Friday, February 25, 2011

‘Telefon bimbit boleh jejas aktiviti sel otak’

Metabolisme glukos meningkat di bahagian hampir antena


CHICAGO: Tempoh 50 minit untuk bercakap menerusi telefon bimbit yang dilekapkan di telinga, sudah cukup bagi menukar aktiviti sel otak yang paling hampir dengan antenanya.

Bagaimanapun, saintis di Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), berkata sama ada keadaan ini akan menyebabkan sebarang kerosakan belum dapat dipastikan.
Ia juga dijangka tidak dapat menyelesaikan kebimbangan dan andaian bahawa penggunaan telefon bimbit mempunyai kaitan dengan penyakit barah otak.

“Apa yang dapat kami lihat ialah metabolisme glukos meningkat di dalam otak seseorang yang terdedah dengan telefon bimbit dan paling ketara di bahagian yang paling hampir dengan antena telefon bimbit itu,” kata pakar NIH, Dr Nora Volkow. Penyelidikan beliau diterbitkan di Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.

Kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti reaksi otak terhadap medan elektromagnetik yang berpunca daripada isyarat telefon tanpa wayar.

Volkow berkata, beliau terkejut dengan bukti bahawa radiasi elektromagnetik yang lemah dari telefon bimbit boleh menjejaskan aktiviti otak, tetapi kajian itu tidak memberi jawapan sama ada penggunaan telefon bimbit menyebabkan barah.

“Kajian itu tidak memberi petunjuk sedemikian. Apa yang dilakukan kajian ini ialah untuk menunjukkan bahawa otak manusia adalah sensitif kepada radiasi elektromagnetik akibat penggunaan telefon bimbit.
Penggunaan telefon bimbit meningkat secara dramatik sejak peranti itu diperkenalkan pada awal hingga pertengahan 1980-an dan kini 5 bilion telefon bimbit digunakan di seluruh dunia.

Sesetengah kajian menga-itkan penggunaan telefon bimbit dengan peningkatan penyakit barah otak tetapi kajian yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak dapat memberi keputusan muktamad.

Pasukan Volkow membuat kajian ke atas 47 orang yang menjalani imbasan ketika telefon bimbit digunakan selama 50 minit, manakala satu kumpulan lagi diimbas ketika telefon bimbit dimatikan. – Reuters

IGK: Should there any hardcore primates (orang yg suka bergayut :P), please be aware that electromagnetic wave could trigger electromagnetic sensitivity. http://ewh.ieee.org/soc/embs/comar/Hypersensitivity.htm

Thursday, February 24, 2011

Gantung Rahsia Rumahtangga Di Dinding Facebook




“Biarlah Mama sendiri mengharunginya demi anak-anak Mama.”

Sekiranya anda terbaca komen sebegini di atas dinding Facebook rakan anda, tentu sekali banyak persoalan yang ingin anda ajukan. Kenapa? Apakah yang terjadi? Dalam waktu yang sama mendesak, “Ceritalah!!”.

Maka, andaian-andaian liar mula tercetus di minda pembaca sedangkan bagi tuan punya akaun, ia hanyalah sekadar luahan hati. Satu ayat tidak mungkin memberi kesan apa-apa.

Bagaimana pula kalau anda lihat komen sebegini:

“Kalau nak sangat yang lebih muda, go ahead!!!!”

Kontroversi bukan?

“Susah kawin dengan orang gaji kecik ni.”

Hmm…. Tak patut cakap begitu.

“Benci bila my Hubby cakap I gemuk, dia pun sama je boroi.”

Kutuk mengutuk sesama sendiri pun sering dilihat di ruangan komen di Facebook.

Pengguna Facebook rata-rata menulis apa sahaja di dinding sendiri kerana bagi mereka ia merupakan ruang peribadi mereka di alam maya dan pendapat atau luahan yang diluahkan di situ hanyalah mengikut rentak dan citarasa mereka sendiri.

Aku punya Facebook, aku punya sukalah! Kegagalan untuk mengenali gelanggang media sosial ini sebagai satu komuniti menjadikan kelakuan ini amat berisiko sekali.

Fenomena Facebook semakin popular di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah sudah mempunyai akaun dan datuk yang sudah berusia pun tidak mahu ketinggalan. Media sosial ini semakin menular ke dalam masyarakat; disamping memberi impak positif, fenomena ini juga tidak kurang memudaratkan jika pengguna tidak berhati-hati dalam menggunakan medium itu untuk meluahkan perasaan hati sendiri.

Seringkali pengguna Facebook gemar menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka di gelanggang tersebut tanpa mengira sama ada ia perkara remeh mahu pun yang penting.

“Murtabak tadi sedap sungguh”; penting ke maklumat ini kepada umum?

“Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, Amin…”; tidak kurang juga ada di antara pengguna yang berdoa di Facebook. Namun apabila kisah rumahtangga didedah untuk tontonan umum, ia mengundang pelbagai reaksi spontan yang bakal menjadi barah seperti ungkapan “tikus membaiki labu”.

Amat mudah bagi mereka di luar sana untuk menilai dan melontarkan reaksi tanpa mengambilkira kesannya kepada perhubungan yang sedang meruncing. Boleh dikatakan semua pengguna Facebook mendambakan perhatian dan kehadiran banyak komen kepada luahan hati yang ditulis akan menjadikan perkara kecil semakin membesar.

Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga dengan tidak menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah sendiri kepada sesiapa pun.

Lantas, menulis ‘luahan hati’ di dinding umpama menebuk lubang di dinding rumah sendiri agar dapat diintai orang luar. Satu ayat yang kontroversi mengundang pelbagai andaian daripada komuniti Facebook dan apabila didesak oleh teman-teman, masalah yang mula-mulanya tidak diketahui ramai mula diceritakan sedikit demi sedikit.

Fikir dengan teliti sebelum meluahkan isu peribadi kepada umum. Ada di kalangan rakan-rakan kita juga merupakan rakan suami atau isteri kita sendiri dan menceritakan kisah peribadi hanya mengaibkan pasangan sendiri.

Halang diri untuk meluahkan perasaan di Facebook ketika perasaan amarah sedang membara kerana tiada siapa yang untung kesan daripada perbuatan tersebut.

Simpanlah rahsia keluarga dan rumahtangga di tempat yang selamat, jangan digantung di dinding Facebook untuk tontonan umum dan akhirnya merosakkan perhubungan.

Jika anda seorang rakan yang melihat perkara ini berlaku, jalankan peranan anda dengan menasihatkan rakan agar memberhentikan tindakannya itu. Mungkin bagi si pengguna, hanya dia dan komputer riba atau telefon bimbit, realitinya, sekali tulis begitu ramai mata yang membaca dan mereka sedang menilai kehidupan anda di luar sana.

Beringatlah!

dari http://www.gua.com.my/cinta/

Wednesday, February 23, 2011

Classmate become Soulmate? InsyaAllah :)

Salam semua geng! :D

Post kali ni nak share satu berita gembira yang dah lama sangat terperap dalam to-do-entry-list admin IGK ni. And, post ni terpaksa potong que posts yg lain. Almaklumlah, ni post Majlis Pertunangan. Takut admin tak sempat nak publish post ni, mereka dah nikah pula. Rugi lah kan? Hehe.



Perkenalkan, ini Safwan Ismail. Beliau berasal dari Kuantan,Pahang dan kini melanjutkan pelajaran di Purdue University, Indiana, US dalam jurusan Network Engineering.



Ini pula Nadiah Abu. Tunang Safwan ni menetap di Ayer Keroh, Melaka. Beliau kini dalam jurusan Biotechnology di Penn State University, Pennsylvania, US.

Siapa sangka, mereka yang merupakan rakan sekelas dari kelas 404 dan 504 bukan sahaja melanjutkan pelajaran di negara yang sama, malah telah ditunangkan pada 7 Ogos 2010 lalu dalam sebuah majlis yang serba sederhana. Rancangan pertunangan mereka yang pada awalnya dibatalkan, akhirnya menjadi realiti beberapa minggu sebelum mereka kembali ke US semasa cuti musim panas baru-baru ini.

Rombongan keluarga Safwan dari Kuantan sampai di rumah Nadiah sekitar selepas Zohor. Selepas acara menyarungkan cincin oleh ibu Safwan, majlis diteruskan dengan jamuan makan tengah hari kepada tetamu. 5 dulang berbalas 7 dari pihak perempuan yang kebanyakannya terdiri daripada makanan.


Semoga hubungan mereka dilimpahi rahmat serta diberkati Allah. Kami menanti kad jemputan walimatulurus seterusnya dari kalian.



Admin tahu, mesti geng-geng semua nak tahu lebih lanjut pasal mereka ni termasuk macam mana mereka boleh rapat dan sebagainya. Tapi, jawapan semua tu akan terjawab dalam sessi interview selepas mereka bernikah nanti ya! Hehe. So, geng semua ada yang nak mengikut jejak langkah mereka dengan memilih classmate sebagai soulmate? Jangan lupa bagitahu admin IGK tauu :D

Tuesday, February 22, 2011

Penyelarasan Kalendar Akademik IPTA Dibuat Secara Berperingkat: Khaled

Posted on the January 4th, 2011 under Berita Tempatan

PUTRAJAYA: Penyelarasan kalendar akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) negara akan dilakukan secara berperingkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014.

Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik yang akhirnya akan bermula pada bulan September berbanding Jun sebelum ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara rasional anjakan kalendar akademik ini adalah bagi memenuhi konsep perkongsian ilmu dengan masyarakat antarabangsa.

Katanya, dalam proses pengantarabangsaan pengajian tinggi Malaysia, pelajar IPTA perlu didedahkan dalam senario pengajian tinggi antarabangsa melalui pendedahan budaya serta amalan luar.

“Sebagai contoh pendedahan melalui Program Mobiliti Malaysia-Indonesia-Thailand adalah peluang terbaik untuk mendedahkan pelajar-pelajar kita kepada amalan luar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Namun peluang ini tidak dapat dimanfaatkan oleh pelajar tempatan disebabkan ketidaksamaan jadual dengan universiti di kedua-dua negara itu yang memulakan kalendar sesi akademik pada bulan September setiap tahun, menyamai amalan negara-negara maju.”

Beliau berkata, penyelarasan ini juga membolehkan pelajar-pelajar IPT ternama dunia datang ke negara ini untuk mempelajari dan mendapat pemindahan kredit minimum satu semester selain daripada pertukaran pelajar biasa.

Justeru katanya, penyelarasan kalendar dengan universiti ternama dunia boleh menguntungkan Malaysia untuk membolehkan pelajar antarabangsa berkongsi cara pembelajaran sekurang-kurangnya satu semester bersama pelajar tempatan.

Di bawah kalendar baru, katanya pihak kementerian telah menetapkan tarikh pendaftaran pelajar baru bagi sesi akademik 2011/2012 pada 25 Julai, namun sedikit perubahan dilakukan di mana sesi pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada minggu pertama September 2011.

“Ia berikutan tempoh kuliah yang singkat antara sesi pendaftaran sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 31 Ogos,” kata Menteri itu.

Bagi pelajar lama katanya, pihak kementerian memberikan fleksibiliti kepada IPTA untuk menentukan sama ada pelajar-pelajar tersebut wajib mengikuti kalendar asal ataupun kalendar baru iaitu pada 1 Ogos, 2011.

Bagi sesi akademik 2012/2013 pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada 13 Ogos, 2012 dan pelajar lama pada 20 Ogos manakala bagi sesi akademik 2013/2014 pelajar baru akan mendaftar pada 2 September 2013 dan pelajar lama pada 9 September.

Mohamed Khaled berkata, penyelarasan kalendar akademik ini juga akan meluaskan akses kepada pelajar lepasan diploma politeknik di mana mereka boleh meneruskan pengajian ke IPTA dengan mengguna pakai keputusan akhir atau tamat pengajian mereka.

Penyelarasan ini sekaligus memudahkan proses pemilihan di mana mereka juga boleh memasuki IPTA lebih awal dan tidak perlu menunggu sesi 2012 dan kehilangan masa selama setahun untuk memulakan pengajian, katanya.

Penyelarasan kalendar akademik ini terletak di bawa Fasa Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara atau “Fasa Pengukuhan”, yang bermula pada 1 Januari lalu dan akan berakhir pada 31 Disember 2015, kata Menteri itu. – BERNAMA

Source: mStar

Wednesday, February 16, 2011

If Prophet Muhammad(p.b.u.h) visited you...


If Prophet Muhammad visited you

Just for a day or two,

If he came unexpectedly,

I wonder what you would do?

Oh I know you would give your nicest room,

To such an honored guest,

And you would serve him your very best.



You would be the very best,

Cause you're glad to have him there,

That serving him in your home

Would be a joy without compare.



But...when you see him coming,

Would you meet him at the door

With your arms outstretched in welcome,

To your visitor?



Or...would you have to change your clothes

before you let him in?

Or hide some magazines and put

The Quran where they had been?



Would you still watch those movies,

Or your T.V. set?

Or would you switch it off,

Before he gets upset.



Would you turn off the radio,

And hope he had not heard?

And wish that you did not utter

your last loud hasty word?



Would you hide your wordly music,

And instead take out Hadith books?

Could you let him walk right in,

Or would you rush about?



And I wonder...if the Prophet spent, a day or two with you,

Would you go on doing the things you always do?

Would you go right on and say the things You always say?

Would life for you continue

As it does from day to day?



Would your family conversations,

Keep up their ususal pace?

And would you find it hard each meal,

To say a table grace?



Would you keep up each and every prayer?

Without putting on a frown?

And would you always jump up early,

For Fajr at dawn?



Would you sing the songs you always sing?

And read the book you read?

And let him know the things on which,

Your mind and spirit feed?



Would you take the Prophet with you,

Everywhere you plan to go?

Or, would you maybe change your plans,

Just for a day or so?



Would you be glad to have him meet,

Your very closest friends?

Or, would you hope they stay away,

Until his visit ends?



Would you be glad to have him stay,

Forever on and on?

Or would you sigh with great relief,

When he at last was gone?



It might be intresting to know,

The things that you would do.

If Prophet Muhammad, came,

To spend some time with you.



- Author Unknown

source : here