Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~
Showing posts with label jomJalan | kedah. Show all posts
Showing posts with label jomJalan | kedah. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Pusing-pusing sekitar Alor Setar

Seterusnya kami pusing-pusing lah di sekitar Alor Setar ni. Walaupun Alor Setar ni agak besar, tetapi pusat bandaraya kecil je...senang nak pegi mana-mana sebab semuanya tertumpu kat area2 ni termasuk Pekan Rabu yg popular tu..




Pekan Rabu (kanan)...tak singgah pun. Rasanya dah makin tak menarik

Memandangkan Alor Setar sememangnya terkenal dengan makanan-makanan yg murah dan sedap, jadi kami singgahlah di sebuah pekan hari dekat dengan Star Parade. Ternyata makanan kat sini memang murah-murah...rasa macam nak je beli banyak-banyak.

pekan hari dekat sebelah star parade
Otak otak dan sata kat sini 3 baru RM1.00...tempat lain mana nak dapt murah macam ni. Sedap pulak tu sebab buat sendiri macam kat terengganu. Kalau kt tempat lain macam di KL dan Ipoh biasanya yg orang jual yg instant...rasanya memang lain

otak otak dan sata 3 RM1.00
Lepas tu, kami makan di kopitiam dekat dengan bangunan UKIR Mall. Tempat ni baru lagi, dulu tak ada pun ukir mall ni. Rupanya yg dimaksudkan kopitiam ialah ala-ala sebuah food court yg ada banyak gerai...ada satu gerai je yg jual white coffee dan semestinya tak sesedap kopi di ipoh....hehe. Yg penting tempat ni best lah untuk lepak.



Alor Setar di waktu malam 


Alor Setar masih seperti dulu, sunyi sepi di waktu malam. Tapi nasib baik la kat depan Masjid Zahir dah semakin meriah sebab dihiasi dengan lampu-lampu yg ala-ala kat i-city tu... sekurang-kurangnya ada la tempat untuk melepak di waktu malam selain shopping mall ngan kedai makan je.

Masjid Zahir


Melawat Menara Alor Setar, Kedah

Cuti tahun baru cina baru-baru ni, dengan tak dirancangnya pergi ke Alor Setar pula...haha. Niat asal nak pegi Penang je, tapi dah alang-alang pegi la ke Kedah sekali, dah lama tak menjenguk Alor Setar. Kebetulan pula ada kawan keja kat sana.

Tempat paling wajib kalau melawat Alor Setar tentunya Menara Alor Setar. Sampai2 ja Alor Setar terus kami pegi tempat ni. Dari atas Menara ni boleh tengok sebahagian besar pemandangan Alor Setar hingga nun jauh di sana...hehe. Rasanya keadaan Menara ni dah jauh lebih baik dan terurus berbanding masa datang dulu beberapa tahun lepas. Kat atas menara ni, selain ada ruang tinjau, ada gak restoran berputar yg konsepnya hampir sama dengan Menara KL.

Menara Alor Setar
semangat betul budak-budak ni meneropong
dalam ruang tinjau
Pemandangan bandar Alor Setar dari atas menara





Merayau-rayau kat dalam restoran berputar, tak makan pun kat sini, agak mahal. Kalau nak makan pun masa ni memang dah penuh reserved untuk yg dah booking.



kat bawah ni ada stage dan keadaan kat sini jauh lebih elok dari dulu.