Assalamualaikum...
Header merupakan tarikan pertama apabila masuk ke sesuatu laman web atau
blog. Ia melambangkan identiti blog atau isi kandungan blog. Serta sebagai
memberi gambaran ringkas mengenai sesebuah blog.
Sebagai contoh :
-Blog dengan header simple, hanya tulisan
nama blog : mungkin blog informasi dan berita
-Header doodle/kartun/ manipulated photo
: blog komik/ doodle/ arts/ graphic designer
-Header
muka sendiri diedit besar gedabak : blog cerita peribadi/ blog
gedik/ awas mungkin dlm entri2nya pun akan lebih banyak gambar2 beliau. Kehkeh
-Header gambar kedai/barang : mungkin
blogshop/ kedai online
-Header dengan gambar/kata2 islamik :
blog dakwah
-Blog tanpa header : blog
terbengkalai/tak bayar sewa domain/blog palsu
Nampak tak kepentingan header kat situ?
Sesetengah blogger mereka bentuk sendiri header mereka dan ada jugak yang
menempah dari designer lain.
Kat bawah ni adalah koleksi header
yang pernah aku guna sepanjang setahun
lebih blog ni wujud.
1. HEADER PERTAMA (Sept 2011)
Hasil seorang newbie yang baru pertama kali mendesign header sendiri.
Simple je. 100% adobe Photoshop. Ni pun ambik masa yg lama nak pilih font dan
warna.
2. HEADER KEDUA (Okt 2011)
Cubaan membuat header dengan transparent background (png image). Diubahsuai
daripada header pertama. Doodle dilukis atas kertas , discan masuk computer dan
diwarna dalam Photoshop.
3.
HEADER KETIGA - Flash Header (Feb 2012)
Header paling canggih yang pernah aku buat. Flash header dengan animasi.
Yg ni tak bergerak sebab aku printscreen je. Tak reti nak masukkan flash image
dalam entri. Skarang ni dah lupa camne nak guna flash. Masih menggunakan doodle
yang sama Cuma kepala dudel tu dilukis balik menggunakan Microsoft Excel dan
dicantum dengan badan dudel yg asal.
4. HEADER KEEMPAT (April 2012)
Header ni pun transparent background. Lukis atas kertas, scan, pastu
warna dalam SAI + Photoshop. Kejap je kot aku guna Header ni.
5.
HEADER KELIMA (Mei 2012)
Header ni hasil gabungan Paint Tool SAI (kartun) dan Adobe Photoshop
(Tulisan dan efek). Header ni Nampak matang sikit. Haha. Baju yang dipakai
karakter tu adalah baju rasmi Group WeLoveArt.
6. HEADER KEENAM -GIF HEADER (Okt
2012)
Aku suka header ni sebab ada animasi gif. Word “Dunia ini hanya ilusi” tu
dianimasikan dan akan digantikan dengan ayat sambungannya “mengaburi minda dgn
fantasi” dan “membuat insan lupa pd realiti” (tagline blog Ilusi Dunia). Cuma
tak bestnya bila buat dlm format gif, kualiti gambarnya kurang memuaskan. (tak
cantik bila buat transparent background)
7.
HEADER KETUJUH (Jan 2013- Sekarang)
Dan yang terbaru. Tak tau la berapa lama bertahan. Berkonsepkan ala-ala
fantasi (inspirasi animasi Dragon Ball) dan digabungkan dengan latar mercu
tanda Malaysia (Patriotik la konon2nya) serta mempunyai hidden message. Perasan
Logo “R” tu? Tahu tak apa maksud logo tu?
“R” for Royalty: Hak royalti petroleum yang diperjuang dan dituntut
rakyat Kelantan.
Biarpun tak sehebat design dan rekaan designer lain, tapi aku puas hati
bila buat sendiri header/ banner blog aku.
Memang aku boleh upah orang lain buat yang semestinya jauh lebih cantik,
tapi camnilah perangai aku. Sebab tu template blog ni tak berubah2 walaupun
header dh bnyak kali bertukar.
Tak reti nak coding dan nak tukar template, tapi tak reti2 nak upah orang
buatkan. Kalau free pun belum tentu aku terima tawaran (mungkinla). Originality
hasil kerja sendiri tu yang buat aku puas hati.. (SYOK SENDIRI letuw)
Eh, baru perasan aku tak pernah buat footer.
Jujurnya aku tak reti nak masukkan footer. Kena pakai coding ke? Err..
Page ni menghimpunkan segala koleksi doodle , poster dan komik yang
pernah aku publish kat blog. Kiranya blog versi tak merapu la. Hanya gambar dan
komik je kat situ.
Entri Tamat.
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)