Cemburukah aku, melihat sahabat bergaji beribu2 sedang aku tak cecah seribu, cemburukah aku, mendengar cerita sahabat bahagia, sedang aku memendam rasa, cemburukah aku melihat sahabat dibelai dicinta diberi segalanya, sedang aku belum tentu dapat sekalipun aku meminta2, cemburukah aku, pd sahabat berjawatan tinggi sedang aku cuma berpangkat kuli, cemburukan aku melihat sahabat berkereta besar gah bergerak kemana saja, sedang aku cuma setia dengan viva, cemburukah aku pd segenap nikmat kurniaan tuhan pd sahabat tidak setanding dgn ape yg aku perlukan.
Ye, jujur aku cemburu, cemburu kerana aku juga ingin segalanya lebih, tapi aku lagi cemburu melihat pergantungan sahabat pd Allah tiada mengenal letih. Jadi wajarlah sahabat dikurnia nikmat sebegitu, sedang aku masih terpinga2 dlm mengejar cinta Allah yg satu.
Jangan cemburu, ingat lah Allah sedang mentarbiah hatiku. Mungkin bila aku senang aku lupa pd Dia, mungkin bila aku berharta aku bongkak mendabik dada, mungkin bila aku bahagia hanyut dlm cinta manusia, aku lupa untuk menangisi dosa2, mungkin bila aku berjawatan tinggi, aku lupa untuk tunduk ke bumi.
Jadi, tiada satu pun takdirnya sia2, tiada satu pun ketentuannya menyeksa hamba, tiada satu pun ujiannya dtg tanpa rahmatnya, peganglah janjiNya.. Kejarlah cintaNya, barsangka baik pd takdirnya..
Pasti hidupku tiada derita, hanya bahagia... ;)
Pemilik kasih sayangMu,
Anees_Ameerah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.