Followers

Showing posts with label Bedroom. Show all posts
Showing posts with label Bedroom. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Pink for me & Green for you-know-who-you-are

I bought this bed sheet like 8 years ago, lama kan? Tapi bed sheet ni rarely used so kainnya cantik lagi, Cuma pillow case dia je yang dah lusuh sebab I selalu guna, so tengahari tadi I jengahkan diri di Kamdar, cari kain kapas (bukan cotton tau) untuk buat sarung bantal baru untuk bedsheet ni. I sangat suka kain kapas, lembut sangat bila tidur rasa taknak bangun, pastu gebu macam bulu kucing, pastu lembut macam sutera, pastu.. errr.. errrr.. *okay sila jangan over*

Mula-mula nak cari kain plain pink je untuk semua bantal, but since I’ll be married soooooonnnn hihihik, pink tak sesuai la plak. So why not I choose color yang boleh suit both of us. So nanti boleh cakap la, “eh bantal u bucuk la!” or “hey, itu bantal I la..jangan curik” hehehehe. Takdelah berebut-rebut bantal. Boleh jadikan pink for bride, green for groom juga.

I bought 1.5m for each color, cukup untuk buat 4 pillow cases. Balik rumah, mandi, solat dan makan, then mulalah kerja menjahit. Pastu bila dah siap terus tukar sarung, excited giler! Sebelum kahwin ni, siapa yang datang tidur rumah I, dipersilakan merasmi bantal Vono baru ni, hehe. Lepas kahwin baru jadi hak milik suami. Sekarang ni saje layout semua, tak guna pon empat-empat bantal tu. I tidur guna dua bantal je. Satu kepala, satu lagi peluk. Meh la datang rumah, sila-sila!

pstttt, tak sabar nak tunggu ‘orang baru’ tidur sebelah, geeeeee~
*gatai mode*



Tuesday, February 15, 2011

I Want Something Plain For My Bedroom

Bilik pengantin idaman: SIMPLE and NICE!

And of course takde langsir-langsir pengantin yang menyesakkan keadaan tu. Plus taknak la gantung bunga sana sini. I’ve dreamed to have a bedroom with simple and contemporary and outstanding and clean and bla..bla bla., which probably I boleh deco almost the same design for my own bedroom in the future. Oh I mean ‘our’ bedroom then. Hahaha, gelak gatai!

For now, my idea is to reuse my engagement bedsheet from AKEMI for my wedding, and its milk color + light orange color. Okeylah kot. I hope so, simple enough!

Second, I rasa yang penting adalah lighting effect. So, I dah beli BLACK chandelier for my bedroom!!! I rasa sangat berbaloi-baloi. Why? I dah tengok the same chandelier at so-called ‘kedai lampu termurah di kuantan’ and it cost RM795 per set. Nasib baik tak beli. Buttttt, I beli tempat lain for only RM118. Murah kan? Sila angguk! Masa tu promotion CNY; haha tak fikir panjang dah and I dah grab sampai dua! Tamak kan? Satu lagi chandelier tu tak tahu nak letak mane tapi takpelah, nanti boleh la deco kat mana-mana kan. Inilah chandelier pilihan hati. Lawa tak?

Nak tengok rupa sebenar dengan lebih jelas, sila klik SINI. Ada sesiapa berkenan and nak i belikan? 

Third, I pon dah beli a huge horizontal mirror with solid black frame for bed head decoration. Tapi takdelah tiga camni, satu je tau.


Fourth, I nak beli IKEA wall shelf black color and plugged in kat bawah mirror tu, then nanti boleh la letak rectangle glass vase kat atas shelf tersebut and akan bagi reflection la kat bed head tu kan, then some black frames and some other decorations la.

Finally, for my bed set, I nak solid black color bed set. Sekarang kan trend putih, so I taknak la sama camtu, I nak my bed outstanding sikit, semua furniture mesti hitam, then yang lain (curtain and bedsheet) pastel color. Harap-harap cantik la…amin! I nak katil yang simple jugak, tapi of course must be solid wood lah! Tak salah kan invest duit lebih sikit beli katil, pastu boleh guna untuk 20 tahun,. Hehe. Tak gitu?

Dapat imagine tak? Nak tengok design nya? Lebih kurang camni la, plus dinding bilik i memang dah color ni. Hehe. Bedsheet bertunang hari tu pon color ni., just tukar katil hitam, and the mirror tukar yang horizontal mirror tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...