Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Pilihanraya Sarawak 16 April. Ayuh Undi Pakatan Rakyat Sahaja

Kepada Rakyat Sarawak!!! Ubah sekarang !!! Undi calon Pakatan Rakyat !!!

Undi Calon Pakatan Rakyat !!!

Suara mereka suara RAKYAT Sarawak!!! JANGAN LUPA : Undi Pakatan Rakyat

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat !!!

Sarawak 4 Change

Undi Pakatan Rakyat

Vote 4 Change

Undi Pakatan Rakyat SAHAJA !!!

Showing posts with label Bersih. Show all posts
Showing posts with label Bersih. Show all posts

Wednesday, May 6, 2009

1Black Malaysia, Wong Chin Huat Ditahan Reman Hasut Pakai Baju Hitam


Wong Chin Huat, Jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) kini ditahan reman sehari oleh Mahkamah Magistret Kuala Lumpur bagi siasatan bawah Akta Hasutan.

Beliau, yang juga Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami), ditangkap selepas jam 8 malam tadi di rumahnya Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur.Pensyarah kajian media di sebuah universiti tempatan itu kemudian dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan untuk soal siasat - kemudian dipindahkan ke suatu tempat yang tidak diketahui sejurus selepas tengah malam.

Pengarah jabatan itu Datuk Koh Hong Sun berkata Wong yang ditahan di bawah akta tersebut kerana menulis beberapa artikel termasuk kempen "1Black Malaysia", lapor Bernama malam tadi.

Tindakan polis itu dipercayai berkaitan dengan kempen berbaju hitam esok - yang dijalankan oleh Bersih - sebagai tanda membantah persidangan DUN Perak yang dianggap NGO itu "tidak mengikut perlembagaan."

Bersih melancarkan kempen itu dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, pagi semalam.

Persidangan DUN Perak kali ini sangat genting untuk BN dan Pakatan Rakyat susulan krisis perebutan kuasa sejak Februari lalu.

Kedua-dua pihak mengakui menteri besar yang sah - Datuk Zambry Abd Kadir (BN) dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (Pakatan) - dan tuntutan ini masih belum diputuskan di mahkamah.

Keadaan tidak menentukan dipercayai boleh menimbulkan suasana tegang dan penuh emosi di dalam dan luar bangunan DUN tersebut.

Polis kelmarin melarang orang ramai berhimpun dekat Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan bangunan DUN, setelah penyokong Pakatan ingin tampil menyaksikan peristiwa penting itu dan menyatakan sokongan kepada kerajaan pilihan mereka.

malaysiakini


Monday, April 27, 2009

Rakyat Kecewa dengan SPR dalam Urusan Pilihan raya


SPR terus berlagak sebagai agen Barisan Nasional!!!

Kenyataan yang diberikan oleh Datuk Wan Ahmad Wan Omar kali ini lebih kepada memburukan Pakatan Rakyat. Suruhanjaya Pilihanraya sekarang yang ternyata gagal untuk bertindak sebagai sebuah institusi yang bebas dengan bergerak ke arah struktur perwakilan pelbagai parti sebagaimana yang dipraktikkan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi.

Hak kebebasan bersuara dan berkumpul yang sebenar-benarnya telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia jadi jangan halang rakyat yang ingin hadir menyokong ketika hari penamaan calon dan waktu pengumuman kemenangan. Itu semua hak Rakyat!!!

Sepatutnya perkara yang teramat penting yang rakyat inginkan SPR laksanakan adalah seperti melaksanakan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) untuk menghalang pengundian berganda, memansuhkan sistem pengundian pos, menghapuskan monopoli media cetak dan penyiaran oleh para proksi Barisan Nasional dan beberapa perkara lain yang telah dinyatakan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH)


SPR kecewa Pakatan tolak kaedah baru urus pilihan raya

G.MANIMARAN(mstar)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kecewa dengan pendirian Pakatan Rakyat yang menolak syor pendekatan baru mengendali pilihan raya dengan terurus dan tenang - menguatkuasakan larangan berkempen pada hari pengundian dan mengehadkan kehadiran penyokong parti politik.

"Parti-parti politik dari Pakatan tidak mahu dan menolak usaha SPR (yang mahu menggunakan pendekatan baru)... mereka lebih suka kepada keadaan tegang, panas dan tidak menghormati undang-undang... dia (mereka) suka itu," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online.

SPR mengadakan pertemuan dengan parti-parti politik - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat di Putrajaya Khamis lalu secara berasingan bagi mendapatkan kerjasma dan input bagi melaksanakan kaedah baru ketika hari penamaan calon dan semasa hari mengundi.

Ia termasuklah menguatkuasakan 'hari bertenang' menjelang proses pengundian dan melarang berkempen memancing undi semasa proses pengundian berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Malah ia termasuklah melarang mendiring barung iaitu khemah panas parti-parti politik.

Selain itu, SPR mahu parti-parti politik memberi kerjasama mengehadkan kehadiran penyokong ketika hari penamaan calon.

Tumpuan perbincangan minggu lalu berkisar pada kedua-dua perkara berkenaan.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali yang hadir mesyuarat tersebut memberitahu bahawa pihaknya membantah dan menolak pendekatan sedemikian.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat berkeyakinan cadangan bagi mengehadkan kehadiran jumlah penyokong parti politik pada hari penamaan calon, hari mengundi mahupun semasa pengumuman keputusan tidak akan dilaksanakan.

BN pula berkata pihaknya menyerahkan kepada SPR melaksanakan usaha-usaha itu.

SPR bercadang menguatkuasakan pendekatan baru mengehadkan penyokong pada penamaan calon dan larangan berkempen semasa hari mengundi ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

"Saya kecewa sebab kita... mesej (yang disampaikan oleh pembangkang berdasarkan perbincangan tempoh hari) ialah jangan laksanakan, mereka tidak mahu kita menguatkuasakan undang-undang (yang sedia ada).

"Mereka mempersendakan undang-undang sedia ada... adakah ini sikap yang betul," kata Wan Ahmad sambil menambah, "kita bukan hendak berbahas, cuma hendak mendengar pandangan mereka" dan mendapatkan kerjasama semua parti bagi melaksanakan peruntukan akta pilihan raya yang sedia ada.

"Tapi kalau begitulah pendirian mereka, saya kecewa kerana tidak boleh melaksanakan undang-undang yang mereka buat di Parlimen," katanya.

Kata Wan Ahmad lagi, SPR sebenarnya berharap usaha yang diambil akan dilaksanakan untuk kebaikan semua pihak.

"Orang takut hendak keluar mengundi kerana ketegangan dan suasana tidak tenteram... kita hendak mendapatkan kerjasama sebelum keadaan menjadi lebih serius," jelas beliau.

Suruhanjaya itu, kata Wan Ahmad, akan mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat untuk meneliti semua pandangan yang telah dikemukakan bagi menentukan sama ada akan melaksanakannya ketika pilihan raya kecil Penanti.

SPR bermesyuarat pagi ini bagi mengesahkan kekosongan kerusi itu, sekali gus mengumumkan tarikh pilihan raya kecil.

Tuesday, December 30, 2008

Pewaris Ganggu Ceramah Mansuhkan ISA Di Bandar Baru Bangi ~ malaysiakini


Inilah kerja Umno yang berselindung dengan nama PEWARIS ....
Bagi mereka Isu Ternak Babi lebih penting dari keZALIMan ISA..
Tahukah " Pewaris" ....
Kerajaan BN @ Umno lebih teruk perangai mereka dari BABI !!!


Marilah Bersama-sama jayakan "MANSUHKAN ISA" ....





BANGI: Ceramah perdana "Mansuhkan ISA" anjuran PAS dan Gerakan Mansuh ISA di sini malam tadi kecoh dan dicuri tumpuan oleh Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang hadir untuk menyerahkan memorandum meminta parti Islam itu membantu usaha memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka.

Kekecohan berlaku apabila wakil penganjur menghalang anggota Pewaris memasuki stadium kerana mendakwa ia menjejaskan kelancaran program itu.

Kira-kira pukul 9.15 malam, selepas lebih 10 minit berunding, penganjur membenarkan hanya lima anggota Pewaris memasuki stadium itu bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

Jurucakap polis ketika ditemui berkata, kumpulan berkenaan tidak dibenarkan masuk atas faktor keselamatan dan disebabkan kehadiran mereka tidak mempunyai permit.

Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md Harun seterusnya menyerahkan memorandum itu kepada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub ketika isteri salah seorang tahanan ISA, Norlaila Othman sedang berucap.

Pewaris, Gabungan Gerakan Melayu Muda (GGMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mewakili penduduk enam buah perkampungan di Melaka yang mahukan pemimpin PAS membantu mereka menyelesaikan masalah ternakan babi yang semakin berleluasa.

Kira-kira 30 anggota polis dari Ibu Polis Daerah Kajang berkawal di kawasan stadium bagi mengawal keadaan.

Sementara itu, Rahimuddin berkata, penyerahan memorandum itu adalah bagi meminta pertolongan pemimpin PAS untuk menyelesaikan masalah babi di Melaka.

"Pewaris yang bertindak mewakili badan bukan Kerajaan (NGO) Islam, persatuan-persatuan seni, barisan dan organisasi budaya Melayu menentang sekeras-kerasnya ladang serta ternakan babi di Melaka khususnya di kawasan Masjid Tanah yang majoriti penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu," katanya.

Katanya, pelbagai saluran telah dilakukan gerakan itu bagi menyelesaikan masalah babi, namun sehingga kini tiada tindakan diambil dan oleh kerana itulah mereka meminta bantuan PAS sebagai jalan terakhir.

Ceramah perdana "Mansuhkan ISA" diteruskan pukul 9.30 malam dengan ucapan Mohamad Sabu dan Salahuddin serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata, pihaknya akan mengadakan perhimpunan besar-besar ala BERSIH pada Mac depan untuk menggesa kerajaan memansuhkan ISA.

Kira-kira 2,000 orang menghadiri ceramah itu.
mstar.

Tuesday, November 11, 2008

malaysiakini ~ Video Tindakan Polis Menyurai Sewaktu Lagu Negaraku

Mengikut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, beliau menafikan bahawa pihak polis telah bertindak menyuraikan para peserta majlis memasang lilin malam tersebut ketika mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku.

Walau bagaimanapun beliau telah diberitahu mengenai rakaman video yang membuktikan memang polis telah bertindak ketika lagu Negaraku dinyanyikan, Khalid menjawab: "Saya menafikannya".

Saksikan video ini untuk kebenaran kata-kata Ketua Polis Selangor.... $%^*#