DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here
Memaparkan catatan dengan label pas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Julai 2015

Dasar Jantan Tak Tahu Malu... Kah Kah Kah




Apasal ya beb... semenjak dua menjak ni asalkan saja Ketua Penerang PAS tak kira sama ada Ketua Penerangan PAS Peringkat Kawasan mahu pun Negeri dan lebih-lebih lagi Ketua Penerangan PAS Peringkat Pusat, boleh dikatakan hampir 80 Peratus nya seperti Peserta Maharaja Lawak Mega. Cuba lu orang tatap betul-betul muka Ketua Penerang PAS Negeri Pulau Pinang ni ada tak rupa Peserta Maharaja Mega... tatap betul-betul beb... betul ke tidak cakap gua ni... kah kah kah !.

Tak apa gua kasi up sikit Status beliau dengan memanggil beliau Hero Malaya Versi Pulau Pinang... Siapa tak kenal dengan Hero Malaya Versi Pulau Pinang ni beb... kepada sesiapa yang belum kenal biar gua kenalkan siapa dia Hero Malaya Versi Pulau Pinang ni dari apa yang gua tahu, dan kepada sesiapa yang sudah kenal tu jika gua Salah bagi tahu siapa Hero Malaya Versi Pulau Pinang ni tolong betulkan. Mana lah tahu ada yang gua Tertinggal atau pun Salah Maklumat... kah kah kah !.

Nama Hero Malaya Versi Pulau Pinang ni ialah Ustaz Mohd Yusni Mat Piah merangkap satu hari nanti sebagai Tuan Guru, beliau ni mula dikenali ramai Satu Malaya ketika Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tahun 2013 di Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Sungai Aceh. Kehebatan Hero Malaya ni ialah beliau masih boleh lagi boleh Bertanding dalam PRU13 di Kerusi yang telah diperuntukkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR)... hebatkan beb... kah kah kah !.

Sedangkan diwaktu itu Parti PKR telah Menamakan seorang Calon yang Cukup Berwibawa dan di yakini akan Memenangi Kerusi DUN Sungai Aceh dengan agak mudah memandang Situasi Politik ketika itu, oleh kerana Hero Malaya ini telah masuk juga Bertanding maka akhirnya Calon PKR mengalami Kekalahan Tipis kepada Calon UMNO/BN dengan Majoriti 808 Undi. Mana kala Hero Malaya telah Mendapat Undi yang cukup Membanggakan iaitu 690 Undi sahaja... kah kah kah !.




Setelah Hero Malaya ini Menyepi sekian lama... tiba-tiba pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, nama beliau sekali lagi Menjadi Sebutan Ramai semula, bukan nya kerana beliau turut Bertanding didalam PRK tersebut tetapi kerana Telah Mengugut untuk Memboikot membantu Calaon PKR yang juga Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail Isteri kepada Ketua Umum PKR datuk Seri Anwar Ibrahim. Lagi sekali Kehebatan Hero Malaya ini tererlah beb... kah kah kah !.

Tak dapat Bertanding tapi dapat untuk Memboikot pun jadilah... setelah banyak kali Hero Malaya ini membuat Kerja-Kerja yang cukup Membanggakan kepada Tuang Presideng PAS, maka akhir nya Jasa-Jasa beliau diatas Kerja-Kerja beliau telah dibalas dengan Setimpal nya bila beliau dilantik menjadi Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang. Begitulah serba sedikit apa yang gua tahu berkenaan Hero Malaya Versi Pulau Pinang ni beb, jika ada salah tolong betul ya beb... kah kah kah !.

Woiiii Yusni Mat Piah... cuba gak lu ceritakan bagaimana lu boleh menjadi Calon PAS pada PRU13, sedangkan Kerusi DUN N.21 Sungai Aceh pada awalnya telah diperuntukan kepada PKR untuk Bertanding. Bukan nya apa Yusni Mat Piah saja nak tahu bagaiman sampai lu boleh dapat menjadi Calon, kerana jika di Tiga Kerusi DUN Terengganu PAS turut Bertanding atas Alasan Calon PKR menjual PIL KUDA maka Calon PKR DUN Sungai Aceh apa pulak yang dijual Calon tersebut... kah kah kah !.

Setelah gua Amati dengan Teliti... lu dengan Tuang Presideng lu tu lebih kurang sama aje lu tahu Yusni Mat Piah, lu tanya lah apa dia yang sama nya... kalau lu tak nak tanya pun tak apa... gua tetap akan cakap iaitu Mempunyai Muka Tak Malu Tampal Kulit Babi 14 Inci. Kerana lu dan Presideng lu lah antara sebab kenapa Pakatan Rakyat (PR) Gagal untuk Menang pada PRU13, dimana Pertandingan sesama PR cukup memberi kesan Nagetif kepada Pengundi Melayu Luar Bandar...hakkk tuihhh !. sumber


hemmmmm..... gua pasti beliau ni adalah antara calon pas dalam pru14 akan datang terutama nya dun sungai aceh... silap-silap mahu kerusi parlimen pun beliau hendak bertanding beb... kah kah kah ! 

Khamis, 9 Julai 2015

Jangan Heran Pulak Bila Akhirnya WSJ Memohon Maaf Dan Najib Disahkan Bersih




Ini Permainan Politik beb... segala Kemungkin kena Dikaji dan Ditetliti dalam berbagai Sudut, tidak Mustahil kesudahan nya WSJ akan Memohon Maaf dari apa yang di laporkan dan seterus nya PM Najib akan Disahkan sebagai Bersih dan Jujur. Dengan tak secara langsung nya ini akan memulihkan sedikit Reputasi beliau dikalangan Ahli UMNO dan UMNO itu sendiri dimata Rakyat yang selama ini telah Tercalar Teruk dengan berbagai Isu Ketidak Telusan dan Penyelewengan. Kalau tidak Sia-Sia lah beliau melantik Lm Kok Wing sebagai Penasihat beliau beb.

Agak-agak lu orang lah bagaimana Riaksi Ahli UMNO... Penyokong UMNO... Riaksi Pemimpin UMNO... Riaksi Penyokong Pembangkang... Riaksi Pemimpin Pembangkang... Riaksi Pemimpin PAS terutama nya Tuang Presideng PAS dan Tuang Mursyidul Am PAS berserta Penyokong-Penyokong Tuang Presideng PAS dan Tuang Mursyidul Am PAS. Bila akhirnya Wall Street Journal (WSJ) Memohon Maaf berkaitan Laporan berkenaan Datuk Seri Hajib Najib Perdana Menteri (PM) Paling Jujur Dalam Dunia dan seterusnya ini membuatkan beliau di Isytiharkan Bersih dan Jujur.

Kerana Laporan yang disiarkan oleh WSJ hanya baru sekadar Laporan... betul atau tidak ianya belum lagi dipastikan... berbagai Kemungkinan berkaitan Laporan tersebut tetap ada beb, ini Politik beb... gua ni bukan lah Cerdik sangat dalam Perihal Politik namun gua bukan juga dikalangan yang Tolol Berpolitik. Disini gua cukup Berterima Kasih dengan Ulama'-Ulama' yang ada didalam PAS yang telah banyak memberi gua Pelajaran tentang Ilmu Politik dan bagaimana dikatakan Ilmu Politik Kotor terutama nya sewaktu kempen Pemilihan PAS yang baru lalu.

Tidak ada Apa-Apa yang Rugi kepada WSJ sekalipun akhir nya WSJ Memohon Maaf, kalau setakat konon nya Reputasi WSJ akan Merudum dimata Pembaca ianya apa ada benda beb... Para Pembaca WSJ pun rasanya boleh dikira dengan Jari dikalangan Orang Melayu yang menjadi Pengundi didalam Pilihan Raya Umum (PRU). Apa lagi dengan Atok Nenek dan Mak Pakcik di pelusuk Kampung-Kampung serta di Kawasan Kawasan Jin Bertendang, rasanya mungkin ini pertama kali dia orang mendengar perkataan WSJ... itu pun sebab RTM dan TV3/4 menyiarkan WSJ.

Datuk Seri Haji Najib bukan lah seorang yang Tolol Berpolitik seperti yang didakwa oleh sesetengah Pihak walaupun betul yang beliau dikatakan sebagai Seorang Yang Takut Kepada Bini beliau serta ada tindakan beliau yang dianggap Kurang Populis, namun ianya tidak bermakna Najib seorang Tolol Berpoilitk. Lihat saja walaupun disaat beliau menghadapi Pendedahan demi Pendedahan dan Keraguan dalam Pentadbiran beliau namun ianya masih lagi Mendapat Sokongan dari Ulama'-Ulama' Tersohor Dunia seperti Tuang Presideng PAS dan Tuang Mursydul Am PAS.

Nampak tak betapa Cerdik dan Bijak Datuk Seri Haji Najib Berpolitik, sampaikan Pemimpin PAS yang pernah memanggil UMNO sebagai Parti Thaghud pun sekarang ini usahkan untuk mengatakan yang UMNO masih lagi Parti Thaghud malahan untuk mengatakan yang UMNO adalah Parti PENIPU pun Pemimpin PAS tersebut Tidak lagi Sanggup. Walaupun baru sahaja Pemimpin UMNO Terang-Terang telah Menipu Pemimpin PAS Hidup-Hidup berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah Negeri Kelantan yang tidak dapat Dibentangkan di Parlimen.

Sedangkan sebelum Pemilihan PAS cukup banyak memberi Ulasan-Ulasan berkaitan RUU Persendirian diberikan oleh Pemimpin PAS tersebut... bak kata jika Wartawan dan Pemberita tidak bertanyakan berkaitan RUU Persendirian tersebut maka Pemimpin berserta Penyokong-Penyokong beliau dengan Rela Hati akan membuat kenyataan Tanpa Paksaan. Namun setelah selesai Pemilihan PAS dan Kegagalan UMNO untuk membenarkan RUU Persendirian dibentangkan tak satu pun Ulasan dari Mulut Pemimpinn PAS tersebut mengatakan yang UMNO adalah Parti Penipu.

Jadi gua Tak Heran jika Kesudahan dari Episod Laporan WSJ berkaitan Datuk Seri Haji Najib berakhir dengan Permohonan Maaf serta kata-kata serta Ucapan Pemimpin PAS yang mengatakan Soal Saksi dan Tidak Logik dianggap sebagai Betul dan Tepat, kerana kesemua ini hanya akan membuatkan yang Datuk Seri Haji Najib serta UMNO DISUCIKAN dari segala Salah Laku dan Dosa-Dosa yang mereka lakukan terhadap Rakyat. Jika sudah Datuk Seri Haji Najib Suci dan Bersih daripada Salah Laku dan Penyewengan maka tak kan lu orang Tak Faham kot beb... kah kah kah !.

Kerana pada masa itu Bersedudukan dengan UMNO adalah Halal Wal Toyibah Tanpa Was-Was kerana jelas Datuk Seri Najib dan UMNO telah Difitnah dari Dalam dan Luar Negara, masa itu juga Soal Salah Laku dan Dosa Terdahulu Datuk Seri Haji Najb dan UMNO terhadap Rakyat adalah Lumrah dalam mana-mana Kerajaan di atas Dunia. Datuk Seri Najib dan UMNO bukan lah Malaikat tetapi hanya Manusia Biasa yang tidak lepas dari melakukan Kesilapan dan Kesalahan,ianya Mesti Dimaafkan atas Dasar Akidah Sesama Umat Islam dan atas nama PERPADUWANG... kah kah kah !. 

I LOVE U Presideng UMNO... I LOVE U Tuang Presideng PAS dan I LOVE U Tuang Mursyidul Am PAS... muahhh... muahhh... muahhh... kah kah kah !.


hemmmmm..... nak tanya tuang presideng dan tuang mursyidul am... jika page fb pas banyak ditunjukan gambar-gambar mangsa banjir menerima rumah baru... tak ada ke gambar-gambar mangsa banjir yang masih tinggal dibawah kemah-kemah... kah kah kah !.

Selasa, 7 Julai 2015

Si Mamat Yang Tak Sedar Diri Beb... Kah Kah Kah




Kata Orang Tua Dulu-Dulu beb... Manusia jika mengatakan yang diri nya adalah Baik bermakna itu Manusia yang Paling Jahat dalam waktu itu... itu kata Orang Tua Dulu-Dulu lah bukan gua yang kata, betul atau tak betul nya apa yang dikatakan oleh Orang Tua Dulu-Dulu tu kita Jenerasi Masa Kini kena lah menggunakan Akal dan Fikiran masing-masing. Jangan pulak lu orang gunakan Kepala Lutut dan Siku serta Cakar Rimau lu orang untuk Menilai apa yang Orang Tua Dulu-Dulu katakan... jika lu orang gunakan gak jawap nya jadi lah seperti si Mamat kat atas ni... kah kah kah !.

Adoiii si Mamat oiii... gua tengok lu ni kan seperti Peserta Raja Lawak Mega pun ada beb... jika lu tak percaya dengan cakap gua... lu pergi tengok cermin dengan cara dan Penampilan lu yang sebegini... jika tiak pun lu tanya dengan Penyokong-Penyokong lu bertaraf Wala'un, gua yang sedang menaip ni pun daripada mula tadi sampai lah ke saat ini asik nak Gelak aje bila tengok muka lu ni. Gua tengok macam rupa Hero Filem Tamil pun ada... rupa Ahmad Maslan 3.85 pun ada... bak kata malas gua nak cakap apa yang boleh gua samakan dengan Muka lu... kah kah kah !.

Oiii Mamat... siapa dia Masyarakat yang lu katakan Sayang pada kita tu... jika yang lu maksudkan Masyarakat tu adalah Para Perwakilan PAS yang memilih lu semasa Pemilihan PAS mungkin itu betul, tetapi jika lu katakan Masyarakat tu adalah Ahli PAS keseluruhan nya ianya adalah Salah kerana gua yang Ahli PAS ni cukup Menyampah dengan lu tahu tak Mamat. Bertambah-tambah Salah lah lagi jika lu maksudkan Masyarakat tu adalah Para Pengundi-Pengundi di Parlimen Temerloh yang memilih lu semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu... kah kah kah !.

Sebab itu gua katakan lu ni jenis Manusia yang Tak Sedar Diri lu tahu tak Mamat, cuba lu ceritakan Akhlak Baik dan Mulia apa yang ada pada lu dan Gerombolan lu, Akhlak Mengfitnah sesama Ahli PAS... Akhlak menggunakan Dewan Ulama' PAS Pusat (DUPP) untuk Berkempen dalam Pemilihan Parti dengan Menyuburkan Budaya UMNO CHAI secara terang, sedangkan DUPP adalah Sayap Parti... Akhlak Melebelkan Ahli dengan Panggilan Jebon, Munafik Hariki, Islam Liberal dan Kuda Tunggangan DAP. Apakah itu yang lu katakan sebagai Akhlak Baik dan Mulia... kah kah kah !.

Apakah memenangi Pemilihan PAS dengan cara KOTOR seperti Pemimpin UMNO memenangi dalam Pemilihan UMNO itu yang lu kata Akhlak Baik dan Mulia, dari mana lu belajar yang itu adalah Akhlak Baik dan Mulia Mamat oiii... Siapa Tuang Guru yang Mengajar lu yang itu adalah Akhlak Baik dan Mulia... apakah itu ajaran dari Tuang Guru Presideng lu dari Rusila atau itu Ajaran Tuang Guru lu dari Bangi... sudah-sudah lah Mamat oiii... jangan lu jadikan diri lu seperti seorang BADUT Politik, belajar-belajar lah punyai Perasaan Malu pada diri ok... kah kah kah !. sumber


hemmmmm..... kalau berucap pergghhh...ayat quran dan hadis seperti air yang mengalir beb... tapi tingkah laku dan perbuatan lebih kurang aje dengan pemimpin umno... bahkan tambah lagi dengan lutut dan siku... kah kah kah !.

Isnin, 6 Julai 2015

Satu Lagi Isyarat Jelas Penolakan Lantikan AJK PAS Pusat Dari Mahfuz Omar




Kali ini Isyarat Penolakan Lantikan Dato' Mahfuz Omar sebagai Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat adalah lebih Jelas, bila Kenyatan dari beliau seolah-olah Menyanggah Kenyataan dari Tuang Presideng PAS Tuang Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang mengatakan bahawa "Ahli yang tidak bersama PAS akan Tenggelam". Dengan mengatakan Parti Politik terutama nya PAS tidak memandang kecil terhadap Kewujudan Parti Baru yang lahir dari Inisiatif Ahli PAS sendiri, kerana beliau tidak nampak kewujudan Parti Baru akan seperti Parti Serpihan sebelum ini.

Yang mana bagi beliau Parti Sepirhan seperti HAMIM dan BERJASA adalah Sejarah Lama serta berbeza dengan Situasi Politik Semasa, ini kerana Perubahan Zaman dan Bacaan Politik tidak boleh Diwarnai oleh Sejarah Lama tetapi harus Diwarnai dengan Perubahan Zaman... Gaya Berfikir Masyarakat yang Lahir pada hari ini. Satu kenyataan Menyanggah yang bagi gua cukup untuk Membuka Minda Tuang Presideng PAS berserta Pemimpin PAS yang Menang secara KOTOR dalam Pemilihan sama ada diperingkat Cawangan, Kawasan mahu pun Peringkat Pusat

Seperti yang dikatakan sebelum ini bahawa Mahfuz Omar bukan lah Calang-Calang Pemimpin yang boleh dipandang Remeh akan Kenyataan yang keluar dari beliau, kenyataan dari beliau selalu nya akan membuat Pemimpin UMNO terutama nya menjadi seperti Orang Mabuk Pil Kuda. Jauh berbeza dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemimpin PAS terutama nya Golongan yang mengaku sebagai Ulama' Pewaris Nabi, dimana setiap kenyatan dari Golongan tersebut lebih kepada Memberi Pertolongan Cemas kepada Nyawa UMNO yang sedang Nazak.

Ini juga adalah Isyarat kepada Pemimpin PAS terutama nya Tuang Presideng PAS akan Hala Tuju Politik Mahfuz Omar andai kata Parti Islam Baru yang akan ditubuhkan oleh Pemimpin dari Kumpulan G18 benar terjadi. Siapa yang tak kenal dengan Mahfuz Omar, walaupun kadang-kadang ada Kerja Gila beliau lakukan seperti berkaitan Kes Pembunuhan Warga Monggolia Altantuyah Saribu, namun didalam Kerja Gila tersebut masih lagi ada Negarawan Terulung bagi UMNO yang boleh terikut-ikut dengan Kerja Gila tersebut seperti Tun Mahathir... kah kah kah !

Pada Pandangan gua lah... apa yang dikatakan oleh Tuang Presideng PAS bahawa "Ahli PAS yang tidak Bersama PAS akan Tenggelam" hanya lah bagi Menakut-nakutlkan Ahli PAS itu saja, yang sebenarnya Tuang Presideng tahu bahawa Ahli PAS yang tidak bersama Parti Islam Baru itulah yang akan Tenggelam dibawa Arus Suasana Politik Masa Kini. Tuang Presideng PAS bukan nya Sebegitu Tolol sebetul nya beb... tetapi saja-saja Membuat diri beliau supaya dipandang Tolol Berpolitik oleh Saingan Politik beliau dalam Parti PAS sendiri bagi mempengaruhi Ahli PAS.

Kerana itu didalam Isu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan yang Terperangkap dalam Isu tersebut adalah Golongan yang Digelar sebagai JEBON, dimana Kenyataan Tuang Presideng bahawa begitu yakin 110% yang UMNO akan Menyokong RUU tersebut adalah hanya untuk Mendatangkan Tentangan dari Golongan Jebon. Yang Golongan Jebon Tentang adalah kerana Keyakinan Tuang Presideng terhadap UMNO seolah-olah UMNO Jujur. Tetapi Tuang Presideng Menggambarkan yang Jebon adalah Penentang RUU.

Bijak tak beb Tuang Presideng Berpolitik KOTOR bersama Pemimpin UMNO... sedangakan beliau tahu yang RUU tersebut sampai UMNO Mampos dan Hidup Balik Sepuluh Kali seperti Tahun 1987 pun UMNO tak akan Menyokong RUU berkaitan Hudud. Manakala Sokongan UMNO dalam DUN Kelantan hanyalah Sandiwara kerana jika diluluskan pun dalam DUN Kelantan HUDUD tidak boleh juga dilaksanakan, atas sebab ianya berkait dengan Perlembagaan Persekutuan. Itu semua Tuang Presideng tahu namun saja beliau mahu Memerangkap Ahli yang dipanggil Jebon.

Ini semua adalah demi Mempengarauhi Ahli dan Perwakilan PAS bagi Menjayakan Cita-Cita Politik beliau bersama ANAK BAPAK dan ANAK HANTU beliau, maka dengan itu Sandiwara tersebut kena di Tayangkan. Memang sesuatu yang cukup berat untuk diterima kenyataan ini bagi Penyokong beliau... lebih-lebih lagi bagi Penyokong beliau yang berkumpul didalam Negeri Terengganu Darul Iman, dimana Penyokong beliau tersebut masih lagi Dipengaruhi oleh Semangat dari "Amanat Hadi" yang sekarang sudah ditambah baiki kepada "Amanat Hadi UMNO Tidak Seburuk Firaun". sumber




I LOVE U Tuang Presideng PAS... muahhh... muahhh... muahhh... kah kah kah !.


hemmmmm..... beb... gua ni sekarang tengah dok perhatikan tingkah laku mahfuz ni... ada gua dengar beliau ni adalah wakil tuang presideng bagi mempengaruhi g18 supaya tidak menubuhkan parti islam baru... kah kah kah !.

Ahad, 5 Julai 2015

Beb Tolong Nasihatkan Si Mamat Dari Kuala Terengganu Ni Beb... Kah Kah Kah




Ambo Ingatkan yang Tua-Tua aje dalam PAS Negeri Terengganu yang Tolol Berpolitik Berlagak Sombong Hendak Mampos... rupa nya ambo silap banyak weiiiihhhh, hak yang Muda-Muda pun sama banyak gak dengan yang Tua-Tua Tolol Berpolitik. Mamat kat atas ni namanya ialah Tuang Guru Ahmad Amzad Hashim merangkap Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu beb.

Menurut kata si Mamat ni "DAP sedang Menjalankan Agenda Chauvinis CINA DAP bagi Kecenderungan Membetuk Singapura Kedua di Malaysia, Sikap Angkuh dan Gelojoh DAP dalam mencapai Cita-Citanya semakin jelas apabila DAP menolak PAS sebagai Komponen Pakatan Rakyat (PR). Perpecahan ini sedang dituai dengan Rakus oleh DAP serta dengan langkah Agresif".

"Ianya seperti menarik kalangan Orang Melayu Menyertai DAP dan dalam masa yang sama juga Agresif juga Mendaftarkan Masyarakat Bukan Islam sebagai Pengundi untuk menguasai Negara dalam Pilihan Raya Umum, langkah menarik Orang Melayu adalah sebagai persediaan untuk menjadi Calon-Calon Menteri Besar (MB) di Negeri yang mempunyai Sultan dan Raja".

Apa ya ambo nak panggil si Mamat ya beb... muka nampak Cerdik tapi bila keluar kenyataan Sah menampakan Tolol seperti kata Tung Presideng PAS Tuang Guru Haji Abdul Hadi Awang, kalau sudah nama nya Parti DAP tak kan nak laksanakan Dasar Parti PAS Bahlul. Kenyataan si Mamat ni seperti juga lah Kenyataan-Kenyataan Pemimpin UMNO berkaitan dengan DAP.

Yang dia orang tahu hanya lah Berpolitik dengan Sentimen AGAMA BANGSA dan PUAK... hanya bagi menutup Kegagalan Diri yang memang HAPRAK di dalam Meraih Sokongan daripada Rakyat khasnya Orang Melayu. Kalau dulu beb Kerja macam ni yang melakukan nya hanya lah UMNO, tetapi selepas Kejayaan Slogan PAS GANTI UMNO maka nya PAS lah yang buat.

Kalau dah tahu apa yang dilakukan oleh DAP kenapa tak halang dengan cepat-cepat pula Menarik Orang Melayu pula supaya menyertai PAS serta Mendaftarkan Orang Melayu sebagai Pengundi, ini tidak yang dibuat hanya Mengoyang Telor tak kira dimana dan tempat. Jawatan Berebut... Pangkat Mahu... Duit Tak Tolak... tapi bab Kerja dan Tanggungjawap asik Ponteng.

Pelik betul beb... sudah lah mengatakan yang DAP tu Anti Hudud dan Menghina Hudud tetapi sibuk gak masih nak kan lagi bersama DAP dalam PR, bila DAP kata PR sudah Mampos maka Mengelupur berkata yang PR masih Hidup. Oiii mung semua tak ada rasa Malu ke... atau Muka Tak Malu Tampal Kulit Babi 14 Inci sudah mung semua Tukar Hak Milik dari UMNO ke.

Konon nya PAS bukan setakat Parti Politik tetapi adalah satu Gerakan Islam yang mahu Menegakan Hukum Allah SWT diatas Muka Bumi... jadi bertanding dalam Pilihan Raya bukan mahukan Kemenangan semata-mata tetapi lebih lagi iaitu Keredhaan Allah SWT. Tapi bila Bertembung antara Maruah Parti dengan Kepentingan Diri semua nya buat Bodoh aje.

Lepas tu yang Menariknya boleh pulak cakap kalau DAP atau Parti lain boleh buat kenapa PAS tak boleh... ehhh punya lah Bangsat beb sampai mahu melakukan perkara yang sama dengan yang dilakukan oleh Parti lain... sedangkan sebelum ini mengatakan yang PAS bukan nya sekadar Parti Politik tetapi adalah satu Gerakan Islamyang berbeza daripada semua Parti Politik.

Itu sebab ambo katakan yang Manusia jenis ini jika diberi Amanah dan Tanggungjawab bila membuat Kerja Menyeleweng lagi Dasyat dari orang biasa yang melakukan Penyeleweng, jika orang biasa yang melakukan habis kuat dia oarang cakap "bukan ambo sorang yang buat... banyak lagi orang lain buat"... tetapi jika Ulama' yang melakukan maka Menjeler lah Lidah dia orang beb. sumber


hemmmmm..... yang diceritakan kepada ahli hanyalah berkaitan syair arab berbunyi anjing dan serigala menyalak... tapi bab al-quran ada mengatakan berkaitan ulama' jahat seperti anjing menjeler lidah dan kaldai langsung tak cerita beb... kah kah kah

Sabtu, 4 Julai 2015

Najib Kata Nak Saman... WSJ kata Sumber Kami Kukuh... Lawan Najib Lawan... Kah Kah Kah




Tunjukan dan Buktikan bahawa lu dipihak yang Benar wahai Najib BUGIS PATRIOT... jangan Cakap aje Nak Saman tapi Tidak Saman-Saman jugak, ini adalah Peluang Terbaik untuk lu Membersihkan dan Mensucikan Diri lu... Keluarga lu... Sahabat-Sahabat lu... Penyokong-Penyokong lu serta UMNO itu sendiri yang sudah dilihat Kotor seperti Longkang oleh Rakyat. Walaupun cuba Dibersihkan oleh Tuang Presideng PAS dan Mursyidul Am PAS dengan memberi Sokongan kepada lu Tanpa Ragu dan Tanpa Was-Was menjadi Perdana Menteri sampai habis Penggal Parlimen.

Ayuh Najib... Cepat dan Segera Saman terhadap Wall Street Journal (WSJ)... biar segala yang dikatakan FITNAH terhadap lu selama ini betul-betul adalah Fitnah. Dengan ini juga ianya membuktikan bahawa kata-kata Sokong dari Tuang Presideng PAS dan Mursyidul Am PAS adalah tepat dan bukan nya Sokong kerana untuk Membalas Budi lu. Tapi jalan pulak lu belajar dari Tuang Presideng PAS Tuang Guru Haji Abdul Hadi Awang yang lebih suka membiarkan Fitnah sesama Ahli PAS berleluasa di dalam PAS demi untuk mempertahankan Jawatan Presideng PAS.

Secara Peribadi gua pun Tak Mahu meneruskan Tuduhan dan Fitnah terhadap lu jika benar ianya adalah Fitnah, al maklum aje le... gua ni bukan nya jenis Manusia yang Suci dan Bersih dari Dosa seperti Tuang Presideng PAS dan Wala'un-Wala'un kepada Tuang Presideng. Jika Tuang Presideng PAS serta Pemuja-Pemuja Ulama' Tersohor dari Rusila tu lain lah Najib atas sebab dia orang tu memang Suci dari melakukan Kesalahn dan Kesilapan sama ada secara sedar atau pun tidak. Sebab itu apa saja yang keluar dari Mulut Longkang Tuang Presideng adalah Benar Belaka.

Ok lah Najib... kali ni gua Sokong lu untuk Menyaman WSJ yang lu katakan Mengfitnah lu... seelok-elok nya hari ini juga Notis meminta WSJ Memohon Maaf kepada lu disampaikan. Rasa nya tak susah untuk menghantat Notis kerana Dunia sekarang bukan nya seperti dulu lagi. Sekali lagi jangan lu ikut juga Perangai yang Mengaku Ulama' Pewaris Nabi dalam PAS yang membiarkan Ahli PAS Tertunggu sama ada Usul atau Cadangan berkaitan Kerjasama Politik Dengan DAP Dibatalkan diterima atau Dijilat semula, sedangkan ianya dikatakan melibatkan Soal Hukum.  sumber


hemmmmm..... nak tanya lu orang ni... bekas mursyidul am pas sudah balik dari umrah ke belum beb... apa beliau tak nak balik-balik sampai hari raya ke... kah kah kah !.

Mat Sabu Memperli Tuang Presideng Dalam Pengumuman Pakatan Baru Yang Akan Ditubuhkan




Bekas Timbalan Presiden PAS Haji Mohammad Sabu (Mat Sabu) ni sudah lebih beb.... ada ke Mat Sabu kata Islam Tidak Mengajar Kita Menggunakan Perkataan Serigala Anjing atau Jebon, ini sudah terang-terang Mat Sabu Memperli Tuang Presideng PAS Tuang Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang juga Ulama' Tersohor merangkap Naib Ketua Ulama' Sedunia... tak patut tak patut... mung ni memang tak patut lah Mat Sabu.

Mung Sedar tak siapa yang lu Perli tu Mat Sabu... mung tu siapa untuk Memperli Tuang Presideng PAS... berapa banyak sudah Kitab yang sudah mung Khatam berbanding dengan Tuang Presideng PAS tu, mung tak tahu ke yang Tuang Presideng PAS mempunyai ILmu Sastera yang Tinggi dan bukan setakat Ilmu Agama sahaja jika mengikut kata-kata daripada Penyokong-Penyokong beliau yang juga Bakal menjadi Tuang Guru satu hari nanti.

Sudah lah mung tu Tak WALA' kepada Tuang Presideng PAS... ini mung pergi Perli lagi Tuang Presideng PAS Apa Hal Mat Sabu, mung tak takut ke Kena Pecat daripada PAS Mat Sabu. Mung tak tahu ke jika sudah Dipecat bermakana mung sudah Keluar dari Jamaah Islam. Bila sudah Keluar dari Jamaah Islam bermakna itu sudah dikira Keluar dari Islam... mung Tak Takut ke nanti dikatakan sebagai sudah Keluar dari Islam Mat Sabu... selisih Malaikat 44.

Tapi tak apa Mat Sabu... mung jangan risau sangat kerana jika hari ni mung dikatakan sebagai keluar dari Jamaah Islam tapi mungkin satu hari nanti mung akan dikatakan sebagai Tidak Keluar dari Jamaah Islam, kerana itu adalah perkara biasa bagi Tuang Presideng PAS dan Penyokong-Penyokong beliau seperti mana dulu sewaktu Amanat Hadi Hangat Dipasaran. Tapi sekarang tidak lagi kerana menurut Tuang Presideng UMNO tidak Seburuk Firaun.

Kerana bab membuat kerja Pusingan 'U' atau pun membuat Pusingan 'S' adalah sebahagian daripada Amalan Wajib bagi Tuang Presideng PAS serta Penyokong-Penyokong beliau, jika dulu yang keluar dari Mulut Tuang Presideng berkaitan UMNO dan Isi Perut UMNO adalah Firaun... Nambrud... Zalim... Kafir dan yang sewaktu dengan nya tapi sekarang ianya sudah bertukar bahawa Islam tidak Mengajar itu kepada Gerakan Islam.

Mungkin yang diajar oleh Islam kepada Pemimpin Islam ialah memanggil Ahli-Ahli yang bersama Gerakan Islam seperti JEBON... MUNAFIK HARIKI... ISLAM LIBERAL... ANJING dan SERIGALA jika Mempertikaikan KERJA BODOH BERPOLITIK Tuang Presideng Gerakan Islam. Atas sebab Tuang Presideng Gerakann Islam adalah Ulama' Pewaris Nabi, jadi bila sudah Pewaris Nabi maka mungkin juga Ulama' adalah MAksum seperti mana Nabi juga kot.

Berkaitan Ucapan mung yang mengatakan akan Wujud PAKATAN BARU selepas Hari Raya Aidil Fitri... ini mungkin adalah Hadiah Paling Bermakna buat Kepimpinan Baru PAS terdiri dari Golongan yang Mengaku sebagai Ulama' Pewaris Nabi, kerana PAS sudah boleh Menghakmilikan Pakatan Rakyat (PR) sepenuhnya selepas Hari Raya nanti, jadi mung jangan Perasan yang Ulama' PAS tu akan Bersedih jika ada Pakatan Baru wujud ya Mat Sabu... kah kah kah !. sumber


hemmmmm..... kita tengok nanti siapa yang lagi cepat mengumumkan  keputusan... sama ada g18 atau pun majlis syura ulama'... kah kah kah !.

Jumaat, 3 Julai 2015

Mari Dengar Takzirah Dari PM Haji Najib Yang Disokong Oleh Haji Hadi





Takzirah Haji Najib berbunyi-
"Umat Islam tidak akan terjamin masuk Syurga jika hanya Menunaikan Solat tetapi pada masa sama masih bersikap Adu Domba, Kuat Memfitnah dan Menghancurkan Perpaduan, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.Perdana menteri memetik Hadis mengenai Amalan yang mendekatkan Umat Islam dengan Syurga, iaitu Menjaga Akidah, Mendirikan Solat, Menunaikan Zakat dan Menjaga Silaturrahim.Sembahyang Tak Tinggal, tapi Jadi Batu Api, Fitnah, Adu Domba, Hancurkan Perpaduan tak jamin jadi Ahli Syurga".
Tambah Haji Najib lagi "Pakai Lambang Besar pun Tak Jamin Masuk Syurga, ini peringatan untuk Kita Semua, Rakyat Malaysia yang Tidak Bersyukur kerana Memperlekehkan Negara Sendiri sedangkan setiap Negara menghadapi Cabaran tersendiri.Orang Rohingya Naik Bot Menyabung Nyawa, sampai masuk Pantai Malaysia, dia Sujud Cium Tanah Negara Kita. Kita pula yang Kutuk Negara Sendiri. Kita ini yang tidak sedar. Kita ini yang Tidak Syukur kita Hidup di Negara yang Aman dan bertambah Baik lagi". sumber
Memang Tepat dan Sepatutnya Tuang Presideng PAS Tuang Guru Haji Abdul Hadi Awang merangkap Naib Ketua Ulama' Sedunia No 3, memberi Sokongan kepada Datuk Seri Haji Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri (PM) sampai habis Penggal Parlimen, Bukan sahaja Haji Najib dikenali sebagai Perdana Menteri Paling Jujur Dalam Dunia malahan Hajib Najib juga boleh menyampaikan Takzirah buat Jamaah. Bersesuaian lah dengan Slogan-Slogan beliau iaitu Maqasid Syariah... Wassatiyah dan Haramjadah.
Beb... adalah si Wala'un Penyokong-Penyokong si Tuang Presideng PAS membebel dengan kata-kata kenapa asik saja nak Menghentam Tuang Presideng PAS, semua yang si Tuang Presideng PAS tu buat semua nya Tak Kena dan Tak Betul sedangkan Tuang Presideng PAS adalah seorang Ulama' Tersohor Dunia. Kepimpinan Tuang Presideng di iktiraf oleh Dunia Islam, tatepi Ahli PAS sendiri Memperlekehkan Tuang Presideng PAS. Sepatutnya Ahli PAS Menyokong Tuang Presideng yang Umpama seorang Bapak.
Memang sepatutnya Tuang Presideng PAS yang Umpama seorang Bapa tidak Diperlekehkan oleh Ahli PAS, tetapi itu kepada Presdien yang tahu Diri dan Sedar Diri sebagai Presideng sebuah Gerakan Islam. Bukan nya terhadap Tuang Presideng Cakap Berbelit-belit seperti Belitan Serban yang ada kat Kepala Tuang Presideng tu, sudah lah Cakap Berbelit-Belit lepas tu Kaki Fitnah Pil Kuda... Kaki Memecahbelahkan Ssesama Ahli dengan Membiarkan Fitnah dan Kaki Ponteng Persidangan Dewan Rakyat.

Kemudian berkatalah lagi si Wala'un dengan kata-kata Apakah Lim Kit Siang... Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim serta lain-lain Pemimpin Tidak Ponteng Persidangan Dewan Rakyat ke... woiii beb tak kan lu orang nak samakan Standard Perangai Seorang Ulama' Tersohor Dunia yang memimpin Gerakan Islam dengan Pemimpin yang Bukan Ulama' serta yang Bukan memimpin Gerakan Islam.Tak kan lu orang hendak apabila Pemimpin UMNO Makan Rasuah maka Tuang Presideng PAS pun boleh sama ?.
Tak kan Perbezaan antara Kepimpinan Ulama' dengan Kepimpinan yang Bukan Ulama' hanya terletak kepada Pakaian... Pembacaan Ayat Al-Quran dan Hadis semasa Ucapan semata-mata... namun Perbuatan masih boleh lagi lebih kurang dengan Pemimpin yang Bukan Ulama'. Sebab itu jika Pemimpin UMNO boleh Berlagak Hendak Mampos dengan Kenderaan Mewah maka Pemimpin pun PAS boleh berbuat perkara yang sama kerana Pemimpin UMNO serta Pemimpin Parti lain telah melakukan.

Tolonglah beb jangan jadikan diri lu orang sama Taraf dengan Ahli dan Penyokong UMNO... jika Ahli dan Penyokong UMNO memang patut lah berkeadaan begitu jika mengikut kata Tun Mahathir Kutty @Lanun. Itu pun ada dikatakan yang Ahli dan Penyokong UMNO sekarang sudah ada yang mula untuk Keluar dan Bergerak dari Kongkongan Mengikut Kata Pemimpin UMNO Dengan Membabi Buta, tapi nampak nya lu orang Ahli dan Penyokong PAS pula hendak Mengambil Alih dari Ahli dan Penyokong UMNO.


Memang PAS adalah Gerakan Islam yang mempunyai Dasar yang betul... namun jangan lu orang lupa bahawa ianya juga hanyalah sebuah WADAH dan bukan nya AGAMA, jika ianya sebuah Wadah sudah semestinya ianya digerakan oleh Manusia yang sudah tentunya bukan Nabi. Walaupun dikatakan yang Memimpin adalah Ulama' Pewaris Nabi... namun ianya tetap bukan Nabi... Jika bukan Nabi yang Memimpin nya tidak Mustahil Orang yang Memimpin Wadah tersebut terdiri dari Golongan Ulama' Su' (Ulama' Jahat).



hemmmmm..... lu orang tahu tak beb... jika tak ada media sosial yang menghebohkan keadaan mangsa-mangsa negeri kelantan... pemimpin pas negeri kelantan tu pun lebih kurang aje dengan pemimpin umno... tak percaya lu pergi tanya dengan nik amar... kah kah kah !.

Khamis, 2 Julai 2015

Isyarat Awal Dari Mahfuz Omar Yang Mungkin Menolak Lantikan Sebagai AJK PAS Pusat




Sebab itu beliau masih belum Menjawap Surat Lantikan AJK PAS Pusat yang ditawarkan kepada beliau, kerana beliau sedang meneliti Perkembangan dan Keadaan Semasa. Namun dengan keluarnya Kenyataan dari beliau hari ini maka boleh diibaratkan sebagai Kaki beliau sudah pun mula melangkah jauh dari Pintu AJK PAS Pusat. Jelas ianya adalah Kebimbangan beliau terhadap Penerimaan Rakyat terhadap PAS walaupun beliau pernah mengatakan Hidup Mati Politik beliau bersama PAS... itu sebelum Orang Mabuk Pil Kuda menguasai PAS... kah kah kah !.

Jikalau sudah Dato' Mahfuz Omar menyatakan Kebimbangan beliau yang mana mungkin Negeri Kelantan akan terlepas dari PAS... rasanya itu adalah Isyarat Awal yang beliau tidak akan Menerima Lantikan sebagai Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat serta Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen yang ditawarkan kepada beliau. Rasanya PAS Pusat sudah boleh Mengarahkan Setiausha Agong atau Ketua Penerangan belajar-belajar bagaimana menjadi Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen dari sekarang sebelum Mahfuz Omar menyertai Parti lain... kah kah kah !.

Kerana sebelum ini jika hendak diharapkan kepada Tuang Presideng PAS untuk menjadi Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen jawap nya memang Tak Berbahas lah Ahli Parlimen PAS, walaupun sepatutnya Tuang Presideng adalah yang selayaknya jika mengikut kepada Haraki Kepimpinan. Namun oleh kerana beliau bukan lah seorang Ahli Parlimen yang Bertanggungjawap dalam menghadirkan diri dalam Persidangan Dewan Rakyat maka atas sebab itu Dato' Mahfuz Omar terpaksa diberikan Tanggungjawap sebagai Pengerusi Lajnah tersebut... kah kah kah !.

Dato' Mahfuz Omar beb siapa tak Kenal dengan beliau... seorang Pemimpin yang cukup Bijak dan Berpengalaman dalam Politik Tanah Air... yang mana mungkin Kecerdikan serta Kebijakan beliau boleh dan Mampu Mengatasi Kecerdikan Menteri-Menteri dalam UMNO serta Kecerdikan Berpolitik Seluruh Kepimpinan PAS yang ada pada masa kini. Termasuk lah Kecerdikan Berpolitik Tuang Presideng PAS Tuang Guru Datuk Seri Haji Hadi jika pun ada... itu pun jika ada Kecerdikan  beb seperti yang didakwa oleh Penyokong-Penyokong  beliau...  kah kah kah !.

Kalau tidak tak kan Tun Mahathir pun boleh sama Terikut dengan Kerja Gila beliau berkaitan Pembunuhan Warga Monggolia Altantuya Sharibu, itulah Kehebatan yang ada pada Dato' Mahfuz Omar. Tapi kerana Ketololan dan Kebahlulan yang Mengaku sebagai Ulama' Pewaris Nabi Berpolitik maka beliau termasuk didalam Kumpulan JEBON semasa Pemilihan PAS, lepas tu boleh pulak yang mengaku sebagai Ulama' Pewaris Nabi buat Muka Tak Malu Tampal Kulit Babi 14 Inci dengan Melantik beliau sebagai Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen bagi pihak PAS... kah kah kah!. sumber


hemmmmm..... mahfuz... ulama' tu peduli apa jika kalah sekali pun atas sebab ulama' tu masuk bertanding bukan untuk menang tapi mencari keredhaan allah swt... itu sebab dia orang mana ada ambil gaji ahli parlimen... kalau dia orang pun semua nya dia orang bagi kat mangsa banjir negeri kelantan... kah kah kah !

Suruh Nik Amar Jual Kereta Beliau Untuk Bayar Saman Bagi Pihak KIAS... Kah Kah Kah



Apa ada benda RM200,000.00 bagi Ulama' yang Zuhud seperti Naib Presideng PAS merangkap Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Nik Abdullah. Gua ingat kereta beliau aje jika Dijual sudah boleh untuk membayar Saman yang terpaksa dibayar oleh Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) atas Kerja Bodoh Nik Amar tu. Tak kan seorang Ulama' tak nak Bertanggungjawap kot diatas Kerja Bodoh Bin Tolol beliau tu... mustahil beb... kah kah kah !.

Sikap dan Perangai Pemimpin yang Ulama' dengan yang Bukan Ulama' mesti ada beza beb... tak kan beza nya hanya Cakap dengan Air Liur Basi aje... Pung Pang Pung Pang Jihad... Isle... Istiqamah tapi bab Tanggungjawap lebih kurang aje dengan Pemimpin UMNO. Jika Penjawat Awam seperti Anggota Keselamatan akan dikenakan Tindakan Displin jika Cuai Menjalankan Tugas kenapa pulak Pemimpin boleh terlepas dari Tindakan Disiplin beb... kah kah kah !.

Lebih-lebih lagi Pemimpin berstatus Ulama' Zuhud seperti Nik Amar sepatutnya lagi lah perlu Bertanggungjawap, tak gitu Nik Amar. Tak kan Pemimpin yang buat Kerja Bodoh maka Harta Rakyat Kelantan yang menjadi Mangsa Kerja Bodh Pemimpin, sudah lah Menambah jauh sekali... lepas tu nak Merugikan lagi. Tapi beb rasanya Ulama' PAS yang Zuhud seperti Nik Amar tu akan Bertanggungjawap dengan apa beliau lakukan... Ulama' tu beb... kah kah kah !.

Itu lah dikatakan jika Hati tu dah Busuk seperti Pemimpin UMNO maka Tindak Tanduk pun mestilah Menyerupai Pemimpin UMNO kalau pun tak lebih... bila sudah Jawatan dan Kedudukan ada dalam Gengaman maka Hilang Kewarasan Berfikir dan Bertindak. Gua rasa lah ini Manusia andai kata menjadi Kerajaan di Pulau Pinang pada waktu PAS dan DAP sedang Berkrisis maka entah berapa banyak lah Ahli DAP yang akan kena Pecat dari Kerajaan... kah kah kah !.

Sedangkan sesama Ahli PAS pun dia orang sanggup untuk Memecat... ini kan pulak bila sudah Ahli DAP... cerita bab Agama perggghhhh bagai tak ada Keburukan pada Diri dia orang' tu beb... bila bercakap orang lain Barua lah... Tolol lah... Anjing lah... Serigala lah... kemudian selitkan dengan Ayat Al-Quran dan Hadis yang bersesuaian dengan Tekak dan Selera dia orang, pada hal nya Perangai dan Perbuatan sebiji tak berbeza dengan Ulama' Su' (Ulama' Jahat)... kah kah kah !.

Sebab itu bila Husam Musa Digugurkan dari Jawatan Exco Kerajaan Negeri Kelantan gua sikit pun tak percaya yang Baginda Sultan dikatakan Menolak Husam Musa sebagai Exco, entah apa yang dia orang cakap kat Sultan entah lah. Ini jika melihat kepada Tindak Tanduk dan Kerja Kotor dia orang, pada gua dia orang ni memang JAHAT beb, kalau yang Jahat jenis tak tahu Hukum Hakam ok jugak lah... ini mengaku sebagai Ulama' Pewaris Nabi beb... kah kah kah !.

Kalau dah Perangai lebih kurang Pemimpin UMNO sudah semesti nya lah Harta dia orang pun lebih kurang gak dengan Pemimpin UMNO... tak tahu lah pulak banyak mana... kalau dah boleh mempunyai Kenderaan berharga RM430 Ribu lu orang sendiri fikir lah beb. Cuba lu orang bayangkan jika da orang ni mendapat Kuasa Diperingkat Kerajaan Pusat, cuba gak bayangkan beb... jawapnya Rakyat jugak yang Mampos kena Tipu Hidup-Hidup... kah kah kah !. sumber


hemmmmm..... sayang pas sebuah parti yang mempunyai dasar yang betul tetapi dipimpin oleh ulama' yang gilakan keduniaan... umpama rumah yang majoriti nya telah didiami oleh orang gila yang tak nampak gila... hakkkk tuihhhh !.

Rabu, 1 Julai 2015

Minyak Naik Lagi... Terima Kasih PM Najib... Terima Kasih Haji Hadi Kerana Menyokong Najib... Kah Kah Kah




Terima Kasih banyak-banyak lah Tuang Presideng PAS Tuan Guru Haji Hadi kerana Sokongan Tuang Presideng PAS supaya Perdana Menteri (PM) Paling Jujur Dalam Dunia terus menjadi PM sampai habis Penggal Parlimen, cukup Cerdik Tuang Presideng dalam Berpolitik. Mungkin dalam Dunia ni tiada Pemimpin Pembangkang yang Secerdik Tuang Presideng PAS kerana Strategi Politik dengan terus memberi Sokongan kepada PM paling Jujur Dalam Dunia... kah kah kah !.

Kerana Sokongan Tuang Presideng kepada PM Najib maka Rakyat akan bertambah Marah kepada UMNO dan dengan itu mudah lah Pembangkang terutama nya Parti PAS memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijadualkan dalam masa 3 Tahun lagi dari sekarang, nak tanya Tuang Presideng sikit... agak-agak Tuang Presideng lah dalam jangka masa 3 Tahun akan datang apa lagi lah Balak dan Musibah yang akan diterima oleh Rakyat Malaysia... kah kah kah !.




Tapi tak apa... Tuang Presideng jangan Bimbang kerana Rakyat terutama nya Penyokong Tuang Presideng akan tetap Istiqamah Hingga Kemenangan walaupun terpaksa menghadapi berbagai Kerja Durjana dari Pemimpin UMNO terutama nya PM Najib yang Tuang Presideng Sokong, jika tak kerana Kebijaksanaan Tuang Presideng Berpolitik mungkin Najib tidak lagi menjadi PM dan Peluang Pembangkang untuk Menang dalam PRU14 agak tipis... kah kah kah !.

Harap-harap lu orang Bersyukur dengan Kenaikan Harga Minyak sebanyak RM0.10 Sen lagi hari ini, kerana dengan itu akan Bertambah lagi lah Kemarahan Rakyat Malaysia kepada UMNO... dengan itu juga ianya akan Mencerahkan lagi harapan PAS untuk mengalahkan UMNO dalam PRU14 nanti. Jangan lu orang lupa juga untuk Mengucapkan Ribuan Terima Kasih yang tak terhingga kepada Tuang Presideng PAS atas Kebijaksanaan beliau Berpolitik... kah kah kah !.

I Love U Tuang Presideng PAS Tuang Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang... muahhhhh... muahhhhh...  muahhhhh... kah kah kah !


hemmmmm..... orang pas ganukite... bijak weiiiii tuang presideng mung dan tuang mursyidul am berpolitik... kah kah kah !.

No Plat PATRIOT... Merompak Harta Rakyat Secara Halal Wal Toyibah Atas Nama Yayasan




Bijak Bijak... dikatakan Hasil dari Lelongan No Plat PATRIOT tersebut boleh mencecah sehingga antara RM10 Juta ke RM15 Juta namun yang diperolehi oleh JPJ adalah dalam sekitar RM1 Juta Untung Kasar... yang selebih nya adalah Kepunyaan pihak Yayasan Patriot Negara (YPN). Bayangkan beb berapa banyak Kepunyaan Rakyat Hilang dengan secara Nampak atau secara Halal Wal Toyibah, itu yang nampak... manakala yang Tak Nampak pulak tak tahu lah berapa banyak.

Selepas Isu IMDB... Isu Tabung Haji... Isu Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini timbul pula Isu No Plat PATRIOT yang mana YPN adalah sebagai Pihak MELELONG yang mewakili Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)... ini lah namanya Merompak Harta Secara Halal WaL Toyibah beb... tubuhkan Yayasan kemudian Mohon sesuatu yang boleh Mendatangkan Keuntungan dengan Cepat, tiada Unsur Rasuah... tiada Unsur Penyelewengan... tiada Unsur Penipuan dan Unsur-Unsur yang Meragukan.

Apa nak buat beb... bukan nya salah Pemimpin sahaja tetapi juga Salah Tangan yang Memilih Pemimpin tersebut... sebab itu dikatakan "Pemimpin terhasil dari tangan Pengundi yang memilih Pemimpin", bermakna jika Pemimpin yang dipilih adalah Perompak dan Penyamun maka tentu lah Pengundi yang mengundi Pemimpin tersebut terdiri dari Pengundi yang Tolol. Tak mungkin Pengundi yang Cerdik akan Mengundi Perompak dan Penyamun sebagai Pemimpin dia orang... kecuali Gila.

Oleh itu Memang betul lah apa yang dikatakan oleh Penyokong-Penyokong Tuang Presideng PAS bahawa Tuang Guru Haji Hadi seorang Ulama' yang cukup Bijak dalam Berpolitik, bila Menyokong Perdana Menteri (PM) Paling Jujur Dalam Dunia Datuk Seri Haji Najib terus menjadi PM sehingga habis Penggal Parlimen. Kerana jika Najib terus menjadi PM maka Rakyat akan Bertambah Marah dengan UMNO, oleh itu Mudah lah PAS Menumbangkan UMNO dalam Pilihan Raya Umum KE-14 (PRU14).

Soal berapa banyak lagi Harta Rakyat yang akan Hilang itu tak menjadi masalah kerana yang pasti UMNO dapat ditumbangkan, soal Rakyat akan Menderita dan Sengsara selama dalam jangka masa 3 Tahun sebelum habis Penggal Parlimen ianya adalah JIHAD dan PENGORBANAN Rakyat. Untuk menumbangkan Regim UMNO maka Rakyat perlu lah Istiqamah Hingga Kemenangan... jangan Pertikaikan apa yang Tuang Presideng katakan... bukan ke beliau adalah Ulama' Tersohor Dunia.

Jika sudah Dunia Mengiktiraf Tuang Presideng PAS Tuang Guru Haji Hadi Awang sebagai Pemimpin Islam serta Ulama' Tersohor Dunia... tak kan Ahli PAS tidak boleh membenarkan apa sahaja yang dilakukan serta apa saja yang diucapkan oleh Tuang Presideng seperti Broker Barua Tolol Anjing dan Serigala, bukan kah itu menggambarkan betapa Tinggi nya Ilmu Sastera yang dimiliki oleh Tuang Presideng PAS... yang mana ianya mungkin tidak dimiliki oleh lain-lain Pemimpin dalam PAS.

Untuk itu sesiapa yang mengatakan bahawa Tuang Presideng PAS sebagai Tolol Berpolitik sebenarnya dia lah yang Tolol... siapa yang menuduh Tuang Presideng PAS sebagai cakap Berbelit-belit seperti Belitan Serban yang ada kat Kepala Tuang Presideng sebenarnya dia lah yang cakap Berbelit-belit seperti Serban yang ada kat Kepala Tuang Presideng... sesiapa yang mengatakan bahawa Tuang Presideng adalah Kaki Fitnah Pil Kuda sebenarnya dia lah yang membuat Ftnah tersebut.

Begini lah beb... jika Yakin dengan apa yang dikatakan oleh Tuang Presideng PAS tu, apakata suruh Tuang Presideng PAS tu bertanding di Negeri Pantai Barat jangan hanya duduk dalam Kandang Sendiri kat Rusila tu. Sifat Ulama' adalah Mengembangkan Dakwah. Tunjukan dan Buktikan bahawa Ucapan beliau yang mahukan Najib terus menjadi PM sampai habis Penggal adalah Benar dan bukan seperti yang dikatakan bahawa beliau sudah Termakan Budi dengan Najib.

Minta maaf lah beb kerana lambat Kemas Kini blog... al maklum aje le sekarang ni kan ke Cukup Bulan... jadi sebagai yang Makan Upah melalui Penulisan maka hari ni adalah hari untuk Menuai Hasil beb..biasalah bila sudah membuat kerja seperti yang diarahkan maka semestinya Cukup Bulan dapat lah Gaji... rasa lu orang Gaji gua ni Halal Wal Toyibah ke atau Haram Wal Jadah beb... bukan apa bak kata orang Tua-Tua jika Tidak Tahu Bertanya... gua tak nak lah jadi seperti Tolol Berlagak Sombong.


hemmmmm..... ada tiga tahun lagi untuk parlimen dibubarkan... sokongan terhadap najib semakin hari semakin bertambah... ialah ahli pas aje 1 juta lebih... yang mana dikatakan 80% wala'un pada presideng... jika presideng kata najib kekal maka ahli pas pun kata najib kekal... kah kah kah !.

Selasa, 30 Jun 2015

Majlis Syura Ulama' Hanya Akan Bermasyuarat Selepas Aidil Fitri... Hancussssss




Macam mana Tak Hancusss nya beb... hanya untuk Majlis Syura Ulama' (MSU) Bermasyuarat sahaja bagi Memutuskan Usul yang Diluluskan oleh Muktamar PAS Tanpa Bahas, yang di Cadangkan oleh Dewan Ulama' PAS Pusat (DUPP) saja memerlukan masa Berbulan-bulan... tak ke kerja Gila nama nya tu beb... jika ini lah Manusia nya yang hendak dibagikan Amanah dan Tanggungjawap sebagai Pemerintah jawapnya lu orang sendiri jawap lah beb... kah kah kah !.

Ketua DUPP Datuk Dr. Mahfodz Muhammad menyatakan bahawa Usul dari DUPP yang hendak diputuskan oleh  MSU hanya dibuat selepas Sambutan Aidil Fitri, tak pasti selepas Aidil Fitri tu bermaksud apa... sama ada selepas Aidil Fitri tu apakah selepas Solat Aidil Fitri atau selepas Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Pusat atau pun selepas Perjumpaan Aidil Fitri antara Tuang Presideng PAS dan Ulama' PAS dengan Tuang Presideng UMNO serta Ulama' UMNO... kah kah kah !.

Cuba lu orang bayangkan Tuang Presideng PAS Tuang Guru Haji Hadi Awang menjadi Perdana Menteri (PM)... di Takdirkan PM tersebut pergi mengerjakan Umrah selama Dua Minggu... apa akan jadi dengan Rakyat dan Negara... sedangkan Keputusan tidak boleh dibuat oleh Pemimpin yang masih ada dalam Negara... kerana ianya melibatkan Pentadbiran dan soal Hukum Hakam... bila Pemimpin lain yang membuat Keputusan maka Tak Wala' pulak... kah kah kah !.

Sebenarnya beb Ulama'-Ulama' PAS sekarang ni sedang menjalankan kerja BARUA dan BROKER UMNO bagi Mengambil Alih Kerajaan Negeri Selangor dari PKR dan DAP... ini bagi menjadikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar (MB) Selangor semula, Sebab itu beliau mengatakan yang beliau bersedia untuk menjadi MB semula jika mendapat Sokongan Majoriti Mudah. Kerana itu Masyuarat MSU Ditangguhkan dulu selewat yang mungkin... fulus beb... kah kah kah !. 

Ini lah Hasil dari kerja-kerja Ulama' yang lebih Menggunakan Kepala Lutut, Siku dan Cakar Rimau... Usul Sandiwara yang Berjaya Mempengaruhi Perwakilan PAS sebelum Pemilihan PAS akhirnya Memakan Diri. Bila dikatakan BODOH BAHLUL TOLOL BERLAGAK dan SOMBONG HENDAK MAMPOS Berpolitik nanti dikatakan Tidak Wala'un, sedangkan sendiri yang cari Penyakit. Konon nya Ulama' Serba Boleh lah... ya lah ini lah dia Ulama' Serba Boleh  dan serba Cerdik... kah kah kah !.

Yang gua nampak betul boleh dilakukan oleh kebanyakan Ulama' dalam PAS Tanpa Was-Was hanya lah Mengeluarkan Kenyataan dari Mulut Longkang dia orang masing-masing... tak kira sama Ulama' Tua mahu pun Ulama' Muda. Jika Ulama' Tua akan mengeluarkan perkataan seperti Barua,Broker, Tolol, Anjing dan Serigala. Manakala Ulama' Muda pulak mengatakan Kepala Lutut, Siku dan Cakar Rimau... sepatutnya tambah lagi Kepala Bana yang ada dalam Jubah tu... kah kah kah !.

Ini sebenarnya berkisar dalam soal mengutamakan Pangkat, Jawatan, Kedudukan dan Fulus aje... bukan dalam soal Halal Wal Toyibah dan Haram Wal Jadah, jika mengutamakan soal Hukum semestinya ia dilakukan dengan segera dan bukan nya dengan Berbelit seperti Belitan yang ada kat Kepala Ulama'-Ulama' PAS. Kerana memikirkan soal ANAK HANTU yang sedang memegang Jawatan... memikirkan soal Kroni yang akan terbang Kedudukan... jadi kena lah tangguhkan... kah kah kah !.

Bila hendak Jawatan Berebut... Pangkat Mahu... bila dah dapat Jawatan dan Pangkat mula lah Kelam Kabut sampai terpaksa Melantik JEBON yang Kalah menjadi Pengerusi Lajnah... tapi yang Pelik nya sudah macam itu punya HAPRAK punya Pemimpin pun masih ada gak lagi Ahli PAS yang Menyokong Tindakan Pemimpin tersebut, mungkin lah kot ini adalah hasil kejayaan Slogan PAS GANTI UMNO. Bermakna semua Hak Milik UMNO ditukar Hak Milik kepada PAS.... hakkkk Tuihhhh !.


hemmmmm..... agak-agak lu orang berapa persen barua dan broker umno tu dapat jika ditakdirkan tan sri khalid ibrahim dapat menjadi mb selangor semula... kah kah kah !.

Isnin, 29 Jun 2015

Kenyataan Anjing Dan Serigala Hanya Helah Bagi Menutup Kerja Kotor Tuang Presideng Dengan UMNO




Ini lah dia kerja Ulama' Su' (Ulama' Jahat) beb... Sedaya Upaya akan cuba Melindungi Kerja Jahat dan Kotor disebalik Jubah yang Labuh serta Serban yang Berbelit-belit, sebab itu sehingga hari ini mana ada keluar kenyataan dari MULUT LONGKANG Tuang Presideng PAS berkaitan Rang-Rang Undang (RUU ) Persendirian yang Gagal Dibentangkan dalam Dua Sidang Dewan Rakyat yang telah berlangsung sebelum ini. Apatah lagi untuk mengatakan yang UMNO sebagai PENIPU kerana tidak membenarkan ianya dibentangkan.

Untuk Menutup supaya Kerja Jahat dan Kotor beliau bersama UMNO tetap menjadi Rahsia antara beliau dan UMNO, maka pihak yang Mempertikaikan Cara dan Kaedah RUU Persendirian tersebut dibawa ke Parlimen dikatakan sebagai Penentang Hukum Hudud dan setelah RUU Persendirian Gagal Dibentangkan di Parlimen dikatakan pula Pihak tersebut sebagai Anjing dan Serigala Menyalak Bukit. Cukup Bijak Tuang Presideng PAS Berpolitik beb... ini lah nama nya Kepimpinan Ulama' Dunia.

Disini jugalah Kegagalan Golongan yang bukan Ulama' membaca Tipu Muslihat Kotor Tuang Presideng berkaiatan RUU Persedirian yang mana bila Tuang Presideng mengatakan Keyakinan Tanpa Was-Was Sokongan UMNO terhadap RUU Persendirian, yang sebenar nya hanyalah bagi Memancing Tentangan dari Golongan yang dikatakan sebagai Jebon. Ini bagi memberi Gambaran kepada Ahli PAS bahawa Jebon adalah Penentang RUU Persendirian yang akan beliau bawa ke Parlimen dengan Sokongan dari Umno.

Kerana itu juga RUU Persendirian dibawa ke Parlimen untuk Dibentangkan tanpa Pengetahuan Ahli Parlimen PAS yang lain termasuk Ketua Whip Ahli Parlimen PAS Dato Mahfuz Omar, kerana tujuan Tuang Presideng ialah bagi menambahkan lagi Bantahan Ahli Parlimen PAS terhadap RUU Persendirian tersebut. Walaupun pada Hakikatnya yang ditentang adalah Cara dan Kaedah RUU Persendirian hendak Dibentangkan serta Tentangan terhadap Keyakinan Tanpa Was-Was beliau berkaitan Sokongan dari UMNO

Itulah sebenar nya Perancangan Tuang Presideng bersama UMNO... sedangkan jika dilihat dan diteliti Keyakinan beliau terhadap Keikhlasan UMNO untuk menyokong RUU Pesendirian di Parlimem bukan lah dalam Peratusan yang Rendah, bahkan boleh dipinjam kata-kata Calon UMNO/BN yang Kalah di Kawasan Parlimen Shah Alam dalalm Pihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) iaitu 110%. Begitu lah gambaran yakin nya Tuang Presideng PAS terhadap Keikhlasan UMNO untuk Menyokong RUU Persendirian tersebut.

Tetapi kenapa setelah Gagal Dibentangkan RUU Persendirian tersebut tiada Riaksi Kecewa dari Tuang Presideng yang sebelum itu cukup Berkeyakinan bahawa UMNO akan Menyokong... tak ada beb... yang ada beliau katakan adalah berkaitan Pihak yang konon nya Menentang RUU Persendirian, tanpa ada satu pun beliau menyentuh berkaitan Kegagalan RUU Persendirian dibentangkan di Parlimen. Kerana apa beb kerana beliau memang sudah tahu yang RUU Persendirian tersebut tidak akan Dibentangkan.

Yang mana Tujuan dan Maktlamat Asalnya adalah untuk Mempengaruhi Ahli PAS terutama nya sebelum Masyuarat Agong Tahunan PAS Cawangan dan Kawasan... dan Kemuncak bagi Tipu Muslihat beliau dalam Mempengaruhi Perwakilan PAS ialah dengan Sandiwara Usul yang dikatakan hanya baru Cadangan dari Dewan Ulama' PAS Pusat (DUUP) iaitu Kerjasama Politik Dengan DAP Dibatalkan telah beliau Arahkan untuk Diluluskan Tanpa Bahas. Kesudahan nya sampai sekarang masih Tergantung Tak Bertali.

Sebab itu gua katakan bahawa Tuang Presideng PAS yang juga merangkap Naib Ketrua Ulama' Sedunia ni memang Layak dipanggil MUNAFIK... PENIPU dan KAKI FITNAH, kerana itu juga beliau boleh bercakap Berbelit-Belit tanpa rasa ada rasa Malu dan Segan, beliau sanggup menjadikan orang lain sebagai Kambing Hitam dengan Menggelarkan nya sebagai Anjing dan Serigala Menyalak Bukit asalkan beliau dapat Menutup Kerja Kotor beliau. Seolah-olah Fitnah sudah tak dapat lagi dipisahkan dengan beliau.

Memang elok betul dan bertepatan bila Pakatan Rakyat (PR) tu MAMPOS beb... dan Pakatan 2.0 yang akan ditubuhkan seelok-elok nya Tanpa PAS andai kata PAS masih Berketuakan si Munafik yang Kaki Penipu dan Kaki Fitnah tu... kerana sedikit sahaja ONAR yang beliau lakukan di hari Penamaann Calon maka Harapan untuk Rakyat melihat Terkubur UMNO/BN dalam PRU14 pasti nya akan HANCUR dan Rakyat terpaksa menunggu 5 Tahun lagi untu harapan tersebut Tercapai dan 5 Tahun lagi lah Rakyat akan Menderita. 

Tapi bagi sesetengah Pemimpin PAS berstatus Ulama' mana ada dia orang ambil Peduli berkaitan Penderitaan dan Kesengsaraan Rakyat... yang penting adalah Tembolok dan Perut dia orang, soal Rakyat Menderita dan Sengsara boleh pergi Mampos... janji dia orang boleh Hidup Senang dengan hanya menjual Air Liur Basi. Sebab itu juga jika Pemimpin UMNO/BN layak untuk Dikencingkan Kubur dia orang kerana Membuat Rakyat Menderita... sebenar nya Pemimpin PAS yang sebegini pun layak juga dilalukan sebegitu.

Atas sebab tak ada beza nya antara dia orang dengan Pemimpin UMNO/BN... kerana tindak Tanduk dia orang lah antara Penyebab kenapa UMNO/BN dapat terus Memerintah Malaysia sampai sekarang, tapi biasa lah beb sudah dasar nya Ulama Su' maka segala Putar dan Belitan digunaka bagi Menghalalkan Cara. Maka terdengar lah ucapan yang berbunyi "Bertanding Dalam Pilihan Raya Bukan Untuk Menang Semamta-mata"... "Jika Allah Mahu PAS Menang Maka PAS Akan Menang Walaupun Bersendirian".

Tapi bab Kenaikan Gaji Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tak ada pulak terdengar "Kami YB Dari PAS yang berstatus Ulama' Pewaris Nabi Tidak Mahu Kenaikan Gaji... Atas Sebab Kami Bertanding Dalam Pilihan Raya Bukan Untuk Menang Tetapi Untuk Mencari Keredhaan Allah SWT"... usahkan nak cakap macam itu tetapi untuk Membantah semasa ianya Dibentangkan oleh Ahli Parlimen dan ADUN UMNO/BN pun jauh Panggang Dari Api... mungkin didalam hati dia orang minta UP lagi lebih beb... hakkk Tuihhhh


hemmmmm..... lu orang tengok lah nanti jika pakatan 2.0 tertubuh tanpa pas maka harapan untuk melihat pas dan umno bersedudukan secara sah dapat dilihat dengan mata dan kepala lu orang... ini ular dalam semak kalau tersepit apa pun jadi halal wal toyibah... kah kah kah !.

Ahad, 28 Jun 2015

Jika Penentang Hudud Dikatakan Anjing... Apa Yang Hendak Dipanggil Kepada Ulama' Su' Kaki Fitnah dan Penipu




Mungkin Tuang Presideng PAS Tuang Guru Hajai Hadi punya Pandangan beliau dengan mengatakan orang Mempertikaikan cara beliau membawa Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah sebagai Penentang Hukum Hudud... tak apa beb itu pandang beliau jadi biarkan pandangan tersebut bersama beliau. Kerana jika sudah Pandangan beliau terhadap orang yang mempertikai Cara dan Kaedah beliau membawa RUU lebih kepada Penentang Hudud... ok lah kita hormat Pandangan yang Mengaitkan Penentang Hukum Allah SWT sebagai Anjing dan Serigala.

Cuma nak bertanya kepada Tuang Presideng PAS merangkap Naib Ketua Ulama' Sedunia , bagaimana ya jika ada yang beranggapan bahawa Tuang Presideng adalah seorang Ulama' yang Kaki Fitnah dan Penipu... berdasarkan kepada Tuduhan Tanpa Bukti Tuang Presideng yang mengatakan bahawa Calon PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah Pengedar Dadah jenis Pil Kuda. Juga bagaimana jika ada yang beranggapan bahawa Tuang Presideng adalah Kaki Penipu bila mempercayai UMNO konon nya akan Menyokong RUU berkaitan Hudud.

Jika Tuduhan Tuan Presideng berdasarkan kepada Pandangan dan Penilaian Tuang Presideng terhadap orang yang mempertikaikan Cara Tuang Presideng membawa RUU tersebut ke Parlimen sebagai Penentang Hudud serta menyamakan ianya seperti Anjing dan Serigala menyalak Bukit, bagaimana pula Anggapan dan Penilaian dimata orang lain bahawa Tuang Presideng sebenarnya  adalah seorang Ulama' Su (Ulama' Jahat) yang ada dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW didalam Hadis Baginda berdasarkan Tindak Tanduk  serta Percakapan Tuang Presideng yang Berbelit.

Tak kan hanya Tuang Presideng sahaja yang boleh membuat Pandangan dan Penilaian terhadap orang lain, manakala orang lain pula Diharamkan untuk membuat Pandangan dan Penilaian terhadap Tuang Presideng atas sebab Tuang Presideng adalah seorang Ulama' merangkap Naib Ketua Ulama' Sedunia. Wahhhh banyak Cantik Muka Tuang Presideng ya... Tuang Presideng buat dibolehkan dan Halal Wal Toyibah manakala orang lain tidak boleh membuat Pandangan dan Penilaian terhadap Tuang Presideng maka jadi Haram Wal Jadah... wahhhh hebattttt tu.

Sudah-sudah lah Tuang Presideng.... cukup-cukup lah Menipu dan Memperbodohkan Ahli PAS... mungkin Tuang Presideng berjaya Menipu dan Memperbodohkan sebahagian Ahli PAS namun tidak mungkin Tuang Presideng mampu dan boleh Menipu dan Memperbodohkan Seluruh Ahli PAS yang ada. Kerana Ahli PAS sebahagian besar adalah terdiri dari yang Cerdik Pandai dan bukan nya seperti Ahli UMNO yang dikatakan telah berpuluh tahun Cerdik Pandai Tak Masuk UMNO. Jangan nantikan Tuang Presideng dikenang sebagai Ulama' SU'.

Biarkan lah Anak Bapak dan Anak Hantu Tuang Presideng membina Tapak Politik dia orang dengan sendiri, jangan kerana mereka Taung Presideng menjadi lebih TERUK lagi Perangai dari Pemimpin UMNO. Belajar lah Tuang Presideng mempunyai Muka dan Perasaan Malu kerana Malu juga jika tak silap gua adalah sebahagian dari IMAN. Politik hari ini adalah Politik Maklumat Dihujung Jari... yang mana segala Perbuatan dan Percakapan Ahli Politik boleh Diulang Tayang, hentikan lah membuat Ulasan yang Berbelit-belit macam Belitan Serban Tuang Presideng kat Kepala tu.

Ok ya Tuang Presideng... rasa nya gua pun dah Penat lah Melayan Kerenah Tuang Presideng yang Tak Sedar Diri ni... apa-apa pun gua Ucapkan Selamat Berpuasa untuk hari ini dan Selamat Berbuka Puasa bila sampai waktu Berbuka nanti, tumpang tanya sikit hari ni Berbuka kat mana Tuang Presideng. Jika ada Kelapangan pergi lah lawat Mangsa-Mangsa Banjir yang masih lagi Duduk dalam Kemah di Negeri Kelantan tu... jangan nanti dikatakan orang cakap Pung Pang Pung Pang berkaitan Islam tetapi Umat Islam masih lagi Merempat seperti Pelarian dalam Kemah.

Assalammualaikum Tuang Presideng !.


hemmmmm..... tuang presideng ni memang lah jenis bodoh berpolitik... berlagak nak mampos... dan sombong tolol... kah kah kah !.

Kecerdikan Berpolitik Sebegini Yang Tiada Pada Ulama' dan Lebai Mercun PAS




Kalau tidak pun Secerdik dan Sebijak Pemimpin PAS seperti YB Mahfuz Omar yang termasuk didalam Kumpulan JEBON, MUNAFIK HARIKI, ISLAM LIBERAL serta KUDA TUNGGANGAN DAP dalam Berpolitik... Berbahas serta Berucap tidak juga menjadi Masalah sangat beb, namun sudah lah BODOH BAHLUL dan TOLOL Berpolitik kemudian BERLAGAK dan SOMBONG HENDAK MAMPOS. Seolah-olah kerana digelar sebagai Ulama' Pewaris Nabi maka sudah menghampiri Sikap dan Perangai seperti Nabi. Pada hal nya Hati dan Perasaan masih lagi Terlalu Sayang dengan Keduniaan hingga terlalu takut hilang Pangkat dan Jawatan walaupun Mulut meyebut Jihad.

Sebenarnya Golongan Bodoh Berpolitik tetapi Sombong Berlagak Nak Mampos, yang Menang didalam Pemilihan PAS baru-baru ini bukan lah di atas dasar Ketokohan dan Kepimpinan untuk menjadi Pemimpin tetapi lebih kepada menggunakan Kaedah dan Cara-Cara sebagaimana Pemimpin UMNO memenangi Jawatan dalam Pemilihan UMNO. Antara cara-cara yang digunakan ialah jika boleh Fitnah maka Fitnah... jika boleh Pijak maka Pijak... jika boleh Jilat maka Jilat... soal Halal Wal Toyibah atau pun Haram Wal Jadah itu nanti ada Nas-Nas dan Hadis-Hadis yang boleh diguna pakai untuk Membersihkan segala Perbuatan Kotor tersebut.

Habis banyak Golongan yang Mengaku dan Mendakwa sebagai Ulama' Pewaris Nabi katakan adalah Kerajaan Umno/Bn sebuah Kerajaan yang Zalim bla bla bla bla... itu pun jika mahu mengatakan yang Kerajaan UMNO/BN adalah Zalim, jika ada yang sudah Termakan Budi dengan Pemimpin Umno maka untuk mengatakan yang Kerajaan UMNO/BN Zalim mungkin tidak lagi Sanggup walaupun Sejarah Menceritakan ada sesetengah Pemimpin PAS sebelum itu jika keluar sahaja dari mulut beliau tak lain hanya lah Taghud... Nambrud... Firaun... Munafik... Kafir dan Amanat Hadi tetapi pengakhiran nya adalah berbunyi UMNO Tidak Seburuk Firaun.

Sehinggakan Pemimpin tersebut yang dikatakan oleh Penyokong beliau sebagai Ulama' Tersohor Dunia boleh lagi dan sanggup berkata dalam hal Pemimpin yang Terkenal Diseluruh Dunia sebagai Perdana Menteri Paling Tidak Jujur, supaya Tidak Meletakan Jawatan atas alasan untuk diberi peluang bagi Memperbetulkan Kesilapan yang dilakukan. Hanya itu lah sahaja Pandang Cetik yang mampu diberikan oleh yang Mengaku sebagai Ulama' Pewaris Nabi, jelas Hakikatnya Gelaran Ulama' diberi hanya berdasarkan Hafalan kepada Ayat Al-Quran dan Hadis tetapi bukan nya kepada Penghayatan terhadap Isi Kadungan Ayat Al-Quran dan Hadis.

Sebab itu Pemimpin tersebut boleh Menggelarkan Ahli PAS sebagai BARUA BROKER dan TOLOL serta menyuruh Ahli supaya Keluar dari PAS walaupun kemudian nya membuat U-Turn dengan kata-kata Ahli PAS Akan Tenggelam Jika Tidak Bersama PAS, tetapi tidak sanggup untuk mengatakan supaya Perdana Menteri Paling Jujur Dalam Dunia Meletakan Jawatan. Itu lah dia Sikap Pemimpin yang dikatakan sebagai Ulama' Tersohor Dunia walaupun Hakikat hanya Tersohor disekitar 30 Kilometer persegi Kawasan Rusila, sebab itu beliau hanya selalu Menang di Dewan Undangan Negeri Rhu Redang tetapi tidak di Parlimen Marang yang selalu beliau Kecundang.

Amat berbeza dengan Pemikiran dan Cara Berpolitik Pemimpin yang Digelar sebagai JEBON, MUNAFIK HARIKI, ISLAM LIBERAL serta KUDA TUNGGANGAN DAP... dimana cara Brpolitik Golongan ini adalah jika Melihat UMNO/BN Seperti Hendak Mampos maka segala Punca Saluran Pernafasan akan Disekat seberapa yang boleh dan sehabis daya. Tidak seperti Golongan yang Bodoh tetapi Sombong Berlagak Nak Mampos Berpolitik yang bila melihat sahaja UMNO/BN Hendak Mampos maka Secepat dan sedaya yang boleh akan memberi Pernafasan serta Pertolongan Cemas supaya UMNO/BN jangan Mampos dan Terus Hidup... Pelik Bin Pelik Bin Pelik beb.

Lebih membuat ianya Pelik Bin Pelik Bin Pelik ialah bila ada Ahli PAS yang Menyokong Bersungguh-sungguh Pemimpin tersebut seperti mana Ahli dan Penyokong UMNO Menyokong Bersungguh-sungguh Pemimpin Umno. Memberi Sokongan konon nya atas dasar Wala', walaupun jelas dan terang Pemimpin tersebut mengeluarkan Kenyataan yang Berbelit-Belit seperti mana Belitan yang ada di Kepala Pemimpin tersebut, namun walau bagaimana Belitan serta Pusingan yang dilakukan oleh Pemimpin tersebut ianya tetap lagi Dipercayai oleh Ahli PAS. Lebih lagi bila Pemimpin tersebut membacakan Ayat Al-Quran dan Hadis Nabi SAW.


hemmmmm..... atas sebab muka tak tahu malu tampal kulit babi 14 inci maka mahfuz omar dan salahuddin yang termasuk dalam kumpulan jebon terpaksa juga dilantik menjadi pengerusi lajnah pas pusat kerana ajk yang dipilih hanya boleh bercakap dengan air basi semata-mata... hakkkkk tuihhhhhn !!!.

Kenyataan TS Khalid Ibrahim Adalah Isyarat Kerjasama PAS Dan Umno Telah Diushakan




Itulah Hakikat yang sedang berlaku diantara PAS dan UMNO bila Bekas Menteri Besar (MB) Negeri Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan bahawa beliau bersedia untuk kembali Menerajui Kerajaan Negeri Selangor sebagai MB jika mendapat Sokongan Majoriti Mudah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, sedangkan beliau hanyalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BEBAS yang tidak Berparti Politik akibat Dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana Berlagak seperti seorang Ketua didalam PKR.

Jika bukan ADUN dari PAS dan UMNO yang akan Menyokong beliau sebagai MB, siapa yang beliau maksudkan untuk beliau mendapatkan Sokongan Majoriti Mudah didalam DUN Selangor. Tak mungkin ADUN dari PKR atau pun ADUN dari DAP yang akan Menyokong beliau jika tidak ADUN dari PAS dan UMNO. Maka tak secara langsung Tan Khalid Ibrahim telah memberi Isyarat yang Kerjasama antara PAS dan UMNO telah diushakan oleh kedua-dua Pihak Pucuk Pimpinan Parti bagi menjadikan beliau menjawat Jawatan MB Selangor semula.

Namum untuk beliau mendapat Sokongan Majoriti Mudah didalam DUN bukan lah sesuatu yang Mudah walaupun Kerjasama diantara PAS dan Umno mungkin telah pun mencapai Persetujuan, ini kerana PAS hanya mempunyai 13 Kerusi DUN walaupun diatas Kertas PAS mempunyai 15 Kerusi DUN. Dimana seperti yang diketahui 2 lagi Kerusi DUN hanyalah nama sahaja PAS namun Hakikat nya adalah bukan Kepunyaan PAS lagi. Manakala 13 Kerusi DUN lagi rasanya pun bukan semua nya bersetuju dengan Kebodohan Pemimpin PAS.

Kegagalan PAS Menghakmilikan DUN Hulu Kelang dan DUN Morib bukan nya kerana Kedua-dua ADUN tersebut keluar dari PAS tetapi kerana Kedua-dua ADUN tersebut Enggan Mengikuti Arahan Ketua yang BODOH BERPOLITIK semasa tercetusnya Krisis MB Selangor terdahulu. Dimana dalam Krisis MB terdahulu sebenarnya bukan lah sebagai Krisis jika tidak adanya Pemimpin yang Bodoh Berpolitik, hanya kerana untuk Mempertahanka Jawatan dan Pangkat yang Dikhuatiri akan Terlepas dari Gengaman dengan bertukarnya MB Selangor.

Didalam 13 Kerusi DUN yang PAS ada Diatas Kertas juga pun Paling-Paling yang mungkin akan Akur kepada Ketua yang Bodoh Berpolitik hanya sekitar 11 ADUN sahaja, itu pun rasa sudah dikira Cukup Banyak. Manakala dipihak UMNO pula hanya mempunyai 12 Kerusi DUN. Jika dicampurkan kedua-dua Kerusi DUN yang dimiliki PAS dan UMNO hanya berjumlah 23 Kerusi DUN dan dicampurkan pula dengan Kerusi DUN Tan Sri Khalid ianya hanya berjumlah 24 Kerusi berbanding Majoriti Mudah yang diperlukan sebanyak 29 Kerusi DUN.

Mungkin pada waktu ini segala Broker, Barua PAS dan UMNO sedang giat menjalankan Kerja-Kerja Melobi ADUN-ADUN PAS dan PKR bagi menjayakan Matlamat tersebut, apakah Broker, Barua PAS dan UMNO berjaya belum dapat dipastikan, namun andaikata ianya Berjaya dilakukan oleh Broker, Barua PAS dan UMNO bermakna satu lagi Kejayaan Manis buat UMNO kerana kali ini bukan nya ADUN PKR ataupun ADUN DAP saja yang menjadi PENGKHIANAT tetapi juga ADUN-ADUN PAS yang Direstui oleh Pemimipin PAS berstatus Ulama'.

Sebab itu sekarang ni jika lu orang nampak bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim sedang membuat Latihan untuk Jawatan MB Selangor dengan menjadi seperti HANTU RAYA TAK BERTUAN di Majlis-Majlis Rasmi yang melibatkan Baginda Sultan Selangor. Mana mungkin seorang ADUN Bebas sewenang-wenang nya boleh berada dan Menyibuk dalam Majlis-Majlis Rasmi yang Baginda Sultan Selangor terlibat jika tidak untuk membuat Latihan bagi menjadi MB Selangor semula. Maka Penchacai Khalid Ibrahim sekarang ni sedang Bermimpi yang Indah-Indah...kah kah kah !.


hemmmmm..... sebab itu gua selalu katakan bila ada saja dna umno maka muka tak malu tampal kulit babi 14 inci akan dipamirkan... kah kah kah !.

Sabtu, 27 Jun 2015

G-18 Untungkan Musuh... Surat Tertutup Buat Mursyidul Am PAS




Betul ke G-18 hanya akan Untungkan Musuh wahai Tuan Guru Datuk Haron Din... musuh yang mana dimaksudkan oleh Tuan Guru tu... PAS ke atau UMNO, cuba gak Tuan Guru Datuk Haron Din terangkan apa yang dimaksudkan dengan Untungkan Musuh tu. Jika G-18 menubuhkan Parti Politik yang Baharu sudah pasti Parti yang ditubuhkan oleh G-18 itu juga akan menjadi Musuh Politik kepada PAS.

Tak mungkin Parti yang akan G-18 Tubuhkan menjadi Sahabat kepada PAS pulak... sedangkan dimasa G-18 masih berada didalam PAS pun G-18 dikatakan sebagai JEBON (Jemaah Buat Onar) seperti Munafik Hariki, Islam Liberal dan Kuda Tunggangan DAP. Ini kan pula selepas G-18 Menubuhkan Parti Islam Progresif (PIP), bertambah lagi lah Permusuhan dengan Kumpulan G-18... tak gitu Tuan Guru.

Jadi jika begitu sudah tentu yang Untung nya adalah PAS...  jika yang Untung nya adalah PAS sebagai Musuh kepada G-18 maka apa masalah yang Tuan Guru seperti Susah Hati lah sangat, biar lah PAS yang Untung jika G-18 Menubuhkan Parti yang Baharu. Tak kan Tuan Guru tak mahu PAS Untung kot, Pelik Bin Pelik Bin Pelik jika Tuan Guru tak mahu PAS mendapat Keuntungan dari Olah dan Onar G-18.

Dengan PAS mendapat Keuntungan maka Tuan Guru pun mungkin juga boleh Menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), tak kan Tuan Guru tak nak Menang kot walaupun sekali. Tak kan Tuan Guru mahu Berpegang terus dengan "Bertanding Dalam Pilihan Raya Bukan Untuk Menang". Mustahil Bertanding Tak Nak Menang... lebih Lawak kalau Kalah Tuan Guru Sembelih Kambing dan Sujud Syukur.

Cerita... Cerita gak Tuan Guru... ni Cadangan Dewan Ulama' PAS Pusat (DUPP) berkaitan Kerjasama Politik Dengan DAP Dibatalkan Apa Cerita Tuang Guru... kalau Tuang Guru boleh  mengulas tentang G-18 tak kan pasal Cadangan dari DUPP Tuan Guru tak boleh nak beri Pandangan. Tak kan yang Untungkan PAS aje Tuan Guru nak Komen tapi yang Tak Untung maka Tuan Guru tak nak pulak Komen ya.

Berapa lama lagi ya Tuan Guru nak balik ke Malaysia... jangan pulak kerana Cadangan dari DUPP maka Tuan Guru tak balik-balik... cepat lah balik Tuang Guru... Ahli PAS dah Tak Sabar untuk menanti Jawapan Yang Belum Pasti berkaitan Kerjasama Politik Dengan DAP Dibatalkan. Jangan pulak Tuan Guru kata Penerbangan balik ke Malaysia Dibatalkan sudah lah Tuan Guru.

Tak ada macam ini lah Tuan Guru... Apa kata Tuang Guru Wakilkan Masyuarat Majlis Syura Ulama' (MSU) tu kepada Timbalan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, tak kan tak bolehg nak Wakilkan kot untuk buat Keputusan... sedangkan Taung Presideng PAS ada...Ketua DUPP ada... Tuan Guru Mokhtar Senik ada.... yang tak ada cuma Tuan Guru seorang aje... apa ada hal Tuan Guru.

Ini jika Memerintah Malaysia jawap nya Rakyat Mati Meragan menunggu Pemimpin balik daripada Umrah beb...  yang pelik nya ada Timbalan Mursyidul Am ada... lagi Ahli Jawatan Kuasa MSU yang lain ada. Tak kan masih nak tunggu Tuan Guru Datuk Haron Din jugak... itu pasal gua katakan Ulama'-Ulama' PAS ni kalau Tersepit maka macam-macam helah beb... mengalahkan helah Pemimpin Umno lagi... kah kah kah !.

Lu orang Bayangkan andai kata Tuang Presiden PAS menjadi Perdana Menteri... maka ditakdirkan satu hari beliau ke Luar Negara untuk L:awatan Sambil Melancung... oleh kerana Tuang Presideng tak ada maka apakah segala Urusan dalam Negara tidak dapat dijalankan... tapi bila lu orang bercakap dengan Wala'un Membabi Buta mana dia orang gunakan Otak beb... semua gunakan Kepala Lutut dan Siku... kah kah kah !. sumber MK


hemmmmm..... dulu mati-mati lah gua ingat dalam dunia ni hanya ahli dan penyokong umno saja yang bebal melantun-lantun macam getah skrub... rupa nya gua silap beb... kah kah kah !.

Jumaat, 26 Jun 2015

Assalamualaikum... Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur Mai Kejap Gua Ada Nak Cakap Dengan Lu Ni...






Lu ni Sedar ke Tak Sedar apa yang lu katakan ni Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan (Dppk) Ipoh Timur... lu tak tahu ke yang Pakatan Rakyat (PR) sudah Mampos pada 03hb Jun 2015... bila Dewan Ulama' PAS Pusat (DUPP) melalui Tuan Guru Haji Mokhrtar Senik seorang Ulama' yang telah dapat berjumpa dengan Rasulullah SAW dan berjumpa dengan Saidina Umar Al-Khattab RA Berpuluh Kali didalam Mimpi, telah Membentangkan Usul Tergempar bagi Mencadangkan kepada Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat (JKKPP) dan Majlis Syura Ulama' (MSU) iaitu Kerjasama Politik Dengan DAP Dibatalkan... ada faham Ketua Dppk Ipoh Timur

Walaupun Cadangan tersebut masih belum Diputuskan oleh MSU yang konon nya dikatakan sebagai Badan Tertinggi dalam PAS... Kepala Bapak dia orang Badan Tertinggi... atas sebab konon nya MSU telah Terbubar sebaik saja Muktamar 61 Melabuhkan Tirai... lawak... lawak... kata Badan Tertinggi tapi boleh pulak Terbubar dengan sendiri. Namun sepatutnya Keputusan sudah boleh Diperolehi bila DAP sendiri telah Mengatakan yang PR telah Mampos berdasarkan Cadangan dari DUPP dan diluluskan Tanpa Bahas oleh Muktamar PAS atas Arahan Kuasa Veto Tuang Presideng PAS Tuang Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Dengan DAP mengatakan yang PR telah pun Mampos maka Diakui atau tidak yang pasti DAP sudah tidak mahu lagi Kekal didalam PR walaupun PAS tetap mengatakan yang PR Masih lagi HIdup dan tidak Mampos. Untuk itu lu faham tak Ketua Dppk Ipoh Timur bahawa mana ada lagi PR dan tidak secara langsung Majlis Pimpinan PR Negeri Perak telah ikut sekali masuk ke dalam Lubang Kubur... lagi sekali gua tanya kat lu ni Ketua Dppk Ipoh Timur ada faham tak beb. Bermakna Suka Hati DAP lah nak Lantik siapa yang difikirkan Sesuai serta Cerdik Berpolitik untuk menjadi Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Yang lu Sibuk Apa Hal Ketua Dppk Ipoh Timur... Lu sedar tak apa yang lu katakan atau lu saja-saja Buat Bodoh supaya boleh Menampakan yang lu pun adalah salah seorang Wala'un dikalangan Wala'un-Wala'un yang banyak Berkeliaran didalam Parti PAS PIS PUS tu beb. Lu sepatutnya Tak perlu nak Nasihatkan DAP yang gua rasa jauh lebih Cerdik dan Pintar Berpolitik berbanding dengan Pemimpin-Pemimpin PAS yang Mengaku sebagai Ulama' Pewaris Nabi, namun sebenarnya bukan lah Ulama' Pewaris Nabi tetapi Ulama' Sombong Berlagak Nak Mampos. Mengaku Ulama' hanya kerana Kepandaian Menghafal Ayat Al-Quran dan Hadis.

Pada mula nya lu Mendesak Badan Perhubungan PAS Negeri Perak Menasihati Dato' Seri Nizar Jamaluddin supaya Melepaskan Jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak dan diserahkan kembali kepada DAP. Maka terpulang kepada DAP sama ada mahu Menyerahkan kepada sesiapa saja sekali pun kepada PKR dan bukan nya kepada PAS. Lepas tu cakap pulak jika mahu Ketua Pembangkang kekal kepada PAS biar Pihak PAS yang tentukan siapakah yang paling Layak menduduki Jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Negeri Perak. Ini yang dikatakan pada awal nya tak mahu tetapi last-last hendak juga... Apa Barang lah lu ni beb.

Kalau awal nya sudah mengatakan tak nak jangan lah Belit Sana Belit Sini macam Tuang Presideng PAS lu... ini pada awal konon nya macam lah Bermaruah sangat... tapi Penghujungnya suruh DAP serahkan kepada PAS tentukan siapa yang hendak dilantik sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak... Banyak Cantik Muka lu Ketua Dppk Ipoh Timur... hak lu... orang lain tak boleh hendak pertikaikan... manakala Hak orang lain lu nak buat seperti Harta Pusaka Mak Bapak lu yang punya... Bijak... Bijak...  betul-betul Bijak lu ya Ketua Dppk Ipoh Timur, tak sia-sia Tuang Presideng PAS Menurunkan segala Ilmu Belitan dan Putaran kepada lu.

Apa yang perlu buat Ketua Dppk Ipoh Timur ialah Mendesak Badan Perhubungan PAS Negeri Perak supaya Mengarahkan Dato' Seri Nizar Jamaluddin supaya Meletak Jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak... jika Dato' Seri Nizar Jamaludduin Enggan Meletak Jawatan sebagai Ketua Pembangkang  DUN Perak maka Minta Dato' Seri Nizar Dipecat dari PAS. Itu lah sebetul nya yang perlu lu lakukan jika mahu Menjaga Maruah PAS yang sudah Tercalar oleh Kerja Kotor Ulama'-Ulama' Su' yang ada didalam PAS. Jangan mula-mula sahaja kata tak nak tapi akhirnya seperti KEBULUR hendakan Jawatan Ketua Pembangkang.

lagi satu yang perlu lu lakukan wahai Ketua Dppk Ipoh Timur ialah Menyuruh Ahli PAS yang masih lagi Memegang Jawatan dalam Kerajaan Pulau Pinang dan Kerajaan Selangor supaya Melepaskan Jawatan masing-masing demi menjaga Maruah PAS, jangan kerana Pangkat dan Kedudukan maka Keterlibatan DAP yang dikatakan Menolak dan Menghina Hudud seperti tidak wujud... mahu diakui atau tidak DAP memang Terlibat didalam Urusan Kerajaan Negeri-Negeri tersebut... lu cakap dengan dia orang jangan hanya Mulut sahaja mengatakan Demi Agama Islam tetapi Jawatan dan Pangkat masih lagi TERLIUR dan TERGODA.

Jangan juga nanti dikatakan orang bahawa Ulama'-Ulama' PAS yang ada sekarang juga dikenali sebagai MUNAFIK HARIKI yang Bertopengkan Malaikat, sanggup lagi Duduk dan Bersama DAP walaupun sudah Mendakwa yang DAP adalah Anti Hudud... Anti Islam dan Chauvinis. Namun demi ANAK HANTU yang KEBULURKAN Pangkat dan Jawatan maka segala Tuduhan dan Dakwaan terhadap DAP seperti hanya Mainan Mulut Longkang Pemimpin PAS berstatus Ulama'... Tuduh Ahli PAS sebagai JEBON tetapi Jebon jugalah yang hendak dilantik semula menduduki Jawatan dalam Lajnah PAS Pusat... Apa Tolol lah punya Ulama' PAS ni.

Ok lah Ketua Dppk Ipoh Timur...rasa nya sudah agak panjang gua memberi Pesanan dekat lu ni.... terpulang pada lu sama ada mengatakan Benar atau Salah apa yang gua katakan, tapi Percaya lah jika Manusia masih lagi TERLIUR dan TERGODA dengan Pangkat dan Kedudukan tak kira sama ada Golongan Ulama', Lebai Mercun atau Wala'un ianya Tak Berbeza dengan Jebon, Munafik Hariki, Islam Liberal mahu pun Kuda Tunggangan DAP. Bahkan Mungkin Golongan Ulama', Lebai Mercun dan Wala'un lagi Bahaya kerana dia orang Bijak Memutar Belitkan Ayat Al-Quran dan Hadis mengikut Selera dan Tekak dia orang. sumber


hemmmmm..... memang agak susah untuk menerima kenyataan bahawa seorang ulama' berperangai lebih kurang pemimpin umno bila membiarkan fitnah sesama ahli berleluasa tanpa mahu menghentikan... macam nak menghentikan kalau sudah ulama' menjadi ketua kepada fitnah... hakkkk tuihhhhh!.