Tuesday, July 8, 2014

A wife To My Hubby

Alhamdulillah. Kini seorang isteri kepada seorang suami yang dicintai. Selamat di Ijab Qabul pada 01 mei 2014 yang lalu.Terasa malas nak menaip panjang2. Moh tgk beberapa gambar yang di upload kat bawah ni.
Terima kasih pada adik (bukan adik kandung tp kawan yang lebih muda dari rina) teman g butik untuk make up. Dimana? make up ni kat butik Anjung Amie Parit Buntar. Just request make up yang simple dan disebabkan xmau batalkan air sembahyang, so rina amik jurumekup pompuan. Nasib ada. (lupa pulak nak tanya mase datang tempah hari tu) hehe
Sempat lagi bergambor sebelum jadi seorang wife. hehe. bunga sewa tangan sewa kat butik. Dah malas nak buat bunga tangan sendiri macam bertunang hari tu. hehe. Shawl dan baju pinjam dekat mak sedara belah suami yang baru lepas bertunang baru-baru ni. muat pulak saiz. Alhamdulillah dah save satu benda kat situ. Just beli shawl dan jahit lace dan manik sendiri. Baju dan shawl tempah kat Qamraa Boutique Alor setar Kedah. Memang baju kat situ cantik2. Saiz ukur ikut badan sendiri. Cuma baju kat situ kena beli, hanya baju pengantin lelaki sahaja yang boleh di sewa. Baju wedding pon tempah kat situ. Akan di post pada entry akan datang bila ada kerajinan. Hoho.

Ni masa kat dalam masjid.Masa  ni masjid  masih lagi tengah renovate. Harap maklum.  :)
Saat paling mendebarkan especially en suami. AKU TERIMA NIKAHNYA. 

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Syukur. Selepas asar 01 Mei 2014 rina dah jadi isteri kepada en suami. :)
 Ikut sunnah Nabi SAW. Suami letak tangan atas ubun kepala isteri

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya." (Riwayat Abu Daud )"
Solat sunat nikah. Syukur :)
Sarung cincin. xda pelamin. just sarung cincin dalam bilik. Jutaan terima kasih kat mama sebab jahit langsir dan hias bilik. Love you mama <3 p="">
Ni semua kawan sekolah rendah. Terima kasih sebab datang. sayang kamu semua
Disebalik tabir. Adik dan sepupu pon jd photographer jugak. hehe. Si kecik yang sentiasa ada masa bergambar. 
Sesi outdoor. Gambar copy kat fb je. Yang lain masih belum dapat lagi. Photographer by Amdan Martin

Alhamdulillah.Syurga kini di bawah telapak kaki en suami. Terima kasih pada semua family dan semua yang terlibat dan doakan semoga hubungan ini berkekalan hingga ke syurga. Amin.
Dear husband, terima kasih sebab menjadikan diri ini isteri kamu. Perkenalan yang tak sampai setahun akhirnya bersatu. Bercinta selepas nikah itu lebih indah. Alhamdulillah syukur atas kurniaan Allah ini. Amin :)



No comments: