Ini adalah blog bersama Marea, Paizul, Nini & Dila.
Khas buat pencinta makanan & kaki melancong yang ada di luar sana.
Jom kita jalan-jalan sambil makan~
Showing posts with label jomJalan | Selangor. Show all posts
Showing posts with label jomJalan | Selangor. Show all posts

Monday, December 19, 2011

Mutiara Damansara dan Putrajaya

Masa di KL baru ni kitorang lepak di Mutiara Damansara sebab dah lama rindu nak datang sini..hehe. Masa zaman belajar dulu, Mutiara Damansara ni antara shopping mall yg tak ramai orang tapi sekarang dah sesak nak parking pun susah. Suka betul datang tempat ni terutamanya makan di IKEA, makanan paling famous kat sini dah tentulah meatball diorang yg paling sedap di dunia tu (suka2 ja)...selain tu, makanan2 western kat sini betul2 western,sedap dan tak mahal...air pulak boleh refill banyak kali.

Di IKEA Mutiara Damansara. datang makan je...haha


Dalam food court IKEA

Dah puas makan kat IKEA, lepak kat The Curve.





Tengok performance jazz kat The Curve

Dah puas lepak kat Mutiara Damansara (tak puas pun sebenarnya) bergerak ke Nilai. Sementara nak ke Nilai singgah dulu di Putrajaya...Kat Putrajaya ni kawasan kediaman banyak, tapi nak cari kedai makan susah, tak banyak pilihan. Lama gak la berpusing di Putrajaya ni nak cari tempat makan yg okey sikit. Sayang, kawasan perumahan banyak, besar2 tapi kawasan komersil sikit...terlampau planning sangat agaknya.

Malam tu selepas makan lepak sekejap di Jambatan Seri Wawasan, Putrajaya menyaksikan pemandangan Putrajaya di malam hari. Putrajaya memang cantik dan indah dengan lampu2 tapi terlalu sunyi sepi di malam hari. Malam minggu pun sunyi sepi... tunggu ada program apa2 kot baru meriah








Sunday, July 3, 2011

Air terjun 7 tingkat - Hutan lipur Kanching

Destinasi seterusnya - Hutan Lipur Kanching yg terletak dekat Taman Templer, Selayang. Tempat ni terkenal dengan air terjunya yg mempunyai 7 tingkat. Sangat sesuai la untuk berkelah sambil berjungle tracking.

Untuk sampai ke tingkat atas sekali memang puas la mendaki. Kalau datang dengan famili bawa pulak anak kecik jawabnya mandi kat bawah je la. Tetapi yg pasti pemandangan air terjun dari atas sekali tu la yg paling cantik..

 


Kena  pulak masa kitorang datang sini hari Ahadr....punyalah ramai orang, dah macam kat taman tema. Dari tingkat satu sampai la tingkat lima...penuh sesak. Nasib baik la kat tingkat 6 dan 7 tak ramai orang. Itupun sebab kebanyakan yg berkelah di sini dah tak sanggup nak mendaki sampai atas. Sebenarnya dari awal tak plan pun nak datang sini....tapi alang-alang dah datang kitorang gagah je naik sampai atas...penat tapi bebaloi..


berehat dulu
sambung perjalanan
sambil mendaki sempat lagi posing....hehe

Tngkat 6



air terjun yg cantik

Sunday, June 26, 2011

i-city Shah Alam

Dari KLCC kitorang pergi ke I-City yg terletak di Shah Alam. Tempat ni dah menjadi semakin popular terutamanya untuk bergambar, melepak dan makan. Di sini juga ada arked permainan, show reptilia dan snowwalk iaitu tempat salji buatan. Nak sampai ke sini senang je, dari Jalan Persekutuan keluar exit Kampung Jawa dan ikut je signboard yg banyak kat sini. Bayaran masuk ialah RM15.00 satu kereta pada hujung minggu dan hari biasa RM10.00. Kalau nak tengok salji kena bayar RM25.00 seorang untuk masuk ke snowwalk.






snowalk - tempat salji buatan

bangunan arked hiburan