Sabtu, 3 Januari 2009

penakut, kau masih hidup rupanya?

kT agak terlambat dapat berita 'the return of penakut' yakni penghina murahan yang KITA sedia maklum blognya. Tak payahlah nak diceritakan lebih lanjut. Satu Malaysia dah tahu. Binatang ini mungkin sedang tersenyum bangga kerana mendapat publisiti percuma, bukan publisiti murahan.

mengundang kemarahan memang menyeronokkan penakut ini. Dunia blog yang boleh bersembunyi. Tutup hari ini esok buka lagi. Mudah. Asalkan dapat melepaskan rasa bebal di hati kerana sakit hati entah di mana salahnya Agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W?

Penakut ini semakin meracau dan sakit jiwa barangkali kerana rasa terhibur dengan kemarahan orang lain. Oh, penakut. Kemarahan manusia hanyalah satu perasaan yang takkan dapat menggugat penakut kerana tidak bersua muka. Penakut sebenarnya seorang berfahaman Atheis atau freethinker? Sekalipun penakut tidak percaya kepada Tuhan, janganlah menghina orang yang menganut apa-apa Agama sekalipun. Kalau penakut adalah rakyat Malaysia, kT harap carilah kerakyatan negara lain kerana penakut telah melanggar PRINSIP RUKUNEGARA YANG PERTAMA : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN



PARASIT

Pohon jenalu(betul ker ejaan ni?) adalah sejenis pohon parasit yang menumpang pokok lain. kT tak pasti tentang satu pepatah yang menyatakan 'jahat seperti jenalu'. Tidak seperti lansuir yang hanya menumpang, jenalu ini menumpang dan merobek pokok yang ditumpangnya, disedut segala khasiat yang ada pada mangsa, lalu membiak dan terus menawan mangsa sehingga tiada apa lagi yang tinggal lalu mangsa tadi mati kekeringan. Untuk mengelakkan pokok tadi mati jenalu ini mestilah dicantas sebelum ia tumbuh membiak.

Itulah yang dapat kT ibaratkan pada penulis blog yang biadap ini. Mereka harus disekat dari terus berleluasa kerana pemikiran berbahaya seperti ini akan mengundang padah pada generasi akan datang.



Buat penakut, you can run but you cannot hide...........

Tiada ulasan: