Showing posts with label Header. Show all posts
Showing posts with label Header. Show all posts

Wednesday, 26 March 2014

Untuk Apa Aku MELUKIS?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan aku peram tablet Graphic Genius Easypen M610X akhirnya tergerak hati untuk serius menghasilkan satu artwork menggunakan tablet tu.
Artwork ni 100% terhasil kombinasi graphic tablet + Paint Tool SAI. Kecuali teks dan efek cahaya bersinar tu.

Aku gunakan gambar ni sebagai header blog yang baru


Cantik tak cantik itu perkara kedua. Yang penting mesej yang aku cuba bincangkan.

Sejak dua tiga menjak ni, aku percaya ramai orang perasan tumbuhnya pelukis-pelukis dan pendoodle sama ada kategori traditional art atau digital art  macam tumbuhnya kangkung di tepi paya. Cepat dan banyak. Er, faham tak maksud aku? Maknanya pelukis baru yg berbakat besar sangat ramai kat Malaysia ni.

Cuma agak menyedihkan, sama ada pelukis baru atau lama masih lagi gagal membebaskan diri dari belenggu pemikiran yang membejatkan kreativiti dalam menyampaikan mesej melalui lukisan.
Straight to da point, pelukis-pelukis komik, poster, doodle, kartun dan seumpamanya masih gagal menunaikan tanggungjawab mereka sebagai orang ISLAM.

Sepatutnya karya seorang Islam mesti bercirikan Islam, beridentitikan kemurnian dan kecantikan seni Islam. Bukannya aku nak suruh lukis orang pakai jubah serban niqab berlatarkan masjid dan unta sepanjang masa. Jangan jumud dan tipikal sangat boleh tak?

Tengok sahaja majalah kartun tempatan, masih lagi terikat style lama, iaitu lawak semata-mata. Lebih tepat lawak bodoh tanpa pengajaran. Atau sekadar cerita yang tidak boleh dijadikan iktibar. Tapi beberapa tahun ni dah mula ada perkembangan ke arah yang sangat positif. Ana Muslim, Muslim Teens, Asuh, Kembara Ustaz dan Misi 10A antara contoh yang baik. Banyak lagi sebenarnya.

Pelukis potret, masih lagi melukis dan mengambil tempahan dari pelanggan yang tak menutup aurat dan agak terdedah pemakaiannya. Mungkin upahnya yang dikejar, tapi jangan lupa berkatnya juga tak kurang pentingnya.

Pelukis dan pereka fesyen, sama ada masih dalam pengajian atau sudah di peringkat profesional, juga ramai yang masih tak mengendahkan sama ada rekaan mereka menepati syariat dan ciri-ciri fesyen berlandaskan Islam.

Pelukis doodle yang paling ramai muncul di alam maya. Tapi ramai yang terlampau ghairah menghasilkan doodle yang comel semata-mata dan mengabaikan fakta bahawa betapa mereka mampu menggunakan bakat dan kemahiran mereka untuk menyampaikan sesuatu yang baik.

Mungkin ramai pelukis kartun yang menjadikan pelukis antarabangsa dari Jepun (Manga) , Korea(Manhwa), Amerika  dan sebagainya sebagai inspirasi dan sumber rujukan. Aku pun sama menjadikan Akira Toriyama, Hiro Mashima dan Eiichiro Oda sebagai inspirasi. Tapi kita tak perlu terikut gaya lukisan mereka yang banyak menonjolkan watak-watak perempuan yang seksi.


Impian aku, untuk melihat munculnya lebih banyak kartun animasi dan komik-komik di Malaysia yang berunsurkan pendidikan serta pengajaran yang baik seperti yang dah lama diwujudkan di Jepun dan Korea. Komik kadang-kadang dijadikan sebagai buku teks pendidikan. Kalau tak silap la. Ubah persepsi bahawa membaca komik membuang masa dan tak berfaedah.

Impian kedua aku, untuk melihat kawan-kawan seperjuangan yang menjadikan conteng-conteng dan seni ini sebaga hobi atau sumber pendapatan, menilai balik hasil karya mereka selama ini dan memperbetul apa yang patut. Harap-harap mereka faham dengan apa yang cuba aku sampaikan setiap kali aku menconteng dan tunjukkan pada mereka.

Jadi, mari kita sama perbetulkan niat kita. Ya, niat tak menghalalkan cara, tapi niat yang baik akan dipermudahkan untuk kita mencari jalan yang betul juga.

Tanyakan pada hati kita, UNTUK APA AKU MELUKIS?

Untuk suka-suka? Isi masa lapang? Untuk dipuji oleh orang lain? Untuk dapat untung? Sumber rezeki? Menyebarkan ilmu? Syok sendiri?

Selepas dapat jawapan, tanyakan satu soalan lagi..

Dengan cara dan niat aku ini... ADAKAH ALLAH REDHA?
Maaf, andai entri ini mengguris hati. Ini sebenarnya peringatan untuk diri sendiri yang acapkali terlanjur.

(untuk hukum melukis, boleh rujuk ustaz atau rujuk jawapan yang telah dibincangkan di laman web yang berkaitan dan berkredibiliti)


Ni aku kongsi step-step penghasilan.

# Doakan moga tersingkap hijab di sebalik peristiwa MH370
#Takziah untuk keluarga 529 Ahli Ikhwanul Muslimin yang dizalimi sehingga dijatuhkan hukuman mati. Moga syahid ganjarannya.




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday, 23 January 2013

CERITA TENTANG HEADER

Assalamualaikum...



Header merupakan tarikan pertama apabila masuk ke sesuatu laman web atau blog. Ia melambangkan identiti blog atau isi kandungan blog. Serta sebagai memberi gambaran ringkas mengenai sesebuah blog.
Sebagai contoh :
-Blog dengan header simple, hanya tulisan nama blog : mungkin blog informasi dan berita
-Header doodle/kartun/ manipulated photo : blog komik/ doodle/ arts/ graphic designer
-Header  muka sendiri diedit besar gedabak : blog cerita peribadi/ blog gedik/ awas mungkin dlm entri2nya pun akan lebih banyak gambar2 beliau. Kehkeh
-Header gambar kedai/barang : mungkin blogshop/ kedai online
-Header dengan gambar/kata2 islamik : blog dakwah
-Blog tanpa header : blog terbengkalai/tak bayar sewa domain/blog palsu

Nampak tak kepentingan header kat situ?
Sesetengah blogger mereka bentuk sendiri header mereka dan ada jugak yang menempah dari designer lain. 
Kat bawah ni adalah koleksi header yang pernah aku guna sepanjang  setahun lebih blog ni wujud.

1. HEADER PERTAMA  (Sept 2011)


Hasil seorang newbie yang baru pertama kali mendesign header sendiri. Simple je. 100% adobe Photoshop. Ni pun ambik masa yg lama nak pilih font dan warna.

2. HEADER KEDUA (Okt 2011)


Cubaan membuat header dengan transparent background (png image). Diubahsuai daripada header pertama. Doodle dilukis atas kertas , discan masuk computer dan diwarna dalam Photoshop.



3.  HEADER KETIGA - Flash Header (Feb 2012)




Header paling canggih yang pernah aku buat. Flash header dengan animasi. Yg ni tak bergerak sebab aku printscreen je. Tak reti nak masukkan flash image dalam entri. Skarang ni dah lupa camne nak guna flash. Masih menggunakan doodle yang sama Cuma kepala dudel tu dilukis balik menggunakan Microsoft Excel dan dicantum dengan badan dudel yg asal.



4. HEADER KEEMPAT (April 2012)

Header ni pun transparent background. Lukis atas kertas, scan, pastu warna dalam SAI + Photoshop. Kejap je kot aku guna Header ni. 



5.  HEADER KELIMA (Mei 2012)

Header ni hasil gabungan Paint Tool SAI (kartun) dan Adobe Photoshop (Tulisan dan efek). Header ni Nampak matang sikit. Haha. Baju yang dipakai karakter tu adalah baju rasmi Group WeLoveArt.



6. HEADER KEENAM -GIF HEADER (Okt 2012)

Aku suka header ni sebab ada animasi gif. Word “Dunia ini hanya ilusi” tu dianimasikan dan akan digantikan dengan ayat sambungannya “mengaburi minda dgn fantasi” dan “membuat insan lupa pd realiti” (tagline blog Ilusi Dunia). Cuma tak bestnya bila buat dlm format gif, kualiti gambarnya kurang memuaskan. (tak cantik bila buat transparent background)



7.  HEADER KETUJUH (Jan 2013- Sekarang)

Dan yang terbaru. Tak tau la berapa lama bertahan. Berkonsepkan ala-ala fantasi (inspirasi animasi Dragon Ball) dan digabungkan dengan latar mercu tanda Malaysia (Patriotik la konon2nya) serta mempunyai hidden message. Perasan Logo “R” tu? Tahu tak apa maksud logo tu?
“R” for Royalty: Hak royalti petroleum yang diperjuang dan dituntut rakyat Kelantan.

Biarpun tak sehebat design dan rekaan designer lain, tapi aku puas hati bila buat sendiri header/ banner blog aku.
Memang aku boleh upah orang lain buat yang semestinya jauh lebih cantik, tapi camnilah perangai aku. Sebab tu template blog ni tak berubah2 walaupun header dh bnyak kali bertukar.
Tak reti nak coding dan nak tukar template, tapi tak reti2 nak upah orang buatkan. Kalau free pun belum tentu aku terima tawaran (mungkinla). Originality hasil kerja sendiri tu yang buat aku puas hati.. (SYOK SENDIRI letuw)
Eh, baru perasan aku tak pernah buat footer.
Jujurnya aku tak reti nak masukkan footer. Kena pakai coding ke? Err..




Yang ni adalah cover Timeline untuk page Ilusi Dunia :

Page ni menghimpunkan segala koleksi doodle , poster dan komik yang pernah aku publish kat blog. Kiranya blog versi tak merapu la. Hanya gambar dan komik je kat situ.


Entri Tamat.








 
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...