Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".
Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Thursday, March 31, 2011
Solat Si Abid
Monday, March 21, 2011
Jangan Merajuk Yaa :)
Merajuk Dengan Allah.
Ia bukanlah simptom yang jarang. Ia bahkan merebak hingga ke pelusuk lapisan masyarakat. Kanak-kanak dengan rajuknya, orang dewasa dengan rajuk mereka pula. Si tua, bahkan masih kuat rajuknya pada Ilahi. Ya, rajuk si hamba yang berbeza-beza, lelaki dan wanita.
Seperti yang saya nyatakan di awal, sungguh Allah sesekali pun tidak mahu walau seorang hamba-Nya ke neraka. Bukti yang ada cukup jelas. Dia hantarkan rasul demi rasul, seorang demi seorang untuk memimpin manusia agar kukuh telapak kaki mereka menyusuri landasan hamba sehingga rasul terakhir, Muhammad s.a.w.
Seseorang bertanya kepada saya, mengapa Muhammad s.a.w ialah yang terakhir?
Saya tidak dapat menemukan jawapan yang lebih baik daripada ini. Saya dan kamu, bahkan setiap muslim telahpun diberi tugas untuk menyambung tugas kenabian. Tugas setiap rasul-rasul terdahulu, dibebankan pada setiap daripada kita, iaitu berdakwah. Jika kalian ada membaca surah Taha, lihatlah pada ayat-ayat yang menceritakan kisah Nabi Musa a.s yang mahu berdakwah kepada firaun. Lalu, Baginda meminta kepada Allah agar Allah menaikkan taraf saudaranya, Harun a.s sebagai rasul, untuk membantunya berdakwah.
Suatu hakikat, dakwah pada zaman dahulu hanya dilakukan oleh rasul.
Kerana Allah sayangkan setiap manusia, Dia mewajibkan dakwah kepada kita. Dia menyuruh kita masuk syurga, dan mengajak orang lain juga masuk dalam syurga. Surah At-Tahrim juga ada menceritakan tentang ini. Islam bukan agama yangselfish. Sesekali Allah tidak menyempitkan syurga-Nya. Oleh itu, sangat perlu untuk kita mengajak orang lain agar sama-sama bertatih ke syurga. Perlu!
Itu bukti jelas bahawa Allah mahu setiap manusia masuk syuga.
Allah Memandang Rajukmu.
Memang manusia punya kelemahan. Tapi bagi saya, kelemahan itu ialah lambang kehambaan. Sekiranya tiada langsung cacat cela jua kelemahan, maka pasti kita akan merasa diri seperti tuhan. Pun begitu, ramai yang menerima kelemahan mereka sebagai alasan untuk merajuk dengan Allah.
Lihatlah realiti... Bukan semua manusia bermaksiat kerana hati mereka bulat untuk itu, tetapi ramai yang bermaksiat kerana protes dan merajuk dengan Allah. Sebagai contoh, seorang gadis yang tidak cantik, sanggup memotong bulu kening, mewarnakan rambut, dan lain-lain, semata-mata kerana dia rasa Allah tidak adil kepadanya. Rajuknya menjadi permulaan dosa.
Adapun seorang atau dua lelaki yang mengambil dadah dan hanyut dalam dunia jijik rekaan mereka... adakalanya mengambilnya bukan kerana mahu, tetapi kerana protes dan merajuk kepada Allah. Dirasakan Allah tidak adil kepada mereka.
Gadis pula, sesudah merasakan Allah tidak adil padanya, maka dia melacurkan pula batang tubuhnya.
Sama dengan judi, arak, dan lain-lain.
Jangan Merajuk Sayang.
Allah tidak zalim. Allah tidak sekali pun berhenti daripada memandang kita dengan pandangan rahmat kerana di sisi-Nya, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya. Allah memberi masa yang panjang untuk kita berubah. Janjinya jelas... sekali kita bertaubat dengan taubat yang sebenar, maka di sisi-Nya, kita seperti manusia yang tiada dosa. Allah tidak lokek memberi ampun.
Allah tidak berdendam, bahkan terlalu memaafkan. Seorang lelaki yang sepanjang hayatnya menghina islam, menghina rasulallah dan mencaci maki Allah, sedang dia sudah tua dan hampir mati, pun masih Allah sudi lemparkannya hidayah kepadanya. Si tua itu masuk islam, dan mati sebagai 'kanak-kanak' dalam jasad orang tua.
Bahkan dahulu, ada seorang wanita Yahudi yang tua dan buta, setiap hari mencaci Rasulallah s.a.w. Baginda senyum sahaja, sambil tangannya menyuapkan roti ke dalam mulut wanita itu. Berlarutan... hingga di senja usianya, Allah menerima wanita yang mencaci dan memaki Rasul-Nya, sebagai hamba-Nya.
Al-Wahsyi, seorang lelaki yang menyebabkan Rasulallah s.a.w menangis kerana sedih melihat jasad Saidina Hamzah r.a terkulai bersama tikaman dan luka yang teruk, juga Allah pilih untuk menjadi hamba-Nya.
Khalid al-Walid ra. yang banyak membunuh tentera-tentera islam di medang perang juga akhirnya dipilih oleh Allah untuk memeluk agama ini dan terus berjuang untuk syurga.
Semua kisah-kisah ini adalah kisah manusia hebat. Manusia yang penuh dosa, tetapi mereka memilih untuk menyucikan diri mereka.
Kesimpulan.
Saudaraku... ingatlah! Allah sentiasa sayang kepada kita. Dia tidak menzalimi kita walau sedikit. Dia cuma sedang menguji kita. Janganlah kita merajuk dengan Allah. Jangan pula kita berdendam dengan Allah.
Allah sayang kita... terlalu sayang.
Jika orang yang pernah menghina Rasulallah s.a.w dan mencaci Allah pun masih diberi keampunan oleh-Nya, mengapa pula kita memilih untuk putus asa daripada keampunan-Nya?
artikel dari http://iqbalsyarie.blogspot.com/2011/03/jangan-merajuk-sayang.html
Sunday, March 20, 2011
Ighfirlana Ya Rabbi
Alhamdulillah.
Saya hari ni terfikir. 3 tahun di smka, tetap takkan ada makna, 2 tahun di kisas, tetap takkan ada makna, 3 tahun di ipt, tetap takkan ada makna.
Tapi satu saat yang saya betul2 ikhlas dan takut pada Allah, hanya itulah yang dapat menyelamatkan saya.
Tapi banyak saat2 yang saya leka, yang saya abaikan. Banyak saat yang saya tak kaitkan dgn ajaran Quran, dgn Hadis. Ia saat2 yang tersia-siakan.
Saya meng"chipsmore"kan kehadiran Tuhan. Sekejap ada sekejap tak ada. Saya tak pertahankan "solidity" iman yang ada dalam diri. Perbuatan saya, percakapan saya, penulisan saya, dizahirkan dgn penuh kesia-siaan.
Pada setiap kehidupan mesti akan wujud sebuah cerita. Tapi dipenghujung cerita, selalu berakhir dgn sia-sia.
Kehidupan saya selama ini murah nilainya. Kerana sgt sedikit saya menyumbang pada insan lain. Kehidupan saya selama ini banyak berkisar tentang diri dan kurang pula saya nak cuba fahami insan lain. Saya tak bermanfaat dan tak pula membawa manfaat. Saya cuma hidup untuk mencukupkan keperluan diri. Perkara yang saya cukupkan pula, juga sia-sia.
Saya masih bukan pemuda dakwah kerana bukan pendukung dakwah. Orang yang mendukung dakwah hidup setiap saat kerana Allah. Tapi bukan saya, sebab saya selalu meng"chipsmore"kan Allah... kadang2 kerana Dia, kadang2 kerana perkara lain...
Jadi sebagai pemuda yang kini usianya 23 tahun. Bagaimana boleh saya jadikan saat ini sebagai titik tolak kepada perubahan? Kerana saya sudah banyak tergelincir dan saya sudah letih melaburkan masa untuk perkara yang tidak memberi makna yang sempurna.