ita mengembirakan ita semalam. Yang paling terharu walaupun suami ita agak sibuk semalam sebab ada conference yang perlu dia hadiri dan membuat pembentangan kertas kerja namun tetap meluangkan masa untuk membuat kejutan. Terima kasih abang diatas kejutan dan hadiah. Moga abang akan sentiasa diberikan kemudahan dalam segala urusan dan berjaya dunia dan akhirat ye. Fathnin pun curi-curi tulis kad untuk mama supaya mama rasa gembira ,sama juga dengan fateh yang diajar oleh kakaknya walaupun hanya contengan sahaja tanpa huruf mama amat hargainya.
Pertama kali dalam hidup buat dan hias kek sendiri dihari lahir. Sebelum ni tak pernah pun, selalu buat untuk anak-anak je. Ita mulanya pening juga nak buat kek apa.. bila nampak noorsha buat terus nak buat dan ita cari resepinya dirumah kak noor. Terima kasih kepada Dayang jack dan Rahel benjamin diatas gabungan resepi yang sedap dan menarik. Untuk membuatkan kek ini lebih rasa coklat ita tambah coklat mousse diatasnya dan diletakkan topping diatasnya.. Bagi yang belum mencuba boleh la mencuba kerana ia amat sedap..:)
Resepi ini ita ambil didapur kak nor resepi asalnya dirumah rahel namun ita olah sedikit untuk meletakkan chocolate mousse diatasnya ye.
Salam semua. Alhamdulillah kita sudah melangkah ke bulan Mac. Bulan ini bulan istimewa buat diri ita.. Apa yang istimewanya ita rasa keluarga ita semua tahu rasanya..:) Setiap hari asyik tercari-cari masa untuk menaip disini, moga diberikan waktu dan kelapangan untuk berblog dengan masa yang diberkati.
Labels: Kek