DIA RELA MEMPERTAHANKAN NYAWA DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KEMERDEKAAN SEBUAH NEGARA YANG TERBELENGGU OLEH RANTAI PENJAJAH... JUSTERU ITU NAMA MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN PETUALANG... PETITKAN DARI BUKU PENGUKIR NAMA JOHOR DT... TERBITAN YAYASAN WARISAN JOHOR (YWJ)

SAHABAT

.

.

.

.

.

.

.

.

Terkini

get this widget here
Memaparkan catatan dengan label dun selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dun selangor. Papar semua catatan

Ahad, 28 Jun 2015

Kenyataan TS Khalid Ibrahim Adalah Isyarat Kerjasama PAS Dan Umno Telah Diushakan




Itulah Hakikat yang sedang berlaku diantara PAS dan UMNO bila Bekas Menteri Besar (MB) Negeri Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan bahawa beliau bersedia untuk kembali Menerajui Kerajaan Negeri Selangor sebagai MB jika mendapat Sokongan Majoriti Mudah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, sedangkan beliau hanyalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BEBAS yang tidak Berparti Politik akibat Dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana Berlagak seperti seorang Ketua didalam PKR.

Jika bukan ADUN dari PAS dan UMNO yang akan Menyokong beliau sebagai MB, siapa yang beliau maksudkan untuk beliau mendapatkan Sokongan Majoriti Mudah didalam DUN Selangor. Tak mungkin ADUN dari PKR atau pun ADUN dari DAP yang akan Menyokong beliau jika tidak ADUN dari PAS dan UMNO. Maka tak secara langsung Tan Khalid Ibrahim telah memberi Isyarat yang Kerjasama antara PAS dan UMNO telah diushakan oleh kedua-dua Pihak Pucuk Pimpinan Parti bagi menjadikan beliau menjawat Jawatan MB Selangor semula.

Namum untuk beliau mendapat Sokongan Majoriti Mudah didalam DUN bukan lah sesuatu yang Mudah walaupun Kerjasama diantara PAS dan Umno mungkin telah pun mencapai Persetujuan, ini kerana PAS hanya mempunyai 13 Kerusi DUN walaupun diatas Kertas PAS mempunyai 15 Kerusi DUN. Dimana seperti yang diketahui 2 lagi Kerusi DUN hanyalah nama sahaja PAS namun Hakikat nya adalah bukan Kepunyaan PAS lagi. Manakala 13 Kerusi DUN lagi rasanya pun bukan semua nya bersetuju dengan Kebodohan Pemimpin PAS.

Kegagalan PAS Menghakmilikan DUN Hulu Kelang dan DUN Morib bukan nya kerana Kedua-dua ADUN tersebut keluar dari PAS tetapi kerana Kedua-dua ADUN tersebut Enggan Mengikuti Arahan Ketua yang BODOH BERPOLITIK semasa tercetusnya Krisis MB Selangor terdahulu. Dimana dalam Krisis MB terdahulu sebenarnya bukan lah sebagai Krisis jika tidak adanya Pemimpin yang Bodoh Berpolitik, hanya kerana untuk Mempertahanka Jawatan dan Pangkat yang Dikhuatiri akan Terlepas dari Gengaman dengan bertukarnya MB Selangor.

Didalam 13 Kerusi DUN yang PAS ada Diatas Kertas juga pun Paling-Paling yang mungkin akan Akur kepada Ketua yang Bodoh Berpolitik hanya sekitar 11 ADUN sahaja, itu pun rasa sudah dikira Cukup Banyak. Manakala dipihak UMNO pula hanya mempunyai 12 Kerusi DUN. Jika dicampurkan kedua-dua Kerusi DUN yang dimiliki PAS dan UMNO hanya berjumlah 23 Kerusi DUN dan dicampurkan pula dengan Kerusi DUN Tan Sri Khalid ianya hanya berjumlah 24 Kerusi berbanding Majoriti Mudah yang diperlukan sebanyak 29 Kerusi DUN.

Mungkin pada waktu ini segala Broker, Barua PAS dan UMNO sedang giat menjalankan Kerja-Kerja Melobi ADUN-ADUN PAS dan PKR bagi menjayakan Matlamat tersebut, apakah Broker, Barua PAS dan UMNO berjaya belum dapat dipastikan, namun andaikata ianya Berjaya dilakukan oleh Broker, Barua PAS dan UMNO bermakna satu lagi Kejayaan Manis buat UMNO kerana kali ini bukan nya ADUN PKR ataupun ADUN DAP saja yang menjadi PENGKHIANAT tetapi juga ADUN-ADUN PAS yang Direstui oleh Pemimipin PAS berstatus Ulama'.

Sebab itu sekarang ni jika lu orang nampak bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim sedang membuat Latihan untuk Jawatan MB Selangor dengan menjadi seperti HANTU RAYA TAK BERTUAN di Majlis-Majlis Rasmi yang melibatkan Baginda Sultan Selangor. Mana mungkin seorang ADUN Bebas sewenang-wenang nya boleh berada dan Menyibuk dalam Majlis-Majlis Rasmi yang Baginda Sultan Selangor terlibat jika tidak untuk membuat Latihan bagi menjadi MB Selangor semula. Maka Penchacai Khalid Ibrahim sekarang ni sedang Bermimpi yang Indah-Indah...kah kah kah !.


hemmmmm..... sebab itu gua selalu katakan bila ada saja dna umno maka muka tak malu tampal kulit babi 14 inci akan dipamirkan... kah kah kah !.

Jumaat, 12 September 2014

Akhirnya Khalid Ibrahim Berjaya Muktamatkan Perjanjian Air dengan Tergesa-gesa


Alamak !!!!... Tan Sri Khalid Ibrahim... apa sudah jadi ni Tan Sri, kalau ya pun TERGESA-GESA takut terlambat untuk Memuktamatkan Perjanjian Air dengan Kerajaan Pusat tak kan sampai TANDA NAMA pun Tan Sri TERLUPA untuk dipakai Tan Sri. Atau pun gua tersilap yang sebetul nya Tan Sri sendiri Tak Nak pakai Tanda Nama tersebut atas sebab Tan Sri MB sementara sahaja... kah kah kah !.

JIka semasa Perjanjian Persefahaman (Mou) terdahulu dibuat sewaktu Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sedang berjalan, dan diwaktu itu juga CATUAN mula dijalankan akibat dari Kurang nya Hujan serta Cuaca Panas. Yang mana keadaan tersebut telah mengakibatkan Kolam-Kolam Takung Air di Negeri Selangor berada dalam keadaan KRITIKAL.

Apa yang DIPERTIKAIKAN dengan Mou tersebut ialah cara dan waktu Mou ditandatangani, dikatakan adalah sesuatu yang BODOH jika ianya TIADA BERMAKSUD LAIN, bila mana Menteri Besar (MB) Negeri Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menandatangani Mou diwaktu Kempen PRK Kajang sedang berjalan serta keadaan Cuaca yang tiada hujan dan Panas Melampau.

Ia nya seolah-olah Mengambarkan yang Kerajaan Negeri Selangor TERDESAK dan telah SALAH bila Menghentikan Projek Langat 2 yang dirancang dibawah Kerajaan terdahulu iaitu Kerajaan Umno/Bn, sedangkan Kempen PRK DUN Kajang sedang berlangsung. Ditambah lagi Mou dibuat tanpa Memaklumkan ianya kepada Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR).

Benar bila ada yang mengatakan bahawa Khalid Ibrahim adalah seorang MB Negeri Selangor, oleh itu beliau mempunyai Kuasa Pemutus membuat apa juga Keputusan dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi harus di ingat bahawa Khalid Ibrahim Menang dalam Pilihan Raya dan menjadi Ahli Dewan Negeri (ADUN) bukan atas tiket Parti Khalid Ibrahim (PKI).

Tetapi beliau menjadi ADUN atas tiket Parti Keadilan Nasional (PKR) dibawah Pakatan Rakyat (PR), ditambah lagi beliau bukan pun Pengerusi PKR di Negeri Selangor yang mana ianya di pegang oleh YB Azmin Ali. Disini lah timbul nya PRASANGKA BURUK terhadap beliau bila mana Memutuskan sesuatu tanpa Pengetahuan Ketua Parti beliau.

Yang lebih Menarik lagi selepas Mou Air beliau Tandatangani keadaan Catuan Air bukan Bertambah Baik bahkan Bertambah Buruk, dimana dikatakan dalam jadual Catuan Air seperti 1 Hari Ada Air dan 2 Hari Tiada Air tetapi yang terjadi adalah 1 Hari Ada Air 5 Tiada Air di sesetengah tempat. Oleh itu untuk apa Mou beliau Tandatangani dikala Hujan Tiada dan Cuaca Panas.

Hari ini beliau telah Berjaya MEMUKTAMATKAN Perjanjian Air dengan Kerajaan Pusat dalam keadaan beliau yang bukan lagi seorang MB Pilihan Majoriti ADUN, serta beliau juga telah menghantar Surat Perletakan Jawatan sebagai MB kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor namun Perletakan Jawatan ditangguhkan sehingga seorang MB Baru dipilih.

DITANGGUHKAN membawa erti Perletakan Jawatan beliau diterima namun diminta Tangguh Sekejap sementera menunggu MB Baru dipilih, untuk itu seharusnya beliau TAHU DIRI yang beliau adalah seorang MB yang SEMENTARA sahaja. Jadi kenapa beliau Perjanjian Memuktamatkan Perjanjian Air yang melibatkan KOS sehingga Berbillion Ringgit yang seperti TERGESA-GESA.

Persoalan ini yang sedang Bermain-main di Pemikiran gua, kenapa mesti beliau Muktamatkan Perjanjian Air yang berharga Berbillion Ringgit dikala beliau hanya seorang MB sementara. Mungkin ada yang kata beliau adalah seorang yang bijak dalam Pengurusan Kewangan, mungkin betul dakwaan tersebut namun jangan dilupa yang beliau juga adalah antara Peminjam Bank yang GAGAL Melunaskan Hutang... kah kah kah !. sumber


hemmmmm..... jangan marah ya penyokong-penyokong khalid ibrahim... yang gua pasti krisis mb negeri selangor akan berakhir sedikit masa lagi dan wan azizah akan dilantik menjadi mb negeri selangor yang baru atas sebab mou air adalah halangan utamanya... kah kah kah !.

Isnin, 8 September 2014

Berita Terkini Krisis MB Selangor : 3 ADUN PAS Bakal Diminta Mengadap Sultan Selangor


Dilaporkan oleh MI berkenaan Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti PAS akan dipanggil Mengadap Baginda Sultan Selangor bermula hari ini, esok dan lusa secara bergilir-gilir iaitu seorang demi seorang. Dikatakan ianya akan bermula dengan Persuruhjaya PAS Negeri Selangor YB Iskandar Abdul Samad kemudian ke esokan nya dengan ADUN Sabak Sallehen Mukhyi serta seterusnya ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi.

Menurut laporan tersebut lagi ianya berkaitan Perlantikan Menteri Besar (MB) Selangor yang BAHARU dimana ketiga-tiga ADUN dari PAS tersebut adalah Nama-Nama ADUN yang dihantar oleh Presiden PAS dalam Surat Pertama beliau kepada Pihak Istana Selangor. Juga dikatakan selepas itu ada lagi Surat Kedua daripada Presiden PAS kepada Pihak Istana Selangor Senarai Nama-Nama ADUN yang lain sebagai MB  Negeri Selangor yang Baharu.

Jika lihat dari Situasi ini jelas Krisis MB Negeri Selangor tidak akan Selesai kecuali hanya dengan Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, selain dari itu hanya dengan Melantik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja mungkin dapat mengelakan dari DUN Selangor DIBUBARKAN. Oleh itu Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) boleh Merangka-Rangka Strategi bagaimana untuk menghadapi Lawan yang sebelum ini adalah Kawan... kah kah kah !.

Itulah sebab nya beb, lain kali Pesan kat Pemimpin lu orang tu supaya jangan buat kerja dengan menggunakan KEPALA LUTUT baik disebelah pihak PKR mahupun disebelah pihak PAS, tak kisah lah siapa Pemimpin tersebut sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun Tuan Guru Datuk Haji Abdul Hadi Awang. Kerana yang Untung dikala ini bukan nya lu orang semua tetapi Parti yang sudah berpuluh tahun Menipu Rakyat Malaysia iaitu Umno/Bn... kah kah kah !.


hemmmmm..... itu lah sebabnya kadang-kadang gua rasa sebenarnya dia orang ni lebih suka jadi pembangkang sampai mampossss dari menjadi kerajaan... selalu sahaja umno/bn disumbangkan dengan talian hayat secara free of charge... kah kah kah !.

Jumaat, 18 April 2014

Isu Air : Warkah Buat MB Selangor Dari Che'GuBard


Pertama sekali TAHNIAH Diucapkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kerana TAMPIL BERBEZA dengan Sidang DUN di Negeri lain. Sidang DUN Selangor Berlansung Panjang dan Penuh PERBAHASAN yang Penuh SEMANGAT, berbeza dengan sidang DUN Negeri dibawah Umno/Bn yang walaupun Banyak Isu Muncul dalam Negeri tersebut tetapi ada yang hanya Berlangsung SEHARI sahaja atau seperti Masyuarat Umno Cawangan.

Perbahasan dan soalan kepada kerajaan negeri bukan sahaja DIASAK oleh PEMBANGKANG Selangor (Umno) sebaliknya di Pihak Parti Kerajaan juga. Ini membuktikan betapa DUN Selangor itu benar-benar DIMANAFAATKAN dan SUBUR NILAINYA. Namun di satu Pandangan lain ia juga boleh dilihat dari SEGI ada SESUATU yang TIDAK KENA jika ASAKAN itu lebih HEBAT daripada Sebelah Kerajaan itu sendiri berbanding disebelah Pembangkang.

Sidang DUN yang sedang Berlangsung Menyaksikan Beberapa Isu yang DIBANGKITKAN antaranya ISU RUNDINGAN AIR, dimana Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim Diasak BERTALU-TALU oleh Wakil Rakyat dari Pakatan Rakyat (PR) Selangor sewaktu USUL supaya Kebajikan Rakyat Selangor DIJAMIN dalam Pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 sewaktu DIBENTANGKAN oleh Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku)...

Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) dimana Seorang demi Seorang MNEGHAMBURKAN SOALAN kepada Khalid sewaktu membahaskan usul itu. Yeo sewaktu MENCELAH Ucapan Khalid MENYIFATKAN Suasana Rundingan Penstrukturan Air dengan Kerajaan Pusat dan Pembinaan Loji Empangan Langat 2 IBARAT Berlangsung di dalam 'KOTAK HITAM' tetapi Tidak Sempat menghabiskan Kenyataannya dan Dipotong Khalid.

Ini dari KACA MATA Rakyat sudah tentu ADA YANG TIDAK KENA, Persoalan yang MUNCUL sudah tentu adakah Keputusan SEPENTING Rundingan Air Tidak Dibincangkan Diperingkat EXCO dan Diperturunkan Diperingkat Wakil-Wakil Rakyat Kerajaan dan Parti yang MENGUASAI Kerajaan itu sendiri iaitu PR. Benar antara FAKTOR Pemilihan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim Selaku MB ialah kerana beliau adalah Ahli Korporat yang Berjaya. 

Malahan semasa dalam Sidang Dewan ketika Perbahasan HUJAH ini juga digunakan olehnya beliau dengan kata-kata "Rekod LAMPAU Saya dalam Pelaburan, Perolehan Syarikat dan Penggabungan, Saya rasa boleh MEMBANTU PERBINCANGAN ini. Saya tak boleh jadi orang PERANTARA, kemudian Saya balik ke Dewan untuk BERBINCANG dengan Wakil-Wakil Rakyat. Itu antara Alasan yang beliau Beri semasa Menjawap Soalan dari Wakil-Wakli Rakyat PR.

Namun Khalid PERLU SEDAR dia kini bukan lagi MENGEPALAI Sebuah Syarikat Korporat yang hanya BERASASKAN KEUNTUNGAN dan MENJAGA KEPENTINGAN PEMEGANG SAHAM sebagai KEUTAMAANYA. Beliau HARUS SEDAR yang beliau kini adalah MB Mewakili Sebuah Parti (PKR) dan Gabungan Parti (PR). Jawatan MB yang Mentadbir Sebuah Kerajaan yang Penuh RISIKO dengan SERANGAN dari MUSUH POLITIK terutamanya Umno/Bn.

Selaku Ketua Kerajaan Selangor ia PERLU BERBEZA dari Ketua Syarikat Korporat, Ia perlu Keputusan Bersama dan Keputusan Bersama itu Harus Difahami Bersama oleh Semua Pihak yang Bersama dalam MENDIRIKAN Kerajaan Selangor. Jika didalam Dewan di Pihak Kerajaan iaitu Wakil PR sendiri pun BANGKIT dan MEMPERTIKAIKAN Malahan Menyebut dengan Jelas bahawa Rundingan Air Seumpama 'KOTAK HITAM' yang Tidak Diketahui Maka sesuatu yang TIDAK BETUL sedang berlaku.

Itu baru PERTIKAIAN didalam Dewan bagaimana pula dengan Cakap-Cakap di KEDAI KOPI iaitu dikalangan Rakyat yang Tahu Berfikir ?, Ini adalah satu Perkembangan yang Membimbangkan. Bukan Mempertikaikan Keputusan dalam Rundingan tersebut Betul atau Salah tetapi sekali lagi DITEGASKAN yang ia Perlu Dibuat SECARA BERSAMA dan DIFAHAMI BERSAMA. Bukan nya membuat sesuatu seperti ADA SESUATU YANG DISOROKAN.

Khalid PERLU FAHAM dalam keadaan dia sedang Memutuskan Rundingan Air Bersama Kerajaan Pusat, Ketika yang sama USHA SABOTAJ dalam ISU AIR oleh Kerajaan Pusat Terus Berlangsung Malahan DIPERHEBATKAN lagi. Ditambah lagi ianya dilakukan diwaktu LANGKAH KAJANG SEDANG DIATUR seolah-olah Ingin Menunjukkan Sesuatu serta Empang Air berada DIPARAS KRITIKAL seolah-olah juga Ingin Menunjukkan yang Kerajaan Selangor Semakin TERDESAK.

Ketika memulakan Langkah Perjuangan ini tidak ada Sesiapa yang SANGKA pun  bahawa Umno/Bn akan TUMBANG di Negeri Selangor, malahan bukan sahaja Umno/Bn Bahkan Parti-Parti yang Akhirnya BERGABUNG dibawah PR tahun 2008 juga TERKEJUT dengan Keputusan pada PRU12 ketika itu. Kemenangan PR di Selangor Usha Pelbagai Pihak. Kemenangan PR di Selangor perlu DIKEKALKAN dan DI ISI dengan Pengurusan secara Berpasukan dan Difahami oleh Semua Rakan Pasukan.

Sememangnya Harus DIPUJI atas Pencapaian Kerajaan Selangor yang Jauh Lebih Baik dengan Kerajaan Umno/Bn sebelum ini, malahan TIDAK SEGAN untuk Mengatakan yang Negeri Selangor antara Negeri TERBAIK Pentadbirannya dalam Negara buat masa ini. Tetapi harus di ingat bahawa Pasukan Bola Sepak Dunia yang Dibarisi Bintang Terbaik Dunia pun BOLEH KALAH jika Tidak Ada Kerjasama dan Saling Memahami. Ini baru Isu Air sebagai Contoh terhadap Pelbagai Isu lain.

Sesuatu perlu dilakukan SEGERA, isu ini adalah KEKEMAHAN yang Perlu DIATASI kelemahan perlu diatasi Segera, Ambillah PENGALAMAN di Negeri-Negeri yang pernah Parti-Parti Gabungan PR MENANGI secara PR atau sebelum UJUD nya PR mahu pun sebelum itu. Diharap Tan Sri Khalid Ibrahim serta Penasihat-Penasihat beliau dapat BERFIKIR dengan apa yang Terjadi didalam Persidangan DUN Selangor kali ini berkaitan Isu Air.

Sekian sekadar pandangan yang ingin melihat Selangor sebagai Pembuka Pintu ke Putrajaya.

Tulisan ini gua SUNTING dari Tulisan che'GuBard 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Khamis, 23 Mei 2013

SEORANG BEKAS MENTERI YANG DIPERCAYAI SAKIT TERLEPAS DARI PUSAT RAWATAN... KAH KAH KAH !

Hanya yang ORANG GILA aje yang akan MEMBETULKAN kata-kata MENTERI Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (DSAZH) yang POYO tu beb... selain dari itu gua rasa TAK ADA orang yang sanggup untuk MENGIYAKAN kata-kata DSAZH bila MENYURUH RAKYAT yang MEMPERTIKAIKAN PENIPUAN yang dilakukan oleh Suruhanjaya Penipu Rakyat (SPR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya BERHIJRAH ke Negara lain... dan salah dari ORANG GILA tersebut nya ialah BEKAS Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani yang juga DIPERCAYAI adalah seorang PENGUSHA YANG BERJAYA dalam TERNAKAN LEMBU NFC, UDANG, LINTAH disamping PEMBEKAL BENIH PADI GRED A+... kah kah kah !.

Siapa TAK KENAL beliau beb... bila gua sebut sahaja JAWATAN TERAKHIR beliau gua YAKIN dan PERCAYA 99.9 Peratus TAHU siapa GERANGANYA... dan bila disebut pulak sebagai PENGUSHA UDANG yang BERJAYA ianya terus menjadi 109 Peratus atau 5 BINTANG... beliau lain tak bukan ialah Datuk Seri Noh Bin Omar (DSNO) yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor... yang TIDAK DILANTIK semula ke JAWATAN lama beliau serta APA-APA JAWATAN didalam KABINET selepas PRU13... yang mana dikatakan antara KEGAGALAN beliau DILANTIK SEMULA dalam MENGETUAI dalam MANA-MANA KEMENTERIAN ialah AKIBAT dari ANGIN SATU BADAN Pengerusi Perhubungan Selangor Umno terhadap beliau... kah kah kah !.

Walaupun beliau telah BERJAYA MEMPERTAHANKAN Kerusi Parlimen Tanjung Karang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang baru lepas... namun oleh kerana KEGAGALAN beliau untuk MENGEMUDI Umno/Bn bagi KEMENANGAN di Negeri Selangor beliau telah DIGUGURKAN dari JAWATAN KABINET oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi BN yang juga ULUL AMRI UMNO MALAYSIA merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor... dikatakan juga KEGAGALAN MEMENANGI semula Negeri oleh Umno/Bn satu BAB beb... tapi yang membuat ULUL AMRI UMNO tersebut ANGIN SATU BADAN terhadap beliau ialah PENIPUAN beliau yang mengatakan 30 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan DIMENANGI oleh Umno/Bn... kah kah kah !.

Mungkin kalau tidak berkata yang Umno/Bn akan MEMENANGI 30 Kerusi DUN mungkin jugak yang ULUL AMRI UMNO tu tidak akan ANGIN SATU BADAN dengan beliau beb... tetapi dengan KATA-KATA yang seperti SATU KEYAKINAN serta HARAPAN kepada PARA PENYAMUN dan PEROMPAK HARTA RAKYAT... maka bila sahaja GAGAL seperti apa yang DIKATAKAN oleh DSNO ianya telah membuat KETUA ISI PERUT UMNO tersebut betul-betul ANGIN SATU BADAN dengan DSNO... ialah beb SIMPANAN REZAB yang BOLEH CAIR iaitu bukan hanya REZAB ATAS KERTAS tapi REZAB yang menjadi MONEY...MONEY... MONEY... MONEY OH MONEY sahaja RM2.6 Bilion... itu belum lagi PROJEK LANGAT 2 beb... yang NILAI nya juga RM BILION BILON beb... kah kah kah !.

Atas sebab itu KHABAR BERITA dari beliau selepas PRU13 AMAT JARANG di dengar mahu pun dibaca... KURANG PASTI gua apa sebab yang beliau SENYAP TANPA BERITA sebelum ini... tapi dari RISIK-RISIK yang diterima ialah beliau dikatakan telah MENERIMA RAWATAN dari salah sebuah HOSPITAL dalam Negara... ianya berpunca dari KEGAGALAN beliau MENGEMUDI Umno/bn untuk MEMENANGI semula Negeri Selangor... dan kemudian nya DITAMBAH lagi KEGAGALAN untuk terus MENDUDUKI KERUSI KABINET akibat TIDAK DILANTIK oleh DSHN... tiba-tiba hari ini beliau BERSUARA entah dari mana datang nya pun gua tak pasti... sama ada beliau sudah SELESAI MENERIMA RAWATAN atau pun MELARIKAN DIRI dari TEMPAT RAWATAN... kah kah kah !. sumber mk


hemmmmm..... lu orang tahu tak beb... kenapa beliau mengiyakan kata-kata dari menteri kdn dsazh... satu untuk menjadi insuran kalau ada benda yang boleh terbangkit... kedua nya pulak adalah sebagai persiapan untuk menghadapi pemilihan umno pada tahun ini... kerana kalau beliau masih boleh menang dalam menduduki kerusi ahli majlis tertinggi umno maka beliau masih ada harapan diperingkat pusat... tapi kalau tewas jawapnya pintu untuk keranda politik beliau semakin hampir... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.