Showing posts with label aktiviti fizikal. Show all posts
Showing posts with label aktiviti fizikal. Show all posts

Tuesday, November 27

Minda Cerdas Persediaan Ke Sekolah - Bhgn 1


Otak adalah organ terpenting dalam operasi tubuh. Otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan. Otak kanan melihat sesuatu perkara secara menyeluruh dan lebih fokus kepada imaginasi dan kreativiti. Bahagian kiri otak pula adalah untuk menyelesaikan sesuatu yang kritis. Otak kiri lebih kepada urutan, kemahiran analitis dan pemikiran logik.
Maria melihat prestasi Amni tidak menunjukkan sebarang peningkatan walau pun sudah setahun dihantar ke prasekolah. Amni hanya mampu mengenal huruf, warna dan nombor dari satu hingga 10. Hal ini menjadikan ibu muda ini kecewa dan beranggapan Amni tidak berkebolehan kerana tidak memenuhi jangkaannya. Jauh di sudut hati dia menganggap Amni tidak normal atau lembap, tidak seperti anak-anak seusianya yang lain. Drama begini kerap berlaku di dalam kehidupan kita sehari-hari. Hal seperti ini berlaku kerana kita mengharapkan anak mempelajari setiap apa yang diajar di sekolah sedangkan kita mungkin tidak menyediakan mindanya untuk menerima pelajaran dengan lancar di sekolah.
Apakah kecerdasan minda? 
Pada usia lima hingga enam tahun mereka sedang meniti usia pra sekolah. Lazimnya ketika ini, sebahagian besar daripada otaknya sudah diterokai. Pendedahan kepada apa sahaja yang dilihat dan didengar dan disebut kekal di dalam memori otak. Setiap saraf dan sel otak berhubung antara satu sama lain untuk membentuk satu sesuatu kemahiran atau kepandaian untuk mempelajari sesuatu. Kecerdasan otak amat membantu anak untuk memberikan perhatian dan konsentrasi ketika di dalam kelas. Perkembangan kognitif dan kebolehannya menggunakan memori jangka panjang membantunya terus meneroka dan mengembangkan kebolehannya untuk mempelajari sesuatu yang baru.
Bagaimana melatih kecerdasan minda anak?
Minda yang cerdas memainkan peranan penting untuk melancarkan proses pembelajaran anak.
Kajian menunjukkan kebolehan seseorang untuk menerokai minda adalah dengan perubahan biologi yang disumbangkan menerusi latihan fizikal. Sebenarnya kecerdasan otak boleh kita latih dan cetuskan menerusi persiapan tubuh, permainan dan pergerakan fizikal tertentu yang terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama dan kedua.
Fasa pertama: Persediaan tubuh dan fizikal
1-Sentiasa terhidrat 
Anda perlu memastikan si manja mengambil secukupnya dalam sehari. Latih anak untuk minum sekurang-kurangnya segelas air sebelum memulakan pembelajaran. Hal ini kerana air membekalkan keseimbangan elektrolit dalam badan dan memberikan keadaan sesuai untuk sel-sel berhubung antara satu lain. Membekalkan anak dengan air dan melatih mereka meminum air sekurang-kurangnya satu liter sehari pada peringkat usia ini adalah amalan terbaik untuk kecerdasan minda.
2-Makanan untuk minda
Pemakanan seimbang amat penting untuk tumbesaran si manja. Namun, sesetengah makanan dipercayai berupaya membantu meningkatkan fungsi minda. Si manja perlu dibekalkan dengan makanan yang kaya antioksidan yang mampu mengelakkan kemerosotan memori, mengekalkan koordinasi dan pergerakan motor dan keseimbangan tubuh. Selain itu, sajian yang kaya minyak omega 3 seperti ikan lautan sejuk, badam, keju, beras perang, walnut, minyak canola, bijan. Selain itu kekacang dan telur yang diperkaya kandungan omega 3 juga adalah opsyen terbaik.
Makanan yang berkarbohidrat juga diperlukan dalam kuantiti yang sederhana dalam diet mereka. Makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat kompleks seperti oat, yogurt, roti gandum penuh dan aprikot kering adalah contoh karbohidrat kompleks yang digalakkan untuk menajamkan minda si cilik. Makanan yang kaya choline seperti telur dan kekacang amat penting untuk otak membina memori. Vitamin A yang banyak didapati dalam buah-buahan sayuran berdaun hijau gelap, jingga dan kuning membantu mengoptimumkan keupayaan minda untuk mengingati.
3-Tidur yang cukup 
Anda perlu memastikan si manja mendapat tidur yang cukup. Kanak-kanak pada usia lima hingga enam tahun masih memerlukan tidur pada waktu siang. Jumlah waktu tidur mereka sehari hendaklah sekitar 10 hingga 12 jam sehari. Hal ini penting untuk membantu si kecil dalam memberikan fokus dan tumpuan ketika belajar.
4-Senaman
Memetik kata Dr Gwen Dewar dalam artikelnya dalam laman parentingscience.com, kecergasan fizikal banyak mempengaruhi untuk mengukuhkan fungsi minda yang lebih baik pada kanak-kanak. Hal ini akan bakal membantu mereka menumpukan perhatian pada sesuatu dan mengabaikan gangguan yang ada di sekelilingnya.  Dedahkan si cilik dengan seberapa banyak aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian untuk memastikan dia lebih mudah menumpukan perhatian semasa di dalam kelas.
(Sumber: Majalah Pa&Ma November 2012)

Wednesday, January 26

Beri Peluang Anak-Anak Bermain

Bagi kanak-kanak = bermain merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh mereka sepanjang hari. “ Playing is living and living is playing” iaitu menganggap aktiviti bermain sebagai kehidupan mereka, dan kehidupan adalah dengan bermain

Faedah-faedah bermain kepada kanak-kanak

1. Membina kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak
2. Membina kemahiran bahasa
3. Membina kemahiran berfikir
4. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
5. Kebolehan merancang dan menyelesaikan masalah
6. Berimaginasi dan kreatif
7. Kanak-kanak dapat belajar untuk mengambil giliran,kongsi tanggungjawab dan
menyelesaikan masalah dengan kreatif
8. Meningkatkan empati
9. Memahami perasaan orang lain
10. Bina keyakinan diri
11. Kanak-kanak boleh mengajuk dengan baik apa yang dikatakan oleh ahli keluarga
dan guru
12. Dapat perkataan baru semasa bermain
13. Dapat belajar perkataan yang membantu kanak-kanak dalam mencipta cerita dan
permainan
14. Membantu dalam proses membaca dan menulis kelak
15. Tambah perbendaharaan kata apabila bermain secara tematik
16. Dalam masa yang sama mereka mengajar perkataan-perkataan baru
17. Mereka dapat belajar tentang komunikasi apabila berbincang idea bermain
dalam situasi yang pelbagai
18. Apabila sekumpulan kanak-kanak bermain bersama mereka dapat berkongsi
pengalaman antara satu sama lain

Dr Mahani
UPSI
petikan diambil dari http://mahani-careandeducate.blogspot.com

Saturday, December 18

Mari Bersenam!


Mari kita sama-sama bersenam! Video ini cikgu dapat hasil dari perkongsian semasa cikgu menghadiri Kursus KSPK yang baru-baru ini diadakan. Video ini dicadangkan oleh Dr. Aswati iaitu pensyarah USM yang mengajar kami dalam minggu pertama di sana. TERIMA KASIH Dr. Aswati! banyak ilmu dan cerita yang dikongsikan bersama kami.......
Video ini boleh dijadikan salah satu aktiviti yang boleh diikuti oleh anak-anak tadika.... mesti seronok kan! Silalah mencuba bersama-sama anak-anak dirumah mahupun anak-anak tadika.... :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...