Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Pilihanraya Sarawak 16 April. Ayuh Undi Pakatan Rakyat Sahaja

Kepada Rakyat Sarawak!!! Ubah sekarang !!! Undi calon Pakatan Rakyat !!!

Undi Calon Pakatan Rakyat !!!

Suara mereka suara RAKYAT Sarawak!!! JANGAN LUPA : Undi Pakatan Rakyat

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat !!!

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat

Vote 4 Change

Undi Pakatan Rakyat SAHAJA !!!

Showing posts with label Saiful. Show all posts
Showing posts with label Saiful. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

DS Anwar: Nafi Akses Nota Klinikal, Hakim Tidak Adil Harus Digugurkan

Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mahu hakim yang mendengar kes liwat keduanya digugurkan ekoran keputusan semalam menafikan beliau akses kepada nota-nota klinikal disediakan tiga doktor Kuala Lumpur (HKL).

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah semalam memutuskan pasukan pembela telah gagal mengemukakan sebab mengapa mahkamah harus membenarkan Anwar akses kepada nota-nota klinikal.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh hari ini mendakwa bahawa keputusan hakim telah tersalah tafsir satu keputusan Mahkamah Agung pada 1993 bahawa mahkamah-mahkamah tertakuluk kepada keputusan di mana saksi mesti disediakan dengan kesemua data yang dijadikan asas maklumat.

“Bukti lisan oleh saksi (hanyalah) makluman. Sebarang pandangan tanpa dinyatakan sebab tiada nilai,” kata Karpal.

Justeru, Karpal memita Mohd Zabidin agar memfokus pada Seksyen 45 Akta Keterangan bahawa bukti mesti dikemukakan untuk menyokong keterangan seseorang saksi.

“Saya minta yang arif agar mempertimbangkan Seksyen 45... saya menjangkakan apabila saksi ketiga disoal, dia akan diprogramkan seperti saksi yang ketiga,” kata Karpal.

Hakim bagaimanapun berkata Seksyen 45 hanya untuk ‘dapat diterima” pandangan, tidak lebih daripada itu.

Dengan itu, beliau menolak perminataan Karpal agar prosiding ditangguhkan bagi mereka memfailkan permohonan.

Permohonan itu akan difailkan pagi esok.

minsider

Friday, November 14, 2008

malaysiakini ~ Semakan Semula Pindah kes liwat Anwar 20 November

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 20 November ini untuk mendengar semakan pihak pendakwa bagi memindahkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Pada 7 November lalu, Hakim S M Komathy Suppiah memutuskan perbicaraan kes itu kekal di Mahkamah Sesyen selepas mendapati sijil untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.

Pihak pendakwa mengemukakan permohonan untuk menangguhkan prosiding kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga selesai rayuannya terhadap keputusan mahkamah menolak permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Anwar membantah permohonan pendakwa itu. Mereka juga mengadu tidak menerima beberapa dokumen dari pihak pendakwaraya seperti yang dijanjikan minggu lalu.

Mahkamah Sesyen yang bersidang pagi ini dijadual menetapkan tarikh untuk perbicaraan kes tersebut didengar oleh Hakim SM Komathy Suppiah.

Sidang sebutan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen mula dibicarakan pukul 9.50 pagi ini.

Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga pada pukul 9.25 pagi ini.

Friday, October 31, 2008

Hakim Masih Gagal Buat Keputusan Kes Liwat Anwar Lagi- malaysiakini

Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditangguhkan sehingga 7 November depan.

Hakim S. Komathy Suppiah masih gagal membuat keputusan sama ada untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi.



Sebelum itu kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah disambung semula 3 petang ini setelah ditangguhkan tengah hari ini selepas pasukan peguam bela menyampaikan hujah tambahan meminta Hakim S. Komathy Suppiah untuk tidak memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi.

Peguam bela yang diketuai Sulaiman Abdullah mengemukakan hujah tambahan berhubung isu campur tangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang telah menandatangani surat kuasa memindahkan kes tersebut.

Sementara itu, pasukan pendakwa raya turut mengemukakan hujah tambahan berkaitan isu tersebut.

Selepas hujah tersebut Hakim menangguhkan sidang sehingga pukul 3 petang ini setelah bersidang kira-kira tiga jam sejak pukul 9.15 pagi.

Perbicaraan kes liwat Anwar masih lagi di peringkat awal dimana mahkamah masih mendengar hujah bantahan pihak pembelaan dan pendakwa berhubung permohonan pendakwa untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Wednesday, October 8, 2008

Kes Liwat DS Anwar Ibrahim 8Oktober 2008 - Keputusan Bantahan Pindah Kes

Terkini:
Status permohonan sama ada kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi terus menjadi tanda tanya dengan Mahkamah Sesyen sebentar tadi menangguhkan sidangnya sehingga esok 9 Oktober 2008.

Perkara itu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen S.M. Komathy Suppiah apabila ketua pasukan peguam Anwar, Sulaiman Abdullah meminta masa sehingga petang ini untuk meneruskan penghujahan beliau.

Bagaimanapun hakim tersebut memaklumkan bahawa ia akan didengar pukul 10 pagi esok kerana beliau mempunyai kes lain untuk didengar petang ini.




[mstar]Mahkamah Sesyen pagi ini mendengar sambungan hujahan terhadap kesahihan sijil pemindahan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Anwar tiba kira-kira pukul 10.45 pagi tadi dengan ditemani isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Berbanding semalam, ruang mahkamah hari ini penuh sesak dengan kehadiran wakil media dan para penyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Mahkamah mula bersidang pada jam 11.15 pagi.

Kurangnya sokongan daripada penyokong-penyokong PKR di mahkamah semalam bukannya menandakan kekurangan sokongan terhadap DS Anwar tetapi penyokong-penyokong beliau menjangkakan Hakim Sesyen, Komathy Suppiah hanya membuat keputusan berhubung perkara teknikal.

''Kami sangka hakim akan memberi keputusannya dan menetapkan tarikh baru," kata DS Anwar.

Semalam DS Anwar ada juga mengulas tentang prosiding kes, beliau berkata, pihak pendakwaan cuba menyusahkan mahkamah dan enggan mengiktiraf kemampuan serta keupayaan Hakim Komathy daripada mendengar kes itu, malah berkeras mahu memindahkan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi yang didakwa Anwar, hakimnya boleh ''dipilih-pilih.''


Tuesday, October 7, 2008

Kes Liwat DS Anwar Ibrahim 7 Oktober 2008 - Keputusan Bantahan Pindah Kes

Terkini Pindah kes Anwar: Tiada keputusan hari ini, mahkamah sidang lagi esok


[mstar]Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang bersidang sejak pagi ini bagi mempertimbangkan permohonan memindahkan kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi akan mendengar hujah pihak pendakwa esok.

Hakim S. M. Komathy Suppiah menangguhkan sidang mahkamah sehingga pukul 11 pagi esok.

Pagi esok ketua pasukan peguam Anwar, Sulaiman Abdullah akan menyambung penghujahan beliau.






Kes DS Anwar Ibrahim akan bermula pagi ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi memutuskan sama ada perbicaraan kes perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi ataupun sebaliknya.

Kelihatan penyokong mula berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta sejak dari pagi lagi.

Pada 24 September 2008 yang lalu, Hakim S. M. Komathy Suppiah telah menangguhkan sidang sehingga hari ini untuk memutuskan keputusannya selepas menimbangkan hujah bantahan pihak pembelaan atas permohonan pendakwaan bagi memindahkan perbicaraan kes Anwar ke Mahkamah Tinggi, di bawah peruntukan Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.



Lintas langsung

9.40pagi -DS Anwar Ibrahim mula tiba di perkarangan mahkamah bersama dengan DS Dr Wan Azizah Wan Ismail serta peguam-peguamnya.

10.15pagi - Hakim sedang menjelaskan asas-asas perundangan kuasa penentuan Sijil Perintah Pemindahan ke Mahkamah Tinggi samada sah atau tidak. Hakim juga telah menolak bantahan awal yang dibangkitkan oleh pihak pendakwa bahawa beliau tiada pilihan, kecuali memindahkan kes tersebut ke mahkamah lebih tinggi. Hakim Komathy Suppiah juga memberitahu bahawa beliau mempunyai bidangkuasa untuk mendengar bantahan peguambela terhadap notis permohonan pemindahan kes tersebut.

10.20pagi - Peguambela baru sahaja selesai berhujah meminta agar Hakim Komathy Suppiah mengekalkan keputusan yang lalu.

10.25pagi - Pihak Pendakwa berhujah untuk mempertahankan cadangan mereka untuk membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi.

11.15pagi : Pendakwa memohon pergantungan perintah Hakim tetapi ditolak. Pihak Pendakwa berhujah untuk mengemukakan afidavit Gani Patail tetapi dibantah oleh pihak Pembela.

11:35pg : Mahkamah ditangguhkan seketika. Kes bersambung 2.30petang

3.20ptg : Perbicaraan disambung semula. Peguambela menghujahkan bahawa tandatangan Gani Patail pada Sijil Perintah Pemindahan itu bertentangan dengan prinsip keadilan kerana adanya laporan DSAI berkenaan penglibatan AG dalam kes terdahulu.

4.00ptg Hakim S. M. Komathy Suppiah menangguhkan sidang mahkamah sehingga pukul 11 pagi esok.

Wednesday, September 10, 2008

Kes Liwat DS Anwar Ditangguh 24 September 2008


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menangguhkan kes liwat terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 24 September depan ekoran bantahan terhadap perintah yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Apabila kes itu disebut pada jam 9.58 pagi tadi di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah, pihak pendakwa telah mengemukakan perintah untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, para peguam Anwar mempertikaikan perintah tersebut kerana ia ditandatangani oleh Abdul Gani, yang menurut mereka, tidak sepatutnya terbabit dalam kes tersebut kerana beliau adalah pihaknya disebut dalam aduan polis yang dibuat oleh Anwar berhubung dakwaan mereka bukti terhadapnya pada 1998.

Mereka berhujah bahawa sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.

Anwar telah membuat laporan polis terhadap Abdul Gani dan Musa yang didakwanya telah mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya 10 tahun yang lalu.

Hakim Komathy kemudian menetapkan 24 September untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujah terhadap kesahihan perintah pemindahan kes yang ditandatangani oleh Abdul Gani itu.

Anwar meninggalkan mahkamah pada kira-kira jam 11.14 pagi.
[mkini]

Perkembangkan Terkini Kes Liwat DS Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen Jln Duta




Kes DS Anwar di tangguh kepada 24 September 2008

Laporan lintas langsung.

Polis sudah memulakan sekatan di beberapa jalan masuk ke Mahkamah Seksyen Jalan Duta sejak dari pukul 6.30pagi hari ini berikutan sebutan kes liwat DS Anwar Ibrahim.

Mereka yang ingin masuk ke bilik mahkamah di tingkat 4 perlulah melapor diri terlebih dahulu dan akan diberi pas khas setiap seorang. Selain itu kawalan ketat akan dilakukan diluar bangunan mahkamah untuk mengawal pengikut dan penyokong-penyokong DS Anwar Ibrahim.

Buat masa ini hanya seorang pemberita bagi setiap agensi media dibenarkan memasuki ruang mahkamah.

Tujuh trak FRU (Federal Reserve Unit)dan polis trafik kelihatan sejak dari pagi lagi.

9.20 pagi DS Anwar keluar dari kawasan Bukit Segambut menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

9.25 pagi DS Anwar tiba di mahkamah dengan kawalan yang sangat ketat disediakan oleh pihak keselamatan.DS Anwar tiba dengan diiringi oleh peguamnya, Sankara Nair; isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR serta dua orang anaknya Nurul Izzah dan Nurul Hanna.

9.31 pagi DS Anwar serta ahli keluarga dan peguam menuju masuk ke kamar mahkamah Seksyen Jenayah 1.

10.16 pagi - Pihak pendakwa memohon untuk kes dipindahkan ke mahkamah tinggi.Walaubagaimanapun pihak peguambela yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah membantah permohonan berkenaan


10.30 pagi - Hakim SM Komathy menangguhkan sidang mahkamah kepada 24 September ini bagi memberi masa kepada barisan peguam Anwar Ibrahim untuk menyediakan hujah-hujah bagi membantah permohonan pihak pendakwa bagi memindahkan kes dakwaan liwat terhadap Anwar di Mahkamah Tinggi.



Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.

Friday, September 5, 2008

Dr. Osman muncul semula, pertahan akuan bersumpah periksa Saiful

Kenyataan Media Dr Mohd Osman Abdul Hamid, yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan berkenaan tuduhan liwat.



KUALA LUMPUR[mstar]: Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid, doktor perubatan pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, muncul semula hari ini selepas menghilangkan diri lebih sebulan dengan mempertahankan kandungan akuan bersumpahnya bahawa tiada kesan dia diliwat.

Sambil mempertahankan kandungan laporan bersumpah itu, Dr. Mohamed Osman berkata, beliau mahu menyatakan keadaan sebenar berhubung dengan akuan bersumpah tersebut.

"Saya tetap dengan kandungan akuan bersumpah yang telah saya buat... terlalu banyak kenyataan media yang memburukkan saya secara profesional dan peribadi.

"(Saya) ingin mengatakan bahawa saya hanya melakukan tugas saya sebagai seorang doktor. Saya tidka terlibat dalam politik dan saya sentiasa mengatakan keadaan yang sebenar," kata beliau.

Pada sidang media di Majlis Peguam dengan ditemani peguam M. Puravalen dan Yusri Kamarudin hari ini, beliau berkata, pemeriksaan yang dijalankan olehnya menunjukkan tiada kesan Saiful diliwat

Kata beliau, Saiful datang ke Hospital Pusrawi untuk mendapatkan rawatan sakit perut. Dia kemudiannya memaklumkan doktor bahawa mengalami kesakitan di bahagian dubur.

Selepas pemeriksaan di Hospital Pusrawi Saiful telah diperiksa di Hospital Kuala Lumpur.

Akuan bersumpah beliau telah dihebahkan secara meluas pada 28 Julai lalu dalam laman web Malaysia Today, yang telah disambung perkhidmatannya semalam selepas dikenakan halangan kira-kira seminggu.

Kata Dr. Mohamed Osman, akuan bersumpah tersebut adalah dibuat oleh beliau sebelum meninggalkan Malaysia.

Dr. Mohamed Osman merupakan rakyat Myanmar telah berkhidmat di beberapa hospital di negara ini lebih satu dekad.

Beliau bagaimanapun menegaskan, penyebaran akuan bersumpah tersebut adalah di luar pengetahuannya.

Dalam akuan bersumpahnya itu, Dr. Mohamed Osman tetap berpegang kepada laporan perubatan berhubung pemeriksaan yang dilakukan ke atas Saiful.

Dr. Mohamed Osman berkata, beliau telah mengambil cuti ekoran tekanan yang dialaminya selepas disoal siasat oleh polis.

Beliau yang berkata akan kembali bertugas (di Hospital Pusrawi) menolak bimbang dengan keselamatannya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob ketika dihubungi mStar Online petang tadi berkata, Dr. Mohamed Osman belum kembali bertugas.

"Belum, dia belum kembali bertugas," katanya.

Ketika ditanya sama ada doktor berkenaan masih berkhidmat di hospital itu beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Maaf, saya tidak boleh komen," kata beliau sambil menambah, tindakan susulan bergantung sama ada Dr. Mohamed Osman melaporkan diri ataupun sebaliknya.

Monday, August 25, 2008

Pengakuan Uztaz Ramlang Porigi





Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menyaksikan acara bersumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan, Ramlang Porigi menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah pemuda itu pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PKR di kawasan parlimen itu.

Ramlang muncul lebih kurang 10 minit di satu ceramah besar anjuran PKR di Padang Ibu di Penanti menjelang jam 11.30 malam ini.



Beliau tiba di majlis kempen pembangkang itu ketika pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan ceramahnya.

Kira-kira 1,000 pendengar hadir di program itu.

Dalam sidang media bersama naib presiden PKR Mohamad Azmin Ali di Yayasan Aman, Penanti tengah malam ini, Ramlang mendedahkan arahan itu dikeluarkan oleh "orang atasannya" tetapi sekali lagi enggan menamakannya.


Seharusnya, tambah imam itu, kedua-dua pihak Mohd Saiful yang menuduh dan Anwar sebagai tertuduh hadir di majlis sumpah laknat.

Bersumpah boleh dibuat apabila pengadu tidak mempunyai bukti-bukti lain, kata imam itu lagi.

Beliau juga menyatakan kesediaan dikenakan tindakan disiplin oleh Umno kerana tidak memegang sebarang jawatan.

Ditanya sama ada beliau menyokong Anwar dalam pilihanraya itu, Ramlang menyatakan beliau tidak memihak kepada mana-mana parti.

Mengulas pertanyaan media sebab beliau membuat penjelasan malam ini, imam itu berkata beberapa hari selepas sumpah Mohd Saiful, beliau menerima banyak panggilan yang membuat tuduhan liar terhadapnya tetapi tidak ada pihak yang mempertahankannya atau memberi saluran untuk bersuara.

Selain Ramlang, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan bapa Mohd Saiful berada di masjid itu di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Latar belakang Ramlang menjadi bahan tohmahan dan perbincangan di internet sejak beberapa hari lalu, antaranya mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan pengundi di parlimen Permatang Pauh.

Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh - pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos.

Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful.

"Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah," katanya.

Oleh itu, jelasnya, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Ramlang bertugas sebagai seorang daripada sembilan imam di masjid tersergam indah itu sejak Jun 2005.
Malaysiakini

Allahamdulillah....

Gambar Kanan: RAMLANG Porigi (berdiri) membuat pengakuan dengan disaksikan oleh calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (barisan hadapan, tiga dari kiri) dan orang ramai selepas solat Maghrib di Masjid Bandar Perda dekat Permatang Pauh, semalam.