Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Peperiksaan Akhir Semester 5

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izinNya masih lagi bernafas di muka bumi Nya ini.. Phewwww ! hari nie last paper exam untuk semester 5... paper yang sangat mencabar otak, minda, akal fikiran dan semua yang seangkatannya.. memang serius blur n x faham apa yang dimaksudkannya.. so, nanti tawakal je la.. 

Adoiii! bersabar je laa... banyak dah kengkawan yang dah abis exam.. aku masih ada lagi 1 paper petang nie.. roomate aku balik ari nie.. dok menengok je aku dia kemas barang... even mata aku tengok kat nota tapi fikiran entah ke mana.. Ya Allah, berikanlah kekuatan hamba-Mu ini... 

Perang Salib exam untuk petang nanti.. bagi aku lebih senang lagi aku nak belajar untuk subjek Sejarah lain yang aku amek sem nie tapi subjek nie Allah je yang tau.. baca status2 member yang amek subjek nie pun lebih kurang je semua.. tak faham la, blurr la, konfius la, semua ada.. even nota dah dibagi tapi baca tu macam x lekat je... hmm, so nantikan je la exam petang nanti.. 

#Sambung study sat sementara masih ada masa...

Tuesday, December 11, 2012

๑۩۞۩๑ Langkah Sudah Bermula ๑۩۞۩๑


Assalammualaikum dan salam sejahtera..

penat tak habis lagi.. dari jumaat lepas sampai la nie asyik keluar je... Jumaat lepas aku p Masjid Besi.. kenapa aku p sana ? tujuan aku ke sana adalah untuk mensnap gambar sekitar Masjid Besi.. sebab apa ? sebab ianya berkaitan dengan tajuk tesis aku... ianya berkaitan SENI BINA MASJID BESI.. actually ada jugak yang buat tajuk nie tapi ianya lebih memfokuskan kepada bangunan dan binaan di Putrajaya.. bagi aku ianya sangat umum... huhuhu


pengkaji bersama rakan


sebenarnya tajuk tesis aku nie rentetan dari subjek aku masa sem 3 kot..aku pun x berapa nak ingat dah... ianya berkaitan dengan kaedah penyelidikan.. dalam subjek nih diajarkan bagaimana untuk menghasilkan satu proposal yang berkualiti.. memandangkan aku skang berada dibawah seliaan pensyarah yang ajar aku kaedah penyelidikan, maka secara automatiknya dia suruh sambung balik apa yang pernah aku buat dulu untuk kaedah penyelidikan dulu.. actually, sebelum dapat tajuk yang skang nie aku ada buat 2 pilihan tajuk untuk tajuk tesis aku... RUJUK SINI

banyak juga pengalaman yang aku dapat sepanjang mencari bahan untuk tesis aku nie... lagipun masa subjek kaedah penyelidikan dulu aku n group aku pernah pergi berjumpa SENDIRI dengan ARKITEK yang membuat Masjid Besi tu.. Bangunannya terletak kat Wisma Raya, Jalan Raja Laut.. tingkat dia tu x sure.. x ingat.. masa berjumpa dengan arkitek tu memang macam2 perasaan ada.. takut, gerun, seram sejuk bagai la.. tapi, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. tak sia2 pergi berjumpa dengan mereka.. yang lebih best lagi mereka bagi salinan asli dari pejabat dorang pelan sebenar Masjid Besi.. berguna juga untuk aku sebagai rujukan kajian tesis aku.. tak menyesal dulu aku bersusah payah nak berjumpa bagai dengan arkitek tersebut.. 



aku just bagi sikit je gambar untuk tatapan.. takut TERover limit plak.. x pasal2 x leh nak upload gambar lagi.. seriously tempatnya sangat cantik dan sedap mata memandang.. mata aku dah lalok dok ralit menaip-naip kat keyboard nih... bila nak di suruh tdo mata nie komfom x dapat nak tdo... apa2 pun nantikan entry seterusnya perjalanan/misi aku untuk mencari bahan tesis aku.. doakan semoga tesis aku dapat disiapkan sepenuhnya sebelum aku meninggalkan bumi UKM...

#baru nak masuk bab 3... berkaitan dengan sejarah Putrajaya.. sapa2 ada maklumat yang berkaitan amat lah di alu2 kan untuk membantu... kihkihkih


Wednesday, October 31, 2012

Zaman Persekolahanku...

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Rabu yang membosan kan.. kelas pagi dibatalkan.. yeahhh! memang aku suka pun if xde kelas.. tapi jam 5 nanti ada kelas plak..xleh lagi nak ponteng.. dah 3 kali aku x masuk kelas tu..disebabkan penyakit M yang berleluasa..

okeh2..saja aku nak kongsi nih saat memori indah aku sekolah dulu sampai skang.. ceh! kemain lagi aku.. nampak sangat perbezaan aku dari dulu sampai skang..dulu nak lap hingus pun x reti lagi skang selsema cket pun dah kecoh... hahahaha

 Tahun 4 puteri - 2000

Tahun 6 - 2002
Tingkatan 4 Sains 1 - 2006

Tingkatan 6 - 2009

Tahun Akhir Pengajian di UKM sesi 2012/2013

Alam persekolahan adalah kenangan yang paling terindah!!!!


Tuesday, July 31, 2012

Hari Pahlawan ( Seorang Pejuang Kemerdekaan )

Di sini bumi kelahiran
menyambut mesra
seorang pejuang kemerdekaan
dalam saat ranjau berduri
menangkis cercaan
menepis ancaman
tabah menghadapi dugaan.

Berdirinya gagah bak panglima
melaungkan kalimat perjuangan
membakar semangat anak bangsa
menentang penjajahan
menegakkan kebenaran
dalam kancah keterpaksaan.

Walaupun hujan batu menimpa
bahang membakar kulitnya
dia tidak pernah gentar
apatah lagi berpaling muka
biar darah merah mengalir
membasahi bumi tercinta ini
demi menjaga maruah bangsanya
senyummu sungguh bermakna.

Tanggal 31 Ogos 1957
sambil melaungkan kalimat merdeka !
membawa rahmat kepada seluruh bangsa
menerangi setiap insan yang berduka.

Kini engkau sedang bertemu dengan-Nya
mengakhiri kehidupanmu di alam penuh fana
namun jasamu tetap dikenang
setiap anak bangsa Malaysia.



Muhammad Hasmadi Hassan



Thursday, July 26, 2012

Siapa Mohammad Ali Pasha ?


Mohammad Ali Pasha

Suasana pelabuhan kecil di daerah Kavala, Macedonia tidak ada bezanya dengan kawasan pelabuhan Empayar Uthmaniyyah yang lain. Jalam sempit dan berliku-liku, terdapatnya jalan raya dan rumah yang bercat putih yang berkilauan dalam kepanasan tengah hari.Setiap rumah tersebut dikelilingi dengan tumbuhan hijau, anggur serta pohon Ara untuk mengelakkan daripada panas matahari.Antara rumah-rumah kecil yang bercat putih di kawasan ini, lahirlah seorang tokoh yang terkenal dalam membawa pemodenan terhadap Mesir iaitu Mohammad Ali Pasha.
Mohammad Ali Pasha telah mengharumkan nama Negara Mesir di peringkat antarabangsa terutama dalam penonjolan pasukan pertahanan. Benteng pertahanan beliau ini sukar untuk ditembusi, dicerobohi oleh mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun luar Negara. Pada zaman pemerintahannya, Negara Mesir telah Berjaya menikmati pelbagai program pembangunan hingga Mesir dapat meluaskan pengaruhnya ke sebahagian besar Negara-negara Timur Tengah.
            Mohammad Ali ialah gabenor kerajaan Uthmaniyyah.Beliau telah memerintah dari tahun 1805 sehingga 1849 Masihi iaitu ketika dalam periode pemerintahan Sultan Salim III (1789-1807). Beliau juga dikenali sebagai “ Pengasas Mesir Moden”. Beliau dilahirkan di Qawala, Macedonia pada tahun 1769.Mohammad Ali Pasha adalah anak kepada Ibrahim Agha iaitu anak kepada Uthman Agha.Hal ini menunjukkkan Mohammad Ali berlatarbelakangkan keturunan tentera.Mohammad Ali tidak pernah menerima sebarang pendidikan formal.Chorbaji adalah orang pertama yang bertanggungjawab mencorakkan sejarah hidup beliau. Chobarji telah mengajar solat, mendedahkan kemahiran asas menunggang kuda, menggunakan alat senjata dan juga latihan ketenteraan yang lain.
            Apabila Mohammad Ali melangkah ke alam dewasa, beliau telah diberi peluang menyertai kumpulan yang dihantar untuk menangkap pemberontak yang enggan membayar cukai. Di samping itu, beliau juga sempat menimba pengalaman dengan mempelajari taktik peperangan serta gaya kepimpinan dalam tentera.Kejayaan Mohammad Ali dalam mengendalikan tentera Albania telah mendapat perhatian Sultan.Oleh sebab itu, beliau telah diberikan gelaran “Basha” atau “Pasha”. Pada tahun 1801, beliau telah dilantik sebagai leftenan muda untuk membantu tentera Albania di Rosetta bawah pimpinan Tahir Pasha bagi mengusir tentera Perancis keluar dari Mesir.Akhirnya, tentera Perancis Berjaya diusir keluar dari Mesir hasil pakatan bersama antara tentera Inggeris dan Uthmaniyyah.Susulan dari itu, Mohammad Ali mendapati kekosongan politik. Sejak itu, beliau  menyimpan cita-cita ingin menguasai Mesir dan membebaskannya dari penguasaan Daulah Uthmaniyyah.
            Beliau digambarkan sebagai seorang lelaki yang pendek, gempal, brmata kelabu hazel, berambut perang, mempunyai mulut kecil dan tangan yang cantik.Beliau juga seorang yang sempurna dan teliti dari segi aspek kebersihan diri. Hal ini kerana, beliau akan mencukur kepalanya stiap hari dan akan mengambil masa yang lama sekiranya beliau mandi pada waktu pagi. Beliau juga diumpamakan mempunyai sifat yang sama seperti singa. Hal ini demikian kerana, beliau mempunyai sifat keberanian dalam diri, seorang yang berbudi, dan sntiasa dijulang oleh penyokongnya dan digeruni oleh golongan yang menentang beliau.
            Selain itu, Mohammad Ali Pasha juga diibaratkan seperti serigala yang licik, pandai serta merbahaya. Dalam pada itu, beliau juga seorang yang menawan kerana mempunyai  perwatakan dan adab yang menarik. Beliau seorang yang pragmatis iaitu boleh membuat atau melakukan sesuatu yang terbaik walaupun dalam keadaan yang menyukarkan. Seorang penasihat British telah menulis mengenai beliau : “the Pasha’s greatest resources rest on his own superior talents – fertile in means and singularly skilled in the art of leading men, he has always hitherto been seen to rise greater for obstacles he has to encounter.”

Friday, April 8, 2011

Perkara yang Paling Tua di Dunia

Instruktur Yoga Wanita Tertua di Dunia
Bette Calman(85 Tahun)

Wanita Tertua yang Masih Mampu Melahirkan Anak
Rajo Devi Lohan(70 Tahun)

Kembar Siam Melekat Tertua di Dunia
Ronnie dan Donnie Galyon(60 Tahun)

Ayah Tertua Yang Masih Mampu Memberikan Zuriat
Ranu Ram Jogi(92 Tahun)

Model Terlama dan Tertua di Dunia
Daphne Selfe(82 Tahun)


Selamat Membaca.




Thursday, April 7, 2011

Kerajaan Brunei

Demam exam melanda diriku.. Kat sini aku kongsikan serba sedikit pasal sejarah Kerajaan Brunei.. Hasil dari pembelajaran aku malam nie setelah penat memerah segala isi-isi yang ada dalam otak ini.. Walaupun banyak kerajaan-kerajaan Islam di Asia Tenggara nie, tapi aku lebih berminat nak kongsikan pasal kerajaan Brunei.. Mentang2 la dekat ngan aku tinggal. Jom kita mengikuti sejarah Kerajaan Brunei.


Brunei merupakan salah sebuah kerajaan Islam yang terwal di Alam Melayu menurut catatan Arab, China dan tradisi lisan. Dalam catatan Sejarah China kerajaan Brunei dikenal dengan nama Po-li, Po-lo atau Puni. Manakal dalam catatan Arab pula ia dikenali sebagai Dzabaj atau Randj. Salasilah Raja-Raja Brunei bermula dari Awang Alak Betatar, Raja yang mula-mula memeluk agama Islam(1368) dan digelar Sultan Muhammad. Sultan Brunei ke-3, Sultan Sharif Ali(dari Makkah). Sewaktu pemerintahan beliau, agama Islam sangat pesat berkembang. 


Kerajaan Brunei pernah menjadi taklukan Kerajaan Majapahit. Setelah kematian Hayam Wuruk(pemerintah Majapahit), Brunei membebaskan diri menjadi pusat perdagangan penting. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, telah menyebabkan Brunei menjadi pusat perkembangan Islam. Kerajaan Brunei mencapai zaman kegemilangannya dari abad ke-15 hingga abad ke-17. Kerajaan Brunei telah memperluaskan kekuasaannya ke seluruh pulau Borneo dan Filipina.


Kerajaan Brunei juga memperluas pegaruhnya hingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah dan barat Kalimantan. Pada Julai 1963, Kerajaan Brunei menolak cadangan(walaupun pada awalnya menunjukkan minat) untuk bergabung dengan Singapura, Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Sultan Omar Ali Saifuddin III bercadang untuk membentuk sebuah negara yang merdeka. Pada 1967, baginda telah turun dari takhta dan melantik putera sulungnya iaitu Sulatan Hassanal Bolkiah, menjadi sultan Brunei ke-29 dan memerintah sehingga sekarang.






Selamat Membaca.

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...