Memaparkan catatan dengan label Alya. Papar semua catatan

Kecewa Dengan Boboiboy

Ahad 13hb March beria-ia mama dan anak-anak ke Alamanda nak tengok filem animasi Malaysia yang sedang hot iaitu Boboiboy The Movie. Hikram asyik merungut setiap kali tengok iklan di televisyen. Kesian kan Hikram terus ajak abang, kakak dan Alya sekali. Malangnya sampai sahaja kat Alamada kebanyakan tiket sudah penuh yang ada hanya pukul 5.55pm itu pun selected seat, malam masih banyak yang kosong masalahnya abah pula ada kat rumah. Cari juga kat tempat lain menggunakan online booking sama juga hot sangat Boboiboy ni, kebetulan cuti sekolah ramailah ibu-bapa bawak anak-anak tengok wayang. Kebisaannya kat Alamada senang sahaja nak beli tiket minggu lepas sesak, kaum Cina pun ramai bawak anak tengok wayang kat sana kebetulan pada masa yang sama sibuk dengan Kungfu Panda 3.


Alya tegak kat belakang dengan muka masam dan Hikram dah mula cari pasal dengan kakak, protes tak dapat tengok wayang. Mama pula mula naik angin dah la stress internet macam siput sahaja geraknya. Abang cool sahaja walaupun mama dah tinggikan suara sikit. Akhirnya buat keputusan pergi ke Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2016. Manusia punyalah ramai. Hikram mengikut sahaja dengan muka masam lama-lama cool sikit bila abnng mula pujuk dan tengok aktiviti lasak yang ada sekitar pesta. Kemudia mood terus ok bila kami semua berlari sakan dalam hujan ke kereta sambil gelak-gelak. Terus happy.











Sepatutnya petang tersebut belon panas dinaikkan tetapi disebabkan hujan semua belon panas tak dapat naik mungkin sebelah pagi dah naik sebab biasanya ada sesi pagi dan petang. Nak masuk kawasan belon panas kena beli tiket tetapi kami hanya jalan-jalan sekitar pesta sahaja. Dapatlah bergambar dengan belon panas besar yang disediakan untuk pengunjung tetapi kena bayarlah untuk naik belon tersebut. Bateri hp mama habis kalau tak lagi banyak gambar-gambar kat sana, anak-anak tak nak layan mak gedik bergambar.






Balik singgah Ramal Junction upah kecewa tak dapat tengok Boboiboy, Hikram dah boleh senyum, Alya pun happy sahaja dapat nasi ayam sorang sepinggan dan Willey Satay.


Minggu ini sibuk google tiket online nak booking GSC Alamda, Putrajaya namun gagal. Katanya tak boleh booking online sebab masalah server. Esok kena beratur beli tiket siap-siap lusa terus sahaja pergi bawak anak-anak. Kalau tanggug-tangguh takut tiket habis lagi. 




Alya Batrisyia Pengidap Nephrotic Syndrome

Alya Batrisyia cinta hati, pengarang jantung dalam keluarga besar kami. Kehadiran dia menjadi penyeri penambah bahagia buat kami semua, menjadi ahli keluarga paling kecil ketika ini. Cucu mak tok yang bungsu, sekarang berusia 7 tahun sudah memulakan persekolahan di sekolah rendah berdekatan rumah. Pada usia 5 tahun doktor  telah mengesahkan buah pinggang telah dijangkiti kuman, protin keluar melalui air kencing yang dikenali sebagai Nephrotic Syndrome atau buah pinggang bocor.



Menyibuk cat rumah dengan abah, kakak dan abang.


Dua bulan lebih di hospital 2 minggu di Hospital Kajang kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur, kami suami isteri menjadi pelawat setia saban hari tengahari dan petang. Tak pernah tidak, sebab itu dia menjadi kemanjaan abah walaupun hanya anak saudara. Sanggup tinggalkan ibu dan ayah kerana hendak berjalan dengan mama dan abah. Saya ada menulis tentang Alya Batrisyia di sini dan sini. Dengan hanya mempunyai satu buah pinggang dan yang satu lagi hanya mempunyai salur sahaj yang ada pula menghadapi masalah tentunya kami sangat memberi perhatian yang lebih tenang kesihatan dia.





Dapat kamera ada sahaja gaya yang hendak dibuatnya.


Alhamdulillah kini dia semakin pulih, selepas keluar dari hospital setiap dua minggu pergi checkup kemudian sebulan sekali sekarang 6 bulan sekali Cuma dua bulan sekali pergi ambil bekalan ubat sahaja. Tekanan darah kali terakhir jumpa doktor 90 tapi setelah memulakan persekolahan naik sehingga 100. Puncanya bersekolah ibu tak dapat kawal lagi pemakanan walaupun diberi bekal masih membeli makanan yang sepatutnya dia tak makan.



Dera abang!


Sebelum ini adik saya sangat menjaga pemakanan Alya Batrisyia, mula-mula keluar hospital sup ayam hanya direbus dan dimasukkan lobak merah untuk memberi rasa, sesekali ayam bakar yang dimasak tanpa garam atau perasa lain. Tiada garam, kicap, sos, rempah dan semua jenis makanan segera seperti burger, sosej atau nugget. Jadi kami sekeluarga pun turut berpantang makan bila Alya Batrisyia ada bersama. Sekiranya memasak di rumah pun kami hanya akan makan secara sembunyi-sembunyi. Sekarang sudah boleh makan makanan berempah tetapi dicampur air masak supaya sedikit cair, kari pula merupakan makanan kegemaran dia jadi bertambah-tambah makannya. Sos dan kicap masih belum dibenarkan.





Konvokesyen Tadika Perpaduan Taman Kajang Utama, Pusat Atom Negara.


Jadi ibu bapa yang perihatin dengan kesihatan anak-anak, sesibuk mana pun perhatikanlah anak-anak sebaik mungkin. Sekiranya ada kelainan jangan tunggu sehingga berlarutan cepat-cepat bawa ke hospital supaya sakit tidak semakin teruk. Walaupun hanya demam jangan dipandang ringan takut kita menyesal di kemudian hari. Baru-baru ini seorang kawan sekolah anak di Tahun enam meninggal dunia kerana demam panas. 

 

Intan payung, jantung hati, madu, racun semua ada kat dia!




Bayang-bayang Hari Tua


Bila tengok anak-anak yang sudah besar di depan mata terasa cepatnya masa berlalu, rindu masa mereka kecil yang sentiasa meriuhkan rumah. Rumah yang sentiasa bersepah dengan mainan di lantai, tak pernah sekemas rumah orang lain. Sekejap kemas pusing ke dapur tengok bersepah lagi. Belum hiruk pikuk anak-anak bermain, bergaduh berebut barang mahupun berebut siaran tv kegemaran masing-masing. Kadang-kadang mama pun tumpang pening mencari botol susu yang di mana minum kat situ letak, kadang-kadang bergolek ke bawah sofa, meja makan bawah kabinet dapur mahupun bawah katil. Stress sangat rasanya.







  
Bila berjalan pula terpaksa siapkan beg susu dan pampers serta makanan untuk mereka selain dari baju sebagai bekalan sekiranya tiba-tiba pampers yang digunakan bocor atau anak-anak muntah. Masa anak-anak kecil banyak belanja di habiskan untuk susu, pampers dan untuk bayaran penjaga. Waktu itu perbelanjaan itu menjadi keutamaan. Memilih pampers yang bagus juga adalah perlu untuk mengurangkan perbelanjaan, kalau murah sangat cepat pula bocornya kalau yang mahal pula tak mampu di beli jadi sebagai ibu perlu bijak membuat keputusan dan semua itu memerluka ilmu juga. MOM TIPS: HowTo Choose The Right Diaper For Your Baby. Extra Dry, Super Comfy. Makanan pula biasanya bubur nasi di masak sendiri, bekalan nestum sebagai tambahan juga biskut buat kudapan anak-anak. Semua dibekalkan dan dihantar ke rumah penjaga.




Sekarang masing-masing sudah besar sudah jadi anak dara dan anak bujang, meriah rumah semakin berkurang, masing-masing sudah menjadi kawan mama. Tinggi ketiga-tiganya sudah melebihi mama. Sesekali terdengar juga riuh-rendah di rumah bila si abang mengusik dan menyakat adik-adik, kakak pula pantang di usik nyaring sahaja suara dia menjerit manakala adik pula kalau disakat melentinglah cuma kadang-kadang bila mereka bermain seperti anak kecil berlari di dalam rumah pening juga dibuatnya.

 




Masa mereka bersekolah masih ada di rumah dapatlah menjadi kawan tetapi bila masing-masing mula melanjutkan pelajaran ke kolej nanti semakin sunyilah rumah. Abang dan kakak cuma berselang setahun kemudian tinggallah adik yang akan mengikut jejak abang dan kakak 3 tahun kemudian. Tika itu rumah akan menjadi terlalu sunyi, tiada lagi suara mereka memeriahkan rumah. Tiba-tiba rasa sebak. Bayang-bayang hari tua semakin mendekat rupanya. Fitrah kehidupan namun masih banyak lagi perkara lain yang boleh di buat untuk mengisi masa sehingga tiba detik itu gunakalah sepenuhnya masa yang ada bersama mereka.




Model 2014



Hero dan heroin. Model 2014. Ada yang nak booking? 


Keresahan Berganda


Pagi ini jam 9.30am Alya Batrisyia akan di bawa ke Hospital Kuala Lumpur dari Hospital Kajang menggunakan ambulan untuk rawatan lanjut. Semalam balik dari kerja terus ke hospital untuk memberi sokongan moral buat adik dan adik ipar. Harapannya agar mereka faham kami semua akan sentiasa bersama mereka tak kita susah mahupun senang.


Doktor telah memberitahu semasa scan buah pinggang sebelah kiri tidak kelihatan dan doktor mengandaikan Alya lahir dengan satu buah pinggang sahaja. Buah pinggang kanan juga agak besar dari kebisaan usia Alya dan doktor mengatakan ianya agak normal sebab buah pinggang itu melakukan kerja untuk dua buah pinggang. Sepatutnya buah pinggang normal berukuran 7.5cm dan buah pinggang Alya berukuran 9.3cm (saya lupa angka selepas titik perpuluhan).


Balik kerja anak-anak kecoh seekor dari enam anak kucing yang ada di rumah hilang, paginya saya lepas bebaskan mereka untuk bermain di luar sebab Iqbal ada di rumah. Kebiasaannya tengahari anak-anak ini akan balik ke rumah tetapi semalam seekor darinya tak balik sehingga malam. 


Pagi ini pula dalam tangisan meminta makanan saya terdengar bunyi suara halus anak kucing bila saya hampiri sangkar kelihatan anak kucing yang selama ini sangat mengalah dan kecil terbaring tak mampu bergerak. Air mata saya bergenang, saya keluarkan dan letak di luar cuba suapkan air dan susu tetapi dia sudah tidak mampu untuk menerima. Akhirnya sebelum pergi kerja kucing tersebut pergi juga. Sekarang hanya tinggal empat ekor anak kucing dan seekor ibu. Patutlah ibu kucing ini hanya menunggu sangkar sejak semalm tidak berganjak rupanya dia dapat merasakan kesakitan anaknya. Sebelum ini mak pun dah bagitahu yang kucing ini tak akan mampu bertahan lama sebab bila pegang badannya sejuk.


Hati saya tetap risau memikirkan anak kucing yang hilang. Sedih dengan anak kucing yang mati. Bertambah pilu memikirkan sakit Alya yang belum ketemu noktahnya. Rawan hati saya namun saya pasakkan jiwa dengan menyerahkan segalanya pada Allah s.w.t. Perancangan Dia adalah yang terbaik buat kita. Seketika ini mungkin dia memberi mendung dan hujan siapa tahu selepas ini akan terbit pelangi mewarnai kehidupan. Allah s.w.t menguji dan Allah s.w.t juga memberi.




Alya Batrisyia Mama Doakan Yang Terbaik Buat Kamu


Hati saya di pagut pilu, berat yang teramat. Tak mampu di ungkap hanya air mata mampu menenangkan hati di saat ini apatah lagi buat adik yang membesarkan Alya sejak kecil. Berat saya memandang berat lagi bahu mereka suami isteri yang memikul.


Telefon berbunyi dan hanya suara tangisan kedengaran dihujung sana, dia tak ammpu bercakap sehinggalah telefon disambut oleh adik ipar. Tamparan hebat buat kami semua selepas 10 hari Alya berada di Hospital Kajang.


Dia dimasukkan ke hospital kerana buah pinggang mengalamai jangkitan kuman. Kini selepas 10 hari doktor membawa khabar duka. Alya selama ini hanya hidup dengan satu buah pinggang kerana satunya sudah tidak berfungsi. Kini Alya akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut bagi menyelamatkan buah pinggangnya.


Kawan-kawan doakan Alya agar cepat sembuh doakan yah dan uminya kuat semangat dan doakan kami kaum keluarga tabah menghadapi ujian ini.


Kisah Alya Batrisyia 1.



Jangkitan Kuman di Buah Pinggang dan Darah Tinggi


Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri jangan pula ditinggal-tinggalkan peluklah selalu. Jadi kalau anak sakit sila bagi makan ubat kalau tak nak kena paksa. Kemanjaan keluarga kami si kecik Alya Batrisiya di masukkan ke hospital pada hari Jumaat malam 16hb Mei kerana jangkitan kuman di buah pinggang dan tekanan darah tinggi. Usia dia baru lima tahun. Alhamdulillah Umi terperasan yang kencing Alya bercampur darah dan cepat-cepat bawa ke hospital malam tu juga walaupun sebelum ini selalu juga dibawak ke Klinik Kesihatan tetapi malam tersebut Umi terus bawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Kajang.


Cerita bermula bila Alya mengalami alahan kulit dan berkudis, asyik ulang klinik dan sapu ubat yang ubat makan dia tak mahu pulak dimakannya. Kejap baik kejap datang balik berulang-ulang. Badan kurus tapi pipi tembam. Boleh kami tak perasan yang sebenarnya muka dia bengkak. Antibiotik tak makan jadi kuman-kuman tu beraya sakan dalam badan. 



Inilah budaknya pada hari pertama, muka bengkak dan paling jelas mata dia. Kesian sangat air mata asyik meleleh sahaja, mama tengok pun tak sampai hati lemah jiwa raga.



Kena berpantang makan. Hanya boleh minum 250ml air sehari semalam supaya buah pinggang dia tidak bekerja kuat. Tekanan darah pula tak boleh kurang dari 95/55 dan tak boleh lebih dari 111/73. 2-3 hari kat hospital tekanan darah dia macam orang dewasa 130. Hari ke 4 sudah stabil. Tekanan darah naik kerana buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik dan buang semua protin.




Sehari di masukkan ke hospital berat badan Alya turun 1kg dan doktor pakar sangat puas hati. Dia juga tidak dibenarkan aktif. Nama dia tu selalu disalah eja Nur Alya Batrisyia sebetulnya kalau ikut Mykid.





Mama dan umi tetap juga nak bergambar dengan orang sakit. Peace Alya.



Hari ke empat dah boleh senyum, bergelak dan layan mama cakap. Whatapp mama nak buah epal merah (pandailak ko dik mentang-mentang tau abah tak tolak permintaan punya). Mujur mama mc dua hari bila abang Hikram turut demam dan tiada penjaga kerana Umi berkampung kat hospital.


Syukur alhamdulillah. Alya semakin sihat, moga cepat dapat keluar dari hospital dan balik rumah. Abang Iqbal, Kakak Noni dan Abang Hikram dah rindu teh tarik Umi. Kesian ayah yang balik kerja terpaksa duduk sorang-sorang kat rumah. Mak Tok pun dah sampai dari Perlis nak tengok Alya.