Jumaat, 2 Januari 2009

Dasar Luar US













Posting kali ini kT nak beri pandangan tentang dasar luar US. Sejak kemenangan Barrack Obama pada pilihanraya yang lalu, bukan sahaja US malah dunia mengalami ‘impact’ definasi demokrasi. Harapan (bukan harapan baru PR) setiap negara dunia ketiga terutamanya negara-negara umat Islam untuk melihat perubahan dasar luar US yang begitu tidak disenangi malah dibenci hampir kesemua negara-negara dunia ketiga.
Umum mengetahui US kini diambang kemelesetan ekonomi ketika pilihanraya Presiden yang lalu. Tanda-tanda pemulihan masih belum kelihatan walaupun bermacam bentuk pakej ransangan telah disuntik dan terus disuntik oleh kerajaan US. Masa kian berlalu dan tarikh untuk Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden sudah semakin hampir. Diburukkan lagi dengan serangan sekutu kuatnya, Israel ke atas Palestin menampakkan semakin getir ujian untuk Presiden US ini untuk melaksanakan ‘perubahan’. Dari slogan “Change, We Can” kepada “Change, We Need”, Obama berjaya meraih undi popular yang tak pernah terfikir akan masyarakat dunia demokrasi membuka lembaran baru di US setelah orang berkulit hitam yang pertama terpilih sebagai Presiden. Begitu pandai Obama mengeksploitasi keadaan semasa. Baik Mc Cain atau Obama, kT tidak yakin Presiden dapat mengubah dasar luar US. Kasihan pada yang menaruh ‘harapan’ terutama dari kalangan orang Palestin. Dengan serangan bertubi-tubi menggunakan senjata peperangan yang moden, apalah daya mereka selain mengharapkan ihsan masyarakat dunia mengutuk serangan-serangan ganas ini. Nak menghentikannya adalah jauh sekali kerana bangsa yang sombong ini tidak akan tunduk kehendak masyarakat dunia. Dengan tinggal beberapa hari saja lagi untuk Bush turun dari kerusi Presiden, Israel mengambil kesempatan sebelum beralih kepada Presiden baru, Obama. Ya, Obama yang akan menanggung akibatnya. Tekanan yang paling hebat tatkala ekonomi dunia kini turut meruncing tempias kemelesetan ekonomi US. Adakah masih ada sisa-sisa ‘harapan’ terhadap Obama?

Dari surat terbuka dari Tun Dr Mahathir, dua ayat yang menarik minat kT iaitu:







''Sekiranya beberapa perkara yang disenaraikan ini dapat dilaksanakan, kamu akan diingati sebagai pemimpin yang hebat dan AS sekali lagi akan menjadi negara yang dikagumi.”






''Kedutaan-kedutaan AS di seluruh dunia akan dapat meruntuhkan tembok tinggi dan wayar berduri mengelilingi bangunan jika perkara itu dapat dilaksanakan,''






Tak tahulah samada Obama nak baca surat tu ke tak………

Tiada ulasan: