Wednesday, November 28, 2012

Pencarian Blogger Borneo

Assalammualaikum dan salam sejahtera..


nampak tak tajuk tu ? hah ! sebenarnya aku nak cari blogger2 yang berasal dari Borneo..al-maklum la aku pun berasal dari Borneo jugak.. bukan apa aku just nak mengenali blogger2 yang ada kat Borneo.. mungkin ada yang berdekatan dengan tempat tinggal aku.. myb boleh la nak jumpa2.. In sha Allah..

Untuk Pencarian Blogger Borneo nie opkos la kan yang berasal dari Sabah dan Sarawak.. if dah lama bermastautin di Borneo memang di alu2kan la jugak.. hehehe.. korang just buat satu entry dan bagitau mengenai diri korang, tempat tinggal korang dan apa2 yang berkaitan laa... lagi satu nyatakan apa tempat yang best di tempat tinggal korang tersebut..

lagi satu korang letakkan gambar kat atas tu dalam entry korang ye.. untuk pencarian nie xde la hadiah2 yang ditawarkan just untuk saling kenal-mengenali antara satu sama lain.. dan bagi blogger borneo akan aku sdiakan satu ruang khas bloglist di dalam blog aku yang cikai nih.. hope ada la mendapat sambutan dari blogger2 Borneo...

mengenai diri saya TEKANSINI dan SINI dan SINILAGI...




Wordless Wednesday








hasil nukilan AynT I Islamic Artworks merangkap roomate n anak Borneo.. :)




Tuesday, November 27, 2012

Kalender 2013 by Box Creative

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

kalender 2013

 Dah buat tempahan ? tunggu apa lagi... memang berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan oleh bang long HazwanHairy.. harga pun berpatutan dan memuaskan... bila je dapat kalender nie aku terus agihkan kepada member kelas aku.. rata-rata mereka mengatakan sangat cantik.. korang boleh la tentukan gambar apa yang korang nak..

untuk maklumat lanjut korang boleh la ke page Box Creative, facebook Mohammad Zulhairy II...

Memang sangat berbaloi dan berpuas hati.. kalau sapa2 nak buat kad jemputan ke, banner ke pape hal yang berkaitan dengan printing korang tekan je link kat atas tu...memang sangat senang berurusan... :)

#gambar yang disnap tak berkualiti....

Header Baru

Assalammualaikum dan salam sejahtera . .

Selamat berpagi selasa ye kalian2 semua.. Alhamdulillah, masih lagi diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan seharian kita.. okeh ! nak cite nih nampak x perubahan kat blog nih.. even pun simple je aku hargai jasa kawan aku yang buat.. walaupun ada yang aku tambah2 la dari yang asal.. bab cenggini memag x reti nak buat.. tym form 6 dulu bleh lagi dalam bab adobe2 nih tapi dah masuk kat u memang x dan la nak mempelajari nya lgi lebih lanjut.. lagipun kos yang aku amek pun xde kaitan dengan bab2 adobe2/lukisan bagai nih...
header asal



selepas aku lakukan sedikit edit2 

memang menepati kritea yang aku nak.. aku suka BLACK & WHITE... akan berusaha lagi untuk melakukan sedikit demi sedikit perubahan... hahahaha


Monday, November 26, 2012

Balik Kampung !

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Semalam kan aku ada gtau pasal promosi Airasia tu... kalau tak tau lagi TEKANSINI... kemain lagi tadi aku semangat tengok harga2 yang di tawar kan.. setelah fikir punya fikir akhirnya aku ambil keputusan call mom n dad.. dad aku yang jawab.. so, aku gtau la kat dad yang aku nie nak balik cuti sem..memang plan aku x nak balik pun.. tapi oleh disebabkan harga tiket yang murah bagi aku jadi aku ambil keputusan untuk balik..

yeayyyyy! akhirnya dad aku pun suruh balik.. aku apa lagi terus la masuk web airasia dan beli la tiket... wah ! kemain eksaited lagi aku beli tiket.. Alhamdulillah, dapat la jugak aku balik nanti cuti sem.. tu pun balik seminggu awal sebelum semester baru buka... sebab apa ? sebab kalau ikut tarikh sebenar tiket memang mahal la.. so, aku amek inisiatif balik awal n myb stay rumah akak aku...

x sabar rasanya aku nak balik.. bila dah beli tiket rasa nak cepat je balik.. x sabar nak peluk cium mom n dad aku..sekurang-kurangnya ada la jugak teman mom n dad aku nanti kat umah n mostly aku rindu ialah bilik aku tu....

confirmed !



MEGA GIVEAWAY DARI WWW.YANAYASSIN.COM

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

hari nie aku nak join satu segmen yang telah dianjurkan oleh kak yanayassin setelah ditag oleh bang long HazwanHairy... thnx bang long coz tag untuk menjoinkan diri dalam segmen ni n x lupa jugak kak YY..




Pelbagai hadiah yang telah ditawarkan Oleh kak YY bagi GA yang telah beliau anjurkan.. Antaranya, ole-ole dari Korea, Beijing, Singapore, Pangkor dan banyak lagi la.. GA nie senang je just cite kan kenangan manis/masam sepanjang korang berblogging..

Kenangan Manis

kenangan manis aku sepanjang berblog ? ada ke yang manis.. bagi aku kenangan yang aku kira paling berharga dalam dunia berblogging ni adalah aku dapat mengenali pelbagai orang yang pelbagai ragam.. walaupun saling tidak kenal mengenali antara satu sama lain.. aku dapat kenal blogger-blogger yang sporting yang x sombong x kedekut..

Kenangan Masam

kenangan masam sepanjang aku berblog ni macam xde je.. bagi aku biasa2 je.. 

tu je la yang dapat aku bagitau kat korang..idea tengah ke laut..

untuk maklumat lanjut bleh la ke blog kak YY..

orang2 yang bertuah aku tag ialah MVKACik Azizah.

Sunday, November 25, 2012

Promosi Habisssss

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Perghh!!! shock aku dibuat nya airasia neh... tadi member aku send link kat fb aku..ingat link ape..skali aku bukak link Airasia... Airasia buat promosi lagi dengan harga serendah 11sen..





hati aku skang dah berbelah bahagi... plan cuti sem bulan 1 nie x nak balik.... huarghhhh! napa la airasia wat promosi tym2 cenggini... adoiiiiiii.... sapa2 yang berminat tu sila la ke page AIRASIA....


Monday, November 19, 2012

Under Construction

Untuk makluman blog aku masih lagi dalam penyelenggaraan..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, November 18, 2012

Mencarut je lebih...

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Pheww! kemain lagi aku ri nih semangat betul bangun pepagi... kalau tym hujung2 minggu nih koman2 pun bangun 9-10 pagi tu pun masih awal lagi... hahahaha... semalam baru je sampai dari Kluang.. al maklong la tengah berhoneymoon.... honeymoon yang gila2 sampai asimen langsung x sentuh... apa nak jadi oii dengan diri aku nih... sedar2 la ye dah tahun last ni jangan nak buat perangai.. :P

Sampai UKM semalam around 5pm.. kemas2 barang, keluar masuk dari beg ke almari.. kemas2 meja yang bersepah ditinggalkan..dengan buku yang bergelimpangan dengan haluan masing2.. penat kemain lagi.. dah abis kemas apa yang patut merangkak-rangkak anak mengeluarkan sang laptop dari pertapaannya, sang asimen dari persembunyian ku... hahaha.. baru nak wat asimen bhaiii.. terbaik laaa !!!

Decide nak siapkan semua asimen yang tergendala sejak berkurun lama.. kalau 1 x kisah la nie ada 4 asimen yang tertunggak.. first, siapkan asimen Akidah Islam coz semua bahan dah ada tau taip balik je lagi... fine ! bila dah siap semua dengan tak semena2 nya tangan nie gatal sangat ter-No... Arghh! tensen kot... last2, rehat sat pastu sambung balik.. done ! siap satu dah asimen aku tinggal 3 lagi berQ minta disiapkan.. aku dengan MALAS nya say bye bye kat asimen yang lain tu...

Okeh! nak cite kejadian ri nie... tadi pagi kemain eksaited bangun awal... pada hal semalam lewat tdo.. apa nak jadi dah dengan mata aku nih... okey2, continue da story... tadi xde plan pun nak keluar p mana2 ri nie.. ntah kenapa plak tetiba tekak aku nih kepingin sangat nak makan Dunkin Donuts.. pelik betul pepagi dah mengidam nak makan benda alah tu... pusing kanan pusing kiri baring duduk semua tak kena.. last2 p mandi siap2 then aku p TBS... buat apa kat TBS ? beli tiket ? hahahaha... beli Dunkin Donuts laa.. ada ke patut kepingin makan Dunkin kat TBS tu... padahal sama je semua rasa Dunkin tuh yang kat TBS gak tekak aku ni nak..ish2... giler betul tekak aku nih.. nasib la x kepingin nak makan asap bas kat sana tu.. hahahahaha

Aduiiii... mencarut lebih dah aku nih, next asimen tak buat lagi...buat cepat sebelum terbitnya fajar matahari esok... esok nak hantar 2 asimen dan perlu disiapkan malam nie... tensen x sudah2...


Thursday, November 15, 2012

Aku pengguna tegar Acer

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, hari nie tercapai jugak hajat aku nak beli laptop baru.. bukan ape, yang sebelum nie asyik mati2 je.. aku pun dah give up.. tapi sampai skang masih ok gak notebook aku tuh.. cuma kena hati2 lah dengan wayar nya.. if terusik banyak secara automatik akan off.. sebab tu la aku beli baru.. al maklum la skang dah final year nak pulun habis wat tesis..

hope nie adalah kali terakhir aku tukar laptop.. sepanjang kat UKM nih dah 3 laptop aku pkai.. masa 1st sem aku guna toshiba 14" pastu masuk sem 2 tukar lagi yang 12".. untuk tahun 2 je lama cket aku guna notebook acer aku sampai skang n hari nie adalah last aku menggunakannya.. sebab tadi dah beli yang baru.. hope yang nie boleh bertahan la sampai aku habis study...

nak kata aku nih ganas xla ganas mana pun.. cuma aku nak bertindak lebih awal sebelum bertambah parah.. nanti x pasal2 semua dokumen2 aku hilang... skang dah dapat yang baru kena jaga la elok2.. notebook aku tinggalkan kat akak aku.. xkan aku nak pakai dua2..gilerr ke ape.. if sapa nak beli harga boleh runding... kihkihkih

Published with Blogger-droid v2.0.9

Merinduimu duhai Sahabat

bersahabat itu indah... kenangan bersama dengan ex classmate form 1 - form 6.. bila masing2 dah dapat tawaran belajar kenangan itu tak pernah terhapus.. masih kekal di ingatan xkan lupus di telan zaman...

gambar yang penuh dengan pelbagai reaksi dan ragam.. terasa diriku begitu comel di sana... chewahhhh.. al maklum la muka x matang lagi kononnya... kihkihkih

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 14, 2012

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Selamat Menyambut Maal Hijrah.. Semoga Tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..

Doa Akhir tahun:

"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT
yang memelihara dan mentadbir sekalian
alam. Selawat dan salam ke atas junjungan
kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda
dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang
kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi
kelebihan-Mu yang maha Agung dan
kemurahan-Mu yang melimpah,
sesungguhnya pada tahun baru ini aku
memohon daripada Engkau perlindungan
daripada syaitan yang direjam, pengikutnya,
tenteranya dan penolongnya dan aku
emohon perlindungan daripada nafsu amarah
yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan
dan melalaikan aku dengan perkara yang
tidak berfaedah daripada mendekatkan diri
kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas
keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji
tertentu bagi Allah, Allah SWT yang
memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Doa Awal tahun:

"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT
yang memelihara dan mentadbir sekalian
alam. Selawat dan salam ke atas junjungan
kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda
serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya
pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu
tetapi aku belum bertaubat sedangkan
Engkau tidak reda dan melupai perkara itu.
Engkau menangguhkan azab-Mu yang
ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan
supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada
hari ini aku memohon keampunan daripada
Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku
lakukan pada tahun ini yang Engkau redai
dan Engkau janjikan pahala, maka aku
memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan
Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah
permohonanku ini dan janganlah Engkau
hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami
Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga
sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah,
Allah SWT yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam".

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, November 12, 2012

Popia Pisang

yummy... sedap x terkata.. thanx to my sis coz dah buat kan popia pisang nih.. kat sini susah nak cari...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, November 11, 2012

Tiket Burn !

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

tiket burn lagi ! hm, sepatutnya aku balik sarawak ri nie sempena cuti pertengahan semester.. tiket aku dah confirmed just tinggal aku je lagi nak terbang balik.. kalau ikut kan jam n waktu sekarang myb aku dah bersenang lenang dok kat umah jumpa family aku.. tapi apa kan daya... kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segala nya..

Walaupun aku tak jadi balik sarawak sekurang2nya aku bleh jumpa dengan anak sedara aku... hehehehe.. skang pun ngah dok baring terlentang lepas tdo kan paan..

Eh,lupa plak nak habaq nape aku terbang dr KL-Brunei... sebab tempat aku xjauh dari Brunei..if pkai kereta lebih kurang 2 jam.. if pakai speedboat around 45 minit... dekat je kan ? kihkihkih.. lagi satu jangan lupa passport ye... selalu jugak aku turun kat KK sbab dekat jugak..kira tempat tinggal aku kawasan strategik la.. dekat Sabah n Brunei..

InsyaAllah,lepas zohor nanti nak menyopingkan diri kat Kluang Parade n Kluang Mall.. Bye !

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 9, 2012

Bila la nak maju

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Mak aih jenuh aku menunggu.. bukannya nak merungut tapi kepuasan pelanggan harus lah di utamakan.. tak gitu ? Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.. chewaahh ! bukan apa , aku sebagai pengguna berhak untuk bersuara untuk memastikan keselesaan dan keutamaan untuk pengguna lain..

dalam tiket kemain lagi sila tunggu 10 minit lebih awal bagi mengelakkan terlepas bas... haram jadah ! tunggu setengah jam pun tak kunjung tiba.. bukan nak komplen ke apa tapi hak kita sebagai pengguna kena lah hormati.. if terlambat pun kena la maklum kan lebih awal.. nie langsung xde khabar berita..

tak kesian ke kat penumpang yang duduk tercongok je dari tadi.. bukannya ada pun tempat duduk yang disediakan.. kalau ada pun kena naik atas.. kesian aku tengok kat makcik , pakcik, budak2 yang menunggu.. penat kot berdiri lelama.. sedangkan aku sendiri pun dah penat berdiri sambil taip entry nie.. bangkit la weiiii ! sampai bila nak camnie... aduyaiiiiiii

Published with Blogger-droid v2.0.9

Cuti !



Assalammualaikum dan salam sejahtera...

jap lagi lepas solat jumaat balik kampung.. kampung la sangat yea dok rumah taman tuh.. x sabar aku nak balik nak jumpa akak n anak sedara aku  PAAN.. actually lama dah sebenarnya aku nak balik kluang nih tapi asyik tertunda je coz akak aku nih balik Raub kampung hasben dy..  hari ini adalah hari yang ku nantikan coz aku nak balik... yeayyyyy! 
InsyaAllah, aku akan bercuti la kat Kluang selama seminggu.. Al-maklum la skang kan tengah cuti pertengahan semester.. 














Selamat bercuti aku ucapkan kepada member2, sahabat handai, rakan2 blogger, para pembaca.. 
Selamat menyambut Awal Muharram yang bakal tiba dan Selamat menyambut perayaan Deepavali bagi yang meraikannya..

SELAMAT BERCUTI !!!!!!

Tuesday, November 6, 2012

Aku dah give up

Assalammualaikum dan salam sejahtera...


Hmm.. skang dah rasa give up nak berblog... ntah la, aku pun x tau kenapa wujudnya perasaan tu.. aku buka blog nih pun juz sekadar suka2 ja.. bagi aku dalam blog nih aku bleh buat apa yang aku suka.. aku tak kisah if orang datang ke x dalam blog aku nih.. yang penting aku dapat buat sesuatu yang boleh kurangkan tekanan dalam dunia pembelajaran.. myb laa...



semenjak dua menjak nie perasaan itu kerap kali menerjah di kotak fikiran nih... banyak kali fikir nak stop berblog atau meneruskannya... banyak aku fikir baik n buruknya if aku berhenti untuk menulis dalam blog aku.. setiap orang lain pandangan dan pendapat dalam dunia blog ni..

Monday, November 5, 2012

Jadual Peperiksaan


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sedar tak sedar semester 1 sesi 2012/2013 bakal melabuhkan tirainya.. begitu pantas masa berlalu dan mengejar masa yang berikutnya... skang aku berada di tahun akhir pengajian ku.. maka, ini bermakna aku bakal menghabiskan sesi pengajian ku tidak lama lagi.. 

InsyaALLAH penghujung semester 2 2012/2013 aku akan menghabiskan pengajianku d UKM... apa pun yang paling penting, aku harus menghabiskan dulu sisa baki semester ini... kat bawah nih ada aku serta kan jadual peperiksaan aku untuk semester ini... 

peperiksaan akan bermula 02 Januari 2013 -  17 Januari 2013... 3 minggu peperiksaan sebanyak 6 kertas peperiksaan yang bakal aku jalani.. bila tengok sesi tamat pengajian tu x sabar rasa nya nak abis... hahahaha... walau apa pun TESIS mesti aku siap kan... x bergerak lagi benda alah tu...








Web AirAsia Bertukar Wajah

Assalammualaikum dan salam sejahtera..


Buka2 ja web Airasia dah nampak pelik.. ingat salah bukak web.. try banyak kali refresh.. memang xsalah la lagi.. Airasia web dah bertukar baru.. nampak pelik plak bila dah berwajah baru... dah serasi dengan yang lama.. yang baru nie rasa cam serabut sikit..



nak lebih lanjut lagi KLIKSINI...

Lazy Monday

oh yeahhh ! Isnin datang lagi...

#kelas perang salib....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, November 4, 2012

Senyum

Senyum tak perlu kata apa-apa...:)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, November 3, 2012

Program Sayangi Haiwan dan Alam Sekitar

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari nie siap2 awal nak p Zoo Negara.. ada program kat sana.. plan hari nie nak g kluar p KLCC tapi semalam dapat invite dari member join program kat Zoo.. fikir banyak kali jugak nak join ke x.. memandangkan pihak PTM UKM naik taraf elektrik so UKM xde letrik dari jam 8.00pagi-07.00 petang..last2 aku menjoinkan diri jugak...

#x sabar nak gosok gigi rimau.. hahaha

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 1, 2012

Asimen ouh Asimen

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

sedar x sedar dah bulan november.. rasa cam minggu lepas je daftar sem baru.. masa berlalu dengan pantas.. kehidupan sebagai seorang pelajar tidak boleh lari dari tugasan yang diberikan.. tanggungjawab harus dilaksanakan..

Published with Blogger-droid v2.0.9

GG Manchester United

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tabungan Lara

Jiwa Lara World - Bila Pena Mula Menari Menulis Kalimah Tanpa Hentinya...