Showing posts with label cikgu. Show all posts
Showing posts with label cikgu. Show all posts

Monday, November 5

Montaj Majlis Graduasi 2012


Sunday, November 28

JAWATAN KOSONG

Tadika Intan Gemilang sedang mencari calon-calon yang sesuai utk mengisi kekosongan jawatan di tadika dan taska. Jawatan-jawatan yang perlu di isi adalah:
  1. Guru Tadika
  2. Pembantu Guru
  3. Pengasuh
  4. Pembantu Pengasuh
  5. Pembantu Am
kelayakan;
  • perempuan
  • memiliki sijil SPM - lulus BM, BI dan matematik
  • sukakan kanak-kanak
  • boleh bekerja secara kumpulan
  • memiliki personaliti sopan santun, penyayang
  • bertudung
faedah yang disediakan
  • PERKESO
  • KWSP
  • Cuti tahunan
  • Elaun kerja lebih masa
  • Elaun Khas
  • Tempat tinggal
  • Makanan
Jika berminat, sila hubungi Teacher wardi di talian 04-575 6020 @ email - intangemilang@gmail.com utk temuduga.

Thursday, May 14

KERJAYA GURU : Suatu Tugas Mulia

Setiap tahun, pada tanggal 16 hb. Mei, Hari Guru akan disambut di seluruh negara. Pelbagai perayaan atau aktiviti akan dilakukan bagi mengenang jasa guru.
Guru merupakan satu gelaran yang paling sukar untuk diluputkan. Kalau seseorang itu pernah menjadi seorang guru, sampai akhir hayatnya gelaran itu tetap diperkatakan, walaupun dia bekerja sebagai pegawai atau wakil rakyat dan sebagainya.

Islam memartabatkan kerjaya guru sebagai profesion yang sangat mulia. Tugas guru adalah umpama tugas ulama yang menjadi pewaris para anbiya. Guru juga boleh diumpamakan seperti lilin yang membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud, “ Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” Ketika Rasulullah s.a.w menghantar Muaz ke Yaman untuk menyampaikan risalah Islam, baginda berpesan kepadanya dengan bersabda, maksudnya, “ Andaikata Allah s.w.t memberikan hidayat kepada seorang hasil daripada usahamu, adalah lebih baik bagimu dari dunia dan seisinya.”

Di sekolah, guru memainkan peranan sebagai ibu bapa walaupun tidak secara keseluruhannya. Di zaman moden ini tugas guru semakin mencabar dan pelbagai. Di samping menyampaikan ilmu, guru bertindak sebagai pendidik, membentuk pelajar-pelajar supaya mempunyai nilai-nilai murni, berdisiplin dan berbudi bahasa. Adakalanya guru terpaksa menjadi hakim untuk membicarakan sebarang kes disiplin pelajar. Malah ada masanya guru terpaksa bertindak sebagai pakar psikitri, kerani dan jurutaip. Jika berlaku kecemasan di kalangan pelajar-pelajar, guru yang mempunyai kereta terpaksa menjadi ambulan.

Guru juga menjadi model utama dalam amalan kebajikan, dicontohi segala jejak langkahnya dan dituruti segala kelakuannya. Sabda nabi s.a.w bermaksud, “ Orang yang menunjuk ke jalan kebaikan sama seperti mengerjakannya.”

Kesimpulannya peranan guru wajar diberi kerjasama oleh ibu bapa dan masyarakat. Hal ini terutamanya yang berkaitan dengan akhlak, adab-adab dan disiplin, permainan video serta penggunaan internet tanpa kawalan oleh pelajar dan remaja. Firman Allah yang bermaksud, “ Siapakah yang lebih baik ucapannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan berbuat kebajikan.” [ Fusilat : 32 ]

artikel ini dipetik dari BULETIN HIRA' 2001 (Edisi Internet)

Wednesday, May 6

Lagu Buat Renungan Semua Insan Yang Bergelar "ANAK"

Lagu ini. cikgu dengar ketika cikgu melawat blog tetamu blog ini iaitu blog http://muhamadazmi.blogspot.com. Blog Saudara Azmi, cikgu suka cara penyampaiannya yang bersahaja (emmmmm.....macam nak promosi pulak cikgu inikan!) tapi tak pa, yang baik tu, eloklah kita berkongsi bersamakan?
So, sama-samalah kita hayati bait-bait ayat ini. Cikgu tujukan lagu ini kepada semua insan yang bergelar ANAK (termasuklah diri cikgu sendiri!!)

Saturday, March 21

Hari Bersejarah Buat Cikgu Liza

Hari ini hari yang paling bersejarah buat Cikgu Liza kerana hari ini adalah hari raja sehari buatnya!

SELAMAT PENGANTIN BARU buat Nooraliza dan Hashim!

Cantik Cikgu Liza mengenakan busana ungu sedondon dgn pasangannya. cikgu tiba sedikit lewat, kira2 jam 1 tengahari kerana menunggu suami yang perlu menghadiri mesyuarat di Alor Star terlebih dahulu.
Syukur, walaupun sedikit terlewat, namun cikgu sempat berjumpa dgn pasangan raja sehari ini sebelum mereka berangkat ke rumah pengantin lelaki.
Kenduri di pihak lelaki juga di adakan hari ini kerana mereka tinggal berdekatan! ooo..rupanya sekampung juga jodohnya! Semoga berbahagia ke anak cucu ya!
Walaupun cikgu terlewat, namun sempat jugak kami bergambar kenangan di hari bersejarah ini. Cikgu upload kan disini untuk dikongsi bersama ya!

Ini Kad Jemputannya, tema ungu rupanya!




Semoga menjadi seorang isteri yang solehah ya!



Friday, February 20

Kecuaian

Posting kali ini, ada sedikit kelainan. Ianya bukan berkaitan dengan anak-anak tapi berkaitan dengan cikgu sendiri. Semoga apa yang akan cikgu ceritakan, akan memberi manafaat bersama ye!
Hari ini adalah hari untuk tadika meraikan harijadi anak-anak tadika utnuk bulan Februari. Maka cikgu pun membawa kamera digital Canon IXUS yang baru masuk 3 minggu cikgu beli. Oleh kerana, hari ini cikgu sedikit kelam-kabut, maka setelah cikgu keluar berurusan, maka cikgu pun sampai semula ke tadika pada jam lebih kurang 10.40 pagi. Segala bersiapan sambutan telah hampir selesai, cuma menunggu anak-anak berhimpun sahaja.
Semasa masuk ke tadika, cikgu telah pun terlupa untuk mengambil kamera yang tertinggal didalam kereta, maka cikgu pun keluar untuk mengambilnya........(di sini cikgu telah pun cuai) ketika masuk semula ke tadika, cikgu telah terlupa untuk mengunci semula kereta. Di ketika itu ada sebuah beg yang mengandungi fail2 dan juga kunci tadika.
Selepas selesai sambutan harijadi, maka anak-anak pun boleh pulang, di waktu ini cikgu2 lain perasan ada sebuah motosikal yang dinaiki oleh 2 orang pemuda menghampiri kereta cikgu yang di parkir di hadapan tadika. Maka peluang telah pun terbuka untuk sipencuri untuk mengambil beg di dalam kereta. Kejadian itu berlaku begitu pantas, walaupun di jerit oleh cikgu2 lain, tetapi si pencuri itu nekad untuk mengambil beg yang sebenar tidak mempunyai barang berharga untuk mereka tetapi berharga untuk cikgu.
Cikgu benar-benar terkilan, jika tadi, cikgu lebih berhati2 dan tidak cuai maka kejadian ini tidak akan berlaku. Ralat ini bukan kerana kehilangan beg yang berisi buku dan dokumen tetapi lebih kepada rentetan peristiwa tersebut telah menyebabkan cikgu menjadi lebih sibuk. Di mana cikgu perlu pergi ke balai polis untuk membuat aduan, perlu menunggu pegawai penyiasat untuk mengambil gambar dan cap jari di kereta dan juga cikgu terpaksa membeli set padlock yang lain untuk mengambil langkah selamat setelah kunci tadika itu dicuri.
Jadi cikgu ingin mengingatkan diri cikgu sendiri dan pembaca yang lain, lebih berhati-hati dan jangan ambil mudah, walau pun kereta itu berada di hadapan mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...